DOA BAGI MINGGU 18-20 – BERDIRI BERSATU DALAM DOA BAGI MALAYSIA

(28 Jun – 18 Julai 2021)

 

Yehezkiel 22:30 (TB)

30 “Aku mencari di tengah-tengah mereka seorang yang hendak mendirikan tembok atau yang mempertahankan negeri itu di hadapan-Ku, supaya jangan Kumusnahkan, tetapi Aku tidak menemuinya.

Tuhan yang Maha Kuasa dan Tuhan yang Berdaulat atas Malaysia, Bapa Tuhan kami Yesus Kristus, Kami datang di hadapanMu pada hari ini sebagai umatMu; Kami datang dengan penyesalan dan hati yang bertaubat:

  • Kami bertaubat atas dosa kami dan dosa pemimpin atas negara kami.
  • Bila masa kami menggunakan politik dengan diskriminasi kaum & ekstremisme agama, ketidakbenaran dan ketidakadilan.
  • Bila masa kami membenarkan rasuah berleluasa mengambil alih dalam kerajaan.
  • Bila masa kami membenarkan roh kami bersikap tidak peduli, mengeraskan hati atau berputus asa kerana keadaan di tanah kami.

Kami juga membuka pintu bagi roh ketakutan, mistik dan tradisi animism di tanah kami. Ketidakadilan memasuki tanah kami dan kami telah menjadi tumpuan utama bagi pemerdagangan manusia secara global.

  • Kami bertaubat atas dosa terdalam bagi negara kami kerana dosa adalah celaan bagi MU dan kutukan atas tanah kami.
  • Ampuni kami bagi dosa pelanggaran dari badan/peribadi penguasa dan badan/peribadi yang tertinggal. Kami berseru akan pengampunan kepada Mu hari ini.
  • Selimuti kami dengan darah anak-Mu Yesus dan ampunilah kami!
  • Biarlah kasih karunia dan rahmat mengalir atas seluruh hidup kami dan menyembuhkan kami.
  • Tebuslah, Perbaharuilah dan Bangkitkanlah kami kembali! Pulihkanlah tanah kami! Hanya Engkaulah harapan kami.
  • Tanpa Engkau ya Tuhan, kami tidak memiliki apa-apa dan tidak ada yang dapat kami lakukan.

 

  • Biarlah darah Yesus mengalir pada hari ini untuk membatalkan setiap kutukkan, setiap roh sihir di tempat yang tinggi.
  • Kami memerintahkan darah Yesus akan mematahkan setiap kuasa kegelapan yang menguasai tanah kita.
  • Kami memerintahkan darah Yesus akan membongkar dan memusnahkan rasuah, ketidakadilan dan penipuan di tempat yang tinggi dalam kerajaan kita.
  • Kami memerintahkan roh Mu akan sesungguhnya menyatukan kami sebagai SATU gereja yang beriman, dengan hati dan suara yang sama, visi yang sama bagi tanah kami.
  • Kami memerintahkan bahwa Engkau akan membangkitkan pemimpin penuh iman dari generasi baru yang akan mendengar suaraMu, yang dipenuhi oleh Roh Kudus, yang menurut hatiMu, untuk memimpin kami.

 

  • Biarlah kebangunan rohani turun!
  • Kami memerintahkan agar kebangunan rohani akan datang ke tanah kami & ke gereja kami di kedua belah Timur dan Barat Malaysia: akan terjadi pertobatan, keselamatan, tanda-tanda dan mujizat-mujizat, jiwa-jiwa berpaling kepadaMu, sukacita, iman dan kasih di dalam GerejaMu!
  • Kami memerintahkan agar tanah ini akan dipenuhi dengan pengetahuan akan kemuliaan Tuhan seperti air yang meliputi lautan.
  • Kami memerintahkan agar kemuliaan Mu akan memenuhi negara kami sehingga nama Yesus akan diangkat tinggi atas tanah kami, sehingga malu kami akan dipadamkan, negara kami akan Makmur, pemulihan kaum akan mengambil tempat, pemimpin yang benar dan adil akan bangkit di tanah kami.
  • Kami memerintahkan agar gereja Mu akan bertumbuh kuat untuk berdiri teguh dalam kesusahan dan penganiaan dan tidak akan takut tetapi berdiri teguh dalam iman kerana kita melebihi dari semua penguasa melalui Kristus yang mengasihi kita.
  • Kami memerintahkan agar ada roh bersyafaat berdoa, memuji menyembah & ucapan syukur dan iman dalam gereja Mu.
  • Kami memerintahkan agar tiada, sesungguhnya tiada yang dapat mengatasi tujuanMu dan gerejaMu atas tanah ini.

Kami mengisytiharkan bahwa ENGKAULAH kerajaan, Kuasa dan Kemuliaan selama-lamanya. Amen!

 

Log masuk