DOA UNTUK NEGARA – APRIL 2026
MENCETUSKAN PERKARA-PERKARA BARU DALAM ROH UNTUK TANAH
Pada tarikh 1 hingga 3 Mac 2026, Rasul Julius Suubi mencabar kita untuk mencetuskan PERKARA-PERKARA BARU bagi negara. Beliau berkongsi banyak prinsip berharga tentang bagaimana kita boleh mencetuskan perkara baru untuk tanah Malaysia ini.
Ini adalah musim yang sangat penting. Dalam musim ini, satu jendela profetik tertentu terbuka. Jika kita menyedari jendela ini dan melangkah masuk ke dalamnya, adalah mudah untuk memiliki wilayah, menguasai tanah ini, dan melihat hasilnya.
YESAYA 42:9
Nubuat-nubuat yang dahulu sekarang sudah menjadi kenyataan, hal-hal yang baru hendak Kuberitahukan. Sebelum hal-hal itu muncul, Aku mengabarkannya kepadamu .
YESAYA 43:19
Lihat, Aku hendak membuat sesuatu yang baru, yang sekarang sudah tumbuh, belumkah kamu mengetahuinya? Ya, Aku hendak membuat jalan di padang gurun dan sungai-sungai di padang belantara.
DOA
Tuhan, kita bersyukur kerana Engkau telah berjanji untuk melakukan perkara-perkara baru di tanah kita. Kita berdiri atas janji-janji-Mu dan mengisytiharkan bahawa perkara-perkara baru akan muncul.
Bebaskan kita daripada perkara-perkara masa lampau yang boleh mengikat dan menghalang kita daripada bergerak ke hadapan. Tuhan, bukakan jalan di padang gurun dan lepaskan mereka yang telah berada di padang gurun serta bebaskan mereka.
Kita mengisytiharkan bahawa akan ada aliran sungai kesegaran, pembaharuan, pemulihan, penyembuhan, dan kebangkitan rohani yang mengalir di tanah kita.
Bagaimana Kita Mencetuskan Perkara-Perkara Baru di dalam Tanah Sekarang
Doa
I. Kita perlukan Firman Rhema daripada Tuhan
– Tuhan, tolonglah kita menempatkan diri untuk menerima Firman Rhema daripada-Mu dengan melakukan beberapa perkara:
– Berkomitmen untuk membaca Alkitab setiap hari lebih daripada 3 bab. (Lukas 4:4)
Jawab Yesus kepadanya: “Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja”
– Singkirkan semua halangan untuk mendengar daripada Tuhan. (Yohanes 10:27)
Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku dan Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku
– Semoga Roh Kudus menghidupkan Firman . (Yohanes 6:63)
Rohlah yang memberi hidup, daging sama sekali tidak berguna. Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup
– Berbicaralah kepada kita melalui mimpi dan penglihatan (Yoel 2:28)
“Kemudian dari pada itu akan terjadi, bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia, maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat :orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi, teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan.
– Tolonglah kita taat dan bertindak berdasarkan Firman Rhema yang Engkau mendedahkan kepada kita.
–Tolong lepaskan iman melalui Firman yang diperkatakan, supaya kita dapat melaksanakan perkara-perkara yang Engkau minta kita lakukan. (Roma 10:17)
Jadi, iman timbul dari pendengaran, dan pendengaran oleh firman Kristus.
Kita sangat rindu mendengar daripada-Mu.
Jangan biarkan kita terlepas waktu lawatan-Mu
kerana kita ingin melihat
Kemuliaan-Mu atas tanah ini.
II. Satu musim yang panjang dalam mencari Tuhan akan mencetuskan perkara-perkara yang baru.
Doa
– Tuhan, tolong perluaskan kapasiti kita untuk mencari-Mu
(Yer. 29:11–13) melalui keintiman
29:11 Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan. 29:12 Dan apabila kamu berseru dan datang untuk berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkan kamu; 29:13
apabila kamu mencari Aku, kamu akan menemukan Aku; apabila kamu menanyakan Aku dengan segenap hati,
– ciptakan dalam diri kita kerinduan untuk lebih lagi akan Engkau.
Maz 42:1-2 Seperti rusa yang merindukan sungai yang berair, demikianlah jiwaku merindukan Engkau, ya Allah. 42:2 Jiwaku haus kepada Allah , kepada Allah yang hidup.
Maz 63:1 Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku mencari Engkau , jiwaku haus kepada-Mu, tubuhku rindu kepada-Mu, seperti tanah yang kering dan tandus, tiada berair.
Maz 84:1-2 Betapa disenangi tempat kediaman-Mu , ya TUHAN semesta alam! 84:2 Jiwaku hancur karena merindukan pelataran-pelataran TUHAN ; hatiku dan dagingku bersorak-sorai kepada Allah yang hidup.
–Kiranya kita kembali kepada kasih semula seperti yang Engkau perintahkan kepada kita .
(Wahy. 2:4–5)
4 Namun demikian Aku mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasihmu yang semula 5 Sebab itu ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh! Bertobatlah dan lakukanlah lagi apa yang semula engkau lakukan. Jika tidak demikian, Aku akan datang kepadamu dan Aku akan mengambil kaki dianmu dari tempatnya, jikalau engkau tidak bertobat.
– Tolonglah kita tinggal di dalam Kristus, kerana tanpa Dia kita tidak dapat berbuat apa-apa.
(Yohanes 15:4–5)
4 Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku.
5 Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa
–Tuhan, tolonglah kita membina jalan-jalan dalam alam Roh dengan membuat perjanjian untuk berdoa dalam satu musim yang panjang dan tetap setia melakukannya..
Yang dalam berseru kepada yang dalam, bangunkanlah kita untuk berdoa dan berpuasa.
Buat kita terdesak untuk mencari wajah-Mu,
sehingga kita melihat terobosan baru di tanah ini.
– “Berikanlah kita kasih karunia dan kekuatan untuk terus tekun dalam doa sehingga kita melihat perkara-perkara baru terjadi di tanah ini”
III. Untuk Mencetuskan Perkara baru dalam Tanah Juga Melibatkan Peperangan Rohani yang Berjaya
Doa:
Tuhan, tolonglah kita memenangi peperangan rohani melawan musuh.
Biar kita Mengenal kedudukan rohani kita sebagai lebih daripada para pemenang.
(Ef 2:6)
6 dan di dalam Kristus Yesus Ia telah membangkitkan kita juga dan memberikan tempat bersama-sama dengan Dia di sorga,
Mari kita bersiap-sedia untuk peperangan rohani
Efesus 6:10–12
10 Akhirnya, hendaklah kamu kuat di dalam Tuhan, di dalam kekuatan kuasa-Nya. 11 Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis ; 12 karena perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara
Tolong kita mengenakan Seluruh Perlengkapan Senjata Allah setiap hari
Efesus 6:11, 13–18
“Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, u supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis …
Sebab itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah….
Jadi berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran …berbajuzirahkan keadilan… perisai iman… ketopong keselamatan… pedang Roh yaitu firman Allah dan Berdoalah setiap waktu di dalam Roh…”
Perlengkapkan kita dengan Senjata Peperangan yang Tuhan Berikan
2 Korintus 10:4–5
“4 karena senjata kami dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan benteng-benteng. 5 Kami mematahkan setiap siasat orang dan merubuhkan setiap kubu yang dibangun oleh keangkuhan manusia untuk menentang pengenalan akan Allah…”
Lindungi dan jagalah hati kita daripada semua pintu terbuka yang berdosa.
Maz 139:23-24
23 Selidikilah aku, ya Allah , dan kenallah hatiku, ujilah aku dan kenallah pikiran-pikiranku; 24 lihatlah, apakah jalanku serong, dan tuntunlah aku di jalan yang kekal!
Ketidakmaafan
Kepahitan
Ketakutan
Dosa Kebiasaan
Percakapan Negatif
Efesus 4:27
“dan janganlah beri kesempatan kepada Iblis.”
Maz 139:23–24
“Selidikilah aku, ya Allah , dan kenallah hatiku…. lihatlah, apakah jalanku serong, dan tuntunlah aku di jalan yang kekal”
Amsal 4:23
“Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan.”
– Tolong kita menggunakan pujian sebagai Senjata Harian Kita
Maz 149:6
“Biarlah pujian pengagungan Allah ada dalam kerongkongan mereka, dan pedang bermata dua di tangan mereka.”
Matius 12:29
“Atau bagaimanakah orang dapat memasuki rumah seorang yang kuat dan merampas harta bendanya apabila tidak diikatnya dahulu orang kuat itu ? Sesudah diikatnya barulah dapat ia merampok rumah itu.”
“Dedahkan kepada kita “orang kuat” yang menguasai tanah ini pada waktu-Mu, apabila kita sudah sedia untuk menjatuhkannya melalui pertobatan, pengampunan, dan peperangan rohani oleh darah-Mu dan nama-Mu yang perkasa.”
DEKLARASI
Kita isytiharkan Tuhan akan melakukan Perkara-perkara Baru di tanah ini dalam musim Baru ini.
Kita isytiharkan satu musim Baru Kebangkitan Rohani Baru di tanah ini.
Kita isytiharkan satu musim Baru Perpaduan dan Kesatuan dalam Tubuh Kristus.
Kita isytiharkan satu musim Baru Tuaian dan Keberhasilan.
Kita isytiharkan satu musim Baru Kebenaran dan Takut akan Tuhan ke atas Kerajaan kita.
Kita isytiharkan satu musim Baru keharmonian kaum di tanah ini.
Kita isytiharkan Terobosan Baru dalam semua bidang kehidupan.
Kita isytiharkan satu musim Baru tanda-tanda dan keajaiban dengan manifestasi Kemuliaan Tuhan ke atas tanah ini.
Dalam nama Yesus. Amin