DOA UNTUK KELANTAN

Maklumat Ringkas Mengenai Kelantan

  • Ibukota Kelantan ialah Kota Baru.
  • Kelantan diterjemahkan sebagai “Tanah Kilat”
  • Adalah negeri pertanian dengan ladang hijau padi, perkampungan memancing dan beberapa pantai-pantai
  • Budaya Kelantan berbeda sedikit daripada budaya Melayu di Ini adalah kerana Kelantan agak terpencil berbanding dengan tempat-tempat lain dan bahagian besar gaya hidup yang kedesaan. Ini tertayang dalam masakan, kesenian dan keunikan bahasa Melayu Kelantan.
  • Jumlah penduduk Kelantan setakat tahun 2018 lebih kurang 2.1 juta.
  • Kelantan adalah tempat pertama dimana pihak Jepun mendarat ketika serbuan Malaya pada 8 Disember 1941.

Pada tahun 1943, Kelantan dipindahkan oleh pihak Jepun kepada Thailand dan menjadi provinsi Thai. Kelantan dikembalikan ke Malaya di akhir Perang Dunia II pada Ogos 1945.

Kelantan menjadi sebahagian daripada Malayan Union dalam tahun 1946 dan seterusnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1hb Februari 1948, dan bersama dengan negeri-negeri lain Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi satu daripada negeri-negeri Malaysia

 

  1. Gereja dan Pemimpin Rohani
  • Doa untuk 15 gereja di Kelantan termasuk di daerah Kuala Krai dan Gua Musang (pelayanan OA). Doa untuk galakan, ketekunan dan daya tahan untuk melayani.
  • Doa visi bersama untuk melayani komuniti di bandar.
  • Doa untuk api kebangkitan menyalakan kembali roh setiap orang percaya dari gereja-gereja berlainan supaya seia sekata berdiri dalam kesatuan mempunyai akal fikiran kerajaan Allah.
  • Doa untuk pintu terbuka supaya diperkembangkan dan ditubuhkan Mezbah-mezbah Doa serta Sel-Sel di setiap bandar, daerah, kampung sekeliling

 

  1. Kerajaan Negeri dan situasi negeri
  • Doa untuk ahli-ahli EXCO members di Kelantan, setiap jawatan kerajaan di setiap daerah Kelantan.

Mereka akan bekerja dengan kebenaran dan keterbukaan. Takut akan Allah diatas mereka dalam menguruskan peraturan negeri.

Biar keadilan diutamakan dalam penentuan keputusan, moga adil kepada semua bangsa-bangsa.

  • Hikmat dan pengetahuan untuk mengurus dengan baik dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan supaya dialirkan untuk pembinaan dan pemeliharaan jalanraya, jambatan dan landasan keretapi.
  • Keprihatian besar untuk Masaalah Sosial Kelantan:
  • Kadar tinggi penagihan dadah;
  • Kadar tinggi penceraian;
  • Kadar tinggi pengangguran;
  • Larangan Sumbang muhrim;
  • Mat Rempit
  • Kemisikinan
  • Kepercayaan tahayul

 

  1. Generasi Muda
  • Generasi muda telah tinggalkan negeri untuk padang rumput yang lebih hijau di kota-kota besar (mereka mendapat kerja, berkahwin, membeli rumah dan kemudiannya ibubapa juga berpindah ).
  • Doa untuk berkat Tuhan atas generasi muda kita (yang percaya dan belum percaya) di negeri ini supaya dibebankan kembali untuk melayani.
  • Untuk lebih banyak projek infrastruktur ditubuhkan di Kelantan agar peluang pekerjaan diujudkan bagi orang-orang muda kita. Maka mereka tidak payah tinggalkan kota kediaman mereka untuk mencari kerja di tempat lain, mengakibatkan kekosongan amat besar dalam gereja-gereja bandar.
  • Minta perlindungan ilahi menentang dadah, mainan computer dan aktiviti-aktiviti kurang sihat yang mungkin mempengaruhi dan menarik mereka, tipu muslihat melalui ajaran sesat di media social.
  • Moga roh Allah memimpin dan mengajar generasi muda kita (yang percaya) supaya berani bersaksi untuk Yesus tanpa takut akan manusia.

 

  1. Latar-belakang Politik

PERLU SYAFAAT UNTUK PENEROBOSAN MENGENAI HAL INI. 

  • Kelantan di bawah pemerintahan PAS sejak 1990.

Hampir semua ahli-ahli PAS ialah Muslim Melayu, sepertimana lebih kurang  95% penduduk Kelantan.

  • Untuk bertahun-tahun, PAS telah cuba menguatkuasakan tafsiran keras undang-undang Syariah atas Kelantan. Ia telah berjaya mengenakan sekatan sosial tertentu seperti barisan jantina sama di pasaraya; tempat duduk berasingan untuk lelaki dan perempuan; serta menghadkan pusat-pusat hiburan dengan melarang “kelakuan lucah”. Walaubagaimana pun, cadangan-cadangan untuk memulakan hukuman seperti pemotongan anggota tubuh untuk pencurian dan hukum mati untuk hujat yang dikenali sebagai Undang Hudud telah di halang oleh kerajaan nasional atas alasan perlembagaan.
  • Satu daripada langkah yang menimbulkan kontroversi di Kelantan ialah pengenaan syarat-syarat ketat atau mengharamkan terus pertunjukan tradisi sandiwara Melayu berbentuk sinkretik, seperti Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barak dan Main Puteri.
  • PAS juga mengambil tindakan untuk melenyapkan apa sahaja ukiran yang menyerupai manusia atau haiwan, versi yang diubahsuai tanpa rujukan tradisi kepada dewa-dewi hindu dan hantu Melayu tradisional.
  • Juga dihadkan pertunjukan awam oleh perempuan.
  • Hukuman dibawah undang-undang atas akhlak dan sosial terhadap perempuan yang tidak memakai Hijab (tudung kepala), minuman keras, hubungan keintiman, jenayah, dll.

 

  1. OA
  • Doa untuk Pastor-pastor dan pelayan penuh masa dalam pelayanan ini supaya bertekun dan bertahan.
  • Doa agar OA akan di perlakukan dengan baik dan orang-orang percaya bertumbuh dalam Yesus serta berkongsi injil kepada komuniti mereka.
  • Doa untuk kebangkitan dikalangan aneka suku-suku, terutama di daerah Gua Musang.

 

KESYUKURAN

  • Kita bersyukur kepada Allah untuk semua Pastor-pastor dan Pemimpin Rohani yang taat kepada panggilan Tuhan untuk melayani di Kelantan.
  • Meskipun terdapat berbeda-beda kumpulan bahasa, budaya dan latar belakang denominasi dan doktrin, Pemimpin-pemimpin Rohani dapat bertemu dan bersekutu antara satu sama lain dalam Persekutuan Pastor-pastor Kelantan.
  • Kita mengucap syukur untuk orang-orang percaya dari gereja berbeda yang mempunyai akal fikiran kerajaan Allah untuk melayani dalam pelbagai pelayanan (Jaringan Bantuan Bencana Kelantan, Persekutuan Penjara Msia, Elshaddai antara lain).

 

Doa-doa untuk Kelantan       

  • Kita memohon darah ternilai Yesus untuk menyucikan dan menguduskan tanah
  • Kita berdoa kuasa-kuasa kesyaitanan kegelapan dikurangkan dan mengundang kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus untuk bersinar dan melepaskan rakyat daripada ditipu dan ditangkap dalam tahanan.
  • Kita berdoa malaikat perang Allah datang dan melawan dalam pertempuran rohani untuk kita di negeri ini. Ramai yang dalam kegelapan rohani. Orang-orang akan dibebaskan.
  • Kita berdoa tembok denominasi-denominasi Gereja runtuh, tiada lagi tembok yang mengasingkan gereja-gereja di bandar. Kiranya Roh Allah mengikat kita bersama dengan tali-tali yang tidak boleh diputus. Berdoa untuk setiap orang percaya untuk keluar dari cengkerang dan zon keselesaan mereka untuk bersekutu antara satu sama lain dan giat melayani komuniti.
  • Kita berdoa dan minta perisai perlindungan Tuhan Yesus memadamkan pemanah api musuh.

 

ISYTIHARKAN :

  • Kita isytiharkan Tuhan Yesus ialah Kubu Pertahanan, Penyelamat, Pelindung,

Pembekal, Penyembuh dan Penghibur Pastor-pastor kita.

  • Kita isytiharkan semua Pastor dan pemimpin gereja di Kelantan kuat, sihat dan dalam roh yang baik. Sukacita daripada Tuhan akan menjadi kekuatan mereka.
  • Kita isytiharkan hadirat Tuhan adalah tembok api mereka.
  • Kita isytiharkan tiada senjata musuh yang akan dapat menyerang Pastor-pastor dan pemimpin gereja serta keluarga-keluarga mereka, terlindung selamat daripada kemalangan dan sakit-penyakit. Kiranya mereka tetap setia sampai akhir dan tidak menyerah pelayanan mereka.
  • Kita isytiharkan mereka akan selalu mendengar suara Tuhan untuk memimpin dan menuntun mereka supaya berjalan dalam keintiman dengan Tuhan Yesus kita.

 

UNTUK MEREKA YANG LETIH LESU DAN TAWAR HATI, MEREKA AKAN DATANG MENANTI-NANTIKAN TUHAN, UNTUK MENDAPAT KEKUATAN BARU, SUPAYA SEKALI LAGI mereka DAPAT naik terbang dengan  sayap BURUNG RAJAWALI   (Yes 40:31)

 

  • Kita isytiharkan terang Tuhan Yesus kita bersinar atas kekeringan berat dalam alam rohaniah di Kelantan.
  • Kita isytiharkan ia dipatahkan dalam nama Yesus.

 

Dalam nama Yesus yang ajaib dan perkasa, kita berdoa, Amin.