DOA UNTUK PERISTIWA KRITIKAL

Mazmur 33 (AVB)

1 Bergembiralah tentang Tuhan, wahai orang yang benar; kerana pujian daripada orang tulus sungguh indah.

2 Pujilah Tuhan dengan bermain kecapi; mainkan lagu untuk-Nya dengan alat bertali sepuluh.

3 Nyanyikan lagu baru untuk-Nya; mainkan dengan mahir sekali sambil bersorak ria.

4 Kerana firman Tuhan itu benar; dan semua kerja-Nya dilakukan dengan kesetiaan.

5 Tuhan mencintai perbenaran dan keadilan; bumi ini dipenuhi kasih setia-Nya.

6 Dengan firman Tuhan langit telah dicipta, dan seluruh cakerawala dengan perintah-Nya.

7 Dia menghimpunkan air segala lautan; Dia menyimpan khazanah lautan dalam perbendaharaan.

8 Takutilah Tuhan, hai seluruh bumi; gerunlah kepada-Nya, hai semua penghuni dunia.

9 Kerana Dia berfirman, lalu segalanya terjadi; Dia memberikan perintah, lalu segalanya teguh.

10 Tuhan mematahkan rancangan bangsa-bangsa; Dia menjadikan niat mereka sia-sia.

11 Rancangan Tuhan bertapak selama-lamanya, niat hati-Nya bagi manusia zaman-berzaman.

12 Diberkatilah bangsa yang Allah mereka ialah Tuhan, mereka yang telah dipilih sebagai milik-Nya.

 

Mengawasi Undang – Undang Negara

Yesaya 21:6-8

“Pergilah, tempatkanlah seorang pengintip. Mintalah dia melaporkan apa yang dilihatnya.

7 Apabila dia melihat rata dengan kuda berpasang-pasangan, pasukan keldai, dan pasukan unta, mintalah dia mengamati baik-baik, dengan penuh perhatian.”

8 Lalu pengintip itu berseru seperti singa, “Aku sentiasa berdiri, ya tuanku, di menara tinjau pada siang hari, dan aku ditempatkan di menara pengawal sepanjang malam!

Tuhan telah meletakkan didalam hati kita untuk mengawasi setiap undang-undang yang diluluskan di negara ini.Kita semua tahu bahawa tugas utama Parlimen adalah untuk membentang, membahas dan meluluskan undang-undang di negara kita. Undang-undang adalah kritikal dan apabila ia telah diluluskan, undang-undang tersebut tidak boleh diubah sehingga dekri baru dibuat. Oleh itu, semua pendoa harus mempunyai postur berjaga-jaga terhadap perubahan yang berlaku.

Dalam doa, mari kita

  1. Mencegah musuh dalam mengenakan dekri yang tidak benar di negara kita.
  2. Doa supaya semua undang-undang (sekecil manapun) akan diberikan pemikiran yang teliti. Doakan kebijaksanaan dalam menimbangkan undang-undang yang akan digubalkan atau dipinda supaya undang-undang itu benar, saksama dan adil di mata Tuhan
  3. Doakan selepas sesuatu undang-undang diluluskan, kita terus mengawasi agar ia diamati dan kehendak Tuhan di negara kita terjadi. Contoh MA 63

 

Berikut adalah doa yang telah ditulis sebagai panduan dalam kita mendoakan setiap undang-undang di negara kita

  • Kami berdiri dihadapan Engkau Allah yang berkuasa dan bersama kami menentang rancangan kuasa-kuasa jahat yang hendak mengenakan “undang-undang” yang akan mencuri, membunuh dan memusnahkan masa depan negara kami, Malaysia

            (Mari kita Isytiharkan Doa Yesus)  

‘Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.

Kami berdoa supaya Datanglah kerajaan-Mu ke Malaysia dan Terlaksanalah kehendak-Mu di Malaysia

Berilah kami makanan untuk hari ini supaya mendengar suara Mu, mengetahui kehendak Mu dan memahami rancangan Mu supaya kami boleh berdoa dengan kebijaksanaan.

Ampunkanlah kesalahan kami (izinkan roh kudus untuk membersihkan mana-mana pemikiran yang tidak betul yang menghalang kita mendengar Tuhan dengan jelas) sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.  

Janganlah biarkan kami tergoda untuk mengabaikan apa yang berlaku di sekeliling kita dan selamatkanlah Malaysia daripada yang jahat. 

Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.

NTuhan kami datang kehadapan takhta Mu dengan keberanian untuk memohon belas kasihan dan rahmat Mu untuk membantu kami dalam masa keperluan kami ini.

  • Tuhan, bangkitkan individu-individu samada lelaki atau perempuan untuk menjadi suara kebenaran di parlimen.
  • Tuhan, kami minta hanya undang-undang yang benar dan adil sahaja yang akan diluluskan dan setiap undang-undang yang lari dari kehendak Mu dibatalkan
  • Terutama sekali, kami memohon kepada Engkau, Allah yang Maha kuasa untuk menurunkan Dekri Ilahi dari syurga menolak dekri kuasa-kuasa jahat yang cuba diluluskan keatas kami di Malaysia.
  • Bapa, kami menyerah kepada Mu undang-undang berikut yang dibentangkan di Parlimen.

Dalam nama Yesus, Amen

 

Kami cadangkan anda pilih hanya 1 daripada undang-undang berikut untuk didoakan.

Berikut adalah Undang-Undang yang sedang dibentangkan (anda boleh membuat kajian sendiri terhadap perkara ini)

  • Pembentangan undang-undang Anti-Lompat Parti di parlimen disegerakan

 

  • Gangguan Seksual Undang-Undang No. 8

(Joint Action Group for Gender Equality (JAG), Engender Consultancy and Young Women Making Change berkata perundangan ini telah mengambil masa selama 30 tahun untuk dibentuk dan kumpulan-kumpulan Wanita telah berbincang secara meluas dengan kerajaan dalam hal ini termasuk bersama-sama merangka bil perundangan ini. “Dalam kami mengiktiraf dan menghargai usaha kerajaan dalam monghormati komitmen meluluskan perundangan gangguan seksual, malangnya masih terdapat jurang yang besar dalam pembetulan dan mekanisme pencegahan yang betul untuk melindungi mangsa gangguan seksual.)

Pembacaan pertama bil telah diadakan pada 15 Dec dan akan dibentangkan untuk bacaan yang kedua pada sesi parlimen yang pertama sekarang.

  

  • Food Supplies and Food Security (Rang Undang Undang Kawalan Padi dan Beras) 11

(Kementerian Pertanian dan Industri Makanan berkata hanya bekalan ayam, telur, daging babi dan ikan tempatan mencukupi untuk keperluan harian. Imbangan dagangan untuk bahan makanan adalah negatif, bererti kita import lebih dari eksport. Antara langkah yang sedang dilakukan oleh kementerian ialah menambah baik sector pertanian makanan supaya ada pelan keselamatan makanan. Tolong doakan keperluan kritikal ini.)

 

  • IPCMC police commission for accountability (Ruang undang undang suruhan jaya bebas tatakelakuan Polis 2020) No. 13

 

  • Teruskan doa untuk MA63 – Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) diberi 1/3 kerusi di dalam Dewan Negara

 

Log masuk