DOA BAGI MINGGU 14 – PEMULIHAN ATAS PERINTAH ILAHI DI DALAM KELUARGA

(31 Mei – 6 Jun 2021)

 

Bahagian 1: Perjanjian Perkahwinan

Perkahwinan berada ditengah-tengah peraturan Tuhan. Gunalah doa berikut untuk melitupi rumah tangga anda dan juga bagi rumah tangga lain yang kita doakan. Jika anda belum berkahwin, berdoalah untuk orang lain – pasangan yang kita kenali, anak-anak kita, mereka yang masih single. Bagi mereka yang telah bercerai berdoalah untuk keluarga masing masing dan juga untuk keluarga sahabat kita.

Tuhan yang Mahakuasa, FirmanMu berkata :

 “ 6 Sebab pada awal dunia, Allah menjadikan mereka laki-laki dan perempuan,

7 sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya,

8 sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu.

9 Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.” (Markus 10:6-9 TB)

 

  • Tuhan yang Tuhan Mahakuasa, Engkau adalah pemelihara perjanjian Mu kepada kami dan Engkau memberi mencontohkan perjanjian abadi kepada kami melalui AnakMu Yesus Kristus yang menyerahkan hidupNya bagi gereja, pengantin Kristus.
  • Tuhan, kami membawa setiap rumah tangga kehadapan Mu. Litupilah setiap rumah tangga dengan darah Yesus. Kami berterima kasih bagi setiap kemengangan diatas kerja-kerja musuh melalui kerja Tuhan Yesus Kristus yang siap diatas kayu salib.
  • Kami meminta agar Engkau bersengketa bagi rumah tangga kami terhadap kerja-kerja iblis yang mencuri, membunuh dan merosak keluarga dan rumah tangga yang ada.
  • Perkasakan setiap pasangan yang telah berkahwin dengan Roh KudusMu untuk membangunkan perkahwinan yang menghormati Engkau dengan hadirnya kasih, kesetiaan, penundukkan, penghormatan, pengampunan, kebaikkan, kesabaran dan kemurahan hati terhadap satu sama lain.
  • Bagi yang disakiti dan bersalah, bantulah mereka untuk saling memaafkan di antara satu sama lain. Biarlah mereka berakar dan bertumbuh dalam kasihMu dan biarkan kasih menutupi segala dosa. Semoga perkahwinan mereka menjadi teladan, yang meningalkan legasi Ilahi, berimpak bagi anak-anak mereka dan anak kepada anak-anak mereka.

Tuhan, hari ini kami Bersatu dan dalam satu suara memohon dari Engkau agar setiap rumah tangga di dalam gereja kami dipulihkan seperti apa yang Engkau perintahkan.

  • Kami berdoa agar suami-suami mengasihi isteri-isteri mereka, seperti Yesus mengasihi gerejaNya dan memberi diri kepada isterinya dan tidak berlaku kasar terhadap mereka. (Efesus 5:25, 28; Kolose 3:19)
  • Kami berdoa agar suami tidak akan menceraikan isterinya (1 Korintus 7:11) dan akan bertimbang rasa dengan isteri mereka supaya tiada yang menghalangi doa mereka. (1 Petrus 3:7)
  • Kami berdoa agar isteri-isteri akan tunduk kepada suami-suami mereka dalam segala sesuatu sebagaimana seperti gereja tunduk kepada Kristus. (Efesus 5:22,24)
  • Kami Berdoa agar isteri-isteri akan menghormati suami-suami mereka (Efesus 5:33) dan dengan melakukan ini, setiap suami yang belum percaya akan dimenangkan tanpa perkataan bila mereka melihat kesucian dan penghormatan dalam kehidupan isteri-isteri mereka. (1 Petrus 3:11)
  • Kami berdoa agar isteri-isteri akan bangkit membawa kebaikan bagi suami mereka, dan bukan bahaya dalam hidup mereka setiap masa. Kami berdoa agar mereka akan berbicara dengan hikmat dan arahan yang benar melalui lidah mereka. Mereka akan memerhatikan seluruh urusan rumah tangga dalam hikmat dan takut akan Tuhan. (Amsal 31:26-28,30)

Tuhan yang maha kuasa, kami berterima kasih kepada Engkau dengan Roh KudusMu perkasakanlah setiap pasangan yang telah berkahwin tetap setia dan untuk memegang perjanjian perkahwinan mereka dengan pasangan mereka dengan kesucian kerana perkahwinan mereka menyaksikan PerjanjianMu dengan kami, mempelai perempuan bagi Kristus, melalui Yesus Kristus.

Dalam nama Yesus kami memohon dan berdoa. Amen.

 

Log masuk