DOA UNTUK KERAJAAN
JABATAN KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (JKPPK)
Menteri: YB DATUK HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
Timbalan Menteri: YB DATO’ SRI DR. WEE JECK SENG
Ulangan 8: 7-8 “Sebab TUHAN, Allahmu, membawa engkau masuk ke dalam negeri yang baik, suatu negeri dengan sungai, mata air dan danau , yang keluar dari lembah-lembah dan gunung-gunung; 8:8 suatu negeri dengan gandum dan jelainya, dengan pohon anggur, pohon ara dan pohon delimanya; suatu negeri dengan pohon zaitun dan madunya ”
Jabatan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (JKPPK) ialah kementerian dalam Kerajaan Malaysia yang bertanggung-jawab untuk perladangan dan komoditi: Kelapa Sawit, Getah, Balak, Koko, Lada, Kenaf, Bahan Bakar Bio, dan Tembakau
- Tuhan, kita berdoa menteri dan semua pekerja kerajaan yang menyokongnya akan mempunyai hikmat untuk merancang dan melaksanakan polisi-polisi yang memajukan pembangunan tanaman kontan sejajar dengan arah kerajaan dalam mengatur kembali ekonomi di fasa pemulihan ekonomi selepas kovid.
- Kita berdoa polisi-polisi mengenai para pekebun kecil di ladang kelapa sawit akan melindungi kebajikan mereka dan menjayakan sektor ini. Kiranya polisi-polisinya akan juga membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam sektor pertanian dan komoditi. Tuhan, kita merayu untuk hikmat tercurah atas pembuat-pembuat polisi memberi mereka inspirasi dan idea-idea yang boleh diimplementasikan supaya meninggikan tahap pendapatan para pekebun kecil. Maka semua tahap masyarakat akan maju bersama. Tuhan, kita doa Engkau membuka peluang-peluang pekerjaan yang baru untuk memampukan mereka dalam sektor ini untuk hidup dengan maruah diri.
- Bapa, tatkala hadirat-Mu menembusi sektor-sektor ini, kita berdoa Engkau membuka hati para majikan dan koperasi yang telah berjaya supaya bermurah berkongsi sumber-sumber termasuk kepakaran untuk menolong pemain-pemain yang lain maju dalam perusahaan.
- Tuhan, kita mengucap syukur Engkau mendedahkan banyak isu-isu gelap (di musim Kovid) yang dihadapi para pekerja asing Malaysia. Walaupun Perusahaan Kelapa Sawit ialah teras ekonomi Malaysia, kita mengakui bahawa kemakmuran negara ini telah dicapai melalui penyalah-gunaan dan eksploitasi pekerja asing dan memohon pengampunan-Mu. Kekurangan sumber manusia telah bertambah buruk semasa pandemik dengan penutupan sempadan dan berhentinya pengambilan pekerja asing oleh kerajaan pusat, mengurangkan kemasukan pekerja antarabangsa.
Yesus, kita minta polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang dihasilkan untuk mengurus pekerja asing akan memastikan kesejahteraan mereka yang masuk negara ini supaya membina kembali sektor ini. Bapa, kita berdoa untuk keadilan dan kebenaran dalam sektor ini, khususnya dalam pengurusan pekerja asing ditubuhkan di kementarian ini. Tuhan, kita berdoa kita akan menghargai pekerja-pekerja ini dan jangan memeras mereka kerana ini akan menarik murka-Mu.
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN – PIM
Menteri Kanan: YB DATUK SERI DR RONALD KIANDEE
Timbalan 1 : YB DATUK SERI HJ AHMAD HAMZAH
Timbalan II : YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Engkau mengindahkan tanah itu, mengaruniainya kelimpahan, dan membuatnya sangat kaya. Batang air Allah penuh air; Engkau menyediakan gandum bagi mereka. Ya, demikianlah Engkau menyediakannya. Engkau mengairi alur bajaknya, Engkau membasahi gumpalan-gumpalan tanahnya, dengan dirus hujan. Engkau menggemburkannya; Engkau memberkati tumbuh-tumbuhannya. Engkau memahkotai tahun dengan kebaikan-Mu, jejak-Mu mengeluarkan lemak; tanah-tanah padang gurun menitik, bukit-bukit berikatpinggangkan sorak-sorai; padang-padang rumput berpakaikan kawanan kambing domba, lembah-lembah berselimutkan gandum, semuanya bersorak-sorai dan bernyanyi-nyanyi (Mazmur 65:9-13)
- Tuhan, kita berdoa menteri dan pekerja-pekerja dalam kementerian ini diberi hikmat mencamkan kepentingan peranannya dan mengambil tindakan wajar untuk memastikan ini berterusan supaya terjamin makanan untuk semua penduduk di negara .
- Tuhan, kita berdoa pemilik tanah dan kerajaan negeri tidak hanya melihat kepada keuntungan daripada tanaman kontan atau menjual atau menukar tanah mereka kepada sektor pembangunan/pembinaan. Tetapi mereka akan mencamkan bahawa keputusan menyimpan tanah bagi pertanian makanan adalah kritikal untuk menjamin makanan bagi negara ini.
- Tuhan, kita berdoa PIM akan mencari jalan mengalakkan pelaburan dalam teknoloji terbaru untuk meningkatkan penghasilan, termasuk pemakaian dan sokongan alat jentera dan membekalkan kepakaran pasaran kepada para petani untuk mengangkut tanaman makanan ke pasar. Malah biar mereka mencari jalan untuk menentang pembinasaan dan kerugian daripada malapetaka semula jadi yang bertambah kerana perubahan iklim.
- Tuhan, Bapa, kita berdoa untuk pelancaran rancangan dan lojistik pembekalan makanan kepada setiap bahagian masyarakat. Kita berdoa untuk kerjasama baik dan komunikasi jelas antara agensi-agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk memastikan pembekalan makanan keluar kepada bahagian-bahagian masyarakat dalam keperluan melalui Bank Makanan, program pemakanan dan pengedaran makanan di waktu bencana alam. Kita berdoa Tuhan melindungi mereka dari gulungan B40, malah mereka dari gulungan M40 yang sedang bergumul mencari makan di masa yang susah ini dan mempercukupan keperluan mereka serta memberi mereka harapan.
- Ukraine dan Russia membekal hampir 30% eksport gandum sedunia, 19% jagung sedunia dan 80% pembekalan minyak bunga matahari. Keadaan kini akan memperburukkan inflasi tinggi harga makanan. Para pengguna akan tiada pilihan tetapi menahan harga yang lebih tinggi.
- Tuhan, kita berdoa Engkau memberi pemimpin-pemimpin dan Kerajaan kita hikmat membimbing negara ini keluar daripada kenaikan harga makanan semasa. Biar mereka meresponi bersesuaian dengan keadaan dan mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan pembekalan makanan terus tersedia serta semua dalam negara berkesanggupan membeli. Dalam nama Yesus, Amin.