Doa Pengudusan untuk Gereja Malaysia: Minggu 4 (Mac 22-28)
Bapa disyurga, kami berterima kasih Engkau meletakkan segala sesuatu dibawah otoriti Kristus dan menjadikan-Nya Kepala atas segala sesuatu untuk manafaat jemaat yang adalah tubuh-Nya, yaitu kepenuhan Dia, yang memenuhi semua dan segala sesuatu Tuhan, Engkau mengatakan di zaman akhir, sekali lagi Engkau akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; serta segala bangsa dunia. Di masa-masa yang penuh bahaya ini, bangkitkan Gereja Malaysia untuk berdoa sepertimana kita tidak pernah berdoa dahulu dan menyediakan pengantin mempersiapkan diri untuk kedatangan Mempelai.
Janji Tuhan:
Allah Mahakuasa, Engkau berjanji dalam 2 Taw 7:14 bahawa jika kita, Gereja Malaysia, merendahkan diri, mengakui keperluan kita untuk Engkau, jika kita mencari wajah-Mu lebih daripada mencari tangan-Mu, jika kita berbalik dari semua dosa, tabiat dan keadaan dalam tubuh Kristus yang menarik kami daripada Engkau dan mengejar jalan-jalan yang berkenan kepada-Mu, maka Engkau akan mendengar dari syurga. Engkau akan mengampuni dosa kami serta memulihkan negeri kami.
Respons Kami:
(Nota: Bahagian ini terbahagi kepada 3 seksyen. Jika ia terlalu panjang, tolong doakan seksyen Pertaubatan pada hari 1 dan 2, Penyucian pada hari 3 dan 4 dan Pengudusan pada hari 5,6, dan 7)
1. Pertaubatan (Hari 1 dan 2)
a. Roh Kebebasan Diri
Bapa Syurgawi, kami merendahkan diri di depan-Mu dan memaklumkan kami begitu memerlukan Engkau. Kami bertaubat masa-masa apabila kami telah mengandalkan diri sendiri, manusia, cara atau kerajaan. Kami bertaubat kerana mengikut cara-cara duniawi untuk melayani Tuhan dan beribadah digereja. Kami asyik mencari wajah-Mu dan mengakui kami telah berdosa jahat terhadap Engkau.
Engkau telah mengaruniai kami Roh Kudus sebagai Penasihat kami untuk mengajar, menghibur dan bersyafaat untuk kami. Kami bertaubat kami telah mengabaikan atau tidak mempedulikan pelayanan Roh dengan tidak mencari wajah Tuhan. Kami datang di depan-Mu dan mengakui bahawa apa yang menghalang Kerajaan-Mu daripada ditubuhkan di Malaysia bukan tindakan dunia jahat ini tetapi kerana Gereja-Mu yang tidur tidak bertindak. Bahawa kita tidak berdoa mendedahkan keangkuhan kami yang berakar mendalam sekali kerana implikasinya kami tidak perlukan campur-tangan-Mu dalam hidup kita atau gereja kita. Ampuni kami, Bapa, kerana memanggil diri kami dengan nama-Mu walhal kami hidup dalam kebebasan diri daripada-Mu.
b. Roh Pengguna
Tuhan Yesus, seperti pengguna, sedihnya apabila kami mengambil dan memilih unsur-unsur Tuhan yang kita mahu sementara membuang yang lain. Kita inginkan penyelamatan-Mu tetapi bukan pengudusan-Mu. Kami mahu pengampunan dalam darah Yesus tanpa salib yang mematikan diri peribadi (Luk 9:24). Kami berkehendakkan mengenal Engkau berasaskan semata-mata atas kuasa kebangkitan-Mu tanpa persekutuan dalam penderitaan-Mu (Fil 3:10-11) Kami mencari tangan-Mu sebaliknya dari wajah-Mu. Kami mencari kuasa-Mu daripada keintiman dengan-Mu. Bapa, ampuni kami kerana menerima Engkau atas syarat kami dan bukan syarat-Mu; mencari Roh Kudus-Mu manakala tidak mengendahkan dosa kami dan berfokus perhatian kami kepada pemberian lebih daripada Pemberi yang memberi. Kami bertaubat kerana melayani keperluan diri sendiri daripada melayani komuniti dan menjangkau yang sesat dengan berita pengharapan-Mu.
c. Roh Keangkuhan
Tuhan Yesus, Firman-Mu Engkau akan mendirikan jemaat-Mu dan alam maut tidak akan menguasainya (Mat 16:18) Tetapi kami telah lebih prihatin tentang bangunan gereja kami atau membina kerajaan sendiri untuk kemulian diri daripada membina Jemaat-Mu.
Tolonglah mengampuni kami kerana telah membina tembok melindungi daripada orang-orang yang Engkau telah mati untuk menyelamatkan (Rom 5:8), Kami telah menyorok kebenaran Firman-Mu dan gagal mengongsikannya dengan cuma-cuma kepada orang lain (Mat 10:8). Ampuni kami untuk keangkuhan keagamaan dan kerohanian kerana memikirkan kami adalah lebih baik daripada mereka yang tidak mengenal Engkau. Sebaliknya penuhi kami dengan hati-Mu yang kasihan dan berikan kami karunia untuk mengongsikan khabar sukacita-Mu dengan penuh sensitif dan rendah diri.
d. Roh Suam-suam Kuku
Tuhan, kami bertaubat kerana meninggalkan Engkau sebagai kasih semula kami dan keutamaan kerajaan-Mu. Kami bertaubat kerana mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kami mengakui kasih akan Bapa tidak ada di dalam kami (1 Yoh 2:15-16). Kami mendekati Engkau dengan mulut kami, memuliakan Engkau dengan bibir kami, padahal hati kami jauh dari pada-Mu (Mark 7:6). Sebaliknya kami acuh tak acuh, suam-suam kuku, senang puas hati dan lalai mengenai hal-hal yang Engkau mementingkan. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus, kami meninggalkan keinginan daging dan semua dosa serta belenggu yang menarik kami kepada dunia, menyebabkan kami mengabdi kepada mammon daripada Engkau.
e. Roh Perpecahan
Tuhan Yesus, hati-Mu pasti remuk melihat Jemaat-Mu berpecah dan bersaing antara satu sama lain. Ampuni kami telah dengan tiada perlu menyalibkan Engkau sekali lagi melalui perpecahan dan perbantahan. Ketidaksatuan kita mendedahkan kemanusiaan duniawi kita yang mendalam (1 Kor 3:3-4). Kiranya kami, jemaat-Mu, meresponi doa-Mu untuk menjadi satu, sama seperti Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah satu (Yoh 17:20-21)
(Nota: Yang di atas bukan senarai yang menyuluruh. Jadi, bertaubatlah untuk hal-hal lain yang Allah meletakkan dalam hatimu.)
2. Pengucian (Hari 3 dan 4)
a. Melalui Firman
Allah MahaKuasa, kuduskan kami, sucikan kami dengan memandikan dengan air dan firman (Ef 5:26). Yesus berdoa Engkau kuduskan kami dalam kebenaran dan firman-Mu adalah kebenaran. (Yoh 17:17). Tuhan, bersihkan Jemaat-Mu daripada keghairan dan keinginan dunia yang telah jatuh: keinginan daging,keinginan mata serta keangkuhan hidup (1 Yoh 2:16). Biar firman Allah yang hidup dan kuat dan lebih tajam dari pada pedang bermata dua mendedahkan fikiran, niat, sikap dan keinginan kami yang terdalam, membawa penyabitan, pembersihan dan transformasi dalam gereja kami (Ibr 4:12)
b. Melalui Kerendahan Hati
Bapa, sucikan jemaat lokal kami daripada pergaduhan remeh dan perselisihanfaham. Bersihkan kami daripada mengumpat, mengkritis, menghakimi, bersungut-sungut dan dosa-dosa lain yang menghindari perpaduan dan hadirat-Mu. Kami perlukan kerendahan hati-Mu supaya tunduk satu kepada yang lain dalam kesatuan Roh. Tolonglah kami menyamai kerendahan hati-Mu. Tuhan, kami tidak mencari kepentingan sendiri atau puji-pujian yang sia-sia. Sebaliknya dengan rendah hati kami menganggap yang lain lebih utama daripada diri sendiri. Biar janganlah kami hanya memperhatikan kepentingan diri sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga. (Fil 2:3-4)
c. Melalui Kesatuan dalam Kristus
Yesus, Engkaulah damai sejahtera kita (Ef 2:14). Engkau telah menjadikan kita satu dengan Bapa, sekarang jadikan kita satu dengan yang lain. Robohkan tembok-tembok prasangka yang merata-luas mengikut bangsa, warna kulit, pendapatan gaji, kecacatan, jantina dan perbedaan doktrin kerana dalam Kristus, tidak ada orang Yahudi atau orang Yunani, tidak ada hamba atau orang merdeka, tidak ada laki-laki atau perempuan, karena kita semua adalah satu di dalam Kristus Yesus. (Gal 3:28). Biar Gereja Malaysia berusaha dengan sesungguhnya untuk memelihara kesatuan Roh oleh ikatan damai sejahtera. Ada satu tubuh, satu Roh, satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua. (Ef 4:3-6).
d. Melalui Roh Kudus
Tuhan, kami berterima kasih untuk pekerjaan pengudusan Roh Kudus yang menolong kami berjalan dalam ketaatan kepada Yesus Kristus (1 Pet 1:2) Kiranya Engkau mempersembahkan kepada Bapa Jemaat yang cemerlang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa itu. (Ef 5:25-27). Bersihkan jemaat-Mu supaya tiada apa-apa yang menghambatkan aliran Roh-Mu dalam kami, di antara kami dan melalui kami. Goncangkan dasar rumput kering dan jerami kami. Semoga Allah damai sejahtera menguduskan kami seluruhnya. Semoga roh, jiwa dan tubuh kami terpelihara sempurna dengan tak bercacat pada kedatangan Yesus Kristus, Tuhan kita. (1 Tesa 5:23). Ya Tuhan, buatlah apa sahaja yang perlu untuk menguduskan umat-Mu – bermula dengan saya dan gereja
3. Pengudusan (Hari 5, 6 dan 7)
a. Kembali kepada Kekudusan
Allah Bapa, Engkau kudus, dan Engkau berkehendaki kami kudus (1 Pet 1:16). Kami mengucap syukur kamilah bangsa yang terpilih-Mu, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kami memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari-Kau. Engkau yang telah memanggil kami keluar dari kegelapan kepada terang-Mu yang ajaib (1 Pet 2:9). Kami ingin menguduskan Gereja kami kepada-Mu dan kembali berjalan sejajar dengan jalan-Mu. Roh-Mu pimpinlah pastor dan pemimpin untuk memimpin Jemaat-Mu. Pelihara kesucian mereka supaya selepas berkhotbah kepada orang lain mengenai kuasa-Mu yang mentransformasikan, mereka sendiri tidak ditolak. (1 Kor 9:27) Yesus, firman-Mu “Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan. (Mat 5:6) Gerakkan dalam umat-Mu kelaparan dan kehausan untuk kebenaran, supaya kita dipenuhi untuk berjalan dalam kesalehan
b. Kembali kepada Takut akan Allah
Tuhan, biar jemaat-Mu tidak kompromikan piawai-Mu tetapi berani berkhotbah firman-Mu yang benar untuk menyabitkan hati dan mentransformasikan hidup daripada menyenangkan manusia. Tanamkan dalam kita takut yang mendalam akan Allah dan kebencian yang membara terhadap dosa. Urapi pastor dan pemimpin kami dengan kuasa Roh Kudus-Mu. Berikan mereka firman untuk mengajar, berkhotbah dan menerangkan rahsia injil dengan segala keberanian dan tanpa takut akan tindakan balasan.(Ef 6:19) Biar firman Tuhan yang dikhotbah dan diajar melatih jemaat-Mu dalam kebenaran supaya dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik. (2 Tim 3:16-17). Bangkitkan pemimpin-pemimpin yang mengira lebih pentingnya membina kerajaan-Mu daripada melayani diri sendiri. Pakailah mereka untuk membangkitkan satu angkatan orang percaya untuk dilepaskan ke dalam dunia yang terperangkap oleh dosa, supaya mereka akan mengusahakan misi belas kasihan dan penyebaran injil. Apabila gereja menyinarkan terangnya di hadapan manusia, dunia akan menyaksikan kuasa injil, mereka akan percaya dan memberi pujian dan kemuliaan kepada Allah! Semoga kita sakit untuk keselamatan dunia ini kerana Engkau menyakiti mereka untuk diperdamaikan dengan-Mu.
c. Kembali Mengasihi Firman Tuhan
Di kala kami menguduskan gereja kami kepada-Mu, nyalakan sekali lagi kelaparan kami untuk Firman Tuhan, mampukan kami untuk hidup menurut sifat-sifat kebaikan ilahi dan lepaskan nilai-nilai Kerajaan dalam diri kami. Biar pembacaan dan pendengaran firman-Mu menambah iman kita. Tolonglah kami taat kepada perintah-Mu, bertumbuh lebih lagi mengasihi-Mu supaya kami rela menafikan diri dan mengangkat salib untuk mengikut Yesus. Jadi berikan gereja kami keinginan baru untuk mengenal, membelajar dan hidup menurut firman-Mu supaya kami menjadi pelaku firman-Mu dan bukan pendengar sahaja, maka kami dibebaskan daripada belenggu-belenggu dan betul-betul diberkati. (Yak 1:22-25)
d. Kembali kepada Giat Cemburu untuk Tuhan
Tuhan, bangkitkan gereja daripada tidur! Semoga api yang menghanguskan kekotoran kami juga menyalakan api kebangkitan. Biar terjadi kebangkitan doa 24-7 yang akan menyebar ke seluruh negara ini tatkala kami menguduskan Gereja Malaysia dan membina Mezbah Nasional untuk Tuhan. Apabila Gereja Malaysia kembali menjadi Rumah Doa dan Penyembahan kami akan melihat pencurahan hebat Roh-Mu (Yoel 2:28)
Kami memohon Engkau, oleh kasih karunia dan belas kasihan-Mu, lawatlah kami dari syurga (Yes 44:3). Kami inginkan apa dan semua yang Engkau ada untuk kami – walaupun ia keluar daripada fikiran kami. (Ef 3:20) Goncangkan kami daripada kedinginan adat kami, dan mampukan kami untuk hidup menyembah dalam roh dan kebenaran tatkala kami mengasingkan diri kami untuk Engkau. (Yoh 4:23-24) Pulihkan kasih yang bersemarak untuk Engkau dan keghairan untuk rencana-Mu. Biar giat cemburu untuk gereja-Mu memakan kami supaya doa-doa kami akan menarik penghunian dan kemuliaan Tuhan, maka Engkau Sendiri yang menjadi tembok api perlindungan dan hadirat kami. Datanglah Kerajaan-Mu dan jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di syurga. (Mat 6:10)