DOA BAGI NEGARA – JANUARI 2025
Tema: Melalui Pintu Gerbang
2025 akan menjadi tahun pemecutan yang sangat hebat dalam dua-dua alam fizikal dan rohani. Menuju akhirnya 2024, kita melihat perubahan yang belum pernah terjadi, kesan-kesan yang belum pun kita ketahui. Saya rasa dalam roh bahawa banyak hal telah mula digerakkan yang akan mempengaruhi kita semua.
Adakah kita, gereja Tuhan di Malaysia, siap sedia untuknya?
Inilah sebabnya Tuhan memberi kita firman di Yesaya 62:10 ‘berjalanlah melalui pintu-pintu gerbang.’
Walaupun ramai antara kita merasai sudah bertumbuh dalam hidup doa dan kita sudah melihat beberapa tanda-tanda hadirat Tuhan yang menggalakkan , kita tidak boleh tinggal kekal di tempat kita berada sekarang. Kita mesti naik ke tahap seterusnya, siap dan bersedia baik untuk apa sahaja yang akan berlaku kepada kita dalam 2025. Perlu ada suatu alihan besar dalam hati dan akal budi supaya kita boleh melalui 2025 untuk disejajarkan dengan kehendak dan rencana Tuhan bagi negara kita.
Apakah Tuhan sedang memberitau kita untuk berbuat?
Yesaya 62:10 (TB)
Berjalanlah, berjalanlah melalui pintu-pintu gerbang, persiapkanlah jalan bagi umat, bukalah, bukalah jalan raya, singkirkanlah batu-batu, tegakkanlah panji-panji untuk bangsa-bangsa!
Yesaya 62:10-12 (Versi Al-Kitab Message)
10-12 Berjalan keluar dari pintu gerbang. Mula sekarang!
Siapkan jalan untuk orang ramai.
Binalah jalanraya. Gerakkannya!
Buangkan sampah-sarap, naikkan panji-panji, sebagai tanda kepada semua orang!
Ya! Tuhan telah siarkan ke seluruh dunia:
“Beritahu puteri Zion, ‘Lihat! Juruselamatmu datang,
siap melakukan apa yang Dia telah berkata Dia akan buat, siap untuk menyelesaikan apa yang Dia telah janjikan.’
3 hal yang saya melihat Tuhan sedang berbicara
- Melalui pintu gerbang yang Dia telah membuka untuk kita. Ini bererti sekarang kita mesti bangkit dan bertindak – bukan sahaja berdoa. Kita tidak boleh membenarkan pemikiran diri menghadkan Tuhan dari bekerja di tanahair kita. Ini ialah musim untuk kita semua “melapangkan tempat kemah kita, membentangkan tenda tempat kediaman kita, memanjangkan tali-tali kemah kita dan memancangkan kokoh-kokoh patok-patok kita, dan jangan menghadkan Tuhan dari bertindak atas pihak kita. (Yesaya 54:2). Ini bererti lebih banyak lagi mezbah doa yang perlu dibina sehingga ada satu kanopi doa diatas negara kita. Kita mesti bergerak diluar keadaan semasa sebagaimana yang sedia ada tanpa dibuat sebarang perubahan, dengan Ketidakpuasan Hati yang Kudus!
- Membina Jalanraya untuk kedatangan Tuhan. Dia datang sebagai Juruselamat kepada semua di Malaysia
- Buangkan sampah-sarap, batu-batu yang menghalang kita dari membina Jalanraya dan Yesus daripada datang. Kita mesti tanya diri sendiri – apakah beberapa batu-batu ini?
Apakah diatas agenda MUFW untuk memulakan tahun?
- 7 hari Pengudusan Diri dari 1-7hb JAN, 2025.
- Kamu boleh memutuskan bagaimana berpuasa dan berdoa tetapi kita rasa kita mesti menyerahkan beberapa hari pertama dalam seminggu ini kepada Tuhan. Jikalau kamu tidak boleh melakukan 7 hari, asingkanlah sekurang-kurangnya 3 hari untuk berpuasa dan berdoa. Semasa kamu berdoa, mari minta Tuhan menolong kita melalui lima pintu gerbang yang disenaraikan dibawah. Mari kita berdoa kita akan bangkit ke tahap yang sungguh-sungguh berbeda dalam Keberanian Kudus, Ketabahan dan Iman dalam Tuhan.
- 52 jam Doa Bersama atas Zoom dari 8 mlm 5hb Jan – 12 pagi 7hb Jan
- 52 jam mewakili 52 minggu dalam setahun. Kita mempersembahkannya sebagai buah hasil pertama kepada Tuhan untuk tahun ini.
- MUFW Core Team akan memulakan 52 jam ini pada hari Ahad 5hb Jan dalam ruang waktu mezbah dari 8-10 mlm. Ini akan diikuti dengan Pr Philip Lyn (Skyline Sib Sabah) pada Isnin, 6hb Jan dan Pr Benedict Rajan (Calvary Community Church JB) pada Selasa 7hb Jan.
Doa Kita untuk 2025:
- Melalui pintu gerbang keadaan semasa kepada KETIDAKPUASAN HATI KUDUS
- Melalui pintu gerbang ketakutan untuk memiliki KEBERANIAN KUDUS
- Melalui kesibukan gaya hidup kita untuk masuk ke dalam TUJUAN ILAHI Tuhan.
- Melalui pintu gerbang Keputus-asaan, Kekecewaan untuk memiliki roh KETABAHAN ILAHI, tidak pernah mengalah (Luk 18: 1-8)
- Melalui pintu gerbang Ketidakpercayaan dan bangkit dalam IMAN DALAM TUHAN
- Tuhan, saya minta Ketidakpuasan Hati Kudus untuk bangkit dalam roh saya dan dalam gereja Tuhan
- Kita mahu menjadi orang yang mempunyai jiwa lain seperti Kaleb dan Yosua, dimana kita melihat diri sendiri berubah. Kita tidak lagi puas dengan cerita-cerita Yosua dan Kaleb, kita mahu mengalami apa erti itu.
- Tuhan, saya mahu hidup dengan Tujuan Ilahi. Saya tidak akan biarkan kesibukan menghalang saya masuk ke dalam tujuan-Mu untuk hidup saya, keluarga saya, kerja saya, gereja saya dan negara saya.
- Saya isytiharkan saya mahu membina mezbah doa saya dengan tekad dan sengaja. Saya mahu membaca bab-bab Firman Tuhan dan mendengar suara-Mu dengan jelas; saya minta roh kasih karunia menolong saya bergerak ke tahap seterusnya di mezbah peribadi
- Kita mahu bergerak kepada kematangan, menjadi anak-anak yang matang yang akan mewarisi bahagian yang Engkau telah berikan kita. Tolong kita supaya tidak membenarkan diri tersinggung atau perbedaaan dalam karunia dan personaliti menghentikan kita daripada bergerak ke tahap seterusnya.
- Kita berdoa ada kematangan dalam tubuh Kristus di Malaysia yang membolehkan kita bertumbuh dewasa dalam-Nya dan mengalir dengan lancar, setiap orang dalam karunia berbeda-beda, sebagaimana setiap bahagian melakukakan kerjanya. (Ef 4: 13-16)
- Kita minta Ya Tuhan untuk Keberanian Kudus bagi diri sendiri dan tubuh Kristus di Malaysia, seperti gereja dalam Kisah Para Rasul.
– Berikan kita kebolehan untuk memberitakan firman-Mu dan hidup dalam iman kita dengan keberanian hebat. (Kis 4:29-30)
– Untuk terlalu lama kita telah membenarkan roh ugutan melumpuhkan kita tetapi sekarang berikan kita roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban untuk meresponi dengan penuh hikmat dan keberanian Kudus kepada apa sahaja cabaran yang kita akan hadapi tahun ini. (2 Tim 1:7)
- Kita minta Ya Tuhan untuk iman dalam Engkau supaya mematahkan roh Ketidakpercayaan dalam kita.
- Kita mengenal musuh telah mengenakan batasan atas fikiran kita, selalu mengatakan kepada kita bahawa “tidak boleh dilakukan.” Tuhan, kita hentikan ini dan minta untuk fikiran yang diperbaharui dengan iman dalam Engkau, mempercayai bahawa Engkau Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Engkau. (Ibr 11:6)
- Berikan kita Ketabahan Kudus untuk mengekalkan mezbah kita dengan tekun tanpa menjadi lesu dalam doa. Tentunya Engkau Allah akan membenarkan orang-orang pilihan-Mu yang siang malam berseru kepada-Mu (Luk 18:7)
- Tuhan kita juga minta 2025 menjadi tahun dimana tubuh Kristus bekerjasama dengan hebat supaya suatu jalanraya bagi Tuhan boleh dibina di negara kita. Kita melihat kasih-Mu untuk negara ini. Kita berdoa 2025 adalah tahun dimana kita semua sebagai umat Tuhan dari semua bahasa dan semua denominasi akan bergerak bersama-sama atas “ jalan yang sama dalam arah yang sama dengan semua umat-Mu tetap bersama secara batin dan zahir kerana hanya ada satu Tuan, satu Allah dan Bapa semua yang memerintah atas semua, bekerja melalui semua dan hadir dalam kita semua (Ef 4:4-6 Al-kitab MSG)
Biar 2025 menjadi tahun dimana khemah kita diperluaskan, kain-kain khemah kita dibentangkan, tali-tali kita dipanjangkan, dan pancang-pancang kita dikukuhkan selaku kita bergerak keluar zon keselesaan kita! Biar Kerajaam-Mu datang dan Kehendak-Mu terjadi di Malaysia dalam nama perkasa Yesus, Amin.