DOA BAGI NEGARA – SEPTEMBER 2024

16 September – 11 Oktober 2024

Musim Mencari Tuhan 

Persiapan Untuk Perkumpulan Raya 

FOKUS

1.  FOKUS PUJIAN  

Membesarkan dan Menguduskan Nama Tuhan atas Malaysia

Kedaulatan Tuhan

  • Allah Pencipta semesta alam (Kej.1:1, Ibr 11:3)
  • El-Shaddai (Yang Maha Kuasa,Yang Maha Mencukupi; Yang Memuaskan – Kej.1:17)
  • Tuhan empunya  bumi (Maz 24:1)
  • Anak Domba di tengah-tengah takhta (Wahy.7:17)

Keselamatan Tuhan

  • Yoh 3:16-17, Roma 8
  • Kristus Kekuatan dan Hikmat Allah (1 Kor.1:24)
  • Anak Domba yang disembelih (Wahy.5:12)
  • Yesus Kristus Jalan, Kebenaran dan Hidup  (Yoh.14:6)

Belas Kasihan Tuhan 

  • Allah Penyayang dan Pengasih (Kel.34:6)
  • Yahweh-Jireh (Tuhan Menyediakan; Pembekal – Kej.22:14)
  • Yahweh-Ropheka (Tuhan yang menyembuhkan engkau – Kel.15:26)
  • Yahweh-Shalom (Tuhan itu kesejahteraan)  – Hak 6:23-24)
  • Sumber segala Kasih setia,  kasih  dan penghiburan (Rat 3:22-23 )
  • Kristus Pengharapan kemuliaan (Kol.1:27)

Roh Tuhan 

  • Roh Hikmat, Pengertian, Nasihat dan Keperkasaan, Pengenalan dan Takut akan Tuhan  (Yes.11:2)
  • Pengasihan dan Permohonan, Kekudusan, Kasih, Kebenaran, Kekuatan, Ketertiban, Hikmat dan Wahyu tentang Pengenalan-Nya,  Ketekunan, Kesalehan (2 Pet.1:5-7)

FOKUS 2.  FOKUS PERTAUBATAN  

  1. Mencari kemuliaan Tuhan melalui Pertaubatan  
    • Adakah dalam hidupku apa-apa dosa yang diketahui yang tidak diakui?(Maz.139:23-24, 32:3-5)
    • Adakah ketidakampunan dan kepahitan dalam hidup saya? (Mat.18:21-22; Ams.14:10, Ibr 12:14-15)
    • Adakah apa-apa amalan atau aktiviti yang menyimpang dalam hidup saya? (Ayub 23:10-11, Yak 1:6-8)
    • Adakah saya cepat mentaati Roh Kudus dalam segala hal?  (1 Pet.1:2, Ef 4:30-32)
    • Adakah saya mengaku Yesus dengan tidak malu-malu? (Luk.9:23-27)
  2.  Untuk Tubuh Kristus di Malaysia
    • Roh pertaubatan dan takut akan Tuhan akan melanda semua gereja diseluruh negara supaya kita mengenal dosa kita dan mengakui secara terbuka bagaimana kita telah mendukakan Tuhan. 
    • Supaya kita akan tergerak mengandalkan kasih, kasih karunia dan belas kasihan Tuhan untuk “menghapuskan” dosa kita (Kis 3:19).
    • Supaya Tuhan akan mendekati umat-Nya dengan kasih-Nya, memperlihatkan hadirat-Nya, mendatangkan “waktu kelegaan”  (Kis 3:20) seperti hujan atas setiap tanah kering-kontang .Memperbaharui dan memulihkan kasih semula kita.

C. Untuk Negara Kita 

  • Semasa gereja pertama “kembali dari segala kejahatan” (Kis 3:26) dalam pertaubatan yang mendalam sekali,  pergerakan besar-besaran akan melanda seluruh komuniti untuk membawa kebangkitan rohani.   
  • Semua benteng-benteng syaitan dipatahkan serta melepaskan negara kita dan kumpulan-kumpulan  etnik daripada cengkaman musuh, mensejajarkan negara kita kepada kepenuhan Kerajaan-Nya datang dan kehendak-Nya terjadi dalam arena politik dan sosial untuk transformasi. 
  • Untuk Kristus menemukan berjuta-juta orang dengan kasih pengampunan-Nya, supaya mereka berpaling daripada dosa mereka kepada sukacita mengikuti-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat.