DOA BAGI MINGGU 23 & 24 – PANGGILAN UNTUK BERTINDAK: 21 HARI BERDOA DAN MELINDUNGI

(2 – 15 Ogos 2021)

 

Dari 19 Julai – 9 Ogos, kami mengalakkan anda untuk  bergabung dalam kumpulan kecil 2-3 orang atau bersama ahli sel/gereja/jaringan pendoa/persekutuan pastor anda untuk berdoa dan melindungi antara satu sama lain sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu (melalui alam maya atau melalui telefon).

Kisah Para Rasul 1:14-15 (BM)

“……mereka sering berkumpul dan berdoa bersama-sama”

Minggu ini, kita ada 2 PERMOHONAN DOA ISTIMEWA

  1. Kami ingin mengajak anda untuk bersama kami untuk BERDOA BAGI PUSAT KUARANTIN CREST bagi golongan B40 dan golongan pelarian di Travel Lodge City Centre, Kuala Lumpur.

Secara luarbiasa CREST baru diberikan kebenaran untuk mengendalikan pusat kuarantin bagi tahap 1 dan 2 pada minggu ini. Kita percaya bahwa projek ini milik Tuhan dan boleh membuka jalan untuk lebih banyak pusat seperti yang disebut diatas dibuka di Malaysia.

  • Marilah kita berdoa agar kehadiran Roh Kudus yang luarbiasa akan memenuhi seluruh pusat ini supaya setiap orang yang tinggal di sana akan mengalami pertemuan dengan Tuhan.
  • Berdoa bagi kesembuhan luarbiasa dan suasana damai dan kasih melingkupi semua pesakit dan pekerja di sana.
  • Berdoa bagi semua ahli perubatan dan bukan perubatan yang menjadi sukarelawan agar dilindungi sepenuhnya oleh darah Kristus dari setiap jangkitan. (Doa Mazmur 91 atas semua sukarelawan)
  • Berdoa untuk hikmat bagi kumpulan CREST semasa mereka bekerjasama dengan KKM, CAC dan pihak berkuasa kerajaan yang lain.
  • Berdoa bagi seluruh keperluan kewangan dan lebih ramai ahli perubatan yang menjadi sukarelawan.

 

 

  1. BERDOA BAGI PUSAT PANGGILAN KVPF (C.A.R.E).

Pusat panggilan ini telah ditubuhkan oleh gereja-gereja di sekitar Lembah Klang untuk masyarakat umum terutamanya dari komuniti yang terpinggir di Lembah Klang.

  • Berdoa bagi semua sukarelawan agar dipimpin oleh Roh Tuhan semasa mereka melayani orang yang takut, cemas dan mereka yang memerlukan kewangan dan pertolongan fizikal melalui telefon.
  • Mari kita berdoa agar ada Roh anugerah yang luarbiasa dan perkenanan dari Tuhan sehingga mereka akan mengalami kesembuhan, pembebasan dari penindasan dan kemurungan dan terjadi keselamatan atas jiwa (Mari kita doakan Yesaya 61:1-3).
  • Berdoa bagi hikmat dalam pengurusan atas pusat panggilan kerana ianya dikendalikan sepenuhnya oleh para sukarelawan. Berdoa agar mereka akan mengalami pengalaman sukacita Tuhan dan tidak akan dikuasai dengan keletihan semasa mereka melayani.

 

Log masuk