DOA UNTUK BANGSA – DOA UNTUK PRU15

Panggilan untuk berdoa telah diadaptasi daripada PRAYER UNITED’S CALL TO PRAY FOR THE GE15 “LIGHT UP MALAYSIA.” Marilah kita gabung bersama semua orang percaya di Malaysia untuk teguh berdiri dalam satu roh untuk destini negara kita dalam waktu kritikal ini.

1 TIMOTIUS 2:1-4 (AVB)

Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia – untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar.

 

Bagaimana kita berdoa untuk PRU 15?

http://tiny.cc/mufwGE15

*Pakai pautan google ini untuk memilih kawasan pilihan raya anda dan/atau mengangkat  kawasan pilihan raya lain

  • PILIH KAWASAN PILIHAN RAYA ANDA

Pilih Kawasan Parlimen di mana anda menetap atau mengundi.

 

  • MENGADOPSI DAN MEMBERKATI SATU KAWASAN PARLIMEN

Mengadopsi satu Kawasan Parlimen yang kamu rasa beban untuk berdoa. Anda boleh memilih tambahan 2 lagi kawasan pilihanraya khususnya negeri yang memiliki tidak ramai orang percaya. eg: Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis and Kedah.

 

  • KOMITMEN UNTUK BERDOA SETIAP HARI

PAKAI PANDUAN DOA INI untuk membantu anda berdoa:

 

  • DEKLARASI KEDAULATAN TUHAN 

 

I TAWARIKH 29: 10-13

10 “Terpujilah Engkau, ya TUHAN, Allahnya bapa kami Israel,

dari selama-lamanya sampai selama-lamanya.

11 Ya TUHAN, punya-Mulah kebesaran dan kejayaan,

kehormatan, kemasyhuran dan keagungan,

ya, segala-galanya yang ada di langit dan di bumi!

Ya TUHAN, punya-Mulah kerajaan dan Engkau yang tertinggi

itu melebihi segala-galanya sebagai kepala.

12 Sebab kekayaan dan kemuliaan berasal dari pada-Mu

dan Engkaulah yang berkuasa atas segala-galanya;

dalam tangan-Mulah kekuatan dan kejayaan; dalam tangan-Mulah

kuasa membesarkan dan mengokohkan segala-galanya.

13 Sekarang, ya Allah kami, kami bersyukur kepada-Mu

dan memuji nama-Mu yang agung itu.

 

  • PAKAI KUNCI POIN DOA UNTUK PILIHANRAYA UMUM “GE15” YANG MENDATANG

 

A) PEMIMPIN YANG BENAR AKAN DIANGKAT

Doa agar Tuhan membangkitkan ahli politik yang baik, berintegriti dengan nilai-nilai murni, berakhlak mulia, jujur, tidak rosak sifat dan cekap untuk dicalonkan dan dipilih bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN. Setelah penamaan calon selesai, berdoa untuk penyandang dan calon mengikut nama.

 

B) KETENTERAMAN DI DALAM NEGARA

Doa untuk perlindungan daripada rancangan motif jahat yang ingin mencetuskan keganasan dan gangguan untuk mendapatkan kuasa dan kawalan dengan cara tidak sah. Doa untuk keamanan menguasai PRU15, mulai dari sekarang sehingga menjelang hari pilihan raya sampai terbentuknya kerajaan baharu. Doa supaya berlakunya rasa takut akan Tuhan yang suci meliputi seluruh negara.

 

C) BUDAYA KEMPEN CORAK BARU

Doa untuk transformasi daripada budaya kempen membeli undi dan paksaan. Doa agar pengundi menghargai undi mereka, dan bijak memilih calon yang berintegriti serta mempeduli kesejahteraan semua rakyat negara kita. Doa untuk hikmat bagi pengundi kali pertama seperti yang berumur 18 tahun

 

D) RANCANGAN TUHAN UNTUK PRU15

Doa agar PRU15 dapat dijalankan dengan sah, cekap dan efisien supaya rakyat dapat hidup makmur daripada hasil pentadbiran urus yang baik dan negara dipulihkan daripada sekian tahun “rompakan” dan rasuah.

 

Doa Penutup : (Berdasarkan Mazmur 75)

Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Allah, kami mengucap syukur,  kerana hasil kerja-Mu yang menakjubkan telah mengisytiharkan bahawa nama-Mu dekat.

Engkaulah yang memilih waktu yang ditetapkan untuk negara kami, Malaysia.

Kamu berkata kepada orang yang angkuh, ‘Jangan bermegah lagi,’ dan kepada orang fasik, ‘Jangan mengangkat tandukmu. Jangan angkat tandukmu ke langit. Engkau telah berkata bahawa tiada seorang pun dari timur atau barat atau dari padang gurun yang dapat meninggikan diri. Engkaulah Tuhan yang menentukan siapa yang akan Engkau tinggikan dan siapa yang akan Engkau turunkan.

Kami memuji Mu ya Tuhan, sambil kami mengangkat bangsa kami di hadapanMu, Dalam nama Yesus yang paling mulia, amin.

 

Log masuk