DOA UNTUK NEGARA – PILIHANRAYA NEGERI

 

Doa untuk 6 negeri yang akan menghadapi pilihanraya negeri tahun ini: 

Tuhan Bapa, kita memuji nama-Mu yang Kudus kerana Engkau memerintah atas semua pemerintah. Kita tahu tidak ada pemerintah kecuali yang ditetapkan oleh Engkau. (Roma 13:1). Kini kita berdiri bersama mengadap takhta-Mu memohon supaya pilihanraya negeri yang akan diadakan di Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan merangsangkan orang-orang kudus-Mu di Malaysia supaya berdiri bersama bagi negeri-negeri ini dan lapar serta haus untuk Dewan Undangan Negeri yang benar.

 

Kita berdiri bersama mengisytiharkan Mazmur 24 dalam kesatuan.

Tuhanlah yang empunya bumi (Malaysia) serta segala isinya,  Dunia (Malaysia) serta yang diam di dalamnya.

24:2 Sebab Dialah yang mendasarkannya di atas lautan dan menegakkannya di atas sungai-sungai.

24:7 Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang Malaysia!  dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abadi supaya masuk Raja  Kemuliaan !

24:8 “Siapakah itu Raja Kemuliaan?” “TUHAN, jaya dan perkasa, TUHAN, perkasa dalam peperangan! ”

24:9 Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang, dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad, supaya masuk Raja Kemuliaan!

24:10 “Siapakah Dia itu Raja Kemuliaan?” “TUHAN semesta alam,  Dialah Raja Kemuliaan!” Sela

 

Kita mengalu-alukan Engkau, Tuhan Yesus, Raja Kemuliaan ke Malaysia…Kiranya Malaysia akan penuh dengan pengetahuan tentang kemuliaan TUHAN, seperti air yang menutupi dasar laut (Habakuk 2:14)

 

A. VISI DAN DOA UNTUK NEGERI TERENGGANU

  1. Visi

Bahawa orang yang terpilih untuk memerintah Terengganu melalui pilihanraya negeri yang akan datang ini adalah ahli politik yang benar-benar mengasihi dan mengambil berat penduduk-penduduk di sini. Biar ahli politik yang terpilih berkomit untuk memimpin negeri ini supaya menggenapi visi dan misi Tuhan untuk Terengganu.

“Terengganu Darul Iman” – Biar semua orang yang menetap di Terengganu menjumpai iman benar dalam Tuhan dan hidup dalam kuasa kasih karunia Tuhan sehingga mereka melangkah masuk ke akhirat.

 

  1. Doa khusus untuk Terengganu

2.1    Ekonomi: Doa untuk hikmat dan perkenanan Tuhan atas pemimpin-pemimpin negeri ini untuk mengujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan supaya negeri ini makmur.

2.2    Keperluan sosial dan komuniti : Doa Tuhan menguatkan setiap perhubungan keluarga untuk bertahan dan menang atas cabaran-cabaran sosial yang dihadapi oleh ibu-bapa dan anak-anak. Misalnya penyalahgunaan dadah, penceraian, pengangguran, dll.

2.3    Pendidikan: Doa lebih banyak kolej vokasional ditubuhkan di negeri ini supaya para muda-mudi tidak perlu merantau terlalu jauh untuk memperoleh kemahiran asas untuk mencari rezeki.  Doa daya tahan, kesabaran dan keazaman bagi dua-dua pelajar dan guru-guru untuk mengatasi masaalah-masaalah yang diakibatkan gangguan dan kerosakan dalam pengajaran kelas fizikal sepanjang tahun-tahun Kovid.

2.4    Gereja : Doa supaya orang-orang Kristen akan kuat dalam iman mereka, dan bangkit bersinar di tengah-tengah semua cabaran hidup selepas Kovid.  Doa  urapan Tuhan atas para pastor dan pemimpin untuk membimbing dan mengalakkan ahli-ahli supaya maju kehadapan dan habiskan perlumbaan yang Tuhan telah tetapkan untuk setiap peribadi.

 

B. DOA UNTUK NEGERI KELANTAN

  1. Keadaan Sekarang

Dalam lapuran Bernama baru-baru ini, Ketua Hakim Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan bahawa Kelantan merekodkan kes jenayah berhubungan dengan penyalahgunaan dadah yang tertinggi dengan 3,683 kes dalam tahun lepas. Kes-kes  melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftar di Mahkamah Sesyen Kota Baru tahun lepas membimbangkan, dengan 59 kes direkodkan berbanding dengan hanya 18 kes yang melibatkan jenayah seksual terhadap orang dewasa.  

Media juga melapurkan bahawa orang Kelantan yang melayari internet mengatasi senarai mereka yang melawat laman web lucah di negara di masa lampau. 

Juga dilapurkan bahawa peratusan tertinggi gaji ibu-ibu tunggal yang dibawah tahap kemiskinan adalah mereka yang duduk di Kelantan dan Pahang (dua-duannya 79.2%).

 

  1. Doa khusus untuk Kelantan

Kita berdoa…

  • Untuk akal budi orang Kelantan dibuka, sisik-sisik mata mereka terkeluar, hati dilembutkan supaya mereka mempunyai kelaparan mencari Allah yang benar dan hidup.
  • Untuk lebih banyak perniagaan dibuka. Projek-projek infrastruktur untuk melayani orang terutamanya generasi muda di Kelantan, supaya mereka tidak perlu berpindah ke kota-kota untuk mencari kerja.
  • Menentang roh mengantuk dan lena, supaya dipatahkannya atas orang percaya dan gereja-gereja di Kelantan. Kita berdoa gereja-gereja disatukan, para Pastor dan pemimpin Gereja boleh bersatu-padu dalam persekutuan antara satu sama lain dengan visi umum untuk melayani pelbagai komuniti dan menjadi terang dan garam di Kelantan. Kiranya Roh api kebangkitan menyalakan kembali roh setiap orang percaya dari gereja-gereja berlainan untuk seia sehati , berdiri bersatu mempunyai pemikiran kerajaan.

 

C. DOA KHUSUS UNTUK NEGERI KEDAH

Kita berdoa untuk :

  1. ORANG-ORANG KEDAH BALIK KAMPONG – bagi para belia dan dewasa muda yang berada di luar negeri untuk kembali ke Kedah dan bekerja/melayani di sini.
  2. PELUANG PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN – Lebih banyak sekolah/kolej akan dibina untuk pendidikan tinggi di negeri. Dan lebih banyak jalan/tempat kosong untuk pekerjaan diujudkan
  3. PEMERINTAHAN BAIK – pemimpin, ADUN dan MB negeri yang jujur, adil dan komited .

 

D. VISI DAN DOA UNTUK NEGERI PULAU PINANG

  1. Visi

Pemangkin Kebangkitan dan tali pusat sebagai pembawa/pengantar kebangkitan untuk negara kita.

 

  1. Doa Khusus untuk Pulau Pinang

Kita berdoa untuk:

  • Calun-calun yang bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang dipilih Tuhan dan diundi masuk, menentang semua bentuk ekstremisme yang keterlaluan. Untuk apa-apa rancangan kegelapan didedahkan dan terang Tuhan datang.
  • Perjalanan Doa negeri di bulan Mei yang akan dilakukan bersama oleh gereja-gereja dan pelayanan, meliputi setiap kawasan pilihan raya. Kiranya setiap tim mendengar dari Tuhan strateji doa untuk daerah mereka.
  • Hikmat dan perlindungan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan timnya untuk mentadbirkan negeri dalam kebenaran. Juga supaya Pulau Pinang mendapat perkenanan dengan kerajaan persekutuan untuk memajukan negeri dan menjadi berkat kepada negeri-negeri jiran.
  • Tahap air di empangan Pulau Pinang yang telah turun ke 50% naik kembali ke tahap selamat .

 

E. DOA UNTUK NEGERI SELANGOR

Kita berdoa untuk:

  1. MB dan undangan negeri yang benar serta pengerusi majlis yang terpilih akan mewakili rakyat dengan baik, mengenal keperluan mereka dan melaksanakan kewajipan dengan keutuhan, keadilan dan kesaksamaan. Kiranya Tuhan memberkati Sultan Selangor: Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan berkat besar dari tinggi, supaya semua akan bekerjasama dalam perpaduan dan harmoni untuk kebaikan rakyat.
  2. Dewan Undangan Negeri yang akan memelihara perpaduan dan pemerintahan baik dalam negeri. Yang menghormati hak-hak kemanusiaan dan menggubal undang-undang yang adil dan benar, memelihara kebajikan rakyat, terutama yang miskin dan terpinggir.
  3. Gereja memimpin jalan, sebagai garam dan terang, selaku kita melayani yang miskin dan membuat perbedaan di tempat pasaran dan pelbagai bidang pengaruh. Sebagai negeri yang terkaya dari segi ekonomi dan periuk lebur yang mengandungi beraneka budaya, doa supaya Selangor menjadi negeri yang mendukung prinsip-prinsip keutuhan, kemurahan hati, perpaduan dan kasih, memperlakukan orang dengan adil, terutama pendatang asing dan orang pelarian dikalangan kita.

Kiranya Sungai Kehidupan Tuhan mengalir melalui negeri ini, membawa penyembuhan kepada keluarga-keluarga, tempat-tempat kerja dan generasi turun-temurun, supaya terdapat budaya yang sihat dan positif.

 

F. DOA UNTUK NEGERI SEMBILAN

  1. Keadaan Sekarang

Negeri Sembilan berada di persimpangan. Di sebelah satu pihak terdapat penghijrahan orang dari Lembah Klang menetap di pinggir kota NS yang berulang-alik ke KL setiap hari. Di sebelah lain terdapat penghijrahan orang-orang yang lebih muda ke KL/Singapore untuk belajar dan mencari pekerjaan yang lebih baik.

Secara rohani terdapat banyak lagi kegelapan, kiranya terang Kristus menyinari untuk melenyapkan semua kegelapan, terutamanya ketika gereja-gereja bergabung bersama dalam kesatuan untuk berdoa.

 

  1. DOA KHUSUS UNTUK NEGERI SEMBILAN

Kita berdoa untuk …

  • Kesatuan hati antara gereja-gereja untuk membina tembok doa berpadu supaya terang Kristus akan menghilangkan semua kegelapan di negeri ini (Neh 4:6, Yes 62:6)
  • Pintu dan hati terbuka untuk bersaksi tentang kebaikan Tuhan dan mengkhabarkan injil.
  • Pengukuhan kehormatan dan keterbukaan antara satu sama lain terhadap budaya dan iman yang berbeda-beda serta penyingkiran apa-apa agenda yang menentang.
  • Peluang ekonomi yang lebih besar dibangunkan supaya orang-orang boleh tinggal kekal dan bertumbuh dalam komuniti lokal.
  • Pengurangan kemiskinan, maksiat social, dadah dan kegiatan samseng.

 

Doa Umum untuk semua 6 negeri mengenai pilihanraya negeri: 

Kita berdiri bersama berdoa supaya …

  • Pilihanraya negeri ini bersih dan adil, dan kita memohon Engkau akan menghantar malaikat-malaikat-Mu untuk mengawal atmosfera rohani di musim ini menjelang tarikh pilihanraya.
  • Kita berdoa tangan-Mu atas semua kumpulan etnik yang berbeda, supaya terdapat roh perpaduan yang kuat untuk mengundi bagi Dewan Undangan yang adil, yang mendukung Rukun Negara, menolak keterlaluan agama dan bangsa.
  • Kita berdoa supaya mereka yang merancangkan perpecahan dan pendustaan disingkirkan, dan yang lurus diperkuatkan ketika mereka bersuara untuk kebenaran dan keadilan. Kiranya mereka menerima perkenanan dari Tuhan dan manusia.
  • Kita berdoa untuk kebangkitan pemimpin-pemimpin benar yang utuh, adil kepada semua bangsa, mengambil berat kumpulan B40, memberi peluang sama rata dalam pendidikan, pekerjaan dan permit perniagaan kepada semua.
  • Kita berdoa suruhanjaya pilihanraya akan mengemukakan prosedur operasi standard yang bijaksana, jelas dan terancang dengan baik. Supaya seluruh proses pilihanraya akan terlaksana dengan adil, lancar, aman dan teratur, bebas daripada korupsi dan rasuah .
  • Kita berdoa kes-kes Kovid tidak akan meningkat.
  • Di atas segalanya, kita berdoa gereja Tuhan Malaysia akan bangkit sebagai satu, berdiri di celah dalam doa tak henti-henti atas pihak negeri-negeri ini dan tanah Malaysia.

Tuhan, sekarang kita berdiri bersama dalam Kristus mengisytiharkan Mazmur 33:8-11 atas Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan

Tuhan, Biarlah segenap bumi takut kepada TUHAN,  biarlah semua penduduk dunia gentar terhadap Engkau! Sebab Engkau berfirman, maka semuanya jadi; Engkau memberi perintah, maka semuanya ada. TUHAN, gagalkan  rencana bangsa-bangsa; meniadakan rancangan suku-suku bangsa; tetapi biar rencana TUHAN bagi Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tetap  selama-lamanya, rancangan hati-Mu untuk Malaysia tidak tergoyahkan. Dalam nama Yesus!