PERKATAAN NUBUATAN ATAS MALAYSIA 

Nubuatan atas Malaysia oleh Cindy Jacobs pada 16 Ogos 2016

Akan datang satu kebangkitan besar ke atas Malaysia. Satu kebangkitan besar. Dan pengurapan untuk doa 24 jam akan turun ke atas kamu. Kamu akan membina menara-menara doa. Kamu akan membina menara-menara doa. Kamu akan memulihkan Khemah Daud. Dan Tuhan berfirman, Inilah musim pemulihan yang besar.

Dan akan ada kesatuan besar yang datang ke gereja di Malaysia. Dan para pastor dari banyak denominasi akan bersatu, firman Tuhan. Dan Tuhan berfirman, pandanglah ke Malaysia Timur, kerana itulah kuncinya. Itulah kuncinya. Aku akan memulakan api di sana. Suatu api yang menyala dan terus menyala di Timur akan merebak ke seluruh negara, firman Tuhan. Haleluya. Tuhan memberkati kamu.

 2019: Chuck Pierce

Firman perjanjian Tuhan dibina berasaskan musim tuaian sebagaimana yang ditunjukkan melalui perayaan-perayaan Tuhan. Dia mahu kita memiliki mentaliti tuaian. 70 tahun yang terakhir (sejak Israel menjadi sebuah negara?) — 5780 ini berakhir kepada permulaan. Yesaya 32:1 berkata, “Sesungguhnya, seorang raja akan memerintah dengan kebenaran dan para pemimpin akan memerintah dengan keadilan,” dalam satu era yang baru.

Di pulau Borneo ini, Brunei, Indonesia dan Malaysia sedang melangkah masuk bersama-sama. Nantikan banyak perubahan. Apabila Tuhan mempunyai rancangan bagi sesuatu wilayah, Dia tidak akan berhenti sehingga Dia menggenapinya pada waktu-Nya yang sempurna. Tuhan sentiasa memandang kepada umat-Nya untuk mencari-Nya.  Penyembahan untuk mengalami penerobosan dalam cara yang baru telah datang ke Malaysia. Dalam setiap era penting, Tuhan mengutus angin baru Roh-Nya.

Apabila Yesus berfirman, “Dan Aku berkata kepadamu: Engkau ialah Petrus, dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya.” (Matius 16:18), Dia bermaksud di atas batu karang wahyu ini, Aku akan membina “ekklesia”-Ku. Ini bererti Dia sedang mengutus para duta ke dalam wilayah-wilayah untuk mentransformasikannya, untuk mengikat dan untuk melepaskan. Gereja mengambil masa 70 tahun untuk dibentuk. Gereja perlu menilai kekuatan dan kelemahannya, kemudian mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut supaya menjadi lebih kuat.

 Satu angin baru sedang meniup di gereja-gereja Malaysia Timur, membawa pengurapan untuk mengatasi.  “Kemudian dari pada itu aku melihat: Sesungguhnya, sebuah pintu terbuka  di sorga dan suara yang dahulu yang telah kudengar, berkata kepadaku seperti bunyi sangkakala,  katanya: Naiklah ke mari  dan Aku akan menunjukkan kepadamu apa yang harus terjadi sesudah ini..” (Wahyu 4:1)

Dalam era baru ini, peperangan semakin memuncak. Ini adalah era peperangan antara Naga dan Singa. Umat Tuhan belajar untuk mengendalikan struktur peperangan dan menang di bumi. Malaysia Timur adalah kunci kepada masa depan, satu suara kestabilan. Pulau Borneo menjadi kunci kepada kebangkitan Malaysia.

Pengurapan kebangkitan ada atas Borneo, satu mantel baru yang melambangkan Yesaya 35 — satu jalan raya baru, satu kebangkitan baru, dan apa yang telah ditanam akan bermekar.

 Kota Kinabalu (KK) adalah pintu gerbang mukjizat. Dalam 8 bulan yang akan datang, Tuhan akan membuat KK bermekar. Di Utara Timur Malaysia, Aku akan membuka pintu gerbang mukjizat untuk dekad yang akan datang. Sibu adalah benih dekri. Dalam musim baru dekri dan penyataan, satu mantel baru telah datang ke atas Sibu. Apabila kamu membuka mulutmu lebar-lebar, kamu akan menyatakan nubuatan yang selama ini tertahan   digenapi. Apabila mukjizat datang dari KK, Sibu akan menyatakan dan akan memperluaskan bidangkuasa otoriti kamu.

Dalam tempoh 3 tahun akan datang, Pulau Borneo akan menjadi Pusat Maritim. Kuching melambangkan otoriti baru; satu identiti baru telah datang. Dalam perubahan ini, akan ada satu kebangkitan baru dalam dunia perniagaan. Kerajaan akan berubah. Yesaya 45:11, Tuhan berfirman, “Bertanyalah kepada-Ku tentang hal-hal yang akan datang; mahukah kamu memerintahkan Aku mengenai anak-anak-Ku dan pekerjaan tangan-Ku?” KITA boleh memerintahkan pekerjaan tangan Tuhan untuk bertindak, dan kemudian melihat mukjizat terjadi.

 Tuhan berfirman, “Mata-Ku tertuju kepada tanah ini, tetapi terpulang kepada kamu untuk memerintahkan tangan-Ku bekerja. Perintahkan setiap perincian supaya ia terlaksana. AKU siap untuk melaksanakan pekerjaan-Ku dalam 3 tahun yang akan datang. Sibu akan menyatakan perkara-perkara itu dan Aku akan mula bekerja. Satu perintah, satu dekri dan Aku akan mula bergerak.”

Perubahan besar akan datang ke atas tanah ini (Borneo). Dalam 3 tahun yang akan datang, akan ada konflik terhadap pemerintahan-Ku. Tetapi pada hari ini AKU sedang menetapkan satu perintah, satu umat kerajaan yang memiliki firman-Ku untuk tanah ini. Bersiaplah untuk satu pengurapan baru; satu Roh yang baru sedang datang ke atas umat-Ku. Roh-Ku akan mula dinyatakan di gereja-gereja, kota-kota, dan ramai akan berkata, “Suasana di Malaysia Timur telah berubah.” Dalam era baru, suara umat-Ku akan terdengar.

AKU sedang membangkitkan para penyembah Yehuda dari KK hingga ke Kuching. Penyembahan korporat akan menggabungkan bunyi dari syurga, dan umat-Ku akan menyebabkan syurga dan bumi disejajarkan.

 Beberapa perkara yang perlu diperhatikan:

  1. Keupayaan untuk memanggil angin supaya tunduk kepada perintah.
  2. Memanggil kembali apa yang telah dibahagikan ke dalam satu dimensi yang baru.
  3. Menggabungkan satu gerakan Roh yang serba baru di tanah ini.

Masa pelepasan. Menjelang bulan April tahun depan, kamu akan melihat perubahan besar di tanah ini. Menyembahlah dengan kebebasan. Apabila bunyi kebebasan meresapi gereja-gereja, kamu sedang memasang serangan hendap terhadap musuh. Membangkitkan satu generasi penyembah yang baru dengan suara yang lebih kuat untuk bernubuat kepada 3 generasi bersama-sama. Yehuda mula bergerak.

 Pemerintahan Apostolik-Profetik mesti ditubuhkan untuk mensejajarkan 5 jawatan pelayanan bersama. Aku dekrikan bahawa Malaysia Timur akan mensejajarkan semua karunia Tuhan bersama-sama, sebagai model bagi seluruh dunia untuk melihat gereja-Nya bangkit dengan kuasa. Inilah cara kita menubuhkan pemerintahan apostolik-profetik:

  1. Setiap orang mengetahui bidangkuasa otoritinya dan bagaimana untuk menyelaras serta beroperasi — bukan hanya dalam gereja, tetapi gereja dalam semua budaya masyarakat.
  2. Mengenal apa yang Tuhan mahu lakukan berdasarkan masa lalu dan membawanya ke masa hadapan.

Orang-orang di Malaysia Timur akan mengalami bagaimana membenarkan Roh turun dengan otoriti yang besar di tengah-tengah konflik yang kacau-bilau. Akan ada perubahan di pelabuhan-pelabuhan maritim Asia. Indonesia dan Malaysia boleh berubah. Dalam musim baru ini, Tuhan akan menerobos; satu dimensi kemuliaan yang baru sedang datang ke Malaysia Timur. Satu budaya kemuliaan yang baru akan dibangunkan, mezbah akan didirikan di sektor pasar raya dan dalam bidang pendidikan, dan gereja akan diperbaharui.

Satu tingkap syurga telah dibukakan, dan Tuhan mengaum dari tingkap itu dan menghidupkan kamu. Ngaumanmu akan lebih kuat daripada musuh. Nabi Elisa menyuruh raja Yoas memanah melalui tingkap itu. Elisa kemudian meletakkan tangannya atas Yoas untuk memberinya kekuatan tanpa batas maju ke hadapan. Tetapi Yoas hanya memanah 3 kali. Hal itu membuat nabi tua itu marah kerana jika Yoas memanah 7 kali, dia sudah tentu akan mengubah seluruh wilayah itu. Pengurapan profetik telah diletakkan di tanganmu. Aku sedang menanggalkan batasan musimmu yang lalu. Aku memberi kepadamu kekuatan baru supaya kamu dapat menyasarkan apa yang perlu disasarkan, jadi janganlah menahan diri. Inilah masanya untuk kamu mara dengan kekuatan baru, kuasa baru, pengurapan baru, wahyu yang baru.

Kamu akan memanah dan terus memanah sehingga Borneo ……

Aku memberimu otoriti untuk 3 tahun yang akan datang, jangan berundur sekarang. Majulah ke hadapan. Roh-Ku akan memimpin kamu. Orang Asal tanah ini mempunyai DNA tanah ini. Mereka mempunyai keupayaan untuk menyanyi dan menari serta membuka kunci tanah ini. Yehuda terdahulu. Dalam 3 tahun yang akan datang, kamu akan melihat satu demonstrasi penyembahan baru dan penuh kuasa di Borneo. KK, Sibu dan Kuching akan memberi kesan besar kepada Indonesia. Penyembahan yang mensejajarkan syurga dan bumi akan menggoncang pulau ini.

 Nubuatan atas Malaysia oleh Cindy Jacobs di San Jose, Costa Rica:

Inilah firman untuk Malaysia.

Tuhan berfirman bahawa akan ada satu gerakan kesatuan besar yang akan datang antara Malaysia Timur dan seluruh negara. Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa para pastor, pemimpin dan juga pemimpin perniagaan akan bersatu, dan Tuhan akan mula meruntuhkan tembok-tembok tradisi — tembok-tembok yang begitu tinggi, bahkan antara denominasi, sehingga ada yang berkata tidak mungkin ada kebersamaan, tidak mungkin ada kesatuan.

Namun Tuhan berfirman bahawa gereja di Malaysia akan masuk ke dalam satu kesatuan baru yang luar biasa.

Akan ada Koinonia, akan ada kasih yang begitu mendalam. Dan Tuhan berfirman, apabila hal ini terjadi, Aku akan mula menyembuhkan negara Malaysia juga. Tuhan juga berfirman bahawa salah satu sebab mengapa belum ada pemulihan yang lebih besar ke atas Malaysia adalah kerana gereja perlu masuk ke dalam kesatuan yang lebih mendalam.

Bukan bermakna tiada kesatuan langsung, tetapi satu tahap kesatuan yang lebih tinggi, firman Tuhan. Tuhan juga berfirman mengenai gerakan doa — kamu sedang melakukan pekerjaan yang baik, dan Tuhan akan membawa kesatuan di antara gerakan-gerakan doa juga.

Kerana terdapat banyak gerakan doa, tetapi tidak semuanya sentiasa dalam kesatuan. Mereka mendoakan perkara yang sama, tetapi tidak selalu berdoa dalam kesatuan.

Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa akan ada banyak menara doa yang akan dibina di Malaysia, dan seluruh gerakan ini akan mula membina menara-menara doa tersebut.

Saya melihat para pemimpin perniagaan — Tuhan akan memberi kamu hati untuk membantu membiayai menara-menara doa ini. Para pendoa syafaat sedang berseru kepada Tuhan, tetapi mereka tidak mempunyai rumah, tidak mempunyai tempat untuk pergi. Dan Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa di tempat-tempat strategik di Malaysia, Tuhan akan membangkitkan menara-menara doa 24/7 ini. Sebahagian daripadanya mungkin masih kecil sekarang, tetapi sebenarnya bangunan-bangunan akan didirikan, seperti yang ada di Indonesia dan di tempat-tempat lain.

Semuanya ini akan terjadi kerana akan muncul dari Malaysia satu seruan yang akan menyembuhkan Asia, firman Tuhan.

 Dipaparkan di Harvest of Zion Apostolic Centre
23 Mei 2020: Firman Profetik oleh Gordon Tiong (Singapura)

Tuhan berfirman, dalam musim ini dan bermula dari Pentakosta, Aku sedang menyalakan pelita para penjaga dengan cara yang baru sekali — satu dimensi yang belum pernah dilihat oleh para penjaga sebelum ini. Malaysia adalah sebuah bangsa yang membawa kesatuan dan pertumpuan kepada dunia. Inilah Malaysia, sebuah negara yang menyatakan kuasa kesatuan dan mempamerkan janji Tuhan atas tanah ini dan atas dunia.

Umat Malaysia, nyalakanlah tiang pelitamu! Kerana Aku sedang membawa tangan api-Ku. Aku menghulurkan Api-Ku untuk memberi pencerahan kepadamu. Jangan berundur dan kembali kepada kebiasaan lama, tetapi singkirkan pola pemikiran dan tindakan yang lama itu. Bergeraklah dengan Roh-Ku, bergeraklah dengan Api-Ku. Seperti pada hari-hari Aku memimpin orang Israel keluar dari Mesir, Api-Ku memimpin dalam kegelapan. Demikian juga hari ini dan esok dan seterusnya, Roh-Ku adalah terang bagimu dalam kegelapan.

Tuhan juga berfirman, Aku bukan sekadar lambang untuk dipandang. Aku adalah TUHAN yang berfirman, yang mendengar dan yang menyembuhkan, melakukan tanda-tanda dan mukjizat bagi mereka yang percaya kepada-Ku. Aku sedang mengangkat dan meninggikan mereka yang mencari Aku, yang memilih untuk mengikuti Aku, berjalan bersama-Ku dan melakukan apa yang Aku lakukan, kedalam kepenuhan sebagaimana Aku telah menciptakan mereka. Ramai akan memandang kepada-Ku hanya sebagai lambang dan terus melakukan apa yang mereka fikir baik, TETAPI perkenanan-Ku adalah bagi mereka yang menyalakan TERANG yang sama seperti Terang-Ku — mereka adalah generasi Yosua dan Kaleb. Mereka akan melihat dan dipenuhi dengan Roh-Ku.

Malaysia, masih ada harapan kerana Tuhan yang kita sembah adalah HARAPAN. Terang PENGHARAPAN bersinar, Terang Nubuatan dilepaskan, Terang Kebenaran memperlihatkan dan Terang umat Tuhan bangkit dan bersinar.

 Julius Suubi:

Tahniah kerana masuk tahun 60.

Kamu telah masuk satu pintu gerbang yang sangat penting bagi negara kamu. Pintu gerbang ini akan terus selama sepuluh tahun. Ini adalah pintu gerbang di mana banyak nubuatan yang telah diucapkan atas negara kamu akan digenapi. Kebangkitan akan tercetus dalam pintu gerbang ini. Penawanan atas negara dan gereja akan dipatahkan. Pemulihan roh di Malaysia Timur, Sabah, atas apa yang telah hilang sepanjang 60 tahun yang lalu akan mula berlaku.

Apabila tujuh puluh tahun semakin mendekat, Daniel masuk dimensi syafaat yang lebih tinggi untuk mematahkan penawanan.

Ini adalah pintu gerbang Pengembalian yang Agung kepada Tuhan di Malaysia. Ini adalah pintu gerbang pematahan belenggu daripada negara.

Ini adalah pintu gerbang segala kemungkinan.

Ini adalah musim untuk membajak.

Berkenaan syafaat, akan ada satu nafas baru ke atas pergerakan ini. Nafas ini datang melalui penglibatan generasi muda. Akan ada kesediaan yang lebih besar di kalangan anak muda untuk turut serta.

SATU PENGLIHATAN TENTANG INDONESIA, SINGAPORE DAN MALAYSIA
Diterima oleh Rick Ridings di Yerusalem pada 24 Disember 2019

Pada awal pagi 24 Disember, saya mendapat satu penglihatan mengenai Indonesia, Singapore, dan Malaysia. Saya sedang meminta Tuhan untuk pengesahan sama ada untuk menyebarkannya pada hari ini, 26 Disember, dan pengesahan itu datang apabila saya dihubungi oleh seorang pemimpin dari Indonesia. Beliau menjelaskan bahawa esok, 27 Disember, adalah ulang tahun ke-70 pengiktirafan terakhir kedaulatan Indonesia oleh Belanda selepas empat tahun Perang Kemerdekaan Indonesia.

Dalam penglihatan itu, saya melihat bahawa Indonesia yang berdaulat sedang berada dalam satu musim keputusan yang sangat penting. Keputusan itu berkaitan dengan sejauh mana mereka akan menghormati Israel dalam kedaulatannya.

Ramai yang mengetahui bahawa sebahagian wilayah Indonesia dahulunya dikenali di dunia Barat sebagai “Kepulauan Rempah”. Kapal-kapal dari pulau-pulau Indonesia membawa ke empayar purba Yunani dan Rom rempah-rempah yang dicari-cari yang dihasilkan di pulau-pulau tersebut. Rempah-rempah yang berjaya dibawa melalui bahaya lautan dan laluan kafilah merentasi padang pasir sangat berharga. Malah, kemenyan dan mur yang diberikan kepada bayi Yesus oleh orang-orang Majus adalah sama nilai dengan pemberian ketiga mereka, iaitu emas.

 Dalam penglihatan saya, saya melihat Indonesia berada di dalam sebuah pedupaan emas yang berayun untuk membakar kemenyan. Urapan penyembahan mereka yang kuat telah menjadikan mereka seperti kemenyan di hadapan Tuhan.

Apabila pedupaan yang memegang Indonesia itu berayun ke arah barat, menuju ke Israel, negara itu bersama kestabilan dan ekonominya diberkati dengan besar.

Apabila ia berayun kembali ke arah timur, menjauhi dari Israel, negara itu bersama kestabilan dan ekonominya digoncangkan dengan hebat.

Saya merasakan bahawa kerajaan Indonesia berada dalam satu masa penentuan sama ada mereka akan membawa negara mereka kepada kestabilan dan berkat yang lebih besar dengan memilih untuk mempunyai hubungan yang lebih erat dengan Israel (lihat Kejadian 12:2–3).

Kemudian saya melihat apa yang boleh berlaku jika Indonesia benar-benar memilih untuk mempunyai hubungan yang lebih erat dengan Israel.

Dalam penglihatan itu, pedupaan yang memegang Indonesia berayun dan kekal menghadap Israel di sebelah barat. Apabila itu berlaku, pedupaan yang berayun itu menolak kunci Batam (sebuah bandar besar di bahagian barat Indonesia) yang sebenarnya berbentuk (bersama pulau-pulau yang bersebelahannnya) seperti kunci. Kunci dari Batam itu kemudian masuk ke Singapore, yang kelihatan seperti lubang kunci dalam penglihatan tersebut.

Apabila kunci dari Indonesia itu memutar lubang kunci Singapore, ia membuka sebuah sangkar di mana Malaysia telah ditawan….

Dibentangkan pada 26 Disember 2019, untuk penilaian rohani dan doa oleh para pemimpin rohani di negara-negara tersebut.

Rick Ridings
Succat Hallel – Rumah Doa dan Penyembahan 24/7 di Yerusalem

Perkataan Nubuatan dan Penglihatan Tom Hess untuk Malaysia: 2016

Pada 28 Mei 2016, ketika Tom Hess dari Hall of Prayer for All Nations di Yerusalem berada di Kuala Lumpur, Tuhan memberi beliau satu penglihatan dan nubuatan  penting: Tuhan sedang membina sebuah lebuh raya dan satu jalan penyembahan, satu jalan pertobatan dan satu jalan pendamaian.

Pastor Tom Hess melihat satu penglihatan: beliau melihat sepucuk senapang lantak berkaitan Asia Tenggara — Indonesia adalah larasnya, Singapura adalah picu pelatuk, dan Malaysia adalah picunya; ketiga-tiga parlimen ini menjadi sebuah “senapang lantak kebangkitan”.

Apabila beliau melepaskan nubuatan ini, beliau berkata bahawa Tuhan akan menjadikan Malaysia sebagai pemangkin untuk memulakan kebangkitan rohani di Asia. Beliau juga berkata bahawa Yesus, Raja Damai, akan datang ke Asia Barat menunggang seekor kuda putih. Malah, sejak dahulu lagi, orang Cina telah menerima makna bahasa Cina bagi “Malaysia” bermaksud Yesus menunggang kuda putih ke Asia Barat.

 Nubuatan Cindy Jacobs atas Malaysia @ 15 September 2024

Tuhan berfirman, “Aku akan membawa kamu ke satu tempat reformasi. Aku akan membawa kamu ke satu tempat di mana AKU akan meruntuhkan sistem lama, cara-cara lama melakukan sesuatu, jika kamu memberi ruang kepada-Nya untuk pembetulan. Ada yang berkata ini tidak mungkin berlaku bagi Malaysia. Tetapi Aku berkata, segala sesuatu mungkin bagi mereka yang percaya. Jadi Aku bersiap untuk berbicara kepada sistem dalam negara ini dan kamu akan melihat pendedahan demi pendedahan rasuah. Aku akan menegakkan satu sistem yang akan menjadi model yang boleh dipelajari oleh banyak negara, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi AKU juga akan mereformasikan universiti-universiti.

Aku melihat ada kekecewaan dalam kalangan para pelajar, tetapi Tuhan berfirman, ‘Berdoalah, bersyafaatlah,’ kerana Tuhan berkata, ‘AKU sedang bersiap untuk membawa keadilan ke dalam sistem pendidikan.’

(Berbicara kepada jemaat) Aku mahu kamu mengangkat tangan kerana ada satu urapan untuk para reformis, untuk memuridkan setiap bidang masyarakat. Bapa, mereka ini adalah umat-Mu yang telah Engkau pilih, ya Tuhan. Aku berdoa agar ada urapan ke atas mereka untuk membawa reformasi, idea-idea baru yang daripada Tuhan untuk perniagaan baru.

Dan Tuhan berfirman, ‘Bukankah Aku sedang membangkitkan satu zaman kelahiran semula dari Malaysia? Dan orang-orang zaman pembaharuan ini akan sangat kreatif.’ Aku melihat karya seni digital, pelbagai perkara baru A.I. Aku mahu umat-Ku berada di barisan hadapan, dalam penggunaan teknoloji canggih.

Jadi Bapa Tuhan, kita bersyukur kepada-Mu untuk kelahiran baru ini — untuk para pemuzik, untuk para pencipta, untuk para pencari penyelesaian yang akan menemukan penyelesaian saintifik bagi membasmi kemiskinan. Dalam Nama Yesus, Amin.”

Daripada: Glory of Zion International
“Malaysia Telah Memasuki Era Pengaruh yang Baru!”

Malaysia Telah Memasuki Era Pengaruh yang Baharu!
Laporan Terkini Perjalanan yang Luar Biasa! Menembak Laungan Halleluyah dari Malaysia ke Sepuluh Negara Asia! Membuka Kunci Pintu Kemajuan Kerajaan Tuhan!

Jumaat, 4 Julai 2025

Para Pengubah Bangsa yang Dikasihi,

Sejarah Kerajaan Tuhan telah tercipta hari ini di Malaysia! Daripada semua tempat di dunia yang saya boleh berada pada 4 Julai, saya tahu saya perlu berada di Penang untuk mendengar dan mengisytiharkan apa yang Tuhan sedang firmankan. Perhimpunan Kingdom Release Asia malam ini sungguh luar biasa!

Kembali kepada bulan September, saya mendengar Tuhan berfirman, “Aku akan membawa engkau ke Malaysia untuk mengumumkan penilaian-Ku.” Bunyi pengumuman itu bermula malam ini ketika kita melaungkan HALLELUYAH sebanyak sepuluh kali ke langit di atas.

Tuhan memimpin saya untuk berkongsi daripada 2 Raja-raja 13, dan mengatakan bahawa kita berada pada satu saat di mana kita mempunyai keupayaan untuk “menembak” dan mempengaruhi sepuluh negara Asia yang lain. Kita diperintahkan untuk mendekrikan bahawa bermula dengan Malaysia sebagai bangsa prototaip Tuhan, akan berlaku satu pensjajaran semula struktur keagamaan di setiap negara tersebut.

 Selepas sepuluh laungan kita menembusi atmosfera, Roh Tuhan berfirman,

“Aku telah menghimpunkan kamu di sini malam ini untuk mensejajarkan semula kesaksian wilayah ini. Melalui launganmu, Aku sekarang menurunkan wahyu yang akan mengubah dan menyusun semula bagaimana negara-negara di kawasan ini dan di rantau bumi ini akan mula bergerak bersama-Ku.

Malam ini, Aku telah memanggil kamu bersama dan menghimpunkan kamu di hadapan-Ku supaya negara-negara di rantau ini tidak dikawal oleh naga wilayah ini. Ini adalah permulaan tempoh tiga tahunmu yang seterusnya di rantau ini — kamu akan menghadapi api dan kamu akan mempunyai pemerintahan atas api wilayah ini. Aku bersedia untuk api-Ku menjadi hidup dalam umat-Ku.

Gereja yang telah ditundukkan di bawah agama wilayah ini — Aku berkata Aku akan meniup Gereja itu kepada satu kedudukan yang menonjol yang belum pernah dimilikinya sebelum ini. Bersiaplah, kamu telah berdoa dan terus berdoa, tetapi sekarang pada hari ini kamu akan mendengar Aku berkata bahawa kamu telah naik ke tempat yang lebih tinggi, dan kamu akan diberikan kunci-kunci untuk membuka masa depan di kawasan ini.”

Tuhan telah mengarahkan saya membawa dari Texas sebentuk cincin yang mempunyai tiga kunci dalam perjalanan ini. Saya menyerahkan kunci-kunci itu kepada barisan kepimpinan dan bernubuat kepada semua yang hadir,

“Aku telah membawa kamu ke tempat ini (Penang), dan sekarang Aku mengutus kamu keluar dengan urapan yang baru serta keupayaan untuk melihat terbukanya tali tiga lapis yang telah menawan kamu pada masa lalu. Aku membawa kepadamu kunci-kunci yang akan membolehkan kamu membuka struktur yang telah menawan kamu dan yang cuba menahan kamu pada masa hadapan.”

Selepas saya menyerahkan kunci-kunci itu, Terence Poh (tuan rumah persidangan) berkongsi bahawa sembilan bulan yang lalu, Roh Tuhan telah memberitahu mereka bahawa saya akan “mengandung” dengan kunci-kunci dan akan datang untuk memberi  kunci kepada mereka. Hanya Tuhan!

Beliau kemudian meminta saya membantu mereka “memutar” kunci itu sebagai satu tindakan profetik untuk membuka iman yang akan mendorong mereka bergerak maju dan mengatasi —negara demi negara demi negara.

Saya tidak dapat berkatakan cukup terima kasih atas doa-doa kamu — bukan sahaja untuk membawa saya dan Aaron ke sini dengan selamat, tetapi juga kerana menjadi sebahagian daripada Pengumuman Kerajaan Syurga kepada Malaysia dan Asia. Terdapat satu portal yang terbuka di sini, dan saya memohon agar kamu terus bersyafaat untuk pewahyuan, iman, dan aktiviti malaikat bagi membuka Kerajaan Tuhan.

Saya akan melayani lagi pada pagi dan petang Sabtu sebelum terbang pulang, dan kamu sepatutnya boleh menonton sesi-sesi tersebut di Saluran YouTube Asia Revival Centre. Di mana pun kamu tinggal, saya mengisytiharkan dari Malaysia bahawa satu ekspresi baru iman kamu sedang diaktifkan.

Berkat,
Chuck D. Pierce
Glory of Zion International Ministries
7801 S Interstate 35E, Corinth, TX 76210