DOA UNTUK NEGARA – PANGGILAN DOA 40 HARI UNTUK NEGARA KITA
(DEC 11 SEHINGGA JAN 20)
Tema: LIHAT, AKU MEMBUAT SESUATU YANG BARU
Yesaya 43:1-3;18-19
1 Hai Israel, demikianlah firman TUHAN
yang telah menciptakan kamu,
“Janganlah takut! Aku akan menyelamatkan kamu.
Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu,
kamu milik-Ku.
2 Apabila kamu menyeberangi laut yang dalam, Aku akan menyertai kamu; kamu tidak akan tenggelam dalam kesusahan.
Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar; kamu tidak akan dicelakakan oleh cubaan yang berat.
3 Akulah TUHAN, Allah kamu, Allah Israel, Allah yang suci, yang telah menyelamatkan kamu. Aku akan menyerahkan Mesir untuk menebus kamu;
18 Tetapi TUHAN berfirman, “Jangan ingat akan peristiwa lalu, jangan kenang perkara yang sudah-sudah.
Yesaya 43:19
Perhatikanlah perkara baru yang akan segera Kulakukan.
Lihatlah, Aku sudah pun memulakannya.
Aku akan membina jalan di padang gurun,
dan memberi kamu anak-anak sungai di padang pasir.
PRU 15 menandakan kelahiran “perkara baru” yang Tuhan lakukan di negara kita. Apa yang kita lihat adalah lebih daripada sekadar kejayaan politik baru tetapi Pengurapan Terobosan Baru yang Tuhan ingin bawa kepada gereja-Nya di Malaysia.
Ini bermakna bahawa kita tidak boleh berdiam diri ataupun melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini – tidak, kita harus bergerak menurut panggilan Roh Kudus untuk melakukan PERKARA SETERUSNYA supaya PERKARA BARU yang Tuhan ingin lahirkan boleh dibawa masuk ke negara kita.
Dalam 40 hari yang akan datang dari Disember 2022 sehingga Januari 2023 adalah masa yang genting. Ia adalah masa untuk kita bangkit ke atas aras yang baru dalam pengurapan dan kuasa. Dalam kita berdoa untuk mendapat penorobosan korporat di dalam gereja, ia membawa mukjizat, petunjuk dan keajaiban, serta kedamaian dalam keluarga-keluarga, gereja-gereja dan kumpulan-kumpulan orang. Keselamatan akan datang apabila sungai Roh Kudus mengalir “membina jalan di padang gurun dan membuat sungai mengalir di padang pasir” (Yesaya 43:19)
Oleh itu, kami menjemput anda semua untuk menyertai kami untuk berdoa dan menyembah 24 jam dari Disember 11 sehingga Januari 20 dan bersama-sama kita mengangkat tangan yang suci menghadap takhta Tuhan seperti Musa, Harun dan Hur dalam Keluaran 17:8-16 (ayat 16 ”Tangan Terangkat ke arah takhta Tuhan”)
DOA dan PENGISYTIHARAN
Tuhan, kami mengisytiharkan bahawa inilah masa Pengurapan Penerobosan Baru untuk Malaysia. Kami menyertai Engkau derdoa untuk:
Roh Baru
- Ada kebangunan dan kebangkitan rohani dimana doa-doa syafaat yang berterusan akan mengalir ke atas tanah-tanah yang kering dan kami meminta agar Kehadiran-Mu datang dan kekal di tanah kami yang akan menyirami tanah-tanah yang keras.
- Untuk kepercayaan yang teguh kepada-Mu dan tidak memusatkan pandangan kami kepada apa yang dilihat tetapi kepada Engkau – Pengarang dan Penyelesai iman kami.
- Kesanggupan untuk menurut pimpinan roh kudus ke tempat yang belum pernah kita kunjungi.
Tuhan, kami meminta semangat penerobosan dalam penyembahan dan syafaat kami dalam meninggikan Nama-Mu. Kami berdoa supaya banyak mezbah doa akan didirikan dalam setiap keluarga, gereja dan negeri kami dan seterusnya memenuhi tanah air kami dengan Hadirat Kudus-Mu. Kami mengiystiharkan bahawa kami ingin melihat kemuliaan-Mu datang dan memenuhi Malaysia sebagaiman air menutupi lautan.
Hati yang baru
- Untuk mencintai tanah air kami dan orang-orangnya sebagaimana Engkau mencintai tanah ini.
- Untuk mengasihi satu sama lain seperti Engkau telah mengasihi kami dan tidak menghakimi atau mengutuk sesiapa tetapi menganggap orang lain lebih baik daripada kami. (Yohanes 15:12; Filipi 2:2-4)
- Untuk semangat pendamaian dan pengampunan dalam keluarga, gereja dan antara kaum dan kumpulan etnik yang berbeza yang membawa penyembuhan ke tanah air kami. (2 Kor 5:18-20).
- Untuk mengalir dengan satu hati dan satu fikiran untuk melahirkan Malaysia baharu dimana kasih sayang, keharmonian dan saling menghormati akan menjadi nilai teras negara kita.
Tuhan kami menyatakan bahawa kasih-Mu akan memenuhi kami dan dengan kasih-Mu kami akan mengatasi ketakutan, kebencian dan permusuhan. Kami memanjatkan kesyukuran atas rahmat rekonsiliasi daripada-Mu untuk membawa kesembuhan pada luka yang mendalam antara semua kaum.
Kami berdoa untuk para pemimpin kami agar mereka dapat menangkap semangat baru untuk mencintai negara ini dan rakyatnya. Kami berdoa agar mereka tidak akan jatuh kepada kesombongan, cita-cita yang mementingkan diri sendiri atau jatuh kepada fitnah dan perselisihan yang menyelubungi mereka. Sebaliknya urapilah pemimpin kami dengan kesatuan hati untuk mangasihi dan berkhidmat untuk rakyat dan jauhkan mereka daripada perebutan kuasa dan kemuliaan peribadi.
Minda yang baru
- Agar kita semua mempunyai minda yang baru dan tidak meniru tingkah laku dan adat orang di sekeliling kita, sebaliknya membenarkan firman Tuhan mengubahkan kita menjadi seorang yang baru melalui cara kita berfikir. (Roma 12:2)
- Untuk minda yang tertumpu kepada-Mu untuk mengatasi kebimbangan, ketakutan, dan prasangka apabila bergaul dengan kumpulan etnik yang berbeza dan membolehkan kami untuk menjadi agen perubahan, pendamaian, berkat dan keamanan.
- Untuk gereja diberi kunci kerajaan untuk membuka pintu jangkauan, perbuatan kebaikan dan kasih sayang kepada ramai orang yang belum dihubungi di dalam komuniti kita.
Kami berdoa supaya Tuhan mengurapi para pemimpin kami dengan minda keamanan yang baru supaya mereka tidak akan menyerah kepada semangat kelicikan, pengkhianatan, penipuan dan manipulasi.
Kebijaksanaan Baru
- Untuk roh kebijaksanaan Ilahi diberikan kepada Perdana Menteri dan pasukannya semasa mereka memimpin dan mentadbir negara ini. Kami meminta hikmat yang datang dari syurga akan membawa kesucian hati, cinta damai, bertimbang rasa, tunduk (submissive), penuh belas kasihan dan menghasilkan buah yang baik, tidak berat sebelah dan ikhlas. (Yakobos 3: 13-18)
- Untuk semangat rendah hati untuk mendapatkan nasihat daripada orang lain dan tidak terpengaruh oleh ego manusia atau terganggu oleh perebutan kuasa di sekelilingnya.
- Untuk bersama-sama berdiri melindungi Perdana Menteri kita dan semua pemimpin politik daripada kebijaksanaan syaitan yang penuh dengan cita-cita yang mementingkan diri sendiri, iri hati, kekacauan dan amalan-amalan yang jahat.
- Untuk pemimpin gereja diberi roh kebijaksanaan dan pemahaman untuk mengenalpasti dengan jelas setiap jerat dan perangkap roh jahat.
DOA:
Allah Bapa Kami di Syurga, ini adalah masa Engkau memanggil kami untuk menjadi SATU dalam syafaat kami bagi memecahkan benteng kegelapan di negara kami. Ini juga masanya dimana Engkau telah memanggil kami untuk memasuki musim baru “penerobosan” dan PENGURAPAN BARU supaya tiada apa pun yang dapat menentang kuasa gereja-Mu. Oleh itu Tuhan, tolonglah kami untuk terus kekal di landasan kami bersama-Mu dan tidak berganjak dari kedudukan rohani yang telah Engkau berikan kepada kami.
Semoga datanglah kerajaan-Mu dan kehendak-Mu di Malaysia seperti yang terjadi di syurga, dalam nama Yesus kami berdoa, Amen.