DOA BAGI KERAJAAN

Fokus untuk Mei:

  • EKSEKUTIF & PENTADBIRAN 
  • UNDANG-UNDANG & PARLIMEN 
  • HAL-EHWAL KEAGAMAAN

 

EKSEKUTIF & PENTADBIRAN

Perdana Menteri: YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB

Sebab firman TUHAN itu benar, segala sesuatu dikerjakan-Nya dengan kesetiaan. Ia senang kepada keadilan dan hukum; bumi penuh dengan kasih setia TUHAN.

Mazmur 33:4-5

  • Berdoa untuk hikmat dan pengertian dari Tuhan diberi kepada Perdana Menteri walhal dia diamanahkan dengan jawatan tinggi ini untuk mengawal hal-ehwal negara.
  • Berdoa Perdana Menteri kita terkini tidak akan tertekan oleh apa-apa kuasa politik untuk bertindak tidak adil dan terkeluar penjajaran kepada kehendak Tuhan bagi kepentingan negara kita.
  • Berdoa supaya Tuhan membangkitkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang jujur, boleh dipercayai, berhikmat dan takut kepada Allah dalam setiap cabang Jabatan Perdana Menteri yang akan membantu Perdana Menteri dalam tugasnya.
  • Berdoa untuk persidangan semula Parlimen seperti biasa, yang teratur mengikut keperluan bahawa pentadbiran ini bertanggung-jawab dalam mata Agung dan rakyat tanah ini.
  • Berdoa terutamanya penjadualan pilihanraya yang akan datang mengikut garisan masa yang Tuhan putuskan.

 

UNDANG-UNDANG & PARLIMEN

Menteri: YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsuddin

  • Berdoa supaya Pentadbir Parlimen, timbalan-timbalan dan Setiausaha-setiausaha Dewan Negara dan Dewan Wakil Rakyat setia melaksanakan jawatan mereka dalam hal-hal berkaitan pentadbiran Parlimen, disiplin dan kelakuan, peraturan prosedur berhubungan dengan setiap dewan.
  • Berdoa supaya hak-hak dan keistimewaan imuniti yang diberi kepada setiap ahli diguna-pakai menurut semangat pembentuk-pembentuk perlembagaan.
  • Terdapat usul untuk mengujud kembali kementerian undang-undang khas dengan Bahagian Hal Undang-Undang sebagai organisasi utama untuk memastikan perkara-perkara berhubungan pindaan undang-undang diimplementasikan dengan lebih cekap. Berdoa untuk hikmat semua yang terlibat supaya mereka mempertimbangkan dengan berhati-hati kebaikan dan kelemahan membalikkan jabatan ini sebagai kementerian penuh. Pada hal sebelum bentuk terkini, ia telah dibubarkan dan tergolong ke dalam Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1995.
  • Berdoa untuk hikmat dan pengertian dalam pertimbangan undang-undang yang diusulkan atau dipinda adalah benar, wajar dan adil di mata Tuhan.

Tuhan, kita minta supaya undang-undang yang memastikan keadilan dan kebenaran di tanah ini akan diluluskan, dan yang menyeleweng daripada keinginanMu dibatalkan. 

  • Berdoa untuk kesetiaan dalam pelaksanaan undang-undang berhubung dengan pentadbiran mahkamah, pemegang amanah, mahkamah kanak-kanak, biro bantuan guaman, jabatan muflis, pengantaraan, perlindungan saksi kanak-kanak dan perlindungan pemberi maklumat.
  • Berdoa supaya Kementerian memberi pertimbangan yang berhati-hati dan berpatutan kepada maklum-balas daripada Suruhanjaya Hak-hak Manusia (SUHAKAM) dan pihak-pihak lain di Parlimen. Agar undang-undang yang digubal atau undang-undang sekarang yang dipinda adalah berperikemanusiaan namun adil dan wajar.
  • Tangan Tuhan yang berdaulat atas pilihan lelaki dan wanita dalam peranan urusetia lembaga pengampunan, pengarah daerah pusat pengantaraan, pesuruhjaya hak-hak manusia, penasihat mahkamah kanak-kanak.

  

HAL-EHWAL KEAGAMAAN

Menteri: YB Senator Tuan Idris Ahmad

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

Berilah kepada TUHAN kemuliaan nama-Nya, bawalah persembahan dan masuklah menghadap Dia! Sujudlah menyembah kepada TUHAN dengan berhiaskan kekudusan    Gemetarlah  di hadapan-Nya hai segenap bumi; sungguh tegak dunia, tidak bergoyang  – 1 Taw 16:29-30

  • Berdoa untuk kesetiaan dan hikmat dalam pentadbiran mahkamah undang-undang yang mengawal hal-ehwal keagamaan. Berdoa hati mereka yang melaksanakan undang-undang takut akan Allah .

Tuhan, kita minta roh keagamaan dipatahkan, dan undang-undang serta polisi-polisi yang mengawal para Muslim tidak menindas mereka. 

  • Berdoa untuk pentadbiran mahkamah undang-undang di semua wilayah dan negeri dihormati dalam batasan dan bidangkuasa masing-masing seperti ditentukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Berdoa supaya mereka yang membuat penentuan polisi tentang undang-undang keagamaan akan menemui Kebenaran dan berusaha menegakkan keadilan dan kebenaran melalui polisi-polisi yang dianjurkan.