DOA UNTUK PERISTIWA KRITIKAL
(Nota: Doa ini terbahagi kepada 2 bahagian: A. Pemulihan Ekonomi Negara, dan B. Pemulihan Pendidikan Negara. Jika anda mempunyai kekangan masa, sila pilih 1 bahagian sahaja untuk berdoa.)
Yeremia 29:7, 11-13
7 Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada Tuhan untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu. 11 Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,’ demikianlah firman Tuhan, ‘iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan. 12 Kamu akan berseru kepada-Ku, datang dan berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mendengar kamu. 13 Kamu akan mencari hadirat-Ku dan menemukan Aku apabila kamu mencari Aku dengan segenap hatimu. (AVB)
A. PEMULIHAN EKONOMI NEGARA
Pengenalan
Disebabkan kemerosotan besar dalam kegiatan perdagangan dan aliran pelaburan antarabangsa, wabak COVID-19 telah menjejaskan negara ekonomi terbuka seperti Malaysia terutamanya dengan teruk. Pemulihan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada keadaan ekonomi internasional, di mana aktiviti eksport dan pelaburan langsung asing (FDI) menjana pertumbuhan ekonomi domestik.
Pertumbuhan ekonomi internasional dijangka jatuh dengan aliran FDI global ke Asia menjunam sebanyak 45%. Prospek ekonomi yang pesimis ini mungkin akan meningkatkan persaingan antara negara-negara ASEAN untuk menarik FDI yang terhad. Bagaimanapun, berikutan kemerosotan yang bertambah teruk oleh sebab COVID dalam sector pembuatan, banyak syarikat multinasional (MNC) yang cuba mempelbagaikan rantaian bekalan mereka telah berpindah dari China.
Perkembangan ini merupakan satu peluang keemasan yang boleh memanfaatkan rantau ASEAN dari segi tarikan aliran FDI yang keluar dari negara China. Oleh itu, Malaysia harus mendorong perkembangan industri yang berpotensi untuk menarik MNC dan FDI – mewujudkan rangkaian yang baik di kalangan syarikat yang membekal bahan mentah untuk meningkatkan peluang untuk memperkembangkan ekonomi dan merangsang pemulihan jangka panjang.
Berdoa agar Malaysia akan:
- Meneruskan dasar untuk menarik syarikat multinasional (MNC) melalui pembangunan rangkaian industri domestik yang kukuh, dan bukannya melalui insentif pelaburan langsung.
- Mengenal pasti dan memupuk industri yang berpotensi untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dengan mewujudkan rangkaian yang baik di kalangan syarikat yang membekal bahan mentah dan menggunakan peluang ini untuk mewujudkan perkembangan ekonomi selanjutnya.
- Mengenal pasti peluang dalam industri pembuatan yang boleh menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk dijadikan pangkalan hab pembuatan serantau.
- Mengamalkan dasar fiskal yang memanfaatkan penduduk melalui penciptaan pekerjaan, pemindahan teknologi dan mewujudkan peluang bagi perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) untuk menggiatkan semula ekonomi dan menggalakkan pemulihan yang lebih menyeluruh dan berjangka panjang.
- Menyokong SMEs dalam peralihan daripada perkilangan yang berproduktiviti rendah, berintensif buruh kepada industru nilai tambah tinggi (highvalue-added) supaya boleh memberi perkhidmatan yang lebih menarik kepada MNC. Langkah ini boleh mengukuhkan pemulihan ekonomi domestic dengan menarik FDI serta menyalurkan manfaat yang lebih meluas kepada firma yang lebih kecil.
- Mewujudkan lanskap ekonomi yang sesuai seperti ketersediaan tenaga kerja mahir, ketersambungan digital seluruh negara, infrastruktur yang kukuh dan dasar pro-persaingan untuk menggalakkan pelaburan asing (FDI).
(Diadaptasi daripada Covid-19 Recovery Strategy: Malaysia as a Regional Manufacturing Hub)
B. PEMULIHAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pengenalan
Pada April 2021, Bank Pembangunan Asia melaporkan bahawa kebanyakan kanak-kanak mengalami kemunduran besar dari segi pendidikan akibat pandemik COVID-19. Malaysia merupakan salah satu negara yang mengalami kemunduran pembelajaran yang paling teruk di kalangan negara-negara Asia.
Kemunduran pembelajaran Malaysia:
- Melebihi kemunduran semua negara anggota ASEAN, kecuali Myanmar;
- Setanding dengan kemunduran di Bangladesh dan Nepal; dan
- Paling tinggi di antara negara yang membangun di Asia.
Kemiskinan pendidikan akan mempunyai implikasi yang besar sepanjang hayat, kanak-kanak dan juga kepada ekonomi Malaysia. Jika tindakan pantas dan radikal tidak diambil, ia akan menjadi semakin teruk. Di samping itu, wabak kesihatan mental di kalangan kanak-kanak, yang menjadi makin teruk kerana penutupan sekolah yang berpanjangan, memberi kesan yang ketara kepada pembelajaran, kualiti tenaga kerja masa depan kita dan produktiviti kita.
Pelan pemulihan pendidikan kebangsaan secara kecemasan sangat diperlukan untuk memulihkan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran. Berikut ialah implikasi utama yang boleh kita jangkakan, jika kita tidak bertindak dengan pantas, radikal dan menyeluruh:
- Dengan lebih daripada 40% anak-anak kita terjejas dengan kemunduran pembelajaran dalam tempoh dua tahun yang lalu, kita boleh menghadapi keadaan berikutnya ini untuk beberapa tahun yang akan datang:
- Kadar keguguran pendidikan awal yang lebih tinggi;
- Tenaga buruh yang kurang mahir;
- Kesan sirius terhadap produktiviti tenaga kerja jangka panjang;
- Kemelesetan ekonomi; dan
- Masalah sosial yang meningkat dan ketidakstabilan sosial yang semakin teruk.
- Jika kita tidak menyuntik pelaburan kritical ke dalam sektor prasekolah (termasuk kanak-kanak kurang upaya pembelajaran) dengan segara, krisis pendidikan yang berterusan akan terus berlarutan selama beberapa tahun, kerana ramai kanak-kanak tidak akan disediakan untuk menghadapi pendidikan Darjah 1 sekolah rendah. 25% (1,210) daripada semua perkhidmatan tadika dan kanak-kanak prasekolah telah ditutup sejak pandemic sehingga 31 Mac 2022.
- Pandemik kesihatan mental di kalangan kanak-kanak (akibat kehilangan sekolah, terkurung di rumah dan kehilangan interaksi sosial rakan sebaya) akan memberi kesan besar kepada keperluan kesihatan jangka panjang di negara ini. Kami jangka bahawa kadar pembunuhan diri yang lebih tinggi dan patologi kesihatan mental yang akan membebankan perkhidmatan kesihatan. Ini akan menghasilkan tenaga kerja yang kurang mantap.
Berdoa agar inisiatif utama berikut akan diambil oleh kerajaan kita:
- Lakukan penilaian pantas terhadap semua pelajar untuk memahami situasi dan status setiap kanak-kanak.
- Kenal pasti kanak-kanak yang risiko tinggi dan sekolah yang memerlukan lebih banyak sokongan, termasuk bantuan kewangan untuk membolehkan kanak-kanak daripada keluarga miskin kembali ke sekolah.
- Membekalkan guru sementara tambahan/sokongan, terutamanya dalam Darjah 1 dan 2 dan tahun peralihan, untuk membantu kanak-kanak yang belum bersedia untuk sekolah atau sedang bergelut untuk meneruskan.
- Memperuntukkan sokongan kewangan yang besar untuk memulihkan sektor prasekolah (tadika dan perkhidmatan intervensi awal kanak-kanak/ketidakupayaan pembelajaran untuk kanak-kanak) untuk mengelakkan krisis berlarutan.
- Kenal pasti dan hubungi janak-kanak yang tercicir supaya mereka akan kembali ke persekolahan atau latihan kemahiran vokasional dan pekerjaan.
- Berwaspada dan menangani keperluan kesihatan mental pelajar dengan mengenal pasti kanak-kanak yang terjejas dan menawarkan sokongan menggunakan profesional kesihatan mental dan persatuan.
- Tidak tinggalkan kanak-kanak berisiko tinggi dengan memberi lebih perhatian individu.
- Terus menggunakan beberapa cara pembelajaran digital untuk mengukuhkan pendidikan.
- Memberi guru-guru sokongan yang diperlukan untuk menangani cabaran ini.
- Memberi jaminan kepada ibu-bapa tentang keselamatan Covid-19 dalam bilik darjah.
- Doakan supaya ibu bapa untuk menyokong inisiatif sekolah untuk kejar balik progress pendidikan yang telah mundur akibat pandemic Covid-19
- Kementerian Pendidikan (KPM) boleh mendapatkan bantuan daripada ibu bapa, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan agensi lain untuk menyokong inisiatif tempatan.
(Diadaptasi daripada “A National Emergency – Our Children’s Learning Loss: A Path to Post-COVID-19 School Recovery in Malaysia”)