BERDOA BAGI PERKARA KRITIKAL : PEMULIHAN ROHANI
Tuhan telah memberikan Malaysia banyak kata-kata kenabian dan kita mesti berusaha agar dapat melihat janji-janji ini berlaku. 1 Samuel 30:8 adalah satu janji kuat yang datang pada masa awal pandemic. Inilah perkataan itu “Kejarlah mereka. Engkau akan menyusul mereka dan menyelamatkan orang tawanan.
Janji Tuhan memerlukan tindakbalas melalui iman kita. Kita bukan saja perlu percaya tetapi juga untuk mengejar secara aktif. Roma 4:20 “Tetapi terhadap janji Allah ia tidak bimbang karena ketidakpercayaan, malah ia diperkuat dalam imannya dan ia memuliakan Allah”
Dia tidak goyah dalam imannya, tetapi memberi kita contoh tentang keperluan untuk memahami betapa pentingnya untuk mempercayai Tuhan – kerana tanpa iman, mustahil untuk menyenangkan Tuhan (Ibrani 11:6). Walaupun dia tidak memahami bagaimana ini mungkin dan bahkan cuba membantu Tuhan dalam penggenapannya, Abraham menjadi nenek moyang iman, karena dia mempercayai apa yang Tuhan katakan. Dia percaya apa yang Tuhan janjikan kepadanya, dan dia percaya bahawa Tuhan akan memenuhi janji perjanjianNya dalam setiap perincian, walaupun dia tidak memahami bagaimana atau bila.
Apa yang telah Allah firmankan, Dia akan melaksanakannya sehingga selesai, karena Allah tidak boleh berdusta. Dia setia dan boleh dipercayai dan semua janjiNya adalah ‘Ya’ dan ‘Amin’ dalam Kristus Yesus.
Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan (Yohanes 10:10). Berita baik adalah apa yang dibunuh, dicuri atau dimusnahkan oleh musuh boleh dipulihkan oleh Tuhan. Dalam Joel 2:25, Tuhan telah berjanji untuk memulihkan kepada kita tahun-tahun kita yang hilang dan sia-sia. Pasti, kami akan pulih semua!!
Oleh itu, kami berpegang pada Janji Tuhan dan percaya kepadaNya untuk PEMULIHAN ROHANI dari semua yang telah diambil oleh musuh dari kami di semua kawasan di tujuh gunung ini:
- Seni dan Hiburan
Bapa, kami berdoa agar nilai-nilai Ilahi dan kebenaran yang telah ditolak dan dipermainkan sesuka hati sekali lagi menjadi kekuatan yang bersinar apabila pembohongan musuh terbongkar di gunung ini, dan hati dan fikiran orang ramai akan ditawan oleh kasih Allah. Sebagai anak-anakMu, kami berperang di alam roh menentang perayaan yang tidak memiliki nilai yang Ilahi dan yang melakukan penyelewengan nilai-nilai keilahian; kita berperang menentang roh-roh yang menipu yang telah menawan hati dan fikiran ramai orang. Kami mengisytiharkan bahawa Roh Kudus dan terangMu di dalam umatMu akan melenyapkan setiap kegelapan, membebaskan tawanan dan membawa harapan dan pemulihan kepada semua. Kami berdoa agar gunung ini akan menghasilkan hiburan yang menyatakan gaya hidup Ilahi, kelakuan dan nilai-nilai benar.
- Perniagaan
Ya Tuhan, kami berpegang pada janjiMu dan menghalau musuh kami!
Kami akan mengambil semula apa yang telah dicuri musuh… kehilangan peluang, kehilangan kewangan, kekayaan dan hubungan. Apabila pemimpin yang tidak beriman dan tidak benar telah merampas kepimpinan secara salah, kami mengisytiharkan pemimpin yang memiliki fikiran kerajaan Allah akan mengambil semula kedudukan teratas perniagaan besar sebagai CEO yang mempunyai pengaruh yang paling besar.
Apabila orang Kristian telah berkompromi dan tidak berintegriti, kami mengisytiharkan pemulihan prinsip yang benar atas perniagaan, supaya mereka diberkati dengan idea perniagaan inovatif yang datang dengan kuasa semulajadi dari ruang takhta Tuhan.
Kami mengisytiharkan pemimpin dalam dunia kerja yang benar untuk menembusi halangan ekonomi dan mencipta penyelesaian untuk membasmi kemiskinan dan memulihkan kekayaan dan kemakmuran. Mereka akan mengalami pengalaman penerobosan, wilayah yang akan diluaskan, peningkatan, pertolongan dan pengaruh, dan menjadi pembawa Injil yang efektif di tempat kerja.
- Gereja
- Tuhan, kami berpegang pada janjiMu dan menghalau musuh kami!
Sudah terlalu lama, Gereja Mu telah dipecahkan melalui pembohongan dan penipuan yang disemai oleh musuh yang mengakibatkan ketidakpercayaan dan perpecahan, kehilangan kegembiraan, penglihatan dan suara. Apabila selubung yang menutupi mata, fikiran dan hati kita ditanggalkan, kita melihat kekuatan Bersatu Kembali, dan kita mendengar bunyi kebangkitan rohani dan suara perpaduan, kesatuan dan kuasa bangkit daripada tentera yang kuat untuk merebut semula apa yang telah dicuri musuh.
- Kami nyatakan pemulihan kasih pertama kepada Yesus bagi setiap orang percaya, dan khususnya kepada mereka yang hatinya telah ditawan oleh roh dunia, dan pemulihan semangat untuk mencintai Firman, untuk berdoa dan untuk bersekutu dengan orang-orang Tuhan
- Dunia Digital
- Pembanjiran pembohongan, penipuan, salah maklumat dan laporan negatif yang berat sebelah melalui media kita, serta akses mudah kepada pornografi dan ketagihan permainan dalam talian, telah mencengkam generasi muda kita, membentuk pemikiran dan tujuan mereka. Kami menghalau musuh dan memanggil suara kebenaran yang akan memulihkan apa yang telah hilang buat orang muda kita.
- Pembangunan data besar, rantaian blok, kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), realiti tambahan (AR) dan teknologi digital lain yang baru muncul telah digunakan oleh musuh untuk mengubah persepsi kita terhadap realiti, akhirnya membawa kepada penipuan. Kami mengisytiharkan Gereja-Mu akan dilengkapi dengan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam menggunakan teknologi digital untuk menakluki wilayah-wilayah dan memajukan Kerajaan-Mu, dan menuntut mereka semula untuk kemuliaan-Mu.
- Apabila kebencian antara kaum telah dikeluarkan melalui media sosial, kita mengikat roh kebencian dan melihat roh keamanan, kasih sayang dan perpaduan antara kaum dipulihkan melalui syafaat dan kasih.
- Pendidikan
Ya Tuhan, sistem pendidikan dan anak-anak kami berada di bawah ancaman moral dan intelektual yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Anak-anak, belia dan dewasa muda kita telah diberi makan pembohongan yang menyebabkan kerosakan rohani yang teruk dan ketidakmatangan. Kami berdiri bersatu dengan kewaspadaan yang diberikan Tuhan untuk mengalahkan tipu daya musuh, sekularisme, maksiat dan penyelewengan. Kami mengisytiharkan agar generasi baru para pendidik yang bersemangat akan bangkit untuk mengajar akan kebenaran dengan kebijaksanaan, dan untuk mengimpartasi panggilan dan tujuan. Kami mengisytiharkan bahawa Roh Kudus akan memenuhi anak-anak dan remaja kita dengan keinginan akan kebenaran dan kesucian, dan mereka akan mempunyai keberanian untuk menentang tekanan rakan sebaya dan kebohongan musuh.
- Keluarga
Bapa, kami telah mengalami kesengsaraan kerana kehilangan hubungan atau perkahwinan, kematian orang yang disayangi, kehilangan pekerjaan, perniagaan, impian atau anak yang hilang, Engkau mampu membawa pemulihan dan membawa kebaikan dari kejahatan. Engkau mengambil apa yang diambil musuh untuk kejahatan dan Engkau mengubahnya untuk kebaikan. Tuhan, Engkau menjadikan segala sesuatu indah pada waktunya. Kami percaya kepada kasih-Mu dan kami menuntut agar musuh mengembalikan kepada kami berlipat ganda apa yang telah dicuri daripada kami. Kami mengisytiharkan pemulihan hubungan, pemulihan pekerjaan dan kekayaan, pemulihan bagi anak-anak yang terhilang kepada Tuhan dengan semangat yang tiada tandingannya, pemulihan kesihatan dan semua yang musuh telah curi daripada kami, termasuk tahun-tahun yang di sia-siakan.
- Kerajaan
- Semangat rasuah, pembohongan, tamak dan nafsu akan kuasa telah mengalir masuk ke dalam kerajaan kita. Musuh telah mencapai zaman kegemilangannya dalam menimbulkan kemarahan dan kekecewaan di semua peringkat. Kami menyerukan pendedahan penuh kejahatan iblis di tempat-tempat tertinggi dalam kerajaan, seperti di seluruh tujuh gunung. Sebagai EkklesiaMu, pihak berkuasa kerajaanMu, kami mengambil kuasa ke atas setiap kubu kuat rasuah di negara kami. Kami perintahkan semua rasuah didedahkan dari tempat-tempat tersembunyi dan digulingkan. Kami mengisytiharkan bahawa sebagai ganti pembohongan yang dilakukan, SuaraMu dan KebenaranMu akan bergema dengan keberanian dan penuh nyaring, untuk membungkam suara musuh. Kami menuntut semula tanah yang telah hilang kepada musuh!! Kami mengejar kekayaan yang dicuri, dan menuntut semua itu dan banyak lagi dipulihkan sepenuhnya!!
- Kami juga menuntut pemulihan kebebasan dalam Kehakiman yang telah dicuri daripada negara kita. Semoga keadilan dan kebebasan kehakiman ditegakkan, dan kebenaran dan keadilan, asas-asas takhta Tuhan, dimanifestasikan di tanah kita!
PENGISYTIHARAN BAGI PEMIMPIN-PEMIMPIN ATAS TUJUH GUNUNG!!
Kami mengisytiharkan dan memutuskan, bahawa pemimpin yang diurapi, yang tidak berkompromi dan berani akan muncul di Malaysia dalam setiap bidang dari tujuh gunung budaya dan pengaruh, yang akan mempunyai hati dan agenda Bapa, yang akan memerintah dengan kebijaksanaan dan kuasa dan yang akan memulihkan perkara asas, membaiki kerosakan, memulihkan bandar dan negara kita. Kami mengisytiharkan bahawa semasa kami mengejar, tentera malaikat juga mengejar, membantu kami dalam segala hal (Mzm 35:6).
Kami menerima pemulihan seratus kali ganda dari segala yang dicuri musuh dari kami, dalam Nama Tuhan kita Yesus. (Ayub kehilangan semua tetapi pada akhirnya semuanya dikembalikan kepadanya berkali limpat)
Yeremia 1:12: Lalu berfirmanlah TUHAN kepadaku: Engkau telah melihat dengan baik, sebab Aku akan segera melaksanakan firman-Ku. Yoel 2:25-26: Dan Aku akan mengembalikan kepadamu tahun-tahun yang telah dimakan belalang, ulat, ulat, dan ulat kurma, tentara besar-Ku yang telah Kuutus ke tengah-tengah kamu. Dan kamu akan makan berlimpah-limpah dan kenyang, dan kamu akan memuji nama TUHAN, Allahmu, yang telah melakukan keajaiban kepada kamu, dan umat-Ku tidak akan mendapat malu untuk selama-lamanya.