Doa Kritikal untuk Negara – Doa untuk Gereja Malaysia pada tahun 2022

Pada Jan 2022 kita telah isytiharkan bahawa Gereja Tuhan di Malaysia bangkit untuk memenuhi takdir yang telah Tuhan berikan kepada nya. Kita dapat rasa bahawa masa telah tiba untuk Malaysia:

  • Menerima belas kasihan, nikmat dan berkat Tuhan (Mazmur 102:13)
  • Masa Malaysia untuk permulaan baru
  • Bersehaluan (sejajar) dengan Allah Bapa dan antara satu sama lain

 

Bacaan Firman Mazmur 110

Mazmur Daud.1ATuhan berfirman kepada Tuanku:

“Duduklah di sebelah kanan-Ku

sehingga Kujadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.”

2Tuhan akan menghantar tongkat kekuatan-Mu dari Sion;

memerintahlah di tengah-tengah musuh-Mu.

3Kaum-Mu akan bekerja sukarela pada masa Engkau berkuasa.

Dalam keindahan kesucian dari fajar pagi,

Engkau memiliki kesegaran embun usia muda-Mu.

4BTuhan telah bersumpah dan tidak akan mungkir:

“Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya,

menurut peraturan Melkisedek.”

5Tuhan di sebelah kanan-Mu;

Dia akan membunuh raja-raja ketika Dia murka.

6Dia akan menghakimi dalam kalangan bangsa-bangsa,

Dia akan memenuhi serata tempat dengan mayat, Dia akan memusnahkan pemerintah banyak negeri.

7Dia akan minum air sungai di tepi jalan;

maka Dia akan mengangkat kepala.

 

Bulan Febuari adalah bulan kedua 2022. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada tahun 2022 tetapi kita dapat rasakan ia bukan masa untuk berehat tetapi masa untuk membuat persiapan yang besar. Oleh itu, apabila kita renungkan Mazmur 110, kita dapat rasakan inilah yang akan Tuhan lakukan pada musim ini. Inilah masanya bila Tuhan mencari seseorang hamba dan tentera yang sudi dan bersiap sedia untuk hari pertempuran.

 

Ada 3 perkara yang kita rasa dipimpin untuk minta dari Tuhan bagi gereja di Malaysia –

  • Roh Bersiap Sedia
  • Roh Daya Tahan
  • Roh bergantung kepada Tuhan untuk menyediakan kita untuk 2022

 

Mari kita berdoa bukan untuk diri kita sahaja tetapi juga untuk:

  • semua yang mendirikan tembok doa berapi untuk negeri kita
  • gembala dan penjaga pintu gerbang negeri kita
  • penjaga (watchmen), pendoa syafaat dan pemuji/penyembah Tuhan
  • bapa-bapa dan ketua rohani negeri kita
  • semua yang Tuhan telah letakkan dalam kedudukan autoriti di tempat kerja untuk menentang ketidakadilan dan kejahatan

 

DOA

  • ROH BERSIAP SEDIA untuk musim ini.
  • Kami berdoa dan meminta roh bersiap sedia untuk patuh kepada pimpinan Roh Kudus. Kami doa hilangkan kekerasan hati kami supaya kami tidak akan ditipu dan jatuh kedalam perbuatan lama kami yang mengutamakan kehendak sendiri dan menyebabkan kami terlepas dari masa pergerakan Tuhan (1 Petrus 1:13).
  • Tuhan kami berdoa dan meminta roh berwaspada supaya kami mempunyai kesungguhan didalam pemahaman kami (1 Petrus 4:7). Kami berdoa supaya diberi roh kebijaksanaan dan pemahaman untuk menjauhkan kami dari buta rohani yang menghalang kami dari melakukan kerja Tuhan.
  • Tuhan kami berdoa untuk bapa-bapa rohani dan pemimpin kami mempunyai kewaspadaan rohani yang kuat di dalam hati mereka supaya mereka mampu memanggil ekklesia di setiap negeri di Malaysia untuk bertindak. Kami berdoa agar kami semua akan bersehaluan supaya kami berupaya untuk menyahut panggilan Tuhan dan menggunakan kemahiran pemberian Tuhan pada musim ini.
  • Tuhan kami meminta roh bersiap sedia untuk memberi jawapan kepada semua yang bertanya tentang harapan yang kami ada dalam Tuhan. Bantu kami memberi jawapan dengan kelembutan dan hormat serta hati nurani yang bersih supaya mereka yang bercakap jahat terhadap perbuatan baik kami dalam Yesus akan malu dalam fitnah mereka (1 Petrus 3:15-16).

 

  • ROH DAYA TAHAN untuk perjalanan jarak jauh.

( Doa dan namakan mereka yang dipanggil Tuhan untuk menyembah di tempat kerja supaya mereka boleh mempengaruhi orang disekeliling mereka terutamanya golongan yang dalam keadaan yang sukar)

  • Daya Tahan untuk mereka yang menentang ketidakadilan.

Tuhan kami memuji Engkau kerana Englaulah yang telah menaikkan ramai orang di dalam bangsa kami untuk melakukan setiap kehendak dan agenda kerajaan Tuhan. Perkuatkan tangan-tangan setiap lelaki dan wanita yang menentang ketidakadilan dan berikan mereka daya tahan untuk menghadapi cabaran-cabaran dan terus berdiri teguh dalam iman mereka dalam menghadapi tentangan.

  • Daya Tahan Gereja untuk terus melakukan kerja baik

Tuhan kami memuji Engkau kerana mendirikan gereja di negara kami untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan bantuan. Semoga kami tidak penat dan lelah dalam berbuat baik kerana dalam masa yang sesuai kami akan menuaikan hasil (Galatia 6:9)

  • Daya Tahan dalan doa.

Tuhan kami tahu Engkaulah yang telah meletakkan kami di sini untuk mendirikan tembok doa sebagai penjaga yang akan bertahan di dalam doa di siang hari mahupun malam sehingga kami lihat pekerjaan Engkau di Malaysia selesai (Yesaya 62:6-7). Semoga kami tidak menjadi lelah dalam berdoa dan menaikkan tangan kami semasa dipimpin oleh Engkau.

 

  • ROH BERGANTUNG hanya kepada Tuhan.
  • Tuhan kami berdoa dan bergantung kepada pimpinan, kebijaksanaan, bimbingan Roh Kudus. Semoga kami berhati-hati mendengar suara Dia dan tidak maju kehadapan tanpa Tuhan, kerana tanpa Tuhan kami tidak boleh berbuat apa-apa.
  • Tuhan kami berdoa untuk mempunyai pergantungan sepenuhnya di dalam kuasa dan kerja yang siap di kayu salib supaya hanya kuasa kayu salib yang membawa kesembuhan, perdamaian dan keselamatan yang dimuliakan.
  • Tuhan kami bergantung pada kasih Engkau terhadap kami (1 Yohanes 4:16). Kami tahu setiap pekerjaan Engkau dilakukan daripada kasih. Semoga kami tidak akan berputus asa terhadap semua rancangan Tuhan untuk kami yang baik dan tidak jahat, yang memberi kami pengharapan dan masa depan yang baik. Semoga kami and terus tabah dan terus berlimpah ruah dalam perkerjaan Tuhan ketika kita melihat hari Tuhan mendekat.

Dalam nama Yesus yang berkuasa kami berdoa, Amen.