DOA UNTUK PERLIS

 

Maklumat Am Perlis

  • Negeri terkecil di dalam Malaysia dengan keluasan (820 km persegi – 40km X 20.5km) dan populasi (254,000 orang dalam 2019).
  • Pecahan penduduk: 246,000 orang warganegara; 8,000 bukan warganegara.
  • Pecahan warganegara: 219,000 Bumiputera; 19,000 Cina; 3,000 India; 5,000 lain-lain (bukan bumiputera = 11%).
  • Hospital – satu hospital kerajaan dan satu hospital swasta.

Perdagangan Utama (Data dari 2012)

  • Perkhidmatan (RM2.166b) – UniMAP, Uitm, Polytechnic, Matric College.
  • Pertanian (RM843m) – perikanan – salah satu yang terbesar di Malaysia.
  • Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi (RM713m) – Pengangkutan darat dan kereta api Padang Besar ke Thailand.
  • Pembuatan (RM352m) – Simen, (gula), kilang Jejawi.

Gereja-gereja di Perlis (14 gereja)

  • Kangar (6): Gereja Katolik, Gereja Baptis Kangar, Gereja Baptis Perlis, Pusat Grace Perlis (AOG), Gereja Reformasi, Gereja Methodist Tamil.
  • Jejawi (5): Gereja Methodist Cina, Parouisa Harvest Assembly (Tamil/Eng), Persekutuan Indonesia, Persekutuan Nepal.
  • Arau (1): Gereja Anglican
  • Kuala Perlis (1): Gereja Baptis Kuala Perlis.
  • Kaki Bukit (1): Pusat Praise.
  • Perkara Doa bagi hal-hal yang menjadi perhatian bagi Gereja-gereja di Perlis:
  • Kehadiran ke gereja. Baru-baru ini, semakin kurang orang yang menghadiri kebaktian gereja secara tetap kerana kebimbangan Covid.
  • Aktiviti penginjilan. Pemimpin gereja perlu bergantung pada para penginjil.
  • Pelajar universiti dan kolej. Adanya kesukaran bagi pelajar Universiti dan Kolej untuk datang ke gereja pada ketika ini kerana situasi Covid.

Tolong berdoa untuk kesatuan bagi gereja-gereja

  • gereja diperkuatkan, diperlengkapi, berjalan dalam pelayanan pendamaian,
  • kesatuan bagi pastor-pastor gereja dan pemimpin-pemimpin gereja untuk berkumpul dalam doa bersama.
  • Membangkitkan para pastor/para pemimpin rohani yang memiliki mentality kerajaan untuk memimpin, membimbing dan memperkasakan dombanya untuk kerja-kerja yang baik.

Membangkitkan perkumpulan pendoa kecil

  • yang bersedia untuk pertempuran rohani,
  • konsisten berdoa bagi bahan doa yang disasarkan untuk gereja, negeri, negara,
  • mengenal pasti pelbagai kubu kegelapan
  • Berdoa agar kerajaanNya datang untuk memusnahkan semua rancangan jahat musuh terhadap negara/bangsa.

Berdoa agar Tuhan yang menuai untuk menghantar pekerja-pekerja sehingga mereka dapat menanam gereja secara strategik di negeri ini.

  • Perkara Doa bagi hal-hal yang menjadi perhatian bagi Negeri Perlis.
  • Berdoa terhadap ketagihan kepada dadah di negeri ini. Ini kerana kumpulan cina sedang membawa masuk dadah ke sekolah – kanak-kanak di Pauh.
  • Bahan doa tambahan:
  • Berdoa untuk kebebasan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Kangar untuk gereja-gereja mengunakan lot unit kedai.