Penjagaan Doa Gempa Bumi
Selain berdoa untuk situasi semasa di Myanmar, Thailand dan wilayah sekitarnya, kita juga memanggil semua pengawal untuk sentiasa berjaga-jaga berdoa untuk negara kita sendiri.
Gempa bumi kuat yang mengejut di Myanmar pada 28 Mac 2025, yang turut dirasai di Thailand beribu-ribu batu jauhnya, telah menyebabkan media berita menekankan bahawa Malaysia tidak terlepas sepenuhnya daripada risiko gempa bumi. Rakyat Malaysia digesa untuk sentiasa berwaspada.
Kebakaran dahsyat Putra Heights mengejutkan negara pada 1 April 2025.
Beberapa lokasi di Malaysia mempunyai saluran paip gas asli. Bayangkan jika gempa bumi berlaku dan paip-paip ini pecah… Ini alasan yang cukup untuk umat yang terpanggil dalam Nama Tuhan bangkit berdiri di celah-celah doa bagi Malaysia dan berdoa menurut 2 Tawarikh 7:14.
- Para imam dan pemimpin harus bertaubat dan menguduskan diri terlebih dahulu
dihadapan TUHAN, kemudian memimpin umat untuk melakukan hal yang sama (2 Tawarikh 29).
2. Pada tahun 2010, rasul Julius Suubi telah memberi amaran kepada Gereja Malaysia bahawa selubung perlindungan atas Malaysia sedang beransur-ansur berkurangan. Setiap orang harus bertaubat dan membina mezbah doa bagi TUHAN: Peribadi, Keluarga, Gereja & Nasional
3. Memandangkan Paskah 5785/2025 semakin dekat (13 April 2025), marilah kita dengan sengaja membuang ragi (dosa) dari hati dan rumah kita, serta berseru kepada Yesus, Anak Allah, Anak Domba Paskah kita, untuk mengampuni dosa kita dan memulihkan tanah air kita (2 Tawarikh 7:14; 1 Korintus 5:7-8)
Ya Tuhan, kita umat-Mu bangkit menurut 2 Tawarikh 7:14 untuk membawa segala pertaubatan dan syafaat yang perlu bagi Malaysia. Kita bertaubat untuk doa-doa yang lebih mementingkan keselesaan diri sendiri dan mengabaikan beban-Mu untuk saudara sepupu kita serta mereka yang hilang di negara ini. Kita mahu mengenal hati-Mu dan melakukan kehendak-Mu. Tolong kita merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Mu; berpaling dari jalan-jalan jahat kita supaya Engkau mendengar dari syurga, mengampuni dosa kita dan memulihkan tanah kita, ya Tuhan. *
Kasihanilah kita, kita berdoa dalam nama Yesus!
* Luangkan sedikit masa mendengar Roh Kudus, tentang hal-hal spesifik yang Dia membawa kepada perhatian kamu dan meresponilah sewajarnya.