DOA UNTUK NEGARA – Mac 2026

PEMULIHAN JANJI-JANJI TUHAN 

Pada bulan Februari, Rev Suzette Hattingh mengingatkan kita bahawa janji-janji Tuhan sentiasa ya dan amin. Dia tidak berubah-ubah dengan firman-Nya. Dia sentiasa boleh dipercayai. Walaupun kita tidak melihat penggenapannya sekarang, itu tidak bermaksud Tuhan telah lupa atau bahawa Dia tidak bermaksud apa yang dikatakan-Nya. Penangguhan bukanlah penolakan terhadap apa yang telah dikatakan-Nya.

2 Korintus 1:19-21

20 Sebab Kristus adalah “ya” bagi semua janji  Allah. Itulah sebabnya oleh Dia kita mengatakan “Amin   ” untuk memuliakan Allah. 

Yesaya 46:8-10

 Ingatlah  hal itu dan jadilah malu, pertimbangkanlah dalam hati, hai orang-orang pemberontak!   46:9 Ingatlah hal-hal  yang dahulu dari sejak purbakala,   bahwasanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah dan tidak ada yang seperti Aku,  46:10 yang memberitahukan dari mulanya  hal yang kemudian dan dari zaman  purbakala apa yang belum terlaksana,  yang berkata: Keputusan-Ku akan sampai, dan segala kehendak-Ku akan Kulaksanakan

Bulan ini kita akan menggunakan waktu doa kita untuk mengingatkan diri tentang banyaknya perkataan nubuatan yang Tuhan telah berikan kepada kita secara peribadi, kepada keluarga kita, gereja-gereja atau pelayanan kita, dan kepada kita di Malaysia. Firman Tuhan berkuasa dan harus dipandang serius. Bulan ini marilah kita berpegang pada janji-janji Tuhan dan berdoa ke dalamnya.

 Habakuk 2:1-3

 Aku mau berdiri di tempat pengintaianku  dan berdiri tegak di menara,  aku mau meninjau dan menantikan apa yang akan difirmankan-Nya  kepadaku, dan apa yang akan dijawab-Nya atas pengaduanku.   2:2 Lalu TUHAN menjawab aku, demikian: “Tuliskanlah  penglihatan itu  dan ukirkanlah itu pada loh-loh, supaya orang sambil lalu dapat membacanya. 2:3 Sebab penglihatan itu masih menanti saatnya ,  tetapi ia bersegera menuju kesudahannya  dengan tidak menipu; apabila berlambat-lambat, nantikanlah  itu, sebab itu sungguh-sungguh akan datang dan tidak akan bertangguh.

Apakah langkah-langkah untuk berdoa ke dalam janji-janji dan perkataan nubuatan Tuhan?  

  1. Berpeganglah pada firman dan janji-janji Tuhan yang telah diberikan kepada kita.
  2. Ambillah postur  seperti Habakuk dan berdirilah setiap hari di masa pengawasan kita sebagai penjaga. Doakan janji-janji Tuhan supaya Roh Kudus memberi kita pengertian yang jelas.
  3. Apabila Tuhan memberi pengertian, tuliskan apa yang Dia jelaskan kepadamu seperti yang dilakukan oleh Habakuk.
  4.  Jika Tuhan menyatakan langkah-langkah yang kita perlu ambil, kita mesti taat kepada-Nya sebelum janji-janji itu dapat digenapi.
  5. Ucaplah syukur apabila kita melihat tanda-tanda penggenapan!

Gunakan bulan ini untuk mengusahakan setiap janji minggu demi minggu. Jangan cuba menyelesaikan semuanya dalam satu waktu doa sahaja!

  1. DOA UNTUK JANJI-JANJI YANG TUHAN TELAH BERIKAN KEPADAMU SECARA PERIBADI termasuk janji-janji untuk keluarga, pekerjaan dan pelayananmu. Lihat kembali beberapa janji ini dan doakan penggenapannya.

DOA

Tuhan, aku bersyukur bahawa janji-janji-Mu sentiasa ya dan amin dalam Kristus Yesus. Aku bersyukur atas janji-janji ini (nyatakan ayat Alkitab) yang Engkau mengatakan kepadaku pada … (jika kamu ingat tarikh atau waktu, nyatakan).

Terima kasih kerana Engkau tidak melupakannya. Bahkan Engkau mahu aku berdoa untuk kejelasan pengertian. Tuhan, tolong tunjukkan kepadaku jika ada apa-apa dalam diriku yang kini menghalang janji-janji ini daripada digenapi.

Aku bersyukur bahawa Engkau yang telah memulakan pekerjaan yang baik dalam diriku akan menyempurnakannya. Dalam Nama Yesus. Amin.

  • DOA UNTUK JANJI-JANJI YANG TUHAN TELAH BERIKAN KEPADA KITA BAGI MALAYSIA.

Kita telah mencatat 4 firman utama yang diberikan; telitilah kembali firman-firman tersebut dan doakan ke dalamnya untuk pengertian yang lebih lanjut. Banyak daripada apa yang Tuhan janjikan sudah pun mula digenapi.

Anda adalah sebahagian daripada penggenapan firman ini. Mari kita bersyukur kepada Tuhan dan memohon agar Dia menolong kita untuk terus berada di landasan yang betul.

  1. Yesaya 66: 8-9(2015 Pr Daniel Ho)

Siapakah yang telah mendengar hal yang seperti itu, siapakah yang telah melihat hal yang demikian? Masakan suatu negeri diperanakkan dalam satu hari,   atau suatu bangsa dilahirkan dalam satu kali? Namun baru saja menggeliat sakit, Sion sudah melahirkan anak-anaknya.   66:9 Masakan Aku membukakan rahim  orang, dan tidak membuatnya melahirkan? firman TUHAN. Atau masakan Aku membuat orang melahirkan, dan menutup rahimnya pula? firman Allahmu.

  • Zakaria  2:5 (2021 untuk memulakan MUFW)

“…Berlarilah, katakanlah kepada orang muda yang di sana itu, demikian: Yerusalem akan tetap tinggal seperti padang terbuka  oleh karena banyaknya  manusia dan hewan di dalamnya.  2:5 Dan Aku sendiri, demikianlah firman TUHAN, akan menjadi tembok  berapi baginya di sekelilingnya, dan Aku akan menjadi kemuliaan  di dalamnya. 

2:10Bersorak-sorailah  dan bersukarialah, hai puteri Sion,   sebab sesungguhnya Aku datang  dan diam di tengah-tengahmu,  demikianlah firman TUHAN;   2:11 dan banyak bangsa akan menggabungkan diri kepada TUHAN pada waktu itu dan akan menjadi umat-Ku  dan Aku akan diam di tengah-tengahmu.” Maka engkau akan mengetahui, bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu.  2:12 Dan TUHAN akan mengambil Yehuda  sebagai milik-Nya  di tanah yang kudus, dan Ia akan memilih  Yerusalem pula. 2:13 Berdiam  dirilah, hai segala makhluk, di hadapan TUHAN, sebab Ia telah bangkit dari tempat kediaman-Nya    yang kudus.

  • Nehemia 3 (2021 untuk memulakan MUFW)

Pembinaan tembok doa ini mesti melibatkan semua kumpulan doa dan denominasi yang berbeza. Tugas ini terlalu besar untuk ditanggung oleh mana-mana satu kumpulan sahaja.

  • Kidung Agung 2:10-13 (Mac 2021) 

Kekasihku mulai berbicara kepadaku: “Bangunlah manisku, jelitaku, marilah! 2:11 Karena lihatlah, musim dingin telah lewat, hujan telah berhenti dan sudah lalu. 2:12 Di ladang telah nampak bunga-bunga, tibalah musim memangkas; bunyi tekukur terdengar di tanah kita. 2:13 Pohon ara mulai berbuah,  dan bunga pohon anggur semerbak baunya. Bangunlah, manisku, jelitaku, marilah!

  • DOA ATAS JANJI-JANJI TUHAN UNTUK MALAYSIA

Terima kasih, Tuhan, kerana Engkau sangat prihati  terhadap Malaysia. Kita bersyukur kerana Engkau telah membangkitkan para pendoa syafaat di Malaysia untuk memikul beban bagi Malaysia dan untuk “melahirkan” rencana-Mu bagi negara kita.
(Yesaya 66:8)

Kita ingin mengucap syukur kepada-Mu, Tuhan, kerana Engkau telah menyatukan kita  untuk membina tembok doa mengelilingi Malaysia supaya kemuliaan-Mu hadir  di tengah-tengah kita. Sesungguhnya kita melihat tanda-tanda kemuliaan-Mu atas Malaysia.

  • Kita bersyukur kerana musim hujan telah berlalu dan kini kita melihat tanda-tanda bunga berkembang di Malaysia (Kidung Agung 2:10). Waktu nyanyian dan suara merpati dara (yang merupakan suara Roh Kudus) dapat didengar dengan jelas hari ini.
  • Sesungguhnya, sejak kita bermula, kita bersyukur kepada Roh Kudus kerana Engkau terus berbicara kepada kita dan memberi kejelasan tentang apa yang sedang Engkau lakukan. Kita bersyukur kerana Engkau sedang membawa kita ke arah keakraban yang lebih mendalam dengan-Mu dan menyingkapkan hati Tuhan untuk Malaysia kepada kita dengan pencerahan yang lebih besar.
  • Kita juga bersyukur kerana melalui tembok api doa ini, Engkau telah menyatukan kita semua dalam kumpulan bahasa yang berbeza – kumpulan Cina, BM dan Tamil – dari negeri-negeri yang berlainan untuk membina tembok doa!
  •  Engkau telah menghimpunkan generasi-generasi, malah kanak-kanak turut terlibat ketika kita  melancarkan projek 2 bilion Kanak-kanak.
  •  Sesungguhnya terdapat bukti kemuliaan-Mu turun ke atas tanah kita apabila kita melihat semakin banyak gereja dan kumpulan doa bangkit untuk mendirikan mezbah doa di gereja mereka sendiri di begitu banyak bandar.

DOA dan PENGISYTIHARAN atas PERKATAAN NUBUATAN yang DIUCAPKAN KE ATAS MALAYSIA.
(Banyak perkataan nubuatan telah diucapkan ke atas Malaysia. Sila rujuk kepada lampiran)

Apabila kita mengingatkan kembali firman dan janji yang Engkau telah berikan kepada kita, kita melihat bahawa banyak  janji-Mu sedang digenapi. Banyak kumpulan doa yang membawa kesatuan yang besar kepada tubuh Kristus sedang dibangkitkan.

Engkau telah berbicara melalui hamba-Mu, para nabi, bahawa tsunami keselamatan akan datang ke tanah kita. Kita mengisytiharkan bahawa banyak negara dan kumpulan etnik di Malaysia akan benar-benar bersatu dengan Tuhan dan menjadi umat-Nya seperti yang dinyatakan dalam Firman yang diberikan dalam Zakharia 2:5-11.

Kita  mengisytiharkan bahawa angin baru sedang meniup di gereja-gereja di Malaysia Timur, membawa pengurapan yang menang bagi seluruh Malaysia. Kita mengisytiharkan bahawa orang asal yang membawa DNA tanah ini akan bangkit, dan mereka akan dimampukan menyanyi dan menari untuk membuka destini tanah kita.

Kita mengisytiharkan bahawa para pastor dan pemimpin perniagaan akan bersatu, dan Tuhan akan memecahkan tembok-tembok tradisional. Gereja Tuhan di Malaysia akan masuk kesatuan baru yang amat luar biasa.

Semoga Malaysia kemudian menjadi negara yang membawa kesatuan dan pertumpuan  ke rantau ini. Tuhan, Engkau kini sedang membina lebuh raya dan jalan raya penyembahan, jalan raya pertobatan dan jalan raya pendamaian di seluruh rantau ini.

Semoga Malaysia menjadi pemicu yang memulakan kebangkitan rohani di Asia. (Perkataan nubuatan oleh Pastor Tom Hess pada 2016 ketika beliau melihat  penglihatan: Beliau melihat sepucuk senapang  lantak berkaitan Asia Tenggara –  Indonesia adalah laras, Singapura adalah picu pelatuk, dan Malaysia adalah picu; ketiga-tiga parlimen ini menjadi senapang lantak kebangkitan. Apabila beliau melepaskan nubuatan ini, beliau berkata bahawa Tuhan akan menjadikan Malaysia sebagai pemangkin untuk mencetuskan kebangkitan rohani di Asia.)

Dalam Nama Yesus, Amin.