DOA UNTUK NEGARA – FEBRUARI 2025

IMAMAT KUDUS

Konsep Perjanjian Baru tentang imamat kudus  menekankan bahawa melalui Kristus, semua yang percaya adalah imamat yang diasingkan untuk pelayanan Tuhan, dengan hak istimewa dan tanggung-jawab dalam kerajaan-Nya. 1 Petrus 2:5–9 membawa kita memahami sekurang2nya dua perkara tentang imamat orang percaya. Yang pertama ialah bahawa orang percaya diberi keistimewaan untuk dipilih Tuhan. Yang kedua untuk mengetahui tentang imamat orang percaya adalah bahawa kita dipilih untuk satu tujuan: mempersembahkan korban syukur kepada Allah (Ibrani 13:15-16) dan memberitakan perbuatan-perbuatan besar yang dari Dia yang telah memanggil (kita) keluar dari kegelapan kepada terang-Nya  yang ajaib: (1 Petrus 2:9). Maka, dengan hidup (1 Petrus 2:5) dan juga dengan perkataan  (1 Petrus 2:9), tujuan kita adalah untuk melayani Tuhan. Ini bererti semua orang Kristen mempunyai akses kepada Tuhan dan tanggung-jawab keimamatan.   

Pengudusan, dalam intipatinya, ialah tindakan mengasingkan sesuatu atau seseorang untuk tujuan suci. Ini ialah dedikasi sengaja kepada Tuhan, melambangkan kesucian dan pelayanan ilahi. Roma 12:1-2 ialah bahagian penting yang merangkumi intipati pengudusan Kristen. Disini rasul Paulus menggesa orang percaya untuk menguduskan diri, bukan melalui penggorbanan tatacara keagamaan, tetapi melalui persembahan tubuh sendiri sebagai persembahan hidup atau pengudusan terus-menerus. Ini menandakan dedikasi yang berterusan setiap hari kepada Tuhan, dimana semua aspek hidup seseorang itu ditumpukan kepada pelayanan-Nya. Ini membayangkan komitment menyeluruh, mempengaruhi fikiran, tindakan dan sikap.  Ia melibatkan transformasi akal budi dan pelepasan daripada corak-corak dunia, mensejajarkan hidup kita dengan kehendak Tuhan.  

Pengudusan dalam Perjanjian Baru berkait-rapat juga dengan penyucian, proses menjadi suci. Sementara penyucian adalah terutamanya kerja Roh Kudus, orang percaya dipanggil untuk mengambil bahagian dalam proses ini melalui pengudusan.   Pengudusan adalah tindakan kerja-sama antara orang percaya dan Roh Kudus, dimana orang percaya rela mengasingkan diri untuk tujuan Tuhan, membenarkan Roh Kudus bekerja dalam dan melalui mereka. (1 Tesa 5:23).

DOA UNTUK IMAMAT KUDUS

  1. Pengudusan Peribadi :

Tuhan, kuduskan hati saya dan jadikan saya kudus, sepertimana Engkau kudus. Tolong saya mengekalkan gaya hidup suci dan diasingkan untuk Engkau. Berikanku kasih kurnia untuk menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu senang merintangi. Kuatkan saya untuk hidup mengatasi kompromi duniawi. Penuhi saya semula dengan Roh Kudus-Mu setiap hari.   

  1. Kewibawaan Imamat :

Tuhan, tolong saya memahami dan berjalan dalam kewibawaan imamat saya dalam Kristus. Berikanku keberanian untuk melaksanakan kewibawaan rohani dengan sewajarnya. Mampukan saya berdiri diantara jurang untuk orang lain dengan berkesan. Ajar saya memberi penggorbanan rohani yang berkenan kepada-Mu. Tambahkan pemahaman saya tentang peperangan rohani. Jadikan saya saluran berkat-Mu kepada orang lain. Guna-pakai saya untuk membawa penyembuhan kepada yang remuk.  Tolong saya memimpin orang lain kepada keselamatan dalam Kristus. Biar  saya boleh memuridkan dengan berkesan. Jadikan saya alat pendamaian.

  1. Pelayanan Imamat :

Bapa, buat saya berkesan dalam bersyafaat untuk orang lain. Tolong saya melayani kasih kurnia-Mu kepada orang dalam keperluan. Berikan saya hikmat untuk menasihati orang menurut firman-Mu. Mampukan saya untuk mewakili Engkau dengan tepat dihadapan orang.  Kuatkan saya untuk taat melayani dalam panggilanku.  Bapa, biar saya setia dalam kewajipan imamat saya. Tolong saya melayani orang lain dengan niat tulen. Berikanku kasih kurnia untuk menderita sebagai seorang prajurit yang baik. Mampukan saya membangunkan tubuh Kristus dengan berkesan. Jadikan saya bejana yang mulia dalam rumah-Mu.  

  1. Pertumbuhan Rohani :

Tuhan, perdalamkan pemahaman saya tentang firman-Mu. Tambahkan kepekaaan saya kepada Roh-Mu. Tolong saya bertumbuh dalam pengertian rohani. Perkembangkan buah Roh dalam hidup saya. Berikan saya pencerahan yang lebih tentang keimamatan Kristus. Tuhan, kuatkan hidup doa saya. Tolong saya mengekalkan tabiat tetap mempelajari Al-Kitab.  Berikan saya disiplin dalam berpuasa. Mampukan saya menyembah Engkau dalam roh dan kebenaran. Biar saya setia dalam renungan firman-Mu.   

  1. Perlindungan dan Pemeliharaan :

Tuhan, lindungi saya daripada pencemaran rohani. Halangiku daripada jatuh atau murtad.  Lindungi akal budi saya daripada doktrin-doktrin salah. Pelihara kesaksian dan keutuhanku. Jagalah hatiku daripada penipuan.   

  1. Watak Imamat :

Perkembangkan dalam saya watak Kristus. Tolong saya berjalan dalam kerendahan hati dan kelemah-lembutan. Berikan saya kesabaran  dan  kesetiaan untuk bertahan dengan setia sampai habis dengan baik Mampukan saya menunjukkan kasih kepada semua. Bangunkan hikmat ilahi dan takut akan Allah dalam hidupku  

  1. Keluarga Imamat :

Bapa, tolong saya memimpin keluargaku dalam kesalehan. Biar saya melayani dengan berkesan dirumah. Berikanku hikmat untuk mengajar cara-cara-Mu kepada anak-anak saya. Tolong saya mengekalkan suasana saleh dalam rumahku. Jadikan saya setia dalam mezbah/renungan keluarga.    

  1. Imamat Korporat:

Tuhan, tolong saya berfungsi dengan berkesan dalam tubuh Kristus. Mampukan saya berjalan dalam kesatuan dengan orang percaya yang lain. Berikanku kasih kurnia untuk bertunduk kepada kewibawaan rohani. Tolong saya menggunakan karunia rohani saya untuk manafaat gereja. Jadikan saya pemain pasukan dalam kerajaan-Mu.