DOA BAGI MINGGU 8-11 – PEMULIHAN PENGATURAN ILAHI DALAM GEREJA/JEMAAT
(19 April – 16 Mei)
Pujian (Kolose 1:17-18)
Tuhan Yesus, Engkau layak dipuji kerana Engkau wujud terlebih dahulu dari segala sesuatu dan segala sesuatu Engkau pegang bersama. Tuhan, Engkau juga adalah kepala gereja/jemaat, iaitu tubuh-Mu. Engkau adalah yang terawal, yang pertama bangkit untuk hidup, sehingga Engkau yang lebih utama dalam segala sesuatu. Sesungguhnya Tuhan, ambillah kedudukan hak-Mu yang benar dan hidupkan tubuh-Mu, iaitu gereja/jemaat.
12BSebagaimana tubuh yang satu mempunyai banyak anggota, tetapi semua anggota itu merupakan satu tubuh, demikian juga Kristus. 13Oleh satu Roh kita semua telah dibaptiskan ke dalam satu tubuh – baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, baik hamba mahupun orang merdeka – dan semua telah disuruh minum ke dalam satu Roh yang sama. 14Tubuh bukan hanya terdiri daripada satu anggota tetapi banyak anggota. (1 Korintus 12: 12-14 AVB)
Pemulihan Visi
Allah Bapa, urapi mata kami dengan ubat untuk mata supaya kami dapat melihat dengan terang bahawa Gereja adalah Tubuh Kristus dimana Tuhan kita Yesus adalah Kepala. Beri kami penglihatan, O Tuhan, dan pengertian segar begaimana tubuh-Mu patut bekerja. Tunjukkanlah betapa kami memerlukan Engkau dan satu sama lain juga! Kiranya kasihMu menarik kami, anggota tubuh-Mu yang berbeza-beza, setiap anggota yang begitu unik dan sangat bernilai, untuk bekerja dan melayani bersama-sama demi nama dan kemuliaanMu.
Pemulihan Persekutuan
Tuhan, dalam hikmat-Mu yang terunggul, Engkau mengibaratkan Gereja-Mu kepada suatu tubuh manusia yang mengandungi banyak anggota dan organ/bahagian badan. Kami berdoa ampunilah kami, kami kerap kali menggagalkan Engkau Tuhan kerana kami berfungsi bersendirian daripada keTuhanan-Mu dan telah terjadi perpecahan. Tetapi sekarang, O Tuhan Yesus, sebagai Kepala Tubuh, sembuhkan kami dan sejajarkan kami kembali, semua ahli anggota-Mu yang banyak ke dalam pengaturan-Mu yang ilahi! Ampuni kami Tuhan, jangan adanya sesiapa yang mengatakan kita tidak saling memerlukan (1 Kor 12:14-26). Roh Kudus, pulihkan kami dalam kesatuan untuk bersekutu dengan benar diantara satu sama lain – satu persekutuan yang memberi hidup yang mengalir keluar daripada perhubungan dinamik dengan Engkau.
(Pertimbangkan dan bertaubat bagi pihak Gereja/Jemaat untuk situasi persekutuan yang berpecah yang kamu sedari. Doakan untuk pemulihan penuh kesatuan persekutuan menurut Yohanes 17:20 -23).
Pemulihan Kehambaan
Pulihkan kepada kami “hati seorang hamba”, supaya kami akan menunjukkan keprihatinan yang ikhlas dan saling menghormati walaupun kami mungkin berbeza pendapat. Tolonglah kami mengingati bahawa kami saling memerlukan antara satu sama lain, kerana jika satu anggota menderita, semua anggota turut menderita; jika satu anggota dihormati, semua anggota turut bersukacita, supaya jangan terjadi perpecahan dalam tubuh. (1 Kor 12:25-26)
Bapa, kami percaya apabila kami disejajarkan kembali kepada perintah-Mu yang ilahi, kepenuhan Kristus akan memenuhi Gereja-Mu dan semua kami akan menghasilkan buah, buah yang tetap untuk kemuliaan Nama-Mu (Yohanes 15:8-17).
Dalam Nama Yesus, kami berdoa. Amin.