DOA UNTUK NEGARA – MAC 2025

KESYUKURAN

Mazmur 100:4-5

 100:4 Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan nyanyian syukur,  ke dalam pelataran-Nya   dengan puji-pujian, bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah nama-Nya!  100:5 Sebab TUHAN itu baik, kasih setia-Nya untuk selama-lamanya  dan kesetiaan-Nya  tetap turun-temurun.

KESYUKURAN PERIBADI

  • Bapa, saya bersyukur Engkau memberi sy kehidupan dan  menjadikan saya saksi pada tahun yang hebat ini, 2025.  
  • Bapa, saya bersyukur kerana Engkau menganggap saya layak untuk kebangkitan ini dan perubahan besar yang bakal berlaku, ketika Engkau membawa kita masuk ke wilayah-wilayah baru.  
  • Yohanes 3:16. Terima kasih Tuhan untuk Yesus yang begitu mengasihi kita sehingga sanggup mati untuk dosa-dosa kita. Terima kasih untuk harapan kehidupan kekal.  
  • Saya bersyukur kepada Tuhan untuk ibu bapa, adik-beradik, dan saudara-maraku; saya berterima kasih atas segala hal-hal baik dan indah yang mereka lakukan dan sediakan.  
  • Bapa, saya memuji-Mu untuk pasangan, anak-anak, dan cucu-cucuku; saya bersyukur atas cara Engkau berjalan bersama kita dalam masa baik dan sukar, memelihara, memakmurkan, dan memberkati kita.  
  • Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati saya dan orang-orang tersayangku dengan keberhasilan dalam usaha tangan kita (pekerjaan atau perniagaan).
  •   Yakobus 1:17  Saya bersyukur kepada-Mu, Tuhan, untuk karunia-karunia  rohani yang Engkau berikan kepadaku agar saya dapat melayani-Mu dan orang lain. Terima kasih, Bapa, untuk karunia fizikal dan mental yang Engkau berikan kepadaku dan orang-orang tersayangku, yang memampukan kita untuk menghasilkan kekayaan.  
  • Mazmur 91 Saya bersyukur kepada-Mu, Tuhan, untuk perlindungan daripada penyakit, kemalangan, malapetaka, serta bertarung dalam peperanganku, baik secara rohani mahupun fizikal.  
  •  Efesus 2:4-7 Saya bersyukur kepada Tuhan atas kebaikan, rahmat, dan belas kasihan-Mu yang Engkau tunjukkan kepadaku dan orang-orang tersayangku, dalam Nama Yesus.
  • Yohanes 14:26, 16:13  Saya bersyukur kepada-Mu, Tuhan, untuk Penolongku, Roh Kudus, yang memberi  aku kuasa untuk hidup dalam kehidupan yang penuh kemenangan.  
  • Bapa, saya bersyukur kepada-Mu untuk penyembuhan ilahi dan kesihatan ilahi, untuk persediaan dan perlindungan ilahi sepanjang tahun-tahun yang lalu. Terima kasih atas setiap berkat dan perkenanan yang telah ku terima daripada-Mu sepanjang tahun-tahun yang lalu.
  • Mazmur 91:3 Bapa, saya bersyukur kepada-Mu untuk setiap dan pelbagai jenis pelepasan   yang telah Engkau lakukan dalam hidupku. (Sebutkan pelepasan yang kamu telah terima supaya kamu boleh betul-betul melihat kuasa Tuhan dalam hidupmu)

KESYUKURAN UNTUK NEGARA MALAYSIA

  • Bersyukurlah kepada Tuhan, kerana Dia baik; kerana kasih setia-Nya kekal selama-lamanya. Malaysia sekarang mengatakan bahawa kasih setia-Nya kekal selama-lamanya.  

Biar  semua rakyat Malaysia sekarang berkata, bahawa kasih setia-Nya kekal selama-lamanya.  

Biar  gereja berkata, bahawa kasih setia-Nya kekal selama-lamanya.  

  • Biar  mereka yang takut akan Tuhan berkata, bahawa kasih setia-Nya kekal selama-lamanya. Kepada Dia yang melakukan keajaiban besar: kerana kasih setia-Nya kekal selama-lamanya.
  • Kita bersyukur kepada-Mu, Allah Yang Maha Kuasa, atas kasih setia-Mu terhadap negara Malaysia sejak pembentukan kita. Kita  juga mengakui kasih setia-Mu meletakkan kita di lokasi geografi yang strategik  di Asia Tenggara. Kita berterima kasih bagi semua pemerintah dan pemimpin kita, baik yang lalu mahupun yang ada sekarang.
  • Bapa, kita bersyukur kepada-Mu atas kasih setia-Mu terhadap pelbagai kelompok masyarakat yang membentuk Malaysia. Walaupun terdapat permusuhan dan perselisihan etnik atau suku antara satu sama lain, Engkau tetap berbelas kasihan kepada kita dan telah menyatukan kita sebagai satu negara selama ini.
  • Bapa, kita bersyukur kepada-Mu kerana tidak memperlakukan kita menurut dosa-dosa  kita  sebagai sebuah negara. Walaupun kejahatan meresap dalam masyarakat kita, Engkau sentiasa mengampuni dosa-dosa kita ketika kita berseru kepada-Mu dalam pertobatan. Kita bersyukur untuk darah Yesus Kristus yang menjadi pendamaian bagi kita.
  • Kita bersyukur kepada-Mu, Tuhan, atas minat dan rancangan-Mu yang khusus untuk Malaysia – agenda profetik-Mu untuk negara ini; firman-firman nubuatan yang Engkau ucapkan atas Malaysia melalui hamba-hamba-Mu dalam sejarah. Terima kasih kerana Engkau dengan teliti dan sistematik menggenapi nubuatan-nubuatan ini di hadapan mata kita.
  • Yehezkiel 22:30. Bapa, kita bersyukur kepada-Mu, Tuhan, kerana Engkau telah membangkitkan pendoa syafaat dan pengawal atas tembok menurut kehendak-Mu sendiri untuk berdiri di celah-celah bagi negara ini. Terima kasih untuk kasih karunia-Mu yang telah memampukan kita  supya berusaha siang dan malam bagi pengenapan maksud-Mu di negara ini. Terima kasih, Tuhan, untuk kerja doa syafaat nasional di semua peringkat gereja.
  •  Kita bersyukur kepada-Mu atas banyak keputusan doa yang kita lihat di negara kita setiap hari. Kita bersyukur kerana Engkau mengalakkan kita dengan jawapan doa atas isu-isu nasional. (Sebutkan yang anda ketahui – kemenangan untuk angkatan tentera, kejayaan persidangan nasional, pilihan raya pemerintahan yang aman, berbeda-beda perubahan yang kita lihat)
  • Terima kasih atas jawapan doa yang direkodkan setiap hari di merata-rata mezbah doa nasional. Kita bersyukur kerana Engkau mengalakkan kita dengan jawapan doa atas isu-isu nasional. Terima kasih juga kerana mengekalkan api doa di mezbah-mezbah ini.
  • Kita bersyukur kepada-Mu, Tuhan, atas karunia kreativiti dan kecemerlangan intelek yang dipaparkan oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia. Terima kasih atas pencapaian antarabangsa rakyat Malaysia dalam seni, muzik, sukan, filem, sains, dan perniagaan. Kita memuji-Mu, Bapa, atas ketabahan dan sikap tidak menyerah rakyat Malaysia. Kita bersyukur untuk suatu bangsa yang tidak mudah putus asa walaupun negara ini menghadapi banyak cabaran politik dan ekonomik. Terima kasih untuk suatu bangsa yang pada umumnya memiliki sikap yang ceria.
  • Bapa, kita bersyukur kepada-Mu kerana secara kebetulan tiada bencana alam di negara kita. Terima kasih kerana menyelamatkan negara kita dari kesulitan gempa bumi, letupan gunung berapi, kebakaran hutan, ribut taufan, dan tsunami. Kita telah melihat apa yang dialami oleh negara-negara lain akibat bencana-bencana ini, dan kita bersyukur kepada-Mu, Tuhan, kerana tidak membiarkan kejadian ini berlaku di negara kita.
  • Terima kasih atas kemajuan konglomerat, organisasi tempatan, dan usahawan-usahawan baru yang sedang berkembang, serta menjadikan Malaysia menarik bagi pelabur asing.
  • Tuhan, kita bersyukur kepada-Mu atas daya tarikan semula jadi yang membawa pelancong ke negara kita berkerap-kali.
  • Terima kasih, Tuhan, atas kemajuan yang telah kita capai setakat ini dalam menyediakan infrastruktur asas untuk rakyat kita.
  • Kita bersyukur kepada-Mu, Tuhan, kerana memberikan kita jumlah penduduk yang menjadi sasaran dan tempat perlindungan bagi banyak pelabur. Kita bersyukur atas pelbagai kelompok etnik yang membentuk jumlah penduduk ini.
  • Bapa, kita bersyukur kepada-Mu atas kemajuan denominasi Kristian yang berbeda-beda di Malaysia selama ini. Kita bersyukur, Tuhan, untuk gereja-gereja yang berkembang pesat di bandar-bandar dan kawasan luar bandar di Malaysia.
  • Dalam Nama Yesus, kita mengucap syukur dan pujian. Amin.

PERTOBATAN: PERIBADI DAN KELUARGA

Amsal  27:4

“Panas hati kejam dan murka melanda, tetapi siapa dapat  tahan terhadap cemburu?”

  • Saya bertaubat untuk semua pemberontakan, kedegilan, dan ketidaktaatan peribadi dan generasi yang telah menyumbangkan ilmu sihir dalam hidup saya dan dalam garis keturunan saya.
  • Saya bertaubat untuk semua iri hati dan cemburu terhadap fikiran, tubuh fizikal, dan personaliti orang lain.
  • Saya bertaubat untuk sebarang penyembahan diri dan keinginan untuk pengiktirafan peribadi.
  • Bapa, Firman-Mu menggambarkan cemburu sebagai lebih daripada kekejaman dan kemarahan yang meluap-luap. Bapa, jauhkan dari saya dan rumah tangga saya semua komponen cemburu, atau ketamakan, kebencian, ketakutan, dan rasa tidak selamat yang menyebabkannya.
  • Saya membatalkan semua iri hati, ketakutan, dan rasa tidak selamat, dan berdoa agar Engkau mendedahkan sebarang akar dahulu yang  membuat saya terus berjalan dalam kecemburuan tidak kudus terhadap orang lain. Saya ingin menjadi kudus seperti ENGKAU kudus, Bapa. Buangkan dari hati saya semua kekejaman dan sikap membunuh yang menyertai kecemburuan.   
  • Saya bertaubat untuk diri saya sendiri dan untuk mereka dalam garis keturunan saya yang tidak menjaga pintu gerbang pancaindera rohani dan fizikal.
  • Saya bertaubat kerana memilih kehendak saya sendiri mengatasi kehendak Tuhan.
  • Saya memilih untuk tidak berhutang apa-apa kepada sesiapa pun, kecuali untuk mengasihi satu sama lain.
  • Saya memilih untuk menanggalkan perbuatan kegelapan dan mengenakan perlengkapan Terang, yaitu Tuhan Yesus Kristus, dan tidak memenuhi keinginan daging untuk memuaskan hawa nafsunya.  
  • Saya memilih untuk hidup hanya menurut kasih karunia dan pengurapan yang Tuhan berikan kepada saya.  
  • Saya memilih untuk hidup dalam kesatuan dengan saudara-saudari seiman di dalam Tuhan.  
  • Saya memilih untuk mengikuti Kristus, hidup dalam kasih, dan mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri.  
  • Saya memilih untuk menyerahkan hak-hak peribadi saya agar dapat melayani Tuhan dengan sepenuh hati.  
  • Saya memilih untuk mengasihi satu sama lain dengan kasih persaudaraan dan menghormati orang lain lebih daripada diri sendiri. Saya tidak akan kekurangan semangat, tetapi akan menjaga keghairahan rohani saya dengan melayani Tuhan. Saya akan bersukacita dalam pengharapan, sabar dalam kesesakan, dan setia dalam doa. Saya akan membahagi-bahagikan dengan umat Tuhan yang dalam keperluan. Saya akan memberikan tumpangan. Saya akan memberkati mereka yang menganiaya saya. Saya akan bersukacita dengan mereka yang bersukacita dan menangis dengan mereka yang menangis. Saya akan hidup sehati sepikir bersama orang percaya. Saya tidak akan tinggi hati, tetapi akan bergaul dengan golongan yang sederhana. Saya tidak akan angkuh. Saya tidak akan membalas kejahatan dengan kejahatan. Saya akan melakukan apa yang baik di mata semua orang. Saya akan hidup damai dengan semua orang. Saya tidak akan membalas dendam.
  • Tuhan,  sekarang tolong hapuskan semua makhluk dan alat rohani yang fasik yang telah diberi kuasa oleh penyembahan berhala, pemberontakan, dan iri hati saya, serta penyembahan berhala, pemberontakan, dan iri hati nenek moyang saya.
  • Tuhan, tolong putuskan saya dari mana-mana rangkaian jahat dan saya memutuskan semua ikatan fasik antara tempat kediaman musuh dan diri saya.  
  • Tuhan, tolong putuskan tali-tali maut yang meliliti aku, banjir-banjir jahanam yang menimpa aku, tali-tali dunia orang mati yang membelit aku, dan perangkap-perangkap maut yang terpasang didepanku.  (Mazmur 18:4-5)
  • Tuhan, saya sekarang mengambil kembali semua urapan ilahi, tenaga, kuasa, kewangan, dan kesihatan yang telah diberi-milik dan disalahgunakan kerana dosa saya dan dosa nenek moyang saya.  
  • Saya juga bertaubat kerana kurang taat kepada-Mu dan Firman-Mu. Ajarlah saya mengenal suara-Mu, pimpin dan bimbinglah saya supaya tindakan saya dapat mencerminkan iman saya. Ingatkan saya untuk menjadi pelaku Firman-Mu dan bukan hanya pembaca. Saya perintahkan semua usaha,    kebanggaan, diri sendiri, kesempurnaan, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan ‘perbuatan mati’ untuk tinggalkan saya dengan segera dalam nama Yesus Kristus.
  • Ampuni saya kerana telah membenarkan  roh mengantuk menghalang pewahyuan dan pemahaman sejati tentang Firman-Mu dan amalan-amalan-Mu. Tolong bukakan  mata hati saya, ya Tuhan, dan berikan  saya pengertian dan penanggapan untuk ‘melihat’ dan ‘mendengar’ Engkau. Saya berdoa agar Engkau juga menunjukkan kepada saya kesederhanaan Firman-Mu mengikut maksud asalnya.
  •  Dalam nama Yesus Kristus, saya memusnahkan semua titik akses yang membolehkan roh mengantuk ini datang. Saya perintahkan semua roh-roh jahat ketidakpercayaan, pemberontakan, kedegilan, ketidaktaatan, penipuan, kesombongan, usaha yang sia-sia, keletihan, penangguhan, kekeliruan, kebuntuan minda, pekak, dan  bisu untuk segera pergi dalam nama Yesus Kristus.
  • Saya berpegang kepada Ibrani 4:12  Sebab firman Allah  hidup  dan kuat  dan lebih tajam dari pada pedang  bermata dua manapun; ia menusuk amat dalam sampai memisahkan jiwa dan roh, sendi-sendi dan sumsum; ia sanggup membedakan pertimbangan dan pikiran hati  kita. Ajar saya untuk membenarkan Firman-Mu menghakimi pikiran saya dan niat hati saya.
  • Saya berkata kepada mata dan telinga saya dan mengisytiharkan Matius 13:16, ‘Berbahagialah mataku kerana ia melihat, dan berbahagialah telingaku kerana ia mendengar.’ Saya mengisytiharkan Efesus 1:17-18 – Semoga Tuhan Yesus Kristus, Bapa yang mulia, memberikan kepadaku roh hikmat dan wahyu dalam pengenalan akan Dia, dan mata hatiku diterangi. Saya melepaskan dan bersekutu dengan kehidupan, kekuatan, tenaga, dan semangat bersama Tuhan dalam nama Yesus.  
  • Bapa Syugawi, saya bertaubat kerana menyembunyikan cahaya saya. Saya bertaubat kerana walaupun saya mengenal Engkau, saya telah menafikan Engkau di hadapan manusia. Saya memohon agar cahaya-Mu bersinar lebih terang dalam diri saya daripada sebelumnya dan  orang-orang akan melihat cahaya itu, maka saya boleh menjadi saksi yang besar bagi-Mu. Saya perintahkan semua rasa malu, ketakutan, (ketakutan ditolak, ketakutan penentangan, ketakutan difitnah)  dan penghinaan serta semua roh jahat  lain yang menyembunyikan cahaya saya untuk pergi sekarang juga dalam Nama Yesus Kristus.
  • Bapa Tuhan, dalam Nama Yesus, saya bertaubat kerana saya tidak tersinggung atau berduka dengan perkara-perkara yang menyinggung hati-Mu. Ada perkara-perkara yang saya terima begitu sahaja dan membuatnya boleh diterima padahal ia tidak. Apa yang boleh diterima di mata-Mu jelas bukanlah sama dengan pemahaman saya atau dunia  
  • Saya memohon agar Engkau tunjukkan dengan jelas apa yang menyinggung atau mendukakan Engkau.  
  • Saya bertaubat Bapa Tuhan untuk setiap kali saya meletakkan syarat pada-Mu, saya bertaubat kerana menggunakan syarat sebagai janji untuk melayani-Mu. Saya akan melayani Engkau semata-mata kerana saya mengasihi-Mu dan ingin melakukan kehendakTuhan.
  • Saya bertaubat kerana ketidakpercayaan saya. Jika Engkau telah berbicara kepada saya dan saya tidak dapat mengenal pasti Engkau, atau jika saya telah mengingkari-Mu, saya minta maaf. Saya berdoa kepada-Mu Bapa, Anak dan Roh Kudus, memohon Engkau mendekati saya supaya saya dapat mendengar Engkau dan mendengar perintah-perintah-Mu agar saya boleh taat kepada-Mu. Dalam Nama Yesus Kristus, saya perintahkan keraguan, kekeliruan dan ketidakpercayaan untuk pergi serta merta.
  •  TUHAN, TOLONG TARUHLAH AKU SEPERTI METERAI PADA HATI-MU, SEPERTI METERAI PADA LENGAN-MU, KERANA CINTA-MU LEBIH KUAT DARIPADA MAUT  
  • SAYA ISYTIHARKAN BAHAWA TUHAN YESUS KRISTUS ADALAH TUHAN ATAS SEGALANYA. AMIN.