DOA UNTUK NEGARA – MEI 2025
1 – 10 Mei 2025
PENYUCIAN DAN PENTAHBISAN – BERALIH DARIPADA KEANGKUHAN
Mazmur 51:10 “Jadikanlah hatiku tahir , ya Allah, dan perbaharuilah batinku dengan roh yang teguh!
- Keangkuhan – Tidak Perlu Tuhan
Tuhan, Firman-Mu memberi amaran kepada kita, “Kecongkakanmendahului kehancuran, dan tinggi hatimendahului kejatuhan.“ (Amsal 16:18), sementara kerendahan hati membawa penghormatan (Amsal 29:23 “Keangkuhan merendahkan orang, tetapi orang yang rendah hati, menerima pujian “). Kerendahan hati bererti menyerahkan kekhuatiran kepada-Mu, mengakui kelemahan diri sendiri, bahawa aku bukanlah Yang Maha Kuasa atau Maha Perkasa, dan aku perlu bimbingan serta pertolongan-Mu. Tolonglah aku memperoleh hormat di hadapan-Mu dengan tidak terlalu sombong untuk meminta pertolongan daripada Engkau atau orang lain.
- Keangkuhan – Ucapan Tipu Muslihat
Bapa, Firman-Mu berkata takut akan Engkau ialah membenci kejahatan, dan Engkau benci kepada kesombongan, kecongkakan, tingkah laku yang jahat, dan mulut penuh tipu muslihat (Amsal 8:13). Tolonglah aku memupuk rasa takut yang sihat terhadap-Engkau yang menghancurkan kesombongan dan keangkuhan dalam diriku. Jagalah lidahku daripada mengucapkan kata-kata yang angkuh.
- Keangkuhan- Pertengkaran
Bapa, Firman-Mu mengatakan keangkuhan hanya menimbulkan pertengkaran, tetapi mereka yang mendengarkan nasihat mempunyai hikmat. (Amsal 13:10). Tolonglah aku melihat kesombongan diriku dalam pertengkaran dan berikanlah aku hati yang rendah diri dan boleh diajar.
- Keangkuhan- Keganasan
Tuhan, Firman-Mu berkata orang fasik berkalungkan kecongkakan dan berpakaian keganasan. (Mazmur 73:6) Firman-Mu mengaitkan keangkuhan dengan keganasan. Lepaskanlah aku daripada kejahatan-kejahatan ini. Cabutlah akar keganasan dalam diriku agar aku dapat bertaubat. Peliharalah kerendahan hatiku, ya Tuhan.
- Keangkuhan- Ketidaksabaran
Bapa, apabila aku tidak sabar, ingatkanlah saya bahawa “akhir suatu hal lebih baik dari pada awalnya. Panjang sabar lebih baik dari pada tinggi hati. “ (Pengkhotbah 7:8). Bapa, Firman-Mu berkata, akan datang suatu hari apabila “manusia yang sombong akan ditundukkan dan orang yang angkuh akan direndahkan; hanya TUHAN sajalah yang maha tinggi pada hari itu.” (Yes 2:17). Tuhan, hancurkanlah kesombongan dan keangkuhan dalam diriku sebelum hari itu tiba!
- Keangkuhan – Kebenaran Sendiri
Tuhan, ajarlah kita untuk mematuhi Firman-Mu, kerana keangkuhan membawa kepada penawanan (Yeremia 49:16). Bapa, tolonglah aku melihat tipu daya keangkuhan (Yeremia 49:16)
Engkau merendahkan orang yang sombong dan angkuh (Daniel 4:37). Bakar hangus sifat saya yang mementingkan kebenaran sendiri. Selamatkanlah aku daripada roh keagamaan yang sentiasa menunjuk kepada kesalahan orang lain tetapi tidak melihat kesalahan sendiri. Tolonglah aku melihat dan menyingkir kelemahan diriku sendiri.
- Keangkuhan – Kedegilan
Bapa, Firman-Mu berkata Engkau mematahkan kedegilan keangkuhan, membuat langit di atas mereka yang angkuh sebagai besi dan tanah sebagai tembaga (Imamat 26:19), menggambarkan kehidupan yang sukar di mana doa-doa yang dinaikkan ke syurga seolah-olah terhalang, menghentam siling besi dan hidup sukar. Orang yang angkuh akan menghadapi kesusahan. Tuhan, tolonglah aku mengakui keangkuhan dan kedegilan hatiku, serta bertaubat agar aku menjadi rendah hati.
- Keangkuhan – Kekerasan Hati
Bapa, Firman-Mu berkata keangkuhan mengeraskan hati (Daniel 5:20). Engkau menghendaki hati yang lembut dalam diriku (Efesus 4:32) dan kelemahlembutanku nyata kepada semua orang (Filipi 4:5). Lembutkanlah kekerasan hatiku, dedahkan kepahitan untuk aku bertaubat, dan penuhilah aku dengan kasih , kelemahlembutan serta damai-Mu agar aku menjadi bejana kasih-Mu.
- Keangkuhan – Hikmat Duniawi
Firman-Mu berkata, “Jikalau keangkuhan tiba, tiba juga cemooh, tetapi hikmat ada pada orang yang rendah hati.“ (Amsal 11:2). Bapa, kurniakanlah kepadaku kerendahan hati dan curahkan hikmat-Mu ke atasku, serta jauhkanlah aku daripada hikmat duniawi. Tunjukkanlah kepadaku bila aku mengikuti hikmat dunia agar aku dapat bertaubat.
Bapa, Firman-Mu mengatakan bahawa Engkau akan menghukum dunia kerana kejahatannya dan orang fasik kerana dosa-dosa mereka. Engkau akan hentikan keangkuhan orang sombong dan meruntuhkan kecongkakan orang kejam. (Yesaya 13:11). Tetapi bagi mereka yang telah ditinggalkan dan dibenci oleh dunia, Bapa, Engkau menjadikan mereka kebanggaan abadi dan kegirangan turun-temurun . (Yesaya 60:15)
Bapa, Firman-Mu memberitau kita, “ Kata orang fasik itu dengan batang hidungnya ke atas: “Allah tidak akan menuntut! Tidak ada Allah!”, itulah seluruh pikirannya (Mazmur 10:4).
Tolonglah aku supaya sentiasa memberi ruang untuk-Mu dalam fikiranku, ya Tuhan.
Jangan biarkan keangkuhan menghalang aku daripada mencari-Mu!
Jangan izinkan aku terus dalam keangkuhan yang menjauhkan aku daripada-Mu!
Peliharalah aku agar sentiasa berfikiran seperti Kristus, sentiasa menyerahkan segala kekhuatiranku kepada-Mu. Dalam Nama Yesus aku berdoa. Amin.
11 – 20 Mei 2025
PENYUCIAN DAN PENTAHBISAN–KERENDAHAN HATI
Mikha 6:8 “Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN dari padamu: selain berlaku adil,mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hatidi hadapan Allahmu?
- Bapa, Engkau membimbing bangsa Israel melalui padang gurun selama empat puluh tahun untuk merendahkan hati mereka dan menguji mereka, untuk mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, yakni, apakah mereka berpegang pada perintah-Mu atau tidak (Ulangan 8:2). Tolonglah aku faham bahawa kadangkala Engkau membawa aku melalui jalan-jalan tertentu untuk merendahkan hatiku dan menyingkapkan apa yang ada dalam hatiku. Tuhan, tolong sucikanlah hatiku agar Engkau berkenan dengan apa yang Engkau temui di dalamnya. Ajarlah aku bagaimana berjalan dengan rendah hati bersama-Mu.
- Bapa, Engkau telah berjanji jika umat-Mu, yang atasnya nama-Mu disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Mu,lalu berbalikdari jalan-jalan mereka yang jahat, maka Engkau akan mendengar dari syurga dan mengampunidosa mereka, serta memulihkan negeri mereka (2 Tawarikh 7:14). Tolonglah aku faham bahawa kebangkitan rohani korporat bermula dengan kebangkitan rohani diri saya sendiri. Bantu aku untuk merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Mu, serta mengakui dan berbalik dari jalan-jalanku yang jahat. Terima kasih kerana mendengar aku dari syurga, mengampuni dosaku, dan menyembuhkan hatiku.
- Bapaku, aku bersukacita kerana Engkau, TUHAN, berkenan kepada umat-Mu; Engkau memahkotai orang yang rendah hati dengan keselamatan (Mazmur 149:4).
- Tuhan, tangan-Mu telah menciptakan langit dan bumi; semuanya wujud melalui-Mu. Firman-Mu menyatakan, ” Aku memandang: kepada orang yang tertindas dan patah semangatnya dan yang gentar kepada firman-Ku.” (Yesaya 66:2). Curahkanlah belas kasihan dan kasih karunia-Mu agar aku menjadi orang yang rendah hati, remuk jiwa , dan gentar terhadap Firman-Mu. Juruselamat dan Penebusku, tolonglah aku memikul kuk-Mu dan belajar kelemahlembutan serta kerendahan hati daripada-Mu, supaya aku menemukan ketenangan bagi jiwaku (Matius 11:29).
- Bapa, seperti Maria, tolonglah jiwaku memuliakan-Mu dan rohku bersukacita dalam Engkau, Penyelamatku, kerana Engkau memandang orang yang rendah hati (Lukas 1:46-48). Ajarlah aku menjadi benar-benar rendah hati, lemah lembut, sabar, dan saling menanggung dalam kasih (Efesus 4:2). Memperkasakanku dengan Roh-Mu untuk taat. Sembuhkanlah hatiku, lepaskanlah aku daripada kejahatan, agar aku dapat taat dengan sepenuh hati. Penuhilah aku dengan pengenalan akan kasih-Mu, supaya aku dapat berjalan dengan yakin, menyedari hadirat-Mu yang sentiasa menyertai dan dalamnya kasih-Mu yang membawa kepada pertaubatan.
- Bapa, terima kasih atas kasih karunia-Mu yang melimpah. Engkau menentang orang yang congkak tetapi mengasihani orang yang rendah hati (Yakobus 4:6). Tuhan, kurniakanlah aku kasih karunia untuk menjadi pemenang dalam semua aspek hidupku.
- Bapa, aku ingin merendahkan diri di hadapan-Mu, dalam kepercayaan bahawa Engkau akan meninggikan aku (Yakobus 4:10). Ya Tuhan, dengan kuasa Roh-Mu, tolonglah aku hidup dalam keharmonian, bersikap simpati, mengasihi seperti keluarga, serta penuh belas kasihan dan kerendahan hati (1 Petrus 3:8).
- Bapa, tolonglah aku rendah hati terhadap semua orang, kerana Engkau menentang orang yang congkak tetapi mengasihani orang yang rendah hati (1 Petrus 5:5). Aku sentiasa memerlukan kasih karunia-Mu, jadi bantulah aku mengekalkan kedudukan rendah hati yang menyambut kasih karunia-Mu.
- Tuhan yang dikasihi, nyalakanlah api Roh Kudus-Mu dalam hatiku dan seluruh batinku, agar aku dapat melayani-Mu dengan hati yang murni.
- Tuhan, biarlah ucapan mulutku dan renungan hatiku berkenan di hadapan-Mu. Pimpinlah doa dan fikiranku oleh Roh Kudus-Mu dan kurniakan aku kasih karunia untuk mendengar Firman-Mu. Lembutkanlah hatiku terhadap kebenaran-Mu, bukan terhadap keinginan daging.
- Dalam nama Yesus Kristus aku berdoa. Amin.
21 – 31 Mei 2025
PENTAHBISAN & DEDIKASI
Keluaran 28:3 “Hendaklah kamu berbicara kepada semua warga bijaksana yang telah Kukurniai kemahiran dan suruhlah mereka membuat pakaian Harun agar dia ditahbiskan untuk menunaikan tugas sebagai imam.”
Kolose 3:23-24 “Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhandan bukan untuk manusia. Kamu tahu, bahwa dari Tuhanlah kamu akan menerima bagianyang ditentukan bagimu sebagai upah.”
- Tuhan, Engkau menghendaki setiap kita ditahbiskan sepenuhnya kepada-Mu demi tujuan-Mu yang kudus. Tunjukkanlah kita di mana kita masih menahan diri daripada-Mu. Dedahkan di mana kita belum sungguh-sungguh tunduk kepada perintah dan Firman-Mu. Buka mata kita kepada tempat-tempat di mana keangkuhan masih bertakhta, dan kehendak kita memerintah tertinggi dalam hati kita , supaya kita dapat bertaubat dan tunduk kepada perintah-Mu.
- Biar kita bertaubat atas setiap dosa terhadap kekudusan-Mu! Dengan rendah hati bersujud di hadapan-Mu, kita menyerahkan diri di kaki-Mu, bersukacita dalam pentahbisan . Jadikan kita umat yang bersukacita dalam menguduskan diri kepada-Mu. Biar kita menyerahkan seluruh diri , segala yang kita miliki, dan semua impian serta harapan kita, serta meletakkan hidup kita di atas mezbah sebagai korban harian kepada-Mu. Biar kita inginkan apa yang Engkau inginkan. Biar kita rindukan apa yang Engkau rindukan. Biar kita mengasihi apa yang Engkau kasihi dan membenci apa yang Engkau benci.
- Jadikan kita umat yang kudus. Biar kita mati terhadap dosa-dosa kita dan menyalibkan sifat lama yang berdosa bersama Kristus di kayu salib, mati terhadap diri sendiri. Biar kita hidup hanya untuk-Mu. Biar kita mencari kehendak-Mu dan kemuliaan-Mu sahaja. Biar kita menyerahkan seluruh diri kepada-Mu. Jadikan kita umat yang tekun dan bersemangat dalam doa. Biar kita jadi umat yang memiliki iman besar dalam Engkau.
- Ubah hati kita, ya Tuhan! Sucikan kita daripada dosa dan jadikan kita kudus dimata-Mu dengan kuasa Roh Kudus-Mu. Biar kita diam dan membenarkan Engkau bekerja dalam diri kita. Biar kita mengalami kemenangan-Mu atas dosa. Biar kita berjalan dalam Terang sebagaimana Engkau berada dalam terang. Biar kita bersekutu dengan-Mu dan antara satu sama lain.
- Biar kita bersukacita dalam menjadi semakin serupa Yesus. Biar kita bersukacita dalam penderitaan, kerana kita tahu Engkau akan menggunakannya untuk menjadikan kita lebih kudus . Terima kasih untuk cobaan hidup, alat-Mu untuk menjadikan kita lebih matang, lebih sempurna dan sedia melakukan kehendak-Mu. Kita rindukan kekudusan-Mu, hadirat-Mu, Roh-Mu, kuasa-Mu, dan Firman-Mu. Biar kita lapar dan dahaga untuk kebenaran-Mu.
- Kita tidak boleh berusaha dan bergantung kepada kekuatan sendiri. Kita mesti memandang kepada-Mu, TUHAN – Engkau yang Menang! Tolong kita PERCAYA Engkau, pelihara hati kita supaya tetap betul di hadapan-Mu, dan mengikuti-Mu dengan lebih dekat daripada sebelumnya. Biar kita DEKAT kepada-Mu, ya TUHAN, berada dalam kehendak-Mu, dan taat kepada-Mu setiap saat! Setiap detik, peliharalah HATIKU agar betul di hadapan-Mu, ya Yesus – biar NIAT kita betul, KEHENDAK kita betul , dan SEGALANYA betul di hadapan-Mu!
- Tuhan, Engkau perintahkan kita untuk mengasihi-Mu dengan SELURUH hati, akal budi, jiwa, dan kekuatan kita. Terangi hati kita dengan Firman-Mu. Dekatkan kita kepada Engkau. Tolong kita memiliki IMAN yang BESAR dalam Engkau. Bantu kita mengenal-Mu. Inilah hidup kekal, bahawa kita mengenal Engkau dan Bapa. Bicaralah kepada hati kita tentang bahagian-bahagian dalam hidup kita di mana Engkau belum benar-benar menjadi Tuhan . Biar kita rela menyerahkan sepenuhnya kepada-Mu hari ini. Biar Firman-Mu dan Cahaya-Mu menyala-nyala memenuhi setiap sudut yang tergelap dalam jiwa kita. Buangkan “gangren” yang sedang membinasakan kita . Biar kita menganggap diri telah mati kepada dosa, dan sifat lama kita telah mati terhadap dunia ini. Biar kita menganggap diri hidup dalam Engkau. Kita telah disalibkan dan dikuburkan bersama-Mu, dan telah dibangkitkan kepada hidup baru dalam Kristus. Biar kita hidup dalam kuasa-Mu, kerana tiada sesuatu yang baik dalam diri kita dalam kekuatan sendiri.
- Buka mata kita kepada harta rohani dan kebenaran Firman-Mu. Buka mata kita kepada dosa kita. Biar kita bertaubat dari setiap jejak dosa, baik secara peribadi mahupun korporat sebagai umat-Mu. Sucikan kita . Hantarkan Gerakan Besar Roh-Mu di tengah-tengah kita menyebabkan generasi ini bangkit menjadi generasi yang kudus, bertakwa, dan benar melalui kuasa-Mu dan demi kemuliaan-Mu. Tolong kita melihat tipu muslihat dunia dan musuh. Biar kita memeluk kebenaran-Mu. Biar kita menyerahkan seluruh hidup kita kepada-Mu dalam ketaatan dan kepercayaan sepenuhnya. Memperkasakan kita untuk tetap setia kepada-Mu dan mengasihi Engkau dengan segenap hati, akal budi, jiwa, dan kekuatan kita. Dan biar kita mengasihi sesama dengan kasih Allah sendiri.
- Biar kuasa-Mu mengalir melalui kita ; biar kita benar-benar terbuka kepada Roh-Mu, hikmat-Mu, dan pekerjaan-Mu untuk membentuk Kristus dalam diri kita. Ajar kita membenarkan Engkau hidup melalui kita. Memperkasakan kita beristirahat dalam karya Kristus yang telah selesai, dan berhenti berusaha dengan kekuatan sendiri. Biar kita mengakui, “Aku tidak mampu melakukannya sendiri! Aku memerlukan Engkau! Engkau telah melakukan segalanya! Aku tidak dapat melakukan apa-apa dengan kekuatanku sendiri untuk menyenangkan-Mu!” Biar kita belajar berjalan dengan rendah hati dalam Roh dan mengarahkan fikiran kita kepada Hidup dan Damai.
- Biar kita inginkan apa yang Engkau inginkan. Biar kita mengasihi apa yang Engkau kasihi. Biar kita membenci apa yang Engkau benci. Biar kita hidup dalam kemenangan atas dosa kerana Engkau hidup dalam kita dan Engkau telah menaklukkan dosa dan maut. Nyalakan api dalam hati kita dengan kerinduan yang mendalam untuk Engkau.
- Biar kita menguduskan diri untuk kegunaan-Mu. Biar kita memisahkan diri untuk diguna-pakai mengikut kehendak-Mu. Biar kita menyalibkan kehendak diri dan mencari kehendak-Mu, sambil bersukacita menyatakan, “Aku tidak inginkan apa-apa untuk diriku, segalanya untuk Kristus dan kerajaan-Nya.”
- Dalam Nama Yesus aku berdoa. Amin.