DOA UNTUK NEGARA : IMAMAT YANG DIKUDUSKAN
APRIL: PERTAUBATAN UNTUK DOSA DALAM GEREJA
APRIL – Minggu 1 and Minggu 2
- Bapa, ampunilah kita kerana mewujudkan tata-tingkat manusiawi yang mengenakan gaya pemerintahan bangsa yang fasik di dalam rumah-Mu. (Matius 20:25-28)
- Ampunilah kita, ya Tuhan, atas kerosakan moral di dalam gereja. (Efesus 5:1-18)
- Tuhan, di mana perbuatan kegelapan adalah dosa dalam hidup umat-Mu, ampuni dan sucikan kita dalam nama Yesus. (Lukas 11:34-36; 2 Korintus 6:14; Efesus 5:11)
- Bapa, ampunilah kita kerana telah menuruti falsafah zaman dan dunia ini dan tidak tunduk kepada piawai Firman Tuhan. (Roma 12:1-2; Efesus 2:1-6)
- Kita bersalah kerana hidup dalam agama “melarikan diri” yang meninggalkan aspek-aspek budaya; kita telah mengabaikan dunia dan menjadi puas dengan gereja-gereja yang hanya hidup dalam empat temboknya sahaja. Ampunilah kita, Tuhan.
- Ampunilah kita kerana kedurhakaan dalam gereja, yang membuktikan bahawa kejahatan budaya sedang menguasai kita. (Amsal 6:23)
- Ampunilah kita kerana perpecahan, perselisihan, dan sikap menghakimi dalam tubuh Kristus. (Lukas 9:49-50, Yakobus 4)
- Ampunilah kita, Tuhan, kerana tidak menjaga janda, anak yatim, dan mereka yang memerlukan belas kasihan sejati, serta menyerahkan tanggungjawab itu ke dalam tangan kerajaan. (Yakobus 1:27)
- Ampunilah kita kerana gagal membatalkan agama-agama palsu yang beroperasi dalam lingkungan pengaruh kita (termasuk semua ajaran New Age, kultus, dan amalan kesyaitan)
- Kita telah gagal membedakan dan mengutuk mezbah-mezbah penyembahan berhala yang didirikan di seluruh kota. Ampuni kita, Tuhan.
- Ampuni kita kerana tidak menutup jalan raya/pintu gerbang rohani yang menjadi laluan masuk bagi kuasa-kuasa jahat ke dalam negeri ini.
- Kita bertaubat atas perbuatan-perbuatan yang sia-sia. Kita telah berusaha dalam kekuatan sendiri untuk menjadi benar, sedangkan hanya kuasa kebenaran Kristus yang bekerja melalui kita dapat mengubah kita. Kita juga bertaubat kerana berusaha untuk memperoleh perkenanan dan kesukaan-Mu atau orang lain melalui perbuatan baik.
“Bapa, Anak, dan Roh Kudus, kita bertaubat kerana tidak tulus menyanjung, menghormati dan memuja Engkau. Kita bertaubat kerana motivasi kita dalam perkara yang kita lakukan adalah untuk keuntungan diri sendiri dan bukan untuk memuliakan-Mu. Engkau harus menjadi yang utama dalam hidup kita, tetapi ada kalanya Engkau bukan. Kita memohon maaf untuk ini. Kita berbicara sekarang kepada Tuhan, Pencipta dunia, yang adalah Yesus Kristus yang datang dalam daging dan tinggal di dalam kita, dan memohon agar Engkau memberikan kami pertemuan peribadi bersemuka dengan-Mu. Kita memohon agar Engkau menyatakan kemuliaan-Mu supaya kita dapat memandang-Mu dan menyembah-Mu kerana kekudusan dan keagungan-Mu. Terima kasih Tuhan. Dalam nama Yesus, Amin.”
APRIL – Minggu 3 and Minggu 4
PERTAUBATAN UNTUK PEMBERONTAKAN DALAM TUBUH KRISTUS
Tuhan, kita adalah umat yang memberontak, dan begitu ramai di antara kita yang belum disembuhkan. Bagaimana kita boleh taat kecuali kita benarkan Engkau menyembuhkan luka-luka kita, Tuhan? Turunlah dan sucikan hati kita dan sembuhkan luka-luka kita kerana ia begitu banyak, ya Tuhan. Ampuni dan turunlah kepada umat yang sangat rindukan LEBIH DARI-MU! Runtuhkan berhala-berhala. Lepaskan Gideon-Gideon-Mu yang akan runtuhkan berhala-berhala dalam Rumah Bapa.
Bapa, kadang-kadang hati kita tidak betul di hadapan-Mu. Kadang-kadang kita mahu kuasa, tetapi tidak mahu membayar harganya. Kita keberatan melakukan segala yang kita mampu untuk masuk ke dalam hadirat-Mu dan merendahkan diri agar kita dapat disembuhkan. Kita memandang kepada pemberian tetapi bukan kepada Pemberi, atau kita hanya mahu masalah kita diselesaikan, tetapi tidak menghargai Engkau dan segala yang Engkau telah lakukan untuk kita.
Berikan kita hati yang bersyukur, Tuhan. Penuhilah kita dengan kasih karunia-Mu untuk menjadi dan melakukan semua yang ENGKAU kehendaki dari kita. Sucikan hati kita dan hasilkan buah yang baik dalam kita. Tolong kita tetap rendah hati, tidak bergantung kepada diri sendiri, tetapi menyerahkan segala kekhuatiran kita kepada-Mu.
Bapa, jagalah gereja-Mu daripada penyesatan kuat yang akan datang bersama antikristus.
Sucikan hati kita agar memiliki kebijaksanaan yang perlu untuk zaman yang kita hadapi . Beri kita kehausan akan kebenaran dan kebaikan, supaya kita dapat berjalan dalam kekudusan dan bukan penipuan.
Patahkan kuasa semua penipuan dan penyesatan atas anak-anak muda kita yang telah dibesarkan dengan pemikiran manusiawi, Tuhan. Ampuni, Tuhan, dan tercetuslah Roh Kudus-Mu di kampus-kampus kolej, sekolah-sekolah menengah dan rendah.
Biar Roh-Mu menangkap semua generasi di setiap peringkat, dan menyerbu masuk ke dalam tempat-tempat kerja kita. Jadikan kita api yang menyala-nyala hidup di mana sahaja kita bekerja atau pergi, agar Roh-Mu mempengaruhi hati orang-orang lain di semua tempat.