DOA UNTUK NEGARA – September 2025
MEMBUKA PINTU-PINTU GERBANG KEADILAN
Tetapi biarlah keadilan bergulung-gulung seperti air dan kebenaran seperti sungai yang selalu mengalir.” (Amos 5:24)
Keadilan ialah tema utama dalam Kitab Suci, yang mengandungi banyak seruan untuk keadilan dan perintah menyembah Tuhan kerana keadilan-Nya. Keadilan berkaitan dengan tingkah laku terhadap orang lain. Tingkah laku yang adil selaras dengan apa yang betul dan saksama dari segi moral. Keadilan ialah sifat melakukan apa yang benar menurut jalan dan Firman Tuhan.
Keadilan Allah
Allah itu adil (Ul. 32:4). Keadilan Tuhan boleh didefinisikan sebagai “ciri yang penting dan tidak terhingga yang menjadikan sifat dan jalan-Nya sebagai penjelmaan sempurna bagi kesaksamaan, dan membuat-Nya sebagai teladan serta penjaga kesaksamaan di seluruh alam semesta.” (Kamus Alkitab ATS, 1859).
Pemerintahan Tuhan atas alam semesta berasaskan keadilan dan kebenaran (Mazmur 89:14). Tidak pernah ada suatu ketika pun di mana Tuhan berlaku tidak adil; adalah bertentangan dengan sifat-Nya yang tidak berubah untuk menjadi apa-apa selain sepenuhnya adil. “Raja yang kuat, yang mencintai hukum, Engkaulah yang menegakkan kebenaran; hukum dan keadilan di antara keturunan Yakub, Engkaulah yang melakukannya. (Mazmur 99:4).
Apa yang Alkitab Katakan Tentang Keadilan:
- Keadilan menguruskan dengan mereka yang berbuat baik dan yang berbuat jahat sewajarnya.
Melakukan keadilan adalah kesukaan bagi orang benar, tetapi menakutkan orang yang berbuat jahat (Amsal 21:15)
2. Tuhan mencintai keadilan dan membenci perampasan.
“kerana Aku, TUHAN, mencintai keadilan, dan membenci perampasan serta kezaliman. Aku akan memberi mereka upah dengan benar dan mengikat perjanjian yang kekal dengan mereka.. ” (Yesaya 61:8).
3. Keadilan datang dengan berkat Tuhan.
“Berbahagialah orang-orang yang berpegang pada hukum, yang melakukan keadilandi segala waktu! . – Mazmur 106:3
4. Keadilan adalah sebahagian daripada siapa Tuhan itu.
“Sebab itu TUHAN menanti-nantikan saatnya hendak menunjukkan kasih-Nya kepada kamu; sebab itu Ia bangkit hendak menyayangi kamu. Sebab TUHAN adalah Allah yang adil; berbahagialah semua orang yang menanti-nantikan Dia!” (Yesaya 30:18).
5. Tuhan menghendaki lebih banyak keadilan di dunia.
“Tetapi biarlah keadilan bergulung-gulung seperti air dan kebenaran seperti sungai yang selalu mengalir.” (Amos 5:24)
6. Tuhan mahu kita mengamalkan keadilan .
“Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN dari padamu: selain berlaku adil,mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu? (Mikha 6:8).
Pengakuan Kitab Suci:
Tuhan Maha Kuasa, Allah yang Adil, Dia-lah Tuhan kita, yang tiada kecurangan, adildan benar dalam semua jalan-Nya (Ul 32:4) Takhta-Nya, tempat kediaman-Nya, ditubuhkan dengan teguh atas dasar Keadilan dan Kebenaran (Maz 89:14).
Tiada Allah yang seperti TUHAN kita, Tuhan yang adil dan Penyelamat kita. Tuhan Allah mendengar tangisan mereka yang miskin dan dalam keperluan; malah mereka yang lidah sudah kering kehausan, dan Dia tidak akan meninggalkanmereka. Dia akan membuat sungai-sungai memancar di atas bukit-bukit yang gundul, dan membuat mata-mata air membual di tengah dataran; Dia akan membuat padang gurun menjadi telaga dan memancarkan air dari tanah kering. Dia akan membuat tempat yang tandus mengeluarkan kehidupan untuk mereka yang tertindas dan dalam keperluan supaya semua orang tahu bahawa tangan Tuhan yang membuat semuanya ini (Yes 41:17-20).
TUHAN mencintai keadilan dan membenci perampasan (Yesaya 61:8) Dialah Tuhan yang menguji orang benar dan orang fasik, dan Ia membenciorang yang mencintai kekerasan (Maz 11:5). Dia sepenuhnya adil dan tidak ada ketidakadilan atau ketidakbenaran dalam diri-Nya; Dia adalah bapa bagi anak yatim dan Pelindung bagi para janda (Maz 68:5) Dia adalah TUHAN kita dan Dia memberi keadilan kepada anak yatim dan orang yang terinjak;supaya tidak ada lagi seorang manusia di bumi yang berani menakut-nakuti. (Maz 10:18).
Pertaubatan:
- Yesaya 58:6-7 Bertaubat bagi pihak penduduk negeri kerana tidak mengamalkan keadilan, kerana menindas orang yang memerlukan, dan kerana bersikap kedekut serta tamak terhadap orang lain.
- I Samuel 7. Menangis dalam pertaubatan agar umat Tuhan menyingkirkan berhala kesombongan, ketamakan, materialisme, dan sifat mementingkan diri sendiri yang menghasilkan buah penindasan terhadap orang lain.
- Yesaya 1:16, Yeremia 4:14; Yakobus 4:8, Yesaya 55:17. Bersyafaat dengan pertaubatan agar Gereja disucikan daripada kejahatan, kedurjanaan, dan kefasikan. Berdoa agar orang percaya hidup dalam kekudusan, belas kasihan, keadilan, dan kebenaran terhadap semua orang.
Syafaat dan Deklarasi:
- Kita mengisytiharkan, menurut kehendak Tuhan, bahawa bersekongkol dengan orang fasik untuk menjadi saksi yang tidak benar, ganas, atau tidak adil terhadap orang lain adalah dosa terhadap Tuhan dan sesama manusia (Keluaran 23:1, Ulangan 19:16) serta dilarang oleh Firman Tuhan. Selain itu, kita mengisytiharkan bahawa Tuhan kita bukanlah Tuhan yang tidak adil sehingga melupakan kerja dan jerih payah kasih kita yang telah ditunjukkan demi nama-Nya.
- Dalam nama Yesus, kita dekrikan pelepasan keadilan untuk orang-orang yang diperas, sesuai dengan Mazmur 146:7-10, Tuhan membebaskan orang-orang yang terkurung, membuka mata orang-orang buta, menegakkan orang yang tertunduk, mengasihi orang-orang benar. Dia menjaga orang-orang asing, anak yatim dan janda ditegakkan-Nya kembali, tetapi jalan orang fasik dibengkokkan-Nya.
- Menurut Yesaya 61, Kita deklarasikan atas Gereja di Malaysia dalam nama Yesus, Roh Tuhan ALLAH ada pada kita , oleh karena TUHAN telah mengurapi kita ; Ia telah mengutus kita untuk menyampaikan kabar baikkepada orang-orang sengsara, dan merawat orang-orang yang remuk hati, untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan,dan kepada orang-orang yang terkurung kelepasan dari penjara, untuk memberitakan tahun rahmatTUHAN dan hari pembalasan Allah kita, untuk menghibur semua orang berkabung di Sion, untuk mengaruniakan kepada mereka perhiasan kepala ganti abu, minyak untuk pesta ganti kain kabung, nyanyian puji-pujian ganti semangat yang pudar, supaya orang menyebutkan mereka “pohon tarbantin kebenaran”, “tanamanTUHAN” untuk memperlihatkan keagungan-Nya.
- Dalam nama Yesus yang perkasa, kita deklarasikan manifestasi Yesaya 61:4 bahawa hari-hari membangun reruntuhanyang sudah berabad-abad, mendirikan kembali tempat-tempat yang sejak dahulu menjadi sunyi; membaharui kota-kota yang runtuh, tempat-tempat yang telah turun-temurun menjadi sunyi sudah terjadi atas kita.
- Menurut hukum Tuhan, kita mengisytiharkan pemulihan dan pengembalian segala yang telah hilang atau dicuri melalui ketidakadilan, sama ada harta benda, warisan, visi, harapan, atau maruah. (lihat Kel 22:3-5). Kita mengisytiharkan pelepasan peruntukan dan kemakmuran, dalam nama Yesus, menggantikan kehancuran akibat kemiskinan dan kekurangan. (Mazmur 25:13, 35:27). Kita mendekrikan pemulihan keluarga dan individu untuk berjaya dalam segala hal — tubuh, jiwa, dan roh — menurut Mazmur 68:6 dan 3 Yohanes 1:2, serta belas kasihan Tuhan kita.
- Kita mendekrikan pelepasan pengampunan dan penyembuhan daripada kesan ketidakadilan di seluruh Negara kita, menurut janji Tuhan dalam 2 Tawarikh 7:14, ketika umat Tuhan merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Mu, lalu berbalikdari jalan-jalan kita yang jahat. Kita deklarasikan hari baru telah terjadi di Malaysia- Hari keadilan, belas kasihan, kebenaran, dan kebenaran memerintah dan berkuasa di pintu-pintu gerbang negeri kita. Kita berkata kepada Negara ini bahawa akan dilantik hakim-hakim dan pegawai-pegawai di semua pintu gerbang yang diberikan oleh TUHAN, Tuhan kita, kepada kita, menurut komuniti masing-masing, dan mereka akan menghakimi rakyat dengan penghakiman yang adil. (Ulangan 16:18) Kita memanggil keluar lelaki dan wanita yang adil untuk menduduki kerusi-kerusi kuasa dalam setiap sektor masyarakat — dalam keluarga, dalam Gereja, dalam kerajaan, pendidikan, media, penjagaan kesihatan, dan pasaran.
- Yesaya 30:18; Ulangan 32:4. Mendeklarasikan pemerintahan Allah Maha Adil atas negeri dan negara.
- Yesaya 1:17, Amsal 31:9. Rayukan perkara orang miskin dan yang memerlukan, bersyafaat bagi mereka yang tertindas, dan carilah Tuhan bagi pihak mereka yang terikat dalam penderitaan ketidakadilan agar keadilan, belas kasihan, dan pelepasan datang dengan segera.
- Mikha 7:8-10. Kita berdiri di celah perantaraan bagi mereka yang terikat dalam kegelapan dosa dan belenggu kedurjanaan, agar mereka dibebaskan kepada terang belas kasihan dan keadilan Tuhan.
- Zakaria 7:8-10. Berdoa agar orang percaya di setiap komuniti dan dalam setiap sektor masyarakat taat kepada firman Tuhan dalam melaksanakan keadilan sejati, serta menunjukkan belas kasihan dan kasih sayang kepada semua.
- Zakaria 8:16-17. Bersyafaat dan isytiharkan atas komuniti kita bahawa kebenaran akan disuarakan, pelaksanaan penghakiman yang benar dan damai akan didekrikan di pintu-pintu gerbang (tempat pemerintahan dan kuasa), serta rasa hormat, penghormatan, dan kebenaran akan meresap ke setiap sektor masyarakat.
- Mazmur 82. Berdoa untuk penghakiman yang benar serta pembelaan dan penjagaan terhadap mereka yang tertindas dan memerlukan didemonstrasikan melalui tindakan nyata kasih Kristus.
- Ulangan 16:18-20. Bersyafaat supaya hakim-hakim dan pegawai-pegawai kerajaan yang benar ditempatkan akan melaksanakan keadilan tanpa kompromi.
- Yesaya 11:1-9. Isytiharkan kepenuhan Roh Tuhan untuk memerintah dan berkuasa di atas bumi melalui Gereja, bagi menggenapkan keadilan, damai sejahtera, kebenaran, dan pengetahuan tentang kemuliaan Tuhan memenuhi seluruh bumi.
- Yoel 2:23-27. Isytiharkan hari pemulihan segala yang telah dicuri dilepaskan untuk mematahkan kuasa keaiban dan melepaskan komuniti kita ke dalam sukacita keselamatan Tuhan.
- Amsal 6:30-31, Lukas 19:1-10. Berdoa untuk penyabitan kuat jatuh atas mereka yang telah berlaku tidak adil terhadap orang lain, sehingga menyebabkan kerugian yang besar secara fizikal, emosi, atau rohani. Berdoa untuk pemulihan segala yang telah hilang atau dicuri, menurut Firman Tuhan.
- Yehezkiel 45:8-10. Isytiharkan bahawa mereka yang kini berada dalam posisi kuasa akan menegakkan keadilan mengikut kehendak Tuhan.
- Yeremiah 5:1-3. Isytiharkan bahawa kebenaran akan meresap ke dalam sistem kehakiman di setiap peringkat untuk menghasilkan panen keadilan.
- Amsal 8:12-21. Isytiharkan bahawa hikmat dan takut akan Tuhan akan menjadi piawai keadilan dan kebenaran; berdoa agar pemimpin-pemimpin bangkit di semua sektor masyarakat yang akan memerintah dengan hikmat, pengertian, keadilan, dan kebenaran.
- Yeremia 31:23-29. Isytiharkan, dengan penuh kesyukuran, janji berkat Tuhan keadilan, kekudusan, kepuasan, dan penambahan akan datang ke seluruh negeri.
- Mazmur 89:14. Isytiharkan bahawa kebenaran dan keadilan akan ditegakkan dengan kukuh di semua bidang masyarakat, sebagai asas takhta Tuhan.
- Mazmur 146; Mazmur 103:5-7. Isytiharkan dengan iman bahawa penghakiman yang benar dari Tuhan akan dilaksanakan dari syurga ke atas bumi.
- Keluaran 22:1-12, Imamat 6:1-5. Isytiharkan bahawa segala yang telah dicuri, hilang atau diperoleh dengan tipu daya akan dipulihkan, dan bahawa pemulangan jujur akan dilakukan untuk menegakkan keadilan menurut kehendak Tuhan.
- Yesaya Isaiah 9:6-7, Yeremia 23:5-6. Naikkan pujian yang tinggi dan ucapan syukur atas janji kekal dan penyediaan keadilan yang terjamin dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. Isytiharkan bahawa semua janji Tuhan adalah “ya” dan “amin” di dalam Kristus. (2 Korintus 1:20).