DOA BAGI NEGARA – JUN 2024
MENAKLUKI PINTU GERBANG MARKETPLACE
Alkitab menunjukkan bahawa Allah menggunakan umat Kristian untuk mempengaruhi bangsa-bangsa, sebagaimana Daniel mempengaruhi Raja empayar Babel dan Yusuf mempengaruhi Firaun Raja Mesir.
Orang Kristian dipanggil melayani Tuhan di dalam lingkungan pengaruh mereka di marketplace. Di marketplace, pengikut Yesus berkebolehan ‘menyatakan berkat dan kesedaran hala tujuan ke dalam hidup orang lain di tempat kerja, di rumah, di dalam komuniti dan juga dalam kerajaan. Lebih-lebih lagi, orang Kristian yang merupakan rakan sekutu perjanjian dengan Tuhan, akan diperkasakan oleh Roh Kudus untuk mengalir dalam hikmat dan kebijaksaanan yang luarbiasa untuk memberi penyelesaian berasaskan kehendak Tuhan kepada masalah-masalah yang sedang menjejaskan dunia kita.
Orang yang terlibat dalam pelayanan marketplace boleh mengenapi doa yang disampaikan oleh Yesus kepada pengikutnya untuk didoakan dan diikuti – “Datanglah kerajaan-Mu, Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.” (Matius 6:9-13). Kehendak Allah adalah supaya anak-anakNya mempraktikkan perniagaan mereka sebagaimana ia diperlaksanakan di syurga. Allah mahu anak-anakNya menunjukkan kerjaNya dan pembenaran di bumi bagi Dia. Pelayanan Marketplace memotivasikan orang Kristian untuk mengutamakan Allah dalam semua hal, dan bukan hanya di gereja.
Sebagaiamana Yesus datang untuk membinasakan kerja iblis, Allah telah mengutus anak-anakNya melakukan perkara yang sama – untuk menewaskan kuasa kegelapan dengan menjadi terang dan garam dunia. (Matius 5:13-16). Sebagai umat Kristian, kita semua dipanggil menyebarkan injil dan ketuanan Yesus kepada semua manusia. Allah memberi kita kerjaya di marketplace di mana kita boleh hidup mengikut panggilan kita. Melalui kerjaya kita, marketplace dimana kita masing-masing terlibat menjadi tapak misi kita untuk menjangkau mereka yang belum lagi percaya Tuhan dalam lingkungan pengaruh kita. Tuhan juga melantik kita sebagai imam di dalam komuniti dengan tanggungjawab utama bersyafaat bagi orang lain untuk memenangi jiwa dan menuntut kembali marketplace bagi Kerajaan Allah. Inilah maksud menakluki pintu gerbang marketplace. Sebagai para duta Yesus, adakah anda sedang mengimpak Marketplace bagi Tuhan?
Apa dan Bagaimana berdoa di tempat kerja anda
- Minta pimpinan Roh Kudus tentang bagaimana berdoa bagi tugasan spesifik yang Tuhan telah percayakan kepadamu di tempat kerja.
- Perbuatlah kerjamu seperti untuk Tuhan
“Usahakan dengan segala daya upaya apa-apa sahaja yang dikerjakan tanganmu…” (Pengkhutbah 9:10). “Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia.”(Kolose 3:23). “Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupun minum, lakukanlah untuk memuliakan Allah.” (1 Korintus 10:31).
3. Minta Tuhan membantu anda mempunyai hati rendah sebagai hamba di tempat kerja, serta sudi melakukan apa-apa yang perlu dilakukan mengikut garis panduan syarikat anda.
4. Berdoa agar Roh Kudus memenuhi hati kamu dengan daya ciptaNya di tempat kerja, agar anda diberi idea-idea baru untuk melaksanakan tugas anda dengan cemerlang, untuk kemuliaan Tuhan dan keuntungan syarikat anda.
5. “… Aku akan menjadikan kamu penjala insan…” Yesus
Minta Tuhan memberi anda peluang berkongsi Injil dengan rakan sekerja tanpa perasaan takut atau malu, dengan pimpinan Roh Kudus.
“Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku dan Aku akan menjadikan kamu penjala insan.” (Matius 4:19). “Aku tidak teragak-agak menyebarkan Injil, kerana Injil adalah kuasa daripada Allah untuk menyelamatkan setiap orang yang beriman, mula-mula kepada orang Yahudi kemudian kepada orang Yunani. Kerana di dalamnya perbenaran Allahi dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: “Orang benar akan hidup dengan iman.” (Roma 1:16-17). “Oleh yang demikian, janganlah berasa malu untuk memberikan kesaksian tentang Tuhan kita atau malu bahawa aku terpenjara kerana-Nya, tetapi ikut serta menanggung penderitaan kerana Injil menurut kuasa Allah.” (2 Timotius 1:8).
6. Jangan berhenti berdoa untuk keselamatan rakan sekerja dan pelanggan-pelanggan serta pengurusan syarikat kamu, dengan menyebutkan nama mereka.
“Tuhan bukannya lengah menepati janji, seperti sangkaan sesetengah orang, tetapi amat bersabar dengan kita, kerana Dia tidak mahu seorang pun binasa dan Dia ingin semuanya bertaubat.”(2 Petrus 3:9). “Aku datang bukannya untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertaubat..” (Lukas 5:32).
Minta Tuhan menunjukkan kepada anda keperluan setiap peribadi, termasuk keperluan praktikal seharian, cabaran, luka-luka dan kesakitan emosi mereka. Minta Tuhan membantu anda berdoa untuk mereka dengan cara berdisipin. Percaya akan pimpinan Roh Kudus bahawa Dia akan menunjukkkan kepada anda bila untuk berdoa bersama mereka untuk keperluan mereka.
7. Berdoa berkat Tuhan atas majikan anda setiap hari- untuk keluarga, kesihatan, perlindungan fizikal dan rohaninya serta kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang betul. Berdoa memberkati rakan sekerja dan pelanggan anda juga.
“Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia – untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat.” (1 Timotius 2:1-2)
8. Menunjukkan Buah Roh
Minta Roh Kudus membantu anda menjadi saksi kasihNya, khususnya apabila anda diperlakukan secara tidak adil, apabila ada masaalah/kesilapan atau semasa menghadapi kekecewaan.
“Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini.”. (Galatia 5:22-23). Minta Tuhan membantu anda mengampuni mereka yang berkelakuan tidak betul terhadap anda dan minta Tuhan membantu anda meminta maaf apabila anda bersalah. “Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.”(Matius 6:14-15).
9. Berdoa untuk perlindungan diri kamu sendiri daripada segala godaan seksual, ketidakjujuran, tingkah laku yang tidak beretika, kekurangan kasih, roh kritikal, mengata-gata, memfitnah dan membohong. “Allah menghendakimu hidup suci dan menjauhkan diri daripada perbuatan cabul.Hendaklah kamu masing-masing tahu bagaimana mengawal tubuh badan sendiri dan hidup dalam kesucian dan kehormatan” (1 Tesalonika 4:3-4). “Oleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota. leh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi. Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih. Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran. Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba – yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah” (Efesus 4:25-5:5).
10. Minta Roh Kudus membantu anda fokus pada Tuhan dan tidak mengutamakan kerja anda sehingga anda mengabaikan masa bersama Tuhan dan masa bersama keluarga. Panggilan kita untuk memenuhi kehendak Allah patut diberi keutamaan atas membina kerjaya kita.
“Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya.Melainkan TUHAN menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam.Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan –kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya.” (Mazmur 127:1-2).
11. Berhati-hati supaya tidak cinta akan wang
Minta Tuhan membebaskan kamu daripada ketamakan dan berpuas dengan apa yang Tuhan memberi anda.
“Oleh itu, jika kita ada pakaian dan makanan, kita harus berasa puas. 9Orang yang mahu kaya tergoda dan terperangkap oleh pelbagai keinginan yang sia-sia dan berbahaya, yang menjerumuskannya ke dalam kerosakan dan kemusnahan. 10Cinta akan wang punca segala kejahatan. Sesetengah orang memburu wang dengan begitu tamaknya sampaikan tersesat daripada iman dan akhirnya menanggung berbagai-bagai kesengsaraan jiwa.” (1 Timotius 6:8-10).
12. Ingat memberi persepuluhan daripada pendapatan anda untuk perkembangan kerja Allah dan KerajaanNya. Jangan kedekut tetapi berilah dengan hati yang sukacita. Ketahui bahawa Tuhan pasti memberkati dan menjaga anda.
“Bawalah seluruh persembahan sepersepuluh kamu ke dalam perbendaharaan, supaya ada makanan di Bait-Ku. Kemudian ujilah Aku dalam hal ini,” firman Tuhan alam semesta, “adakah Aku tidak membuka bagimu tingkap-tingkap di langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai tiada tempat yang memadai menampungnya.” (Maleakhi 3:10).
13. Melayani orang lain di Marketplace
Minta Tuhan membantu anda melayani rakan sekerja anda dalam segala hal, dan sanggup mengutamakan kepentingan mereka melebihi kepentingan diri anda sendiri.
“Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya.” (Filipi 2:3).
14. Berdoa untuk tanda dan mujizat yang menunjukkan pekerjaan Roh Kudus yang perkasa di tempat kerja anda selaku kamu meminta pimpinan Roh Kudus dalam berdoa untuk mereka yang sakit, mereka yang mengalami masalah dan mereka yang menghadapi cabaran.
“Dan sekarang, ya Tuhan, lihatlah bagaimana mereka mengancam kami dan berikanlah kepada hamba-hamba-Mu keberanian untuk memberitakan firman-Mu. Ulurkanlah tangan-Mu untuk menyembuhkan orang, dan adakanlah tanda-tanda dan mujizat-mujizat oleh nama Yesus, Hamba-Mu yang kudus. Dan ketika mereka sedang berdoa, goyanglah tempat mereka berkumpul itu dan mereka semua penuh dengan Roh Kudus ,lalu mereka memberitakan firman Allah dengan berani. (Kisah Para Rasul 4:29-31). Allah meneguhkan kesaksian mereka oleh tanda-tanda dan mujizat-mujizat dan oleh berbagai-bagai penyataan kekuasaan dan karena Roh Kudus, yang dibagi-bagikan-Nya menurut kehendak-Nya.(Ibrani 2:4). Baik perkataanku maupun pemberitaanku tidak kusampaikan dengan kata-kata hikmat yang meyakinkan, tetapi dengan keyakinan akan kekuatan Roh supaya iman kamu jangan bergantung pada hikmat manusia, tetapi pada kekuatan Allah (1 Korintus 2:4-5).
Adaptasi daripada Jericho Walls international Prayer Network