DOA UNTUK NEGARA – November 2025

PANGGILAN MENDESAK BERDOA UNTUK GENERASI PENERUS

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kita telah menyaksikan satu trend yang membimbangkan melibatkan peristiwa di sekolah-sekolah dan kampus-kampus yang menjejaskan  generasi penerus di Malaysia. Walaupun kita mungkin pernah melihat perkara seperti ini berlaku di tempat-tempat lain di dunia, kita tidak pernah terfikir ia akan melanda tanah air kita dalam cara yang begitu dahsyat.

Saya percaya sudah tiba masanya untuk kita berdoa secara khusus bagi generasi penerus . Kita tidak boleh sekadar memerhati atau berbicara tentang peristiwa-peristiwa ini. Kita mesti digerakkan untuk bertindak, dan kita harus bermula dengan doa — untuk mencari Tuhan dan bertanya kepada-Nya supaya kita dapat memperoleh pengertian.

Mengapa Doa?

  • Doa menyelaraskan kita dengan tujuan Tuhan – apakah yang sedang Tuhan lakukan dalam kalangan generasi penerus sekarang? Bagaimanakah kita boleh mensejajarkan diri kita kepada ini?

Yakobus 5:16-18

 Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya. 5:17 Elia adalah manusia biasa sama seperti kita, dan ia telah bersungguh-sungguh berdoa, supaya hujan jangan turun, dan hujanpun tidak turun di bumi selama tiga tahun dan enam bulan. 5:18 Lalu ia berdoa pula dan langit menurunkan hujan  dan bumipun mengeluarkan buahnya.

  • Doa adalah saat kita megundang Hadirat Tuhan masuk ke dalam rumah, sekolah dan institusi pendidikan kita. Apabila Hadirat Tuhan datang, akan ada kasih, pengharapan, hikmat, pengertian, dan Tuhan akan melakukan perkara-perkara besar dan “yang tidak terselami” — jauh melampaui apa yang kita dapat minta atau bayangkan.

Yeremia 33:2-3

“Beginilah firman TUHAN, yang telah menjadikan bumi  dengan membentuknya dan menegakkannya–TUHAN ialah nama-Nya  33:3 Berserulah  kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang besar dan yang tidak terpahami,  yakni hal-hal yang tidak kau ketahui.   

  • Apabila Hadirat Tuhan datang, Suasana rohani di sesuatu tempat akan berubah.

Matius 16:18-19

Aku akan mendirikan jemaat – Ku dan alam maut tidak akan menguasainya 16:19 Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Sorga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di sorga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di sorga.  Bahawa Dia akan mendirikan gereja-Nya dan pintu alam maut tidak akan dapat menguasainya.

Doa adalah tempat di mana kunci-kunci Kerajaan boleh beroperasi dan mengalahkan kerajaan kegelapan.

Mari kita datang dan meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk berdoa dalam kumpulan kecil 2-3 orang memohon belas kasihan dan pertolongan Tuhan berkenaan isu-isu yang sedang dihadapi oleh generasi penerus. Semoga Tuhan mula memberikan hikmat kepada kita — termasuk badan-badan kerajaan, sekolah, golongan belia  sendiri, gereja dan NGO — bagaimana menghadapi masalah ini.

Kita tidak akan tinggal dalam keadaan tidak berdaya dan putus harapan. Tuhan bersama dengan kita dan Dia akan berjuang melawan mereka yang melawan anak-anak kita.

DOA

Bapa, tidak kira apa yang sedang kita lihat atau dengar sekarang, tolonglah kita agar tidak ragu atau goyah kerana segala kesusahan yang mengelilingi kita.

Engkau tidak akan melakukan sesuatu tanpa terlebih dahulu menyatakannya kepada umat-Mu. Kita adalah umat perjanjian-Mu, dan kasih setia-Mu kekal selama-lamanya.

Engkau telah berfirman bahawa Kerajaan Allah juga adalah milik anak-anak (Matius 18:1-6; Matius 19:14). Jangan biarkan seorang pun daripada mereka binasa, dan jangan biarkan si jahat menangkap tubuh, hati, fikiran dan jiwa mereka.

Oleh itu, semasa kita berdoa, tariklah kita kepada Firman-Mu, bantu kita  tinggal di dalamnya, dan tolong kita untuk mendengar serta menerima strategi , supaya kita dapat melihat kebenaran  jalan-jalan-Mu yang kita boleh mengaktifkan . Kita ingin tahu bagaimana membawa semua kanak-kanak dari pelbagai lapisan masyarakat masuk ke dalam Kerajaan-Mu. Kita ingin berdoa secara khusus untuk kumpulan generasi penerus  supaya mereka tidak terlepas daripada rancangan-Mu untuk hidup mereka (sebutkan nama kanak-kanak, remaja atau kumpulan belia yang kamu ingin fokuskan).

Kita  berdoa pemulihan besar  hubungan  keluarga,  lebih banyak interaksi fizikal  antara anak dan ibu bapa;  antara belia dengan orang lain.

Kiranya kumpulan belia gereja mula mengalami hadirat Tuhan yang kuat, dan generasi penerus  mengalami satu kebangkitan rohani yang besar di kalangan mereka sendiri. Kita  berdoa agar timbul kelaparan untuk Kebenaran Tuhan, Firman Tuhan, dan keupayaan  membezakan antara kebenaran dan tipu daya musuh.

Kita berdoa agar hadirat Tuhan turun ke atas sekolah-sekolah, kampus-kampus dan juga institusi pendidikan. Kita juga berdoa agar bukan sahaja kita berdoa, tetapi kita juga akan bangkit dan bertindak apabila Engkau arahkan kita. Semoga hikmat ilahi dicurahkan kepada para pembuat keputusan, dan semoga roh keputus-asaan atau ketiadaan harapan dipatahkan daripada kita semua. Dengan Tuhan, tiada yang mustahil.

Kita mengisytiharkan bahawa apabila kita berdoa dan meninggikan Nama-Mu, “setiap lutut akan bertelut dan setiap lidah akan mengaku bahawa Engkaulah Tuhan.”

DALAM NAMA YESUS, AMEN.