DOA UNTUK KEJADIAN KRITIKAL DI BANGSA KITA
Minggu ini, mahukah anda meluangkan masa, untuk berdiri setiap hari berdoa untuk:
- Putrajaya – untuk kebijaksanaan menangani wabak yang semakin teruk, kesihatan Perdana Menteri kita.
- Parlimen – untuk mengutamakan kesejahteraan semua, bersikap proaktif untuk menghentikan rasuah, menghentikan segala bentuk perkauman.
- Orang miskin & yang Memerlukan – untuk yang mengalami penderitaan dalam kemelut ekonomi sekarang, banyak upaya yang dilakukan oleh masyarakat untuk meringankan kesusahan dan beban mereka.
- Pastor, pekerja sepenuh masa, dan keluarga mereka – mereka memerlukan perlindungan khas pada musim ini.
Pandemik di seluruh dunia ini menunjukkan bahwa kita hidup di dunia ini bukan hanya memerlukan penyembuhan tetapi kita juga hidup pada masa di mana hati kita juga dalam ancaman bahaya. Namun Tuhan mempunyai jawapan bagi masalah yang menimpa dunia dan hati manusia. Pemulihan dariNya bermula saat jemaatNya berdoa sesuai 2 Tawarikh 7:14.
UmatKu yang di atasnya namaKu disebut
Bapa surgawi, kami berterima kasih padaMu bahwa kami adalah umat yang terpilih, imamat rajani, bangsa yang suci, umat kepunyaanMu, kerana ketika Engkau menutup langit sehingga tiada hujan, atau memerintah belalang untuk memakan hasil tanah atau mengirimkan wabak di antara umatMu, Engkau berjanji sekiranya kami, umat Mu, yang dipanggil atas namaMu, merendahkan diri dan berdoa dan mencari wajahMu dan berpaling dari jalan hidup kami yang jahat, kemudian Engkau akan mendengar dari sorga dan akan mengampuni dosa kami dan akan memulihkan tanah kami (2 Tawarikh 7:13-14).
Merendahkan diri mereka
Bapa, kami datang kepada Mu Tuhan dan berlutut dengan jiwa yang hancur dan hati yang remuk (Mazmur 51:17) dengan rendah hati mengakui bahwa kami telah berdosa terhadap Mu. Kami mahu berhenti bergantung pada kekuatan kami sendiri. Kami mahu bergantung sepenuhnya pada kekuatan Roh Mu dan pimpinan suaraMu. Tuhan, kami merendahkan diri dengan penuh penyerahan pada kehendakMu. Kami berserah kepadaMu dan memberi Engkau kawalan penuh atas kehidupan kami. Kami mengizinkan Engkau membentuk keinginan, kepercayaan, sikap dan tingkah laku kami sesuai dengan kehendakMu sehingga kami berubah menjadi seperti Kristus dan berjalan dalam ketaatan sepenuhnya kepadaMu. Engkau akan menghidupkan semangat orang yang rendah hati dan jiwa yang remuk (Yesaya 57:15) kerana Engkau menentang orang yang sombong tetapi memberi kasih karunia kepada yang rendah hati (Yakobus 4:6).
Dan berdoa
Tuhan Yesus, Engkau mengajar kami untuk selalu berdoa dan tidak hilang harapan atau berputus asa walaupun situasi kelihatan terdesak. Bantu kami untuk berterusan dan bertahan dalam doa tanpa henti walaupun bila keadaan sekeliling kami kelihatan tiada harapan kerana inilah kunci untuk mengekalkan kesetiaan dan mengejar kebangunan rohani. Bangunkan kami dari sikap selamba dan kuatkan roh dan fizikal kami sehingga kami dapat berjaga-jaga dan berdoa agar kami tidak jatuh ke dalam godaan. Roh Kudus bersyafaat bagi kami dengan rintihan yang tidak dapat dinyatakan oleh kata-kata tetapi Roh bersyafaat bagi orang kudus sesuai dengan kehendakMu. Marilah kita melangkah sehingga kita melahirkan tujuan-tujuanMu untuk tanah ini. Kami sangat memerlukan Engkau Tuhan untuk membangkitkan kami dengan mengisi kami dengan kehadiranMu dan kuasaMu dengan penuh kesegaran kerana kehadiranMu penuh dengan kegembiraan dan kesenangan selamanya.
Dan mencari wajahKu
Kami dipanggil untuk mencari wajahMu – untuk terlebih dahulu berhenti mencari pertolongan dan tujuan di pelbagai bidang bagi diri sendiri dan kehidupan. Gereja tidak dipanggil untuk mencari jalan dan pendapat dunia, atau dewan akademik atau politik atau rekaan sains. Kami dipanggil untuk mencari wajah Tuhan! Berilah kami hati yang terdesak dan lapar akan Engkau Tuhan, sehingga seperti Yakub kami sanggup membayar harga untuk tidak melepaskan peperangan dalam doa sehingga kami akan dibangkitkan dan gereja kami dipulihkan. Biarlah kami secara aktif mengejar Engkau siang dan malam kerana setiap orang yang lapar dan haus akan kebenaran akan dipuaskan (Matius 5:6). Bajaklah tanah yang keras dihati kami, kerana sekarang merupakan masa untuk kami mencari Engkau ya Tuhan, bahwa Engkau akan datang dan menyirami kami dengan kebenaran (Hosea 10:12). Tuhan saat kami mencari Engkau kami menemukan Engkau bila kami mencari Engkau dengan sepenuh hati kami. (Yeremia 29:13). Kemudian Engkau akan membimbing dengan berterusan, memberi kami air ketika kami kekeringan dan mengembalikan kekuatan kami. Kami akan menjadi seperti taman yang sentiasa diberikan air, seperti mata air yang sentiasa mengalir (Yesaya 58:11).
Dan berpaling dari jalan mereka yang jahat
Bapa, sekiranya aku telah membiarkan dosa dalam hatiku, pasti Tuhan tidak akan mendengar aku. (Mazmur 66:18) Saya tahu bahwa kebangunan rohani tidak akan terjadi dalam hidup ku sehingga saya berbalik dari jalan saya yang jahat (Bertaubat dari dosa yang ada). Kami bertaubat kerana memiliki bentuk kesalihan hidup tetapi menolak kuasaNya. Kami berpaling dari semua perkara yang mencemarkan kami atau menghalang doa kami. Kami berpaling dari kepercayaan bahwa kami tahu lebih baik dari Tuhan – mempercayai akal dan kebijaksanaan sendiri dari fikiran Kristus dan hikmat Roh. Kami berpaling dari ketidaksatuan dan perpecahan dalam tubuh daripada mengasihi orang lain seperti kita mengasihi diri kita sendiri.
Kami ingin kembali kepada Mu Tuhan, supaya Engkau kembali kepada kami. Saat kami merendahkan diri, berdoa dan mencari wajahMu dan berpaling dari jalan kami yang jahat, Engkau akan mendengar kami dari surga, mengampuni dosa kami dan memulihkan hidup, keluarga, gereja, komuniti dan negara. Tuhan bukakanlah langit dan biarkan ada pencurahan Roh KudusMu sehingga ada kebangkitan yang besar di tanah kami. Dalam nama Yesus saya berdoa.