DOA UNTUK NEGARA : FEBRUARI 2024
Salah satu pintu yang kita percaya bahawa Tuhan mahu kita miliki tahun ini semasa kita menuju kebangunan rohani ialah Gerbang Menuai. Marilah kita memanfaatkan setiap peluang untuk menebus masa terutama pada bulan perayaan ini, untuk berkongsi kepercayaan kita dengan orang-orang di sekeliling kita.
Kata Yesus:
“Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir. 38 Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada tuan yang empunya tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk menuai.” (Matius 9:37-38)
- Menghantar pekerja
Bapa di Syurga, kami mengakui bahawa Engkau adalah Tuan Pemilik tuaian. Engkau telah mengurapi Yesus dari Nazaret dengan Roh Kudus dan dengan kuasa, berjalan ke merata tempat untuk berbuat baik dan menyembuhkan semua orang yang dikuasai Iblis, kerana Allah menyertai Dia. Engkaulah Tuhan yang melihat orang ramai dengan segala beban mereka. Engkau melihat mereka letih dan tercerai-cerai seperti domba yang tidak mempunyai gembala.
Jadi kami dengan satu hati mengangkat suara berseru agar Engkau menghantar pekerja ke ladang tuaian di semua tujuh gunung berpengaruh. Berikan kami mata untuk melihat seperti yang Engkau lihat, hati untuk mengasihi seperti yang Engkau kasihi, dan kuasa untuk melayani mereka seperti yang Yesus lakukan semasa Dia berada di bumi.
- Keluarga – Mezbah Doa & kehadiran Tuhan untuk memenuhi rumah. Anak-anak untuk mengenali Kristus & dididik di dalam rumah oleh ibu bapa yang saleh.
- Pendidikan – Para pendidik yang saleh yang akan meresap dalam sektor pendidikan dan ramai kanak-kanak dalam jendela keterbukaan 4-14 ini akan mengenali Yesus. (https://www.cefonline.com/articles/teach-kids-articles/the-4-14-window/)
- Media, Seni & Hiburan – Berdoalah agar dua gunung ini dipenuhi dengan pengaruh yang saleh dan kreatif yang akan mempengaruhi orang ramai untuk Kristus.
- Perniagaan – pemimpin, pekerja, dan perniagaan yang mengetahui tujuan mereka dan membina usaha mereka untuk kemuliaan Tuhan. Supaya mereka mengalami dan berkongsi kebaikan Tuhan kepada orang-orang di sekeliling mereka.
- Pemerintah – Penganut Kristian akan berlipat ganda di gunung ini, menjalani kehidupan yang memuliakan nama Bapa dan mempengaruhi ramai orang.
- Rohani – Bahawa gereja Tuhan dengan satu tujuan akan menaikkan suara mereka, agar ada pintu Terbuka untuk Injil, tangan terbuka untuk melayani, hati terbuka dan minda terbuka untuk menerima, Syurga terbuka untuk hujan kebangkitan rohani yang akan membawa penyelamatan!
“Wahai langit, titiskanlah perbenaran dari atas dan biarlah awan mencurahkannya. Biarlah bumi membukakan diri dan membuahkan penyelamatan. Biarlah perbenaran turut tumbuh bersama. Aku, Tuhan, telah menciptakan hal itu. “
(Mintalah dengan penuh doa kepada Roh Kudus untuk nama 7 rakan yang boleh anda jangkau pada musim perayaan ini. Juga berdoa untuk hikmat, kearifan, pintu peluang terbuka untuk melakukannya.)
- Memperbaiki jala
Kami mendengar seruan daripada hamba-Mu James Kawalya bahawa kami perlu membaiki semua celah dan retak.
Oleh itu, kami memohon Engkau selidiki hati kami, dan melihat jika ada keretakan hubungan di antara saudara kami dengan diri kami yang perlu kami perbaiki. Berilah kami kesanggupan untuk membaiki mana-mana perhubungan yang telah rosak yang Engkau telah tunjukkan kepada kami. Tunjukkan juga kepada kami di mana kami boleh menjadi pendamai. Semoga semua orang tahu bahawa kami adalah murid-Mu kerana kasih yang tulus yang telah Engkau tempatkan dalam diri kami untuk satu sama lain.
Bantu kami semua untuk bekerjasama untuk kerja penuaian jiwa yang besar. Semoga kami menjadi satu tubuh sebagaimana Engkau adalah satu, dan bersama-sama kami dapat berganding bahu, menebar jala & bersama-sama menarik hasil tuaian yang banyak yang ada di Malaysia, dalam nama Yesus!
- Desakan Penuaian Akhir Zaman
Engkau mengajar kami untuk tidak berkata “Masih ada empat bulan dan kemudian tiba musim menuai?” tetapi untuk mengangkat mata kami dan melihat ladang, kerana mereka sudah bersedia untuk dituai!”
Ini sebenarnya adalah hari-hari Elia yang mengisytiharkan Firman Tuhan sehingga membuat ramai berpaling kepada-Mu. Kami melihat peningkatan dalam aktiviti rohani di sekeliling kami kerana musuh tahu masanya singkat (Wahyu 12:12). Kami juga tahu bahawa ini adalah masa pecutan (masa segala sesuatu dipercepatkan). Kami memuji-Mu kerana Engkau akan melakukan apa yang telah Engkau firmankan di mana sekali lagi para penuai akan didahului oleh mereka yang bersedia untuk membajak dan menyemai ladang, .. (Amos 9:13).
Kami mengangkat tangan yang kudus, & bergabung dengan-Mu untuk membina semula khemah Daud untuk pujian, pemujaan & penyembahan (Amos 9:11, Kis 15:16,17). Biarkan ada Syurga Terbuka ke atas negara kita! Kami berterima kasih kepada-Mu kerana Engkau pasti akan melaksanakan semua ini! Seperti yang Engkau janjikan, semoga kami sekarang memasuki dan menikmati hasil penat-lelah mereka yang telah menabur banyak sebelum kami.
Engkau juga berkata perkara yang lebih besar dan luar biasa akan kami lakukan kerana Engkau telah kembali kepada Bapa di Syurga. Jadikan kami penjala manusia, tunjukkan kepada kami tempat menebarkan jala dan semoga kami mengumumkan bersama-Mu.
‘Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas.’
Terima kasih Tuhan! Kami memasuki semua janji ini, dalam nama Yesus!