DOA BAGI MINGGU 25-29 – PANGGILAN UNTUK BERTINDAK
Panggilan untuk Bertindak: Doa Kumpulan Kecil – Berdoa bersepakat
Dalam doa dan puasa 40 hari ini, kami menggalakkan semua untuk berkumpul dalam kumpulan kecil 2 atau 3 orang di kalangan sel/gereja/jaringan doa/kumpulan gembala supaya bersatu dan berdoa secara online atau telefon sekurang-kurangnya 1 jam seminggu demi negara kita yang dibelenggu pandemik dan krisis politik.
Kisah Para Rasul 1:14-15 (BM)
“……mereka sering berkumpul dan berdoa bersama-sama”
- Bawa kehadapan Tuhan keadaan politik semasa negara kita (doakan Mazmur 75 keatas Malaysia).
- Terus mencari wajah Tuhan dalam menghadapi pandemic (Matius 5:14-16).
Sertai kami mendoakan Crest Quarantine Center dan Pusat Panggilan (C.A.R.E Lifeline) yang dibentuk sebagai respon gereja terhadap pandemik sekarang.
PERMOHONAN DOA ISTIMEWA
- Kami ingin mengajak anda untuk bersama kami untuk BERDOA BAGI PUSAT KUARANTIN CREST bagi golongan B40 di Travel Lodge City Centre, Kuala Lumpur.
Secara luarbiasa CREST baru diberikan kebenaran untuk mengendalikan pusat kuarantin bagi tahap 1 dan 2 pada minggu ini. Kita percaya bahwa projek ini milik Tuhan dan boleh membuka jalan untuk lebih banyak pusat seperti yang disebut diatas dibuka di Malaysia.
- Marilah kita berdoa agar kehadiran Roh Kudus yang luarbiasa akan memenuhi seluruh pusat ini supaya setiap orang yang tinggal di sana akan mengalami pertemuan dengan Tuhan.
- Berdoa bagi kesembuhan luarbiasa dan suasana damai dan kasih melingkupi semua pesakit dan pekerja di sana.
- Berdoa bagi semua ahli perubatan dan bukan perubatan yang menjadi sukarelawan agar dilindungi sepenuhnya oleh darah Kristus dari setiap jangkitan. (Doa Mazmur 91 atas semua sukarelawan)
- Berdoa untuk hikmat bagi kumpulan CREST semasa mereka bekerjasama dengan KKM, CAC dan pihak berkuasa kerajaan yang lain.
- Berdoa bagi seluruh keperluan kewangan dan penambahan sukarelawan ahli perubatan dan ahli bukan perubatan.
- BERDOA BAGI PUSAT PANGGILAN KVPF (C.A.R.E. Lifeline)
Pusat panggilan ini telah ditubuhkan oleh gereja-gereja di sekitar Lembah Klang untuk masyarakat umum terutamanya dari komuniti yang terpinggir di Lembah Klang.
- Berdoa bagi semua sukarelawan agar dipimpin oleh Roh Tuhan semasa mereka melayani orang yang takut, cemas dan mereka yang memerlukan kewangan dan pertolongan fizikal melalui telefon.
- Mari kita berdoa agar ada Roh anugerah yang luarbiasa dan perkenanan dari Tuhan sehingga mereka akan mengalami kesembuhan, pembebasan dari penindasan dan kemurungan dan terjadi keselamatan atas jiwa (Mari kita doakan Yesaya 61:1-3).
- Berdoa bagi hikmat dalam pengurusan atas pusat panggilan kerana ianya dikendalikan sepenuhnya oleh para sukarelawan. Berdoa agar mereka akan mengalami pengalaman sukacita Tuhan dan tidak akan dikuasai dengan keletihan semasa mereka melayani.