DOA BAGI SABAH
Sabah dikenali sebagai “Negeri dibawah Bayu” kerana kedudukannya di bawah lingkaran taufan, Asia Timur. Ia adalah tanah yang diberkati, dikurniai dan diperkayakan Tuhan dengan amat banyak sumber-sumber; tanah yang luarbiasa kecantikan dan penuh potensi.
Secara rohani, sebagai sebahagian Malaysia Timur, Sabah dianggap pintu terbuka kepada seluruh negara Malaysia. Kota Kinabalu, ibu kota Sabah, dipanggil Pintu Gerbang Mukjizat oleh Chuck Pierce.
Perkataan Profetic atas Sabah dan Malaysia Timur: Ringkasan
- Cindy Jacobs (2016): Nubuat atas Malaysia (diberi di San Jose, Costa Rica)
Tuhan mengatakan akan terjadi satu gerakan perpaduan hebat yang akan datang dengan Malaysia Timur dan bahagian negara yang lain. Tuhan akan merobohkan tembok tradisional antara denominasi. Sambil ini berlaku, Aku akan sembuhkan negara ini. Gerakan doa adalah kerja yang hebat. Perlu ada taraf perpaduan yang lebih besar, bukan hanya berdoa perkara-perkara yang sama, tetapi berdoa bersama-sama. Tuhan sedang membangkitkan menara doa 24/7. Ini akan terjadi kerana ada tangisan keluar dari Malaysia yang akan menyembuhkan Asia.
- Chuck Pierce (29/10/2019) (diberi di Kuching)
Sembah kepada penerobohsan dalam cara baru, Tuhan akan menghantar angin roh baruNya. Malaysia Timur adalah kunci kepada masa depan, suara kestabilan dan kunci kepada kebangkitan di Malaysia. Kota Kinabalu ialah Pintu Gerbang Mukjizat dan Sibu ialah benih perintah. Yesaya 45:11 Tuhan sedang berfirman, “Bertanyalah kepada-Ku tentang hal-hal yang akan datang, berikan perintah mengenai pekerjaan tangan-Ku , dan semua butir-butir terperinci untuk dilaksanakan. Aku sedia melaksanakan kerjaKu dalam masa 3 tahun kedepan. Aku membangkitkan penyembah Yehuda dari KK ke Kuching. Penyembahan korporat akan menjajarkan syurga dan bumi. Anak sulung tanah mempunyai DNA tanah ini. Mereka mempunyai kebolehan menyanyi dan menari dan mendemonstrasikan urapan penyembahan yang perkasa di Borneo yang akan mengoncang rantau ini.Satu tingkap syurga telah ditempatkan dalam posisi dan Tuhan sedang mengaum turun. Saya perintahkan Malaysia Timur untuk menjajar semua karunia Tuhan, sebagai contoh seluruh dunia melihat gerejaNya bangkit dengan kuasa.
DOA
- Gereja/Tubuh Kristus diSabah
- Para pastor dan pemimpin-pemimpin rohani bersatu dan menghiraukan panggilan Tuhan untuk bertahan sebagai SATU MANUSIA.
- Untuk penyembuhan semua retakan dalam gereja dan merentasi denominasi. Doa supaya tembok-tembok tradisional antara denominasi diruntuhkan.
- Untuk gereja pribumi dan pemimpin-pemimpin bangkit mengambil milik hala-tuju mereka, untuk urapan baru keberanian dan kegagahan. Doa agar orang-orang pribumi yang percaya mengambil posisi mereka.
- Untuk pemimpin generasi penerus yang kuat, beriman, berwawasan dan berpengaruh bangkit.
- Untuk kerja luarbiasa Roh Kudus yang akan mencetuskan kebangkitan diseluruh tanah terutama dikalangan orang pribumi.
- Untuk memperkuatkan dan menyokong gereja-gereja pribumi di kawasan pendalaman Sabah terutamanya yang tiada laluan internet.
- Untuk animisme dan amalan ilmu sihir dicabut keluar.
- Untuk pemuridan kuat ditubuhkan khususnya dikalangan para belia supaya mereka akan berpegang teguh dalam iman dan tidak senang tergoyah.
- Perpaduan dikalangan banyak suku-suku di Sabah
Sabah didiami oleh 32 kumpulan pribumi berlainan yang merangkumi 30 suku etnik. Doa untuk perpaduan antara mereka. Doa untuk pemimpin-pemimpin bangkit dan mengambil peranan mereka dengan wibawa dan saling bekerjasama, diiringi kasih karunia yang melimpah-limpah seperti di zaman Kisah Para Rasul. Doa untuk pengaruh yang lebih besar dan impak di dunia pasaran, pendidikan dan arena politik dari orang asal pribumi Sabah.
- Perhubungan dengan Semenanjung Barat
- Untuk bekerja dengan baik dengan Kerajaan Semenanjung atas status MA63
- Hak-hak Sabah (sebagai rakan setara) dihormati
- Kekayaan dari sumber minyak dan gas dikembalikan
- Pengagihan peruntukan untuk pembangunan dan infrastruktur yang sama rata dan adil
- Keselamatan sempadan dan perlindungan daripada ancaman penyusupan
- Kemasukan haram orang-orang asing
- Pengganas-pengganas
- Kegiatan-kegiatan penyeludupan
- Rasuah dan korupsi pegawai-pegawai sempadan
Tuhan, kita isytiharkan Sabah adalah negeri dimana akan meniup angin kebangkitan dan transformasi. Kita isytiharkan Sabah akan dipenuhi dengan pengetahuan tentang kemuliaan TUHAN, seperti air yang menutupi dasar laut.
Kita isytiharkan Sabah akan bangkit sebab terangnya sudah datang dan kemuliaan TUHAN sudah terbit atasnya!
Dalam nama perkasa Yesus, amen.