DOA UNTUK KEJADIAN KRITIKAL DI BANGSA KITA – NEGERI SARAWAK

 

Isytiharkan Mazmur  93

1 TUHAN adalah Raja!  Ia berpakaian kemegahan,

TUHAN berpakaian, berikat pinggang kekuatan.   Sungguh, telah tegak dunia (Malaysia),  tidak bergoyang;

2 takhta-Mu tegak  sejak dahulu kala, dari kekal  Engkau ada.

3 Sungai-sungai telah mengangkat, ya TUHAN, sungai-sungai telah mengangkat suaranya,   sungai-sungai mengangkat bunyi hempasannya

4 Dari pada suara air yang besar, dari pada pecahan ombak  laut yang hebat, lebih hebat TUHAN di tempat tinggi.

5 Peraturan-Mu sangat teguh; bait-Mu layak kudus, ya TUHAN, untuk sepanjang masa.

 

A. UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI AKAN DILULUSKAN DI PARLIMEN SEKARANG

DOA:

Allah Maha Kuasa, kita memuji Engkau ya Tuhan.

Kiranya Engkau, ya Tuhan, ditinggikan atas Malaysia

Tekukkanlah langit-Mu  dan turunlah;

Ulurkanlah tangan-Mu dari tempat tinggi,

bebaskanlah kita di Malaysia  dan lepaskanlah  kita  dari banjir,  dari tangan orang-orang fasik,

yang mulutnya mengucapkan tipu  dan yang tangan kanannya  adalah tangan kanan dusta (Maz 144: 5-8)

Kita isytiharkan sekarang undang-undang anti lompat parti akan berjaya diluluskan dengan majoriti besar supaya tangan dusta dipatahkan daripada tanah kita.

Dalam nama Yesus kita berdoa amen.

 

B. PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

DOA:

Tuhan, kami memuji nama kudus-Mu. Engkau, ya Tuhan, adalah Raja selama-lamanya! Undang- undang diraja-Mu tidak boleh diubah. Pemerintahan-Mu, ya Tuhan, adalah kudus.  Engkau berpakaian kemegahan, berikat pinggang kekuatan. Tuhan, hari ini, kami isytiharkan Engkaulah yang telah menciptakan tanah Sarawak, hutan-rimba besarnya, sungai-sungai dan gunung-gunung tingginya, burung enggang dan banyaknya suku-suku pribumi serta bangsa dengan warisan terkaya  – semuanya kepunyaan-Mu.

Melalui Engkau, tanah dan bangsa Sarawak berdiri teguh dan tidak boleh digoyah.

Jadi, ya Allah Maha Perkasa, kami datang mengadap di waktu kritikal ini untuk memohon supaya Tanah Sarawak akan senantiasa dibawah Pemerintahan Kudus-Mu.  Kami minta Sarawak tidak akan diserahkan kepada kuasa-kuasa kegelapan dan kejahatan sama sekali . Tolonglah kami untuk mengambil posisi kita sekarang mendirikan tembok atas pihak tanah ini.  Kiranya rencana yang didekrikan-Mu untuk Sarawak digenapi hari ini.  Kiranya semua bangsanya dari setiap bahasa dan suku bangkit kedalam destini penuh mereka supaya cahaya Sarawak akan bersinar lebih dan bertambah  terang , membawa kemuliaan kepada Yesus, Tuhan dan Raja kami.

Dalam nama Yesus kami berdoa, amen.

DOA UNTUK PROSES PILIHANRAYA 

  • Suruhanjaya Pilihanraya Negeri
    • Doa bagi Suruhanjaya Pilihanraya Negeri untuk melaksanakan pilihanraya yang saksama, adil, bersih dan lancer.
    • Doa untuk penguatkuasaan panduan SOP lengkap yang akan mencegah penularan virus kovid19.
  • Para Pengundi
    • Doa bagi pengundi supaya mempunyai hikmat dan pengertian saleh untuk mengundi calun-calun yang takut akan Tuhan, benar dan cekap (tanpa mempedulikan afiliasi parti, bangsa atau agama), yang akan menjaga kesejahteraan orang-orang dan pembangunan negeri Sarawak dengan tulus hati.
    • Doa bagi penduduk-penduduk desa supaya tidak ditipu oleh propaganda palsu dan keuntungan kewangan. Doa supaya semua akan mengundi dengan takut akan Allah, integriti dan hati nurani.
    • Doa untuk ramai pengundi keluar mengundi supaya kerajaan yang terpilih betul-betul mewakili pilihan dan kehendak rakyat.
  • Calon-calon
    • Doa supaya calon-calon yang berhati curang, melayani diri, penuh dusta, bersifat memecah-belah dan tidak saleh tidak akan diundi ke dalam kerajaan.
    • Doa supaya lelaki dan perempuan yang jujur akan bangkit dipilih sebagai calun dan Tuhan akan menegakkan mereka dan tiada roh-roh jahat dan penipu dapat menghentikan mereka yang Tuhan telah tahbiskan.

DOA UNTUK ATMOSFERA ROHANIAH ATAS SARAWAK

  • Bertaubat bahawa dalam kejahilan dan kepuasan hati, kita tidak awas membangunkan mezbah doa di tanah Sarawak. Ini telah membenarkan kuasa-kuasa kegelapan masuk dan mengambil kawalan.
  • Doa supaya Tuhan akan memakai pilihanraya ini untuk membangkitkan orang percaya di Sarawak agar mengambil posisi berdoa kuat di seluruh tanah.
  • Doa supaya roh penyembahan dan doa yang hebat membasahkan setiap rumah panjang, kampong dan kota untuk menentang roh penenung.
  • Doa untuk semua anak2 Tuhan daripada setiap suku datang bersama berdoa supaya Tuhan perintahkan berkat dan mengutus bala tentera syurga mengambil-alih kawalan alam rohaniah atas Sarawak.

DOA UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA ORANG SARAWAK

  • Doa supaya kebebasan keagamaan tidak akan di rampas sama sekali
  • supaya kerajaan negeri baru tidak akan menyerah hak kebebasan keagamaan untuk semua rakyat Sarawak. Doa supaya mereka akan mempertahankan kebajikan dan hak semua orang Sarawak.
  • Doa untuk kemajuan ekonomik yang besar bagi semua bangsa dan suku
  • supaya kerajaan yang dipilihundi akan mencipta polisi-polisi untuk memajukan pembangunan dan memperbaiki ekonomi negeri dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
  • Doa untuk dikuasakan pengagihan kekayaan seimbang
  • Doa untuk kemajuan hidup rakyat terutama mereka yang miskin dan yang tinggal di daerah perkampungan.
  • Doa untuk infra struktur yang baik bagi seluruh Sarawak
  • Pembiayaan dan peralatan hospital umum
  • Peningkatan hubungan internet di seluruh Sarawak yang akan mengimpak tahap hidup dan pendidikan Sarawak.
  • Doa untuk hikmat mengawal kovid19 semasa pilihanraya ini
  • Bagi Jabatan Kesihatan Negeri supaya mewujudkan cara-cara mengawal pandemik kovid19 dan mengurangkan kes tenat ICU atau kematian untuk transisi ke dalam fasa endemik dengan jayanya agar semua sektor daripada perniagaan, kilang dan sekolah boleh terus buka dengan selamat tanpa risiko kesihatan kepada kanak-kanak dan yang mudah diserang.

DOA:

Tuhan, hari ini kami isytiharkan Engkau sahaja yang meninggikan seorang manusia. Allah adalah Hakim: direndahkan-Nya yang satu dan ditinggikan-Nya yang lain. Hari ini kami memohon Engkau hancurkan tanduk-tanduk orang-orang fasik, tetapi biar tanduk-tanduk orang benar ditinggikan. (Maz 75:7-10)

Dalam nama Yesus, kami berdoa Amin.

 

Log masuk