DOA BAGI MINGGU 15 & 16 – PEMULIHAN ATAS PERINTAH ILAHI DI DALAM KELUARGA (BAHAGIAN 2: PEMBAPAAN)
(7 – 20 Jun 2021)
Tuhan, melalui FirmanMu, Engkau berkata:-
3 Sesungguhnya, anak-anak lelaki adalah milik pusaka dari pada TUHAN,
dan buah kandungan adalah suatu upah
4 Seperti anak-anak panah di tangan pahlawan,
demikianlah anak-anak pada masa muda
5 Berbahagialah orang yang telah membuat penuh
tabung panahnya dengan semuanya itu.
Ia tidak akan mendapat malu, apabila ia berbicara
dengan musuh-musuh di pintu gerbang. (Mazmur 127:3-5 TB)
Tuhan yang mahakuasa, kami berterima kasih atas berkatMu, memberi kami anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, termasuklah anak rohani, sebagai waris dan warisan kami.
Kami mengakui kegagalan kami untuk melatih anak-anak kami untuk mengasihi dan menghormati Engkau lebih dari segala sesuatu. Kami telah menerapkan impian dan harapan kami sendiri atas anak-anak kami, sambil kami mendedahkan diri kami dan anak-anak kami kepada gaya dan budaya dunia ini, kepada ukuran dan nilai dunia ini, dan juga kepada hikmat dan falsafah dunia ini. Kami telah membenarkan dunia ini untuk menyatakan kejayaan dan kemakmuran yang dunia mahukan daripada membawa mereka kepada FirmanMu, jalanMu, fikiranMu, dalam menyatakan makna kejayaan dan kemakmuran mengikut Engkau. Kami bertaubat, Ampuni kami Tuhan.
Bagi pihak anak-anak kami dan sebagai bapa dan ibu, kami berdiri bersama seperti Ayub melakukannya bagi anak-anaknya setiap hari (Ayub 1:5), untuk memohon akan belas kasihan dan pengampunan bagi anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kami dan termasuk kami sendiri telah berdosa dan menentang Engkau tanpa kami sedari, mendedahkan diri kami kepada dosa dan ketidakadilan.
Sebagai ibubapa, kami memohon akan darah Yesus untuk membersihkan dan menyucikan setiap anak-anak kami, membawa mereka kembali dari tipu muslihat kerajaan kegelapan dunia ini kepada kerajaanMu yang indahnya terang. Melalui FirmanMu Engkau berkata:
“Sungguh, beginilah firman TUHAN:
“Tawanan pahlawan pun dapat direbut kembali,dan jarahan orang gagah dapat lolos,
sebab Aku sendiri akan melawan orang yang melawan engkau
dan Aku sendiri akan menyelamatkan anak-anakmu.” (Yesaya 49:25 TB)
Kami berterima kasih Tuhan, Engkau telah mempertahankan dan memperjuangkan tujuan kami; selamatkanlah dan bawalah anak-anak kami keluar dari pengaruh dan tipu muslihat kerajaan kegelapan.
Sebagai ibubapa, kami mahu untuk kembali mendedikasikan diri kami:
- Menjadi ibubapa yang mengasihi Tuhan dan hidup takut akan Tuhan dan menjadi pengurus yang baik bagi anak-anak yang Engkau telah percayakan bagi kami.
- Untuk menyelaraskan kembali diri kami kepada panggilanMu atas hidup kami dengan melakukan peranan kami sebagai bapa dan ibu kepada generasi seterusnya. Untuk menolong mereka untuk mengenal akan karunia dan bakat mereka, untuk membangun mereka dan tidak menjatuhkan mereka, untuk mengalakkan dan melepaskan mereka ke dalam rencanaMu yang sempurna.
- Untuk menjadi contoh kepada mereka akan iman, kasih dan ketekunan dalam hidup sehingga generasi akan menyaksikan kasihMu dan kesetiaanMu kepada generasi seterusnya.
- Bilamana kami gagal Tuhan, kami berterima kasih Tuhan kerana dengan belas kasihan dan kasih karuniaMu, Engkau telah membapakan anak-anak kami untuk berjalan menuju destinasi dan panggilan Mu dalam hidup mereka.
Dalam nama Yesus kami memohon dan berterima kasih kepadaMu dan memujiMu. Amen.