DOA BAGI NEGARA – DISEMBER 2024
Kos Kebangkitan
Kebangkitan dalam bahasa Latin bererti “hidup semula.” Implikasinya ialah sesuatu yang tengah mati atau sudah mati dibawa kembali hidup. Kita baca di Al-Kitab bagaimana Tuhan meresponi syafaat umat-Nya untuk bercampur dalam hal ehwal manusia dengan menghantar pelepasan dan kebangkitan. Sejarah memberitahu kita bahawa Dia muncul dan melepaskan kuasa-Nya yang mematahkan belenggu dosa, maka manusia disabitkan tentang dosa peribadi, bertaubat dan beralih kepada Tuhan untuk diselamatkan (Kebangkitan Hebrides dan Welsh).
Apakah kos yang kita mesti tanggung supaya Tuhan melakukannya sekali lagi di zaman kita?
- Kos melepaskan keberkecukupan diri untuk kebercukupan Roh Kudus.
Setiap kita perlu mengira kos
- mati kepada diri sendiri dan dipenuhi dengan kepenuhan Roh. Kematian diri adalah proses yang menyakitkan dan boleh merugikan kita segala-galanya (Yoh 12:24). Elisa meninggalkan semua untuk mengikuti Elia selepas Elia melemparkan jubah keatasnya (1 Raja-raja 19:19-21).
- dipimpin Roh, mendoakan kehendak Tuhan di dalam setiap keadaan dan tidak berpandukan agenda atau keperluan sendiri (Efesus 6:18).
- tabah dalam menggenapi panggilan berdoa untuk kebangkitan walaupun Tuhan lambat dan yang lain mengalah sepanjang perjalanan (1Tesa 5:17).
- menarungi peperangan rohani dan terus berpegang kepada janji-janji Tuhan (Efesus 6:10-12).
- rela mentaati Tuhan walaupun menanggung kos yang sangat besar (Stephanus, Kis 7).
Yoh 12:24 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya jikalau biji gandum tidak jatuh ke dalam tanah dan mati, ia tetap satu biji saja; tetapi jika ia mati, ia akan menghasilkan banyak buah – tuaian banyak sekali jiwa baru.
- Kos tidak menyerah kepada keangkuhan diri dan kebergantungan diri supaya kekal rendah hati dan remuk jiwa.
Disini, dalam suasana korporat, kita perlu mengira kos mengekalkan kesatuan Roh oleh ikatan damai sejahtera (Efesus 4:3). Yesus memanggil kita menjadi saksi-Nya, bukan batu sandungan. Apabila Tuhan bergerak, kita (iaitu personaliti kita) mesti bergerak keluar dari jalan-Nya (tengok Kis 2).
Untuk mengekalkan kebangkitan kita tidak boleh membenarkan salah-faham, salah komunikasi atau apa-apa halangan lain didirikan dikalangan kita. Selalu ambil jalan yang lebih tinggi dalam berhubung antara satu sama lain. Setialah kepada tugas yang diberikan Tuhan bagi kita dan rendahkanlah diri kita seorang terhadap yang lain, sepertimana Paulus tepat mengatakan di Fil 3:12 TB
“Bukan seolah-olah aku telah memperoleh hal ini atau telah sempurna, melainkan aku mengejarnya, kalau-kalau aku dapat juga menangkapnya, karena akupun telah ditangkap oleh Kristus Yesus.
Jadi, adakah kita rela membayar kos kebangkitan?
DOA:
Allah Bapa, dengan rendah hati, saya datang mengadap Engkau dan memohon Engkau bermula dengan saya – untuk membangkitkan aku, penuhiku dengan kasih dan keghairahan-Mu supaya saya akan rela selalu mematikan diri, maka Kristus terbentuk dalam saya. Milikiku, ya Tuhan, dan kuatkanlah aku berpegang kepada Engkau supaya boleh dijadikan ejen perubahan-Mu. Tolonglah saya rela mengira kos kebangkitan. Berikan saya kekukuhan berdoa dan berdoa dan berdoa sehingga kemuliaan-Mu dan pengenalan akan Engkau memenuhi bumi seperti air laut menutupi dasarnya.
Bangkitkan kerja-Mu, ya Tuhan, ditengah tahun-tahun, kerana kita perlu belas kasihan dan kasih karunia-Mu.
Dalam nama Yesus, Amin.
(Doa berasaskan Yoh 12:24, Galatia 4:19, Filipi 3:12, Roma 12:12, Habakuk 2:14 and Habakuk 3)