DOA BAGI NEGARA – MEI 2024

Keluarga nuklear sepertimana yang diingini Tuhan ialah:

  • Seorang suami and seorang isteri menjadi satu daging (Kej. 2:25)
  • Penyatuan seorang lelaki dan seorang perempuan untuk melahirkan anak (Kej. 1:28)
  • Seorang suami mengasihi isterinya seperti Kristus mengasihi jemaat, isteri hendaklah tunduk kepada suami seperti kepada Tuhan dan anak-anak tunduk kepada ibubapa (Ef 5:22; 25-33; 6:1)

Keluarga seperti yang dikehendaki Tuhan kini diserang teruk.

  • Keretakan keluarga telah juga mengakibatkan keretakan masyarakat. 
  • Kita melihat peningkatan dalam ketiadaan bapa, perceraian, anak luar nikah berpunca dari perzinahan, bunuh diri, keganasan di luar dan dalam rumah, komuniti LGBTQ yang kian meningkat, krisis identiti jantina dan yang paling serius, penafian kasih Tuhan dan penolakan kewujudanNya.
  • Serangan utama terhadap keluarga nuklear adalah percubaan untuk memusnahkan kedudukan bapa di dalam keluarga.
  • Ketiadaan bapa – termasuk ketidakhadiran bapa, merupakan faktor utama di sebalik banyak isu sosial dalam keluarga dan dalam masyarakat.
  • Anak-anak memerlukan kewibawaan bapa, kasih sayang, bimbingan, dorongan dan rasa kesahihan dan destini daripadanya.
  • Bapa adalah akar salasilah keluarga.

DOA UNTUK LELAKI

  • Kita berdoa agar kaum lelaki bangkit untuk mengambil kedudukan mereka sebagai bapa yang penyayang di dalam keluarga.
  • Kita menentang kesombongan yang menyebabkan si bapa menganggap mereka boleh membesarkan anak-anak dengan cara mereka sendiri.
  • Semoga si bapa tahu siapa mereka di dalam Kristus dan apa panggilan mereka sebagai bapa.
  • Kita mengisytiharkan bahawa segala percubaan untuk memusnahkan tempat dan kedudukan kamu di dalam masyarakat dan di dalam keluarga tidak  akan berjaya.
  • Kamu akan menang kerana Fil. 4:13 berkata, “Segala perkara dan bukan hanya sesetengah perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.
  • Kamu akan takut akan Tuhan.
  • Sayangi isteri dan anak-anak kamu.
  • Didik anak-anakmu supaya mengikut jalan yang patut mereka ikuti – jalan yang ditentukan olehTuhan.
  • Kamu teguh mengikuti perintah Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Ul.11:19,20, hidup sebagai teladan yang baik kepada anak-anak kamu.
  • Semoga Tuhan menjauhkan kamu dari segala kejahatan yang diingini musuh untukmu.
  • Kamu tidak akan jemu melakukan kebaikan.
  • Tuhan berperang untuk kamu. Kamu akan menang.

DOA IBUBAPA

Wahai Bapa, Allah kita, biarlah doa kita sentiasa: “Tunjukkanlah kepadaku jalan-Mu, ya TUHAN, supaya aku hidup menurut kebenaran-Mu. Bulatkanlah hatiku untuk takut akan Nama-Mu. Mazmur 86:11

Kita mengisytiharkan,

  • Kita tidak akan tunduk kepada tekanan kebudayaan humanistik.
  • Kita mempunyai harapan yang berkekalan dalam Yesus Kristus.
  • Tidak kira apa kesukaran yang kita hadapi dalam dunia yang semakin bermusuhan, kita boleh datang kepada Yesus dalam doa dan Tuhan akan mencapai kejayaan untuk kita.
  • Kita akan berperang dalam ruang doa.
  • Kita tidak akan didiamkan, tidak akan bersikap acuh tak acuh dan berpendirian teguh mengikut jalan Tuhan dan kebenaran TUHAN.
  • Kita akan berperang dengan kuasa dan otoriti yang kita ada dalam Kristus, “yang jauh lebih tinggi dari segala pemerintah dan penguasa dan kekuasaan dan kerajaan…Dan segala sesuatu telah diletakkan-Nya di bawah kaki Kristus dan Dia telah diberikan-Nya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada.” Ef 1:21,22.
  • Di tengah-tengah godaan hidup dan tarikan kemahuan diri kita, bantulah kita supaya berazam dan berani untuk melakukan apa yang patut di mata-Mu tanpa mengira kosnya.
  • Di tengah-tengah ketidakpastian hidup, yakinkanlah kita tentang kepastian kasih-Mu yang tidak berubah.
  • Di tengah-tengah kesibukan dan pelbagai aktiviti, sedarkanlah kita terhadap serangan musuh  atas perkahwinan dan anak-anak kita dan membolehkan kita bertindak-balas dengan kebijaksanaan, keberanian dan ketabahan.

UNTUK ANAK-ANAK TERUTAMANYA YANG SESAT DAN HILANG

Yes. 49:25, Yer. 31:16-17

  • Terimakasih Tuhan untuk janji-Mu bahawa Kamu akan menyelamatkan anak-anak kita dan mereka akan diajar oleh Tuhan. Yes.54:13
  • Anak-anak kita kepunyaan-Mu.  Ubahlah hati mereka supaya mereka cenderung kepada kebenaran-Mu.
  • Biarlah ada kekosongan di dalam hati mereka untuk menyedari bahawa kekosongan itu hanya boleh diisi oleh kasih, kebenaran dan kedamaian-Mu.
  • Lindungilah anak-anak kita dari falsafah Zaman Baru dan teologi Marxis, semoga mereka sedar bahawa hikmat datang dari Kamu dan bukan AI.
  • Biarlah Firman-Mu terukir atas loh hati mereka supaya pengetahuan mereka diperolehi daripada pandangan Alkitab dan bukan pandangan duniawi.
  • Kita ibubapa tidak akan tinggal kecewa, berputus asa atau dipenuhi rasa bersalah dalam menguruskan anak durhaka yang sesat.
  • Apabila kita mengenali Janji-janji-Mu, kita akan mempunyai sukacita Tuhan yang didapati daripada menghabiskan masa di dalam ruang doa, mengamalkan gaya hidup penyembahan dan pembacaan Firman.
  • Cergaskanlah semula kekuatan dan iman kita, Tuhan, bahawa Kamu akan membuat jalan dimana nampaknya  tiada jalan.
  • Kita berdoa, urapilah anak-anak kita dengan  api baru sekarang juga dalam nama Yesus.