DOA UNTUK NEGARA – Julai 2026
MENABALKAN YESUS ATAS MALAYSIA
Yesus, bertakhta atas Malaysia. Kita bangkit dalam penyembahan untuk mengagungkan Nama-Mu.
“Padahal Engkaulah Yang Kudus yang bersemayam di atas puji-pujian orang Israel.” (Maz 22:3)
*MENERIMA DAN MENDOAKAN FIRMAN RHEMA
Tuhan, kita mendiamkan setiap suara selain suara-Mu.
Kita mendekat untuk mendengar firman Rhema-Mu bagi Malaysia.
Berfirmanlah kepada kita. Sejajarkan kita. Memperbetulkan kita. Pimpinlah kita.
Kita isytiharkan Malaysia mendengar suara Tuhan.
Kita isytiharkan segala kekeliruan dibungkamkan.
Kita isytiharkan kejelasan, arah tuju, dan wahyu atas Gereja.
(“Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku .” Yoh 10:27)
*MEMULIHKAN MEZBAH PENYEMBAHAN & API
Tuhan, hembuskan nafas-Mu ke atas mezbah-mezbah di Malaysia.
Di mana mezbah telah menjadi dingin — nyalakan semula api-Mu.
Di mana keluarga telah berhenti berdoa — bangkitkan mereka.
Biar penyembahan naik seperti kemenyan harum di seluruh tanah ini.
Kita isytiharkan mezbah-mezbah penyembahan sedang dibangunkan di rumah-rumah, gereja-gereja, dan kota-kota.
Kita isytiharkan api di atas mezbah tidak akan padam.
Kita isytiharkan Malaysia menjadi negara penyembahan dan doa syafaat.
“.. api tetap menyala di atas mezbah, janganlah dibiarkan padam.” (Im 6:13)
MEMBANGKITKAN IMAM-IMAM YANG MELAYANI & RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH
(baiklah para imam, pelayan-pelayan TUHAN , menangis di antara balai depan dan mezbah…Yoel 2:17)
Tuhan, bangkitkan imam-imam yang melayani-Mu dalam penyembahan dan raja-raja yang memerintah dengan otoriti-Mu.
Biar orang-orang percaya di Malaysia belajar untuk berdiri di hadapan-Mu dan juga berdiri bagi negara ini.
Kita isytiharkan orang-orang percaya di Malaysia bangkit sebagai imam-imam yang menyembah dan raja-raja yang melaksanakan otoriti Kerajaan-Mu atas tanah ini.
Kita isytiharkan para penjaga pintu gerbang rohani mengambil tempat mereka.
Kita isytiharkan kesatuan merobohkan setiap tembok perpecahan.
“dan yang telah membuat kita menjadi suatu kerajaan, menjadi imam-imam .” (Wahy 1:6)
MELAHIRKAN DESTINI MALAYSIA MELALUI JERIH-PAYAH
(“Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan.” Rom 8:26)
Roh Kudus, lepaskanlah kesakitan kelahiran rohani dalam diri kita.
Biar rintihan syurga mengalir melalui kita
Biar destini Malaysia dilahirkan melalui penyembahan dan doa syafaat.
Kita isytiharkan rahim rohani Malaysia terbuka.
Kita isytiharkan tujuan-tujuan Tuhan sedang dilahirkan.
Kita isytiharkan tiada tentangan iblis yang dapat menghalang apa yang Allah telah tetapkan.
“Sebelum menggeliat sakit, ia sudah bersalin .. .” (Yes 66:7)
MENGHADAPI RAKSASA DI TANAH KITA
Tuhan, ketika kita menyembah, hadapilah raksasa-raksasa perkauman, rasuah, ekstremisme, dan kemiskinan.
Kita tidak berjuang dalam kekuatan sendiri — kita menyembah sehingga Engkau bangkit.
“Apabila penyembahan naik, rasuah terdedah…
Apabila penyembahan naik, perkauman kehilangan kuasanya…
Apabila penyembahan naik, ekstremisme runtuh…
Apabila penyembahan naik, kemiskinan dipatahkan…”
Kita isytiharkan setiap raksasa rebah dalam hadirat Raja.
Kita isytiharkan rasuah dicabut sampai ke akar umbi.
Kita isytiharkan perkauman dihancurkan.
Kita isytiharkan ekstremisme dipatahkan.
Kita isytiharkan kemiskinan dihancurkan berkecai
“Allah bangkit , maka terseraklah musuh-musuh-Nya.” (Maz 68:1)
KEADILAN, KEBENARAN & INTEGRITI
Tuhan, tegakkanlah takhta-Mu di Malaysia.
Biar keadilan mengalir seperti sungai.
Biar kebenaran memenuhi institusi-institusi kita.
Biar integriti bangkit dalam kerajaan, perniagaan, pendidikan, dan Gereja.
Kita isytiharkan kebenaran dan keadilan memenuhi Malaysia.
Kita isytiharkan pemimpin-pemimpin yang berintegriti bangkit.
Kita isytiharkan agenda tersembunyi didedahkan oleh terang Tuhan.
“Keadilan dan hukum adalah tumpuan takhta-Mu.” (Maz 89:14)
KEBANGUNAN ROHANI & TUAIAN BESAR
Tuan empunya tuaian, hembuskan nafas-Mu ke atas Malaysia.
Biar kebangunan rohani bermula di tempat yang tersembunyi.
Biar ia merebak ke jalan-jalan, kampus, kampung, dan kota.
Biar setiap suku, bahasa, dan kumpulan etnik bertemu dengan Yesus.
Kita isytiharkan kebangunan rohani sudah tiba.
Kita sytiharkan Malaysia menjadi negara yang mengutus para mubaligh.
Kita isytiharkan tuaian pelbagai etnik di semua negeri.
“ladang-ladang yang sudah menguning dan matang untuk dituai..” (Yoh 4:35)
KESEJAJARAN GENERASI & SERANTAU
Tuhan, satukanlah generasi-generasi.
Biar para tua membawa hikmat.
Biar para muda membawa api.
Biar Malaysia Timur dan Malaysia Barat berjalan dalam satu suara, satu hati, satu Roh.
“Kita mendengar satu bunyi baru bangkit dari Sabah…
Kita mendengar satu bunyi baru bangkit dari Sarawak…
Kita mendengar satu bunyi baru bangkit dari Semenanjung Malaysia…
Satu bunyi… satu penyembahan… satu Malaysia di bawah Allah.”
Kita isytiharkan jambatan antara generasi dibentuk.
Kita isytiharkan anak-anak muda menjadi pembawa api.
Kita isytiharkan Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia berjalan dalam kesatuan.
Kita isytiharkan Malaysia menjadi aliran kesembuhan kepada Asia.
“Angkatan demi angkatan akan memegahkan pekerjaan-pekerjaan-Mu . .” (Maz 145:4)
Malaysia, bangkitlah!
Malaysia, terjagalah!
Malaysia, bersinarlah dengan kemuliaan Tuhan!
Malaysia, genapilah destini profetik mu!
Malaysia milik Yesus!
“Bangkitlah, menjadi teranglah, sebab terangmu datang .” (Yes 60:1)