DOA UNTUK NEGARA – MEMPERJUANG sebagai SATU  

“Jika Gereja atau Ekklesia di akhir zaman ini adalah untuk mengenapi amanat agung dan menubuhkan keadilan di bumi, ia mesti menolak ketakutan dan fatalisme serta mendapatkan semula iman gagah berani seperti serangan Paulus berdepan menentang kuasa-kuasa kegelapan yang mengikat jiwa-jiwa dalam tahanan rohaniah dan lahiriah yang mendesakkan. Ia mesti kembali bergumul dan menghempaskan musuh-musuh rohani di tempat-tempat yang paling gelap dan keras di bumi.

Tuhan sedang membangkitkan rumah doa-Nya di bumi untuk melawan pengguguran, pemerdagangan seks, agama palsu dan idealogi palsu, menentang setiap rumah yang mengagungkannya lebih tinggi daripada ketuhanan dan keunggulan Kristus” – Lou Engle

 

Yesaya 49:24-25

Dapatkah direbut kembali jarahan dari pahlawan 

atau dapatkah lolos tawanan orang gagah?

Sungguh, beginilah firman TUHAN:

“Tawanan  pahlawan pun  dapat direbut kembali, dan jarahan orang gagah  dapat lolos,

sebab Aku sendiri akan melawan orang yang melawan engkau

dan Aku sendiri akan menyelamatkan anak-anakmu.

 

DOA:

Bapa Penyayang. Kita begitu berterima kasih kita berada dalam hubungan perjanjian dengan Engkau. Kita telah diangkat sebagai anak dan mengalami kasih tanpa syarat dari Bapa syurgawi. Kita mengiktiraf bahawa hanya apabila kita mengenal Engkau sebagai Bapa penyayang, kita belajar mempercayai Engkau secara mutlak, mengetahui bahawa Engkau tidak akan pernah menggagalkan atau meninggalkan kita.

Ajarlah kita, ya Tuhan, memiliki warisan kita dalam Kristus di musim ini untuk memperjuangkan bagi hal-hal yang atas hati-Mu supaya kita boleh melihat kemuliaan-Mu dinyatakan dalam hidup kita, Tubuh-Mu dan Negara kita.

 

Para Ekklesia, Tubuh Kristus, dipanggil menjadi Rumah Doa untuk semua Bangsa, memperjuangkan apa yang diatas hati TUHAN untuk Gereja-Nya dan untuk destini Malaysia.

 

BERSAMA-SAMA KITA BERDIRI DISATUKAN UNTUK BERTANDING BAGI: 

  1. Ekklesia sebagai SATU TUBUH  

Tuhan, Engkau telah berfirman Engkau akan mendirikan jemaat-Mu, dan alam maut tidak akan menguasainya. Dan Engkau akan memberi kepada kita kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kita ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kita lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga.” Matius 16:18-19 TB

  • Kita memohon Engkau, Allah Maha Kuasa, mensejajarkan kita sebagai SATU TUBUH dengan SATU TUJUAN melihat kerajaan-Mu datang dan kehendak-Mu terjadi di Malaysia.
  • Sudah terlalu lama Gereja-Mu telah dipecahbelahkan melalui pendustaan dan penipuan yang ditaburkan oleh musuh, mengakibatkan syak wasangka dan perpecahan, kehilangan sukacita, visi dan suara.
  • Kita isytiharkan sekarang tudung atas mata, akal budi dan hati kita ditanggalkan , supaya kita akan melihat kembalinya kekuatan bersatu, dan kita dengar suara kebangkitan rohani serta suara perpaduan, kesatuan dan kewibawaan bangkit dari tentera hebat untuk menuntut semula apa yang musuh telah mencuri.
  • Kita katakan pemulihan kasih semula untuk Yesus kepada setiap orang percaya, terutamanya kepada mereka yang hati telah ditangkap oleh roh dunia dan pemulihan keghairahan mengasihi Firman, doa dan persekutuan dengan umat Allah.
  • Ini, ya Tuhan, kita isytiharkan adalah musim untuk gereja-Mu bangkit! Tuhan, kita berdiri sebagai SATU atas janji-janji-Mu dan mengejar musuh kita!

 

  1. Memperjuangkan Penuaian jiwa (khususnya dalam bulan ini selaku kita merayakan Jumaat Agung dan Paskah)
  • Tuhan, kita memuji Engkau di musim Paskah dan Hari Kebangkitan. Engkau telah menumpahkan darah-Mu untuk menebus dosa ramai. Hari ini kita isytiharkan pengampunan dosa dan penebusan jiwa diumumkan diseluruh tanah.
  • Kita isytiharkan injil Kerajaan ini akan dikhotbahkan dengan berani dalam setiap gereja. Kiranya tiada yang terlepas dari curahan hebat kasih karunia dan keselamatan ini.
  • Kita isytiharkan syurga terbuka atas kawan-kawan dan keluarga-keluarga kita supaya banyak hati terbuka kepada khabar sukacita Kristus.
  • Kiranya dilepaskan kuasa Kebangkitan yang hebat supaya kita membebaskan orang tawanan, membuka pintu penjara dan membawa penyembuhan serta pelepasan kepada yang tertindas.

(Perincikan nama orang-orang yang kamu mungkin mahu mendoakan secara khusus  dalam keluarga, gereja, negeri/daerah kamu, dan negara)

 

  1. Memperjuangkan Ketenteraman, Keadilan, Undang-undang dan Perintah di tanah kita       
  • Tuhan, kita berdiri bersama berjuang menentang setiap kuasa kegelapan yang berikhtiar melumpuhkan negara kita dengan huru-hara, kacau-bilau, pemecahan, dan ketidakadilan.
  • Kita berdoa perlindungan malaikat atas semua yang bekerja untuk membawa damai sejahtera, aturan dan keadilan bagi negara kita.
  • Kita minta setiap kuasa kegelapan dan setiap tugas kesyaitan dibatalkan dalam nama Yesus.
  • Kita isytiharkan rencana dan tujuan kuasa-kuasa kegelapan dirombakkan.
  • Kita isytiharkan Allah, sumber damai sejahtera, segera akan menghancurkan   iblis di bawah kaki-Nya (Roma 16:20)

 

  1. Memperjuangkan untuk pembukaan Pintu Gerbang negeri-negeri kita

Mazmur 24:7-8

Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang (namakan negeri)

dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad,

supaya masuk Raja Kemuliaan !

24:8 “Siapakah itu Raja Kemuliaan?” “TUHAN, jaya dan perkasa, TUHAN, perkasa dalam peperangan! “

 

Tuhan, kita mengalu-alukan Engkau, ya, Raja Kemuliaan ke dalam negeri-negeri kita (Namakan negeri-negeri)

Kita isytiharkan syurga terbuka selaku kita membina mezbah suci dalam setiap negeri untuk mengalu-alukan Raja Kemuliaan.

Kita berdoa khususnya untuk negeri-negeri ini: Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Penang supaya Raja Kemuliaan akan masuk untuk ……

  • Mendiamkan suara orang-orang durjana dan menjadikan semua rancangan-rancangan jahat mereka tidak berhasil.
  • Merobohkan kota-kota benteng pendustaan dan penipuan dalam akal budi orang-orang yang mengakibatkan perpecahan dan syak wasangka antara bangsa-bangsa tanah kita.
  • Mengatakan pengertian dan perlindungan daripada propaganda jahat kepada orang-orang di tanah kita.

Kita memperjuangkan untuk pemimpin-pemimpin yang diurapi, yang tidak berkompromi dan yang berani supaya bangkit dan memerintah dengan hikmat dan kewibawaan.

 

DOA

Bapa, kita mendengar Engkau memanggil kita untuk bersiap-sedia! Jadikan kita sedia! Kiranya kita mendengar suara-Mu bagaimana memperjuangkan dan mengambil wilayah untuk kerajaan-Mu. Kiranya umat-Mu bangkit  “mencari dahulu Kerajaan Allah dan kebenaran-Nya. Kita bernubuat kehidupan dan nafas kepada Ekklesia supaya dia akan bangkit sebagai angkatan tentera yang amat hebat dan Pengantin berseri, siap-sedia untuk kembalinya Engkau!

“Kita akan buat ruangan untuk-Mu, Tuhan Yesus. Untuk melakukan apa sahaja yang Engkau hendaki. Adakan cara-Mu, Tuhan Yesus.”

Kita isytiharkan kemuliaan-Mu datang dan penuhi Malaysia, negara pelangi, seperti air yang menutupi dasar laut.

Kita dekrikan kemuliaan-Mu memenuhi negara kita, supaya nama Yesus ditinggikan atas tanah kita, supaya malu kita dihapuskan, negara kita akan makmur, penyembuhan bangsa terjadi, pemimpin yang benar dan adil akan bangkit di tanah kita.

Kita dekrikan kita tidak akan tergoyah walau di masa-masa kesusahan, tetapi sebagai Satu, dengan Roh atas kita, kita akan  “kejar musuh kita, menyusul mereka dan melepaskan para tawanan.”  (1 Sam30:8)

ENGKAU-lah yang empunya Kerajaan, Kuasa dan Kemuliaan sampai selama-lamanya. AMIN!