DOA UNTUK NEGARA – Disember 2025


LADANG MATANG UNTUK DITUAI 


Roma  10:9-15

Sebab jika kamu mengaku   dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan   ,  dan percaya  dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati  ,  maka kamu akan diselamatkan. 10:10 Karena dengan hati orang percaya dan dibenarkan, dan dengan mulut orang mengaku dan diselamatkan. 10:11 Karena Kitab Suci berkata: “Barangsiapa yang percaya kepada Dia, tidak akan dipermalukan. ” 10:12 Sebab tidak ada perbedaan antara orang Yahudi dan orang Yunani.   Karena, Allah yang satu itu adalah Tuhan dari semua orang,  kaya bagi semua orang yang berseru kepada-Nya. 10:13 Sebab, barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan,  akan diselamatkan.  10:14 Tetapi bagaimana mereka dapat berseru kepada-Nya, jika mereka tidak percaya kepada Dia? Bagaimana mereka dapat percaya kepada Dia, jika mereka tidak mendengar tentang Dia. Bagaimana mereka mendengar tentang Dia, jika tidak ada yang memberitakan-Nya? 10:15 Dan bagaimana mereka dapat memberitakan-Nya, jika mereka tidak diutus? Seperti ada tertulis: “Betapa indahnya kedatangan mereka yang membawa kabar baik! 


MENGUDUSKAN ALLAH PENYELAMAT DAN PENEBUS KITA

Bapa kami yang di syurga, dikuduskanlah Nama-Mu, Ya Allah keselamatan kami.
Bapa Pengasih, kita  bersyukur dan berhutang budi atas limpahan kasih-Mu yang menakjubkan dan penuh anugerah terhadap kita – ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. (Roma 5:8)

Bapa, Engkau begitu mengasihi SEMUA manusia (sebutkan semua suku, bahasa, bangsa dan negara) merentasi  generasi, sehingga Engkau telah memberikan Anak-Mu yang Tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak akan binasa tetapi beroleh hidup yang kekal. Kerana Engkau tidak mengutus Anak-Mu ke dalam dunia ini untuk menghukum sesiapa antara kita, tetapi untuk MENYELAMATKAN KITA SEMUA melalui-Nya (Yohanes 3:16), kerana Engkau tidak menghendaki SEORANG PUN ANTARA KITA BINASA   , tetapi setiap orang (tanpa mengira bangsa, bahasa, suku, hamba atau merdeka) datang kepada pertobatan. (2 Petrus 3:9)


 Terima kasih kerana hanya di dalam Kristus sahaja kita memperoleh penebusan melalui Darah-Nya, pengampunan dosa, sesuai dengan kekayaan anugerah-Mu yang Engkau limpahkan ke atas kita. (Efesus 1:7)

Engkau tidak menyayangkan Anak-Mu sendiri, tetapi telah menyerahkan-Nya untuk kita semua – bagaimana mungkin Engkau tidak juga, bersama-sama dengan-Nya, mengaruniakan kepada kita segala sesuatu dengan murah hati? (Roma 8:32)

Kita  adalah bangsa yang terpilih, imamat  yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan-Mu sendiri, supaya kita   memberitakan perbuatan-perbuatan besar dari Engkau, yang telah memanggil kita keluar dari kegelapan kepada terangMu  yang ajaib: kita, yang dahulu bukan umat –Mu , tetapi yang sekarang telah menjadi umat-Mu, yang dahulu tidak dikasihani tetapi yang sekarang telah beroleh belas kasihan.    (1 Petrus 2:9-10)

MENYAHUT PANGGILAN KE LADANG TUAIAN-NYA

Yesus, ketika Engkau bersama  murid-murid-Mu, Engkau berkata, “Tuaian memang banyak tetapi pekerja-pekerjanya sedikit. Oleh itu, mintalah kepada Tuhan yang empunya tuaian supaya Ia mengutus pekerja-pekerja ke dalam ladang tuaian-Nya.”

Tuhan Yesus, setelah Engkau bangkit dan sebelum Engkau diangkat ke syurga, Engkau berfirman: “Kepada-Ku telah diberikan   segala kuasa   di sorga dan di bumi.  Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa  murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus,  dan ajarlah  mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu  senantiasa sampai kepada akhir zaman. ” (Matius 28:18-20)

 Pertobatan (peribadi dan gereja)

Tuhan Yesus, Engkau berkata kita berdoa agar pekerja-pekerja diutus ke ladang tuaian-Mu. Ketika aku berdoa agar pekerja-pekerja diutus, di sinilah aku bersedia menjadi jawapan kepada doa itu. Ampunilah aku kerana telah terlupa bahawa suatu ketika dahulu aku juga sesat, dan Engkau telah mengutus pelbagai orang ke dalam hidupku untuk menabur kedalam diriku dan menuntunku menerima Engkau sebagai Tuhan dan Penyelamatku.

Aku datang ke hadapan-Mu mengakui kegagalanku mengambil serius perintah-Mu — untuk pergi dan menjadikan semua bangsa murid-Mu. Aku telah menikmati belas kasihan-Mu, anugerah-Mu, pengampunan-Mu, penyembuhan-Mu, kelepasan-Mu, pemulihan-Mu, penyediaan-Mu, perlindungan-Mu, kasih-Mu, sukacita dan damai-Mu. Kebaikan dan kesetiaan-Mu atas hidupku bukanlah untuk aku simpan bagi diriku sendiri, tetapi adalah untuk memperlengkapkan aku menjadi saksi-Mu; memberi kesaksian tentang siapa Engkau kepada dunia yang dalam kekacauan dan tanpa harapan.

Engkau telah mempercayakan aku dengan pesan hidup, harapan, dan keselamatan, namun aku telah berdiam diri ketika sepatutnya aku bersuara, pasif ketika aku sepatutnya bertindak, dan lalai ketika aku sepatutnya mendengar Suara-Mu untuk bersaksi.

Ampunilah aku, Tuhan, kerana memperlakukan amanat-Mu seolah-olah ia pilihan, kerana mengutamakan keselesaan lebih daripada ketaatan, dan kerana membiarkan ketakutan, ketidakpedulian, atau kesibukan menenggelamkan panggilan-Mu. Kini aku ingin bertaubat untuk masa-masa aku menahan kebenaran-Mu daripada mereka yang memerlukannya, dan untuk saat-saat aku hidup seolah-olah Injil serta kesaksian tentang kebaikan dan kesetiaan-Mu adalah milikku untuk disimpan, bukan sebagai amanah daripada-Mu untuk aku berkongsi dan saksikan.

Rededikasi Semula (peribadi & gereja)

Bapa, di sinilah aku, rela untuk Engkau jadikan rela, untuk pergi ke ladang tuaian-Mu sebagai bejana-Mu. Bangkitkan dalam diriku desakan waktu ini dan kuasa Injil-Mu yang membawa kepada keselamatan. Gerakkan dan perbaharuilah hatiku dengan kasih dan belas kasihan-Mu terhadap yang hilang. Biarlah kasih yang mendesakku — bukan ketakutan, bukan keseganan, dan bukan rasa malu — kerana Injil itu adalah kuasa-Mu yang menyelamatkan mereka yang percaya.

Bukalah mataku untuk melihat setiap pertemuan dan interaksi dengan orang sekelilingku sebagai peluang untuk mencerminkan kasih kurnia-Mu, dan setiap hari sebagai kesempatan   menjadi saksi-Mu melalui perbuatan kebaikan dan kata-kata — bermula dengan ahli rumahku, kolej, tempat kerja dan komuniti, merentasi generasi, budaya dan bahasa. (sebutkan nama orang dalam setiap kelompok )

Berikan aku keberanian dan ketegasan untuk mendoakan mereka yang sakit supaya mereka disembuhkan (Markus 16:18). Berikan aku perkataan pengetahuan dan lidah yang terpelajar untuk mengetahui Firman-Mu yang tepat pada waktunya, untuk  membawa kehidupan kepada jiwa yang letih lesu (Yesaya 50:4), supaya orang dapat mengalami Hadirat-Mu dan Kerajaan-Mu datang atas hidup mereka.

Aku menyerahkan diri sekali lagi kepada perintah-Mu untuk pergi; bukan dengan kekuatanku sendiri, tetapi dengan kuasa dan otoriti-Mu  demi kemuliaan-Mu. Perkasakanlah aku oleh Roh-Mu supaya aku tidak malu untuk memberitakan nama-Mu dan berita baik Injil, kerana itulah kuasa-Mu yang membawa keselamatan kepada setiap orang yang percaya (Roma 1:16). Keselamatan tidak ada pada siapa pun yang lain, kerana tidak ada nama lain di bawah langit yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita harus diselamatkan (Kisah Para Rasul 4:12).

Bapa, aku bersyukur kepada-Mu, kerana di dalam Kristus, Roh Allah ada padaku, sebab Engkau telah mengurapi aku untuk memberitakan kabar baik kepada orang miskin. Engkau mengutus aku untuk mengumumkan pembebasan bagi orang-orang tawanan dan  penglihatan bagi orang-orang  buta, untuk membebaskan mereka yang tertindas, untuk memberitakan tahun rahmat Tuhan telah datang. (Lukas 4:18-19)

Deklarasi Tuaian

Kita  isytiharkan bahwa Tubuh Kristus di negara ini diperkasakan untuk memperlengkapkan umat-Nya dalam penginjilan dan pemuridan, untuk menegaskan semula keutamaan dan keperluan mendesak bagi penginjilan; kerana keselamatan tidak ada pada siapa pun yang lain, sebab tidak ada nama lain di bawah langit yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita harus diselamatkan. (Kisah Para Rasul 4:12)

Kita isytiharkan bahawa Tubuh Kristus akan berani dan teguh, serta tidak malu untuk menyampaikan berita Injil kepada sesiapa dan setiap orang (sebutkan kumpulan-kumpulan masyarakat dan orang yang anda terhubung dengan) kerana itulah kuasa Allah yang membawa keselamatan kepada setiap orang yang percaya. (Roma 1:16)

Kita isytiharkan bahawa Tubuh Kristus akan menang atas kerajaan kegelapan melalui Darah Anak Domba dan melalui perkataan kesaksian mereka; Tubuh Kristus tidak akan mengasihi nyawa mereka sampai ke dalam maut. (Wahyu 12:11)

 Kita  isytiharkan bahawa apabila mezbah-mezbah doa ditegakkan di setiap negeri di dalam negara ini, pintu gerbang rohani Kerajaan Allah terbuka untuk hadirat  Allah datang sehingga cengkaman  kegelapan atas jiwa-jiwa manusia (sebutkan kawasan-kawasan cengkaman kegelapan seperti keganasan, penyalahgunaan bahan, kemarahan, dll.) dan wilayah-wilayah dipatahkan serta dilemahkan, sehingga Roh Kudus membawa kesembuhan, kelepasan, pertobatan dan keselamatan. Kita isytiharkan bahawa hadirat Allah Bapa akan memulihkan hati bapa-bapa kepada anak-anak dan hati anak-anak kepada bapa-bapa mereka serta pemulihan hubungan keluarga di negara ini.

Kita isytiharkan kepada Malaysia: Bangkitlah, menjadi teranglah, Malaysia, kerana Terang-Mu telah datang dan kemuliaan TUHAN terbit atasmu, Malaysia. Lihatlah, kegelapan   menutupi bumi, dan kekelaman   menutupi bangsa-bangsa; tetapi terang TUHAN TERBIT ATASMU, MALAYSIA,  dan KEMULIAAN-NYA  menjadi nyata atasMU, MALAYSIA!   TUHAN  sabar   terhadap kamu, Malaysia, karena Ia menghendaki supaya jangan ada yang binasa  , melainkan supaya semua orang berbalik bertobat ke Hidup Kekal.  (2 Petrus 3:9)

Dalam Nama Yesus yang Perkasa, aku berdoa dan mengisytiharkan. Amin.