DOA UNTUK JOHOR

Beberapa Fakta Sejarah mengenai Johor

SEJARAH ASAS

  1. Sejarah Asas Johor

Johor mempunyai asas damai tetapi terdapat sejarah pertumpahan darah. 

Ia ditubuhkan dalam 1894 berkaitan dengan perniagaan rempah/perlombongan/besi/lada dan sayur-sayuran.  Kota sekarang ditubuhkan oleh Dato’ Bentara Luar, Mohamed Salleh bin Perang, yang bertindak atas perintah Sultan Johor, Sultan Abu Bakar.

Tetapi terdapat pertumpahan darah. Selepas suatu masa damai, tercetus Perang Dunia Kedua apabila berlaku perang-perang berdarah antara Kuasa Bersekutu dan pihak Jepun yang menyerang dalam 1942.  Terdapat pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong dimana 145 orang tahanan dari Kuasa Bersekutu mati. Ramai daripada orang tahanan bangsa India dipancung kepala. Semasa penjajahan Jepun, ramai mati di tangan mereka dari 1942 hingga 1945.  Batu Pahat menderita pertempuran etnik antara kaum Melayu (yang dihasut oleh orang Jepun) dan kaum Cina dimana 15,000 hingga 20,000 orang Cina dibunuh atau hilang kediaman.

  1. Pemimpin Utama dalam Sejarah

Johor adalah tempat lahir beberapa pergerakan politik yang penting di Malaysia

Semasa kedatangan orang Melaya, beberapa ketua-ketua tentera memerintah wilayah-wilayah tertentu.  Berikutan itu, pihak British menjajah tanah ini. Orang Melayu teguh mempertahankan pendirian mereka, dan berikutan kemerdekaan Malaysia, mereka menjadi penentu keputusan.  Raja-raja Melayu yang awal pada dasarnya adalah Hindu. Namun dengan kedatangan dan pengaruh peniaga-peniaga Muslim, mereka menjadi Muslim.

Semasa tahun-tahun awal penubuhan Batu Pahat (1894-1942), kekuasaan pemerintahan British membawa Kristianiti kepada kebanyakan penduduk-penduduk yang bukan Melayu. Tetapi pihak British mengamalkan polisi membahagikan penduduk-penduduk mengikut bangsa dan memerintah atas mereka.    

Kekuasaan orang Melayu dan pengaruh Muslim sejak Merdeka sehingga hari ini memperlihatkan “pengislaman” dalam setiap sektor rakyat – kewangan, pendidikan, perniagaan dan keluarga. Polarisasi kaum dan ketidakharmonian berterusan kerana amalan kesyaitanan pengasingan menurut bangsa.   

Adalah di Johor  UMNO dilancarkan pada Januari 3, 1946 yang dihadiri oleh 3,000 lelaki dan perempuan (menentang Malayan Union yang dimulakan oleh pihak British).

 

Berdoa untuk Johor

Johor akan mengadakan pilihanraya negeri dalam Mac. Doa-doa ini menolong kita berdoa ke dalam destini Johor, bukan semata-mata untuk pilihanraya.

 

BERSERULAH KEPADA TUHAN

Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang besar dan yang tidak terpahami, yakni hal-hal yang tidak kau ketahui.  (Yer 33:3)

 Selaku kita terus mencari Tuhan untuk jalan-Nya dan pemikiran-Nya, Dia berjanji menjawab kita untuk menunjuk dan memperlihatkan arahan-Nya kepada kita.  Kita datang dengan rendah hati untuk mencari pengertian, bukan apa yang kita tahu, bukan bagaimana kita berdoa mengikut pengertian sendiri tetapi melampaui segala apa yang kita ketahui dan memahami; semoga Dia menunjukkan jalan-jalan-Nya yang kita tidak mungkin anggarkan untuk negara kita, untuk peranan yang Johor akan main dalam destini negara kita dan untuk gereja di Johor ketika kita berseru kepada-Nya.

 

Berseru kepada Tuhan untuk:

  1. Gereja di Johor

Pastor dan Pemimpin-pemimpin

  • Dalam harmoni dan perpaduan
  • Mampukan setiap mereka melawan godaan dan bangkit dalam otoriti mereka untuk menginjak tipu-helah musuh.
  • Mencintai Firman dengan disiplin rohani yang kuat
  • Gembala baik dalam mendisiplinkan ahli-ahli untuk menghormati Tuhan
  • Berhubung dengan Roh Kudus untuk mendapat wahyu dan mendengar bimbingan-Nya.
  • Membaharui akal budi mereka untuk berdiri sedia, bertahan dan terpercaya untuk bergerak ke depan dengan Tuhan
  • Transisi baik di semua tahap pimpinan gereja
  • Isi mereka dengan keberanian dan hikmat untuk melakukan kehendak-Mu

Semua aspek pelayanan gereja dan dalam kumpulan sel kecil  

  • Lawatan segar Roh Kudus menyegarkan hidup baru untuk melayani dan untuk curahan Roh Kudus atas seluruh Johor
  • Menanggalkan kantong kulit yang lama (dalam ragam pemeliharaan) kepada kantong kulit baru (dipimpin oleh Roh Kudus dalam cara pemikiran yang berbeda dan tercanggih)
  • Bangkitkan lebih ramai pemimpin yang muncul untuk mengingini kerohanian dan mengenakan perlengkapan senjata Allah

 

  1. Berdoa untuk semua keluarga (Yesaya 54:17)
  • Perhubungan kasih yang kuat dengan harmoni dan perpaduan
  • Pemulihan konflik, kecederaan dan penterobohsan dalam kewangan, kesakitan, ketakutan, keraguan
  • Berdoa supaya keluarga Kristian menghormati Tuhan dan satu sama lain

 

  1. Negeri Johor (Rom 13:1-7)

Johor memang negeri yang kritikal sepertimana kita boleh lihat daripada sejarah politik Malaysia. Jadi biar kita memohon Roh Kudus untuk berdoa kehendak Tuhan atas Johor di masa ini.

  • Bangkitkan pemimpin politik yang betul yang benar dan berani memimpin negara.
    • Memandangkan Johor adalah negeri yang memulakan pergerakan politik utama, biar kita berdoa supaya sekarang Johor akan melahirkan parti-parti politik yang akan mencari kebenaran lebih daripada semua acara peribadi.
    • Biar kita berdoa supaya parti-parti politik ini mencari perpaduan dan harmoni bangsa-bangsa untuk mematahkan roh yang memisahkan dan menaklukkan yang merupakan bahagian sejarah sedih negara kita.
    • Berdoa untuk generasi yang berikutnya. Johor juga akan menjalankan Undi 18 (lebih kurang 750,000 di negeri Johor). Moganya Tuhan membangkitkan pengundi generasi penerus yang mempunyai hikmat untuk memilih individu dan parti yang betul. Kiranya generasi penerus lapar untuk kebenaran dan menghargai semua bangsa supaya Malaysia boleh bangkit ke dalam destininya sebagai negara pelangi.
  • Berdoa untuk penyembuhan mendalam bagi tanah daripada luka-luka yang disebabkan pembahagian kaum dan mematahkan kuk perkauman
  • Bertaubat daripada Dosa penyembahan berhala, ketamakan dan rasuah

  

Yong Peng

Di bandar YONG PENG suatu perintah kurungan dikeluarkan untuk mencegah Pemberontakan Komunis di tahun 1950. Dalam tahun 1970 ramai orang-orang muda terlibat dalam kumpulan  samseng, ketagihan dadah, dan permainan judi yang mengakibatkan banyak  perkelahian geng jahat.  Fortune Dragon ialah kuil terbesar di dunia yang dilawati oleh ramai orang terutama pelancong Singapore 

Berdoa supaya pastor-pastor gereja boleh bersatu-padu. (Pihak British memulakan polarisasi kaum melalui sistem membahagi dan memerintah).  Sekarang doa agar umat Tuhan boleh berkumpul dan memulakan gabungan mezbah doa  supaya para pemuda bandar Yong Peng dijamah dan dibebaskan daripada kumpulan samseng.

 

Batu Pahat

Batu Pahat bererti Batu Terpahat. Semoga Yesus memahat secara total semua tanah keras penyembahan berhala. Nama lamanya ialah  Bandar Penggeram yang bererti garam – ini merujuk kepada Kristian BP yang akan menjadi garam Johor. 

Biar kita bersyafaat untuk gereja gereja Di Batu Pahat mendirikan tembok untuk rakyat supaya bertaubat dari penyembahan berhala.