Doa Pengudusan
Minggu 1 (1-7 Mac)
TUHAN Mahakusa dan Bapa syurgawi kita, kami bersyukur kepada Engkau yang telah memanggil kami keluar dari kegelapan kepada terang-Mu yang ajaib dan telah melepaskan kami dari kuasa kegelapan dan memindahkan kami ke dalam Kerajaan Anak-Mu. Hari ini Engkau telah membuat kami menjadi suatu kerajaan, menjadi imam-imam melalui Tuhan kita Yesus Kristus untuk melayani Allah dan Bapa kita (Wahyu 1:6)
Tatkala saya datang mengadap Engkau sebagai sebahagian daripada Tembok Api Bersatu Malaysia, pertamanya saya mahu menguduskan diri peribadi supaya diasingkan dalam hati, akal budi dan kehendak untuk membina Tembok ini. Seperti di hari Yosua, kami tidak mengetahui jalan yang harus kami tempuh (Yosua 3:4), maka kami mahu menetapkan hati kami dengan betul, memulakan perjalanan ini dengan mengasingkan tiga minggu untuk menguduskan diri kami, dalam harapan janji Yosua 3:5 bahawa ” besok Tuhan akan melakukan perbuatan yang ajaib di antara kami.”
Engkau telah memberitahu kami dalam 2 Taw 7:14 untuk datang kepada – Mu, merendahkan diri dalam berdoa dan mencari wajah-Mu, lalu berbalik dari jalan-jalan kami yang jahat, maka Engkau akan mendengar doa kami, dan mengampuni dosa kami, serta memulihkan negeri kami. Jadi kami datang merendahkan diri untuk menguduskan masa, tubuh, hati, akal budi dan kehendak kami.
- Pengudusan Masa
Saya akan mengasingkan slot masa ini untuk datang berdoa di hadapan-Mu (… nyatakan masanya)Tuhan, saya datang ke takhta kasih karunia-Mu, saya berterima kasih untuk belas kasihan dan anugerah-Mu yang menolong aku supaya setia kepada panggilan ini. Semoga Engkau menolong kita semua (termasuk saudara- saudari seiman saya) yang telah komitkan untuk berdoa atas Tembok ini supaya dipatahkan roh lelap dari Pengantin Kristus di Malaysia.
- Pengudusan Hati dan Kehendak
Baca Maz 51, dan undang Roh Kudus untuk jadikan hati kita tahir.Firman-Mu memberitahu kami hati manusia licik, lebih licik daripada segala sesuatu dan sudah membatu, sehingga tiada yang dapat mengetahuinya. (Yeremia 17:9-10)Oleh itu, dari permulaan membina Tembok Api ini untuk Malaysia , saya minta Engkau selidiki hati saya dan dedahkan apa2 agenda tersembunyi, motif kotor, penipuan diri, dan penyangkalan yang menyorok dalam diri saya, supaya musuh tidak mendapat tempat berpijak dalam hidup saya. Saya mengalu2kan Roh Kudus menyabitkan saya supaya saya akan bertaubat dan menghasilkan buah yang sesuai dengan pertaubatan. Saya berterima kasih kepada Engkau, Tuhan Yesus bahawa firman-Mu mengatakan jika saya mengaku dosa saya, maka Engkau adalah setia dan adil, sehingga Engkau akan mengampuni segala dosa saya dan menyucikan saya dari segala kejahatan. Terima kasih untuk darah-Mu yang telah menebus bukan sahaja dosa saya tetapi dosa seluruh dunia. Terima kasih demikianlah sekarang tidak ada penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus Yesus. (1 Yoh 1:8-10, 2:2, Roma 8:1)
- Pengudusan Akal Budi
Buat keputusan untu membaca sekurang2nya 1-5 bab Al-kitab setiap hari. Setiap kali tatkala kamu membaca, renungia) Siapanya Allah?
b) Kenapa Allah hebat dan patut ditakuti?
c) Bagaimanakah ini mempengaruhi hidup kamu?
Allah yang Maha Kuasa, Engkau telah memberikan kami Firman – Mu untuk memperbaharui akal budi kami supaya kami jangan jadi serupa dunia ini tetapi ditransformasikan oleh akal budi pemikiran baru yang mencari jalan-Mu (Roma 12:1-3). Apabila saya membaca firman-Mu setiap hari, saya berdoa semoga kasih saya makin melimpah dalam pengetahuan yang benar dan dalam segala macam pengertian, sehingga saya dapat memilih apa yang baik, supaya saya suci dan tak bercacat menjelang hari Kristus, penuh dengan buah kebenaran yang dikerjakan oleh Yesus Kristus untuk memuliakan dan memuji Allah. (Filipi 1:9-11)
Allah Maha Kuasa, saya mengucap syukur Engkau menjemput saya ke dalam musim doa ini.
Kiranya tubuh Kristus menjadi terang yang bercahaya seperti bintang-bintang di dunia yang gelap dan telah sesat. Apabila kita keluar membawa injil, kiranya Engkau Tuhan turut bekerja dan meneguhkan firman-Mu dengan tanda-tanda ajaib dan mukjizat menyertainya, supaya sesungguhnya kemegahan tubuh Kristus yang kemudian akan melebihi kemegahan yang semula di negara ini.
Semoga negara kita yang tidak layak berada di bawah belas kasihan dan kasih karunia-Mu untuk penyelamatan jiwa-jiwa. Kiranya Engkau memalingkan wajah-Mu kepada kami, Tuhan, untuk memulihkan tanah kami dan hantarkan kebangkitan kepada Malaysia.