DOA UNTUK SELANGOR

Pengenalan

Negeri yang menpunyai populasi penduduk yang paling ramai di Malaysia, Selangor merupakan rumah bagi 20% dari keseluruhan populasi penduduk. 1 Kawasan Lembah Klang yang terletak di sini, yang teguh berdinamik, berurbanisasi dan mempunyai kekayaan yang relatif menjadikan Selangor penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara2. Terdapat perbezaan yang ketara bagi kawasan pendalaman, walau bagaimanapun adanya aktiviti ekonomi yang berskala kecil di antara masyarakat luar bandar yang mengamalkan cara lama bagi menyara hidup. Setelah gangguan yang serius ke atas semua kehidupan sosial, ekonomi dan politik semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac 2020 dan berlangsung selama 22 bulan, Selangor sedang memulihkan momentumnya apabila ekonomi dibuka semula secara beransur-ansur. Darul Ehsan yang terhormat bermaksud Tempat Ketulusan dalam bahasa Arab.

 

  1. Rakyat dan Demografi

Populasi : Pada 2015, penduduknya ialah 5,874,100

Kumpulan Etnik: Melayu 55.8%; Cina 28.6%; India 13.6% Lain-lain 2%

Terdapat 63,000 bumiputera bukan Melayu yang mana 38% daripadanya beragama Islam dan 37% beragama Kristianyang tinggal di Selangor.

 

  1. Ekonomi

Ekonomi Selangor adalah merupakan pasaran ekonomi yang progresif di mana sektor utamanya ialah perdagangan dan pertanian. Perdagangan, industri dan perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Selangor, menyumbang lebih 58% daripada KDNKK negeri. Beberapa tapak perindustrian menghasilkan barangan elektronik, bahan kimia dan kenderaan termasuk kereta Proton dan Perodua. [94][95][96] Kenderaan import daripada pengeluar termasukToyota, Nissan, Volkswagen dan BMW Motors.

Banyak syarikat pembuatan antarabangsa telah menubuhkan pangkalan di sini.

Pertanian, sektor yang berkembang dalam ekonomi Selangor, menyumbang 1.4% daripada KDNKK negeri. Tanaman utama yang ditanam di negeri ini ialah belimbing, betik dan pisang.

Selangor bukanlah pengeluar utama beras; namun sawah padi ada di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Aktiviti pertanian lain di nergeri ini termasuk penubuhan tapak ladang kelapa sawit dan getah.

 

  1. Kerajaan Negeri Selangor kini di bawah Pakatan Harapan dengan 40 kerusi di mana PKR 19, DAP 15, Amanah 6, Pejuang 3, Warisan 1.

 

  1. Daerah Pentadbiran: 9 Daerah dan 12 Kerajaan Tempatan (3 bandaraya, 8 bandar, 1 daerah)

Zone khas: Konurbasi Lembah Klang – Koridor Raya Multimedia

 

Doa: Kerajaan Negeri

  • Dalam masa yang genting ini ada kemungkinan Pilihan Raya Umum, kita perlu berdoa bagi kerajaan negeri dan komposisi parti politiknya.
  • Berdoa terutamanya untuk kesatuan dalam tujuan di kalangan parti pemerintah negeri.
  • Berdoa agar bangkitnya lelaki dan wanita yang hidup benar ke dalam posisi yang berkuasa.
  • Berdoa agar hikmat diberikan kepada kerajaan sekarang dan agar mereka tidak mengambil mudah kedudukan mereka.
  • Berdoa agar setiap kawasan parlimen dan DUN diisi oleh lelaki dan wanita yang takut akan Tuhan dan hidup benar.

 

Doa bagi Pentadbiran Daerah

 

Sabak Bernam & Kuala Selangor

  • Lebih ramai orang muda kembali untuk meningkatkan ekonomi yang perlahan dan membina gereja

 

Hulu Selangor & Gombak

  • Jurang digital semasa pandemic telah menyaksikan kanak-kanak Orang Asli tercicir dari sekolah kerana kekurangan akses kepada internet dan keperluan peralatan. Doakan agar jurang ini akan dapat dirapatkan.

 

Petaling & Klang

  • Banyaknya kilang di kawasan ini. Perlu berdoa bagi pekerja asing terutamanya keadaan kerja dan ketidakadilan yang ditunjukkan terhadap mereka
  • Baru-baru ini banjir telah memusnahkan kawasan ini. Bangunan, infrastruktur dan rantaian bekalan semuanya telah terjejas. Terdapat keperluan utama untuk melihat ke dalam sistem saliran dan pengairan di banyak bahagian di 2 daerah ini dan ke kawasan rendah di Klang
  • Berdoa untuk perhatian segera diberikan untuk menghalang tanah runtuh, hakisan tanah dan skim tebatan banjir dan usaha bersepadu untuk belajar daripada pengalaman banjir baru-baru ini
  • Berdoa agar ramai yang akan memiliki peningkatan dalam kelaparan rohani semasa waktu sukar dan bagi gereja-gereja di kawasan ini dapat untuk bertindakbalas.

 

Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat

  • Pencemaran air loji rawatan Sungai Langat telah melanda Selangor beberapa kali dalam beberapa ketika ini.
  • Tebingan Sungai Langat telah pecah pada Disember 2021, menyebabkan banjir besar dan kemusnahan banyak rumah dan mata pencarian. Semoga keadaan air ini dipulihkan untuk membawa kehidupan, penyembuhan dan rahmat kepada penduduk di sekelilingnya!

 

DOA UMUM

Bapa, kami berterima kasih kepada Mu kerana Engkau telah meletakkan kami tinggal di negeri Selangor yang indah ini, dan telah memberikan kami tanah ini sebagai warisan kami dan legasi bagi anak-anak kami. Terima kasih kerana menetapkan masa dan batas kehidupan bagi kami hidupi, menikmati kehidupan kami dan menjadi berkat (KIS 17:26). Terima kasih kerana memberkati Selangor dengan sumber yang banyak, infrastruktur yang kukuh dan taraf hidup yang baik. Terima kasih kerana asas ekonomi yang kukuh ini datang dari berkatMu ke atas nenek moyang kami yang telah bekerja dan mengusahakan tanah dan mewariskannya kepada generasi seterusnya.

Ampunilah kami bila masa kami menjadi sombong, lalai dan mengambil sikap tidak peduli atas berkat yang kami nikmati. Ampunilah kami kerana menjadi pengurus yang lemah atas kelimpahan yang Engkau telah berikan. Ampunilah sikap tidak apa (lackadaisical) kami akan dosa di sekitar kami – bila kami bertolak ansur dengan rasuah dan ketidakadilan selagi ianya tidak memberi kesan langsung kepada kami. Ampunilah sikap pentingkan diri kami yang hanya mencari keuntungan bagi kami sendiri melebihi apapun. Ampunilah fikiran sempit kami apabila kami membutakan mata kami atas penderitaan orang lain. Ampunilah kami kerana mendengar akan pembohongan yang memecahkan kami mengikut garis etnik dan budaya.

Ampunilah kami kerana mengabaikan khazanah alam; dan ketamakan kami kerana kami telah merampas sumber yang berharga dari tanah kita, sehingga membawa kepada kemusnahan ekologi dan kesengsaraan yang tidak terperi bagi beribu-ribu orang yang malang. Tuhan, kami menerima dan mengakui dosa kami. Kami memohon belas kasihanMu atas kami dan kasih karunia dariMu agar kami dapat berpaling dari jalan kami yang jahat. Biarlah pemulihan Mu datang atas tanah kami, sungai-sungai, bukit-bukit dan gunung-gunung. Oh Tuhan, kiranya Engkau akan mengangkatkan kutuk yang ditimpakan atas kami dan menghapuskan semua penyebabnya (Amsal 26:2). Mahukah Engkau menyucikan kami seluruhnya sehingga kami tidak akan menyimpan sebarang perasaan buruk, berfikiran negatif terhadap saudara-saudara kami, terhadap mereka yang berbeza etnik dan budaya dari kami; dan terhadap mereka yang memerintah dan berkuasa atas kami. Biarlah kami menjadi sepenuhnya suci di hadapanMu di dalam pemikiran, perbuatan dan perkataan kami, sehingga tidak ada kutukan yang dapat mendekat pada kami.

  • Dedahkan dan hapuskan seluruh cengkaman sihir ke atas tanah kami.
  • Latihkanlah kami untuk mengetahui dosa dan kemungkaran dan luka-luka atas tanah yang kami kasihi.
  • Ajarilah kami untuk menangisi dari hati kami yang terdalam dan roh untuk meredakan kesakitan yang bergema atas tanah kami. Marilah kita mengeluarkan suara pemulihan, penghiburan, damai dan sukacita sebagai penawar untuk menutup seluruh sejarah luka dan kesakitan. Tiada lagi yang akan terluka atas masa lalu dan bersedih kerana Engkau telah mati atas kayu salib untuk membebaskan kami, keluarga kami dan tanah ini! Lepaskanlah gerejaMu untuk bangkit bagi meredakan setiap kesalahan dan penderaan yang telah ditimbulkan.

Kami memohon tanganMu untuk menyembuhkan tanah kami. Biarlah keadilanMu mengalir seperti derasan sungai dan aliran yang tidak berkesudahan.

 

Kami berdoa bagi Orang Asli, anak sulung bagi tanah ini, bangkit dan mengambil tempat mereka sebagai anak sulung di negeri ini, kerana Engkau menantikan tangisan itu – tangisan mereka – yang akan menembusi alam dan mencapai pada takhtaMu. Ya Tuhan, tangisan anak sulung, biarlah ianya datang dan kedengaran diseluruh tanah kami! Biarlah anak sulung tidak lagi akan ditindas, ditekan dan dipijak dibawah telapak kaki; tetapi akan bangkit dengan kekuatanMu, permulaan kekuatanMu dan semangatMu, terunggul dalam maruah dan terunggul dalam kekuasaan. Semoga mereka akan bangkit untuk menggali kembali telaga kebangunan rohani atas tanah kami dan bersama dengan seluruh Gereja, membawa kehadiran dan penuaian Mu yang agung!

Kami berdoa akan kesatuan yang berkuasa atas tubuh Kristus atas Selangor sehingga gereja-gereja di Selangor akan bangkit untuk membawa Mandat Tuhan atas negeri ini. Dalam Nama Yesus, Amen.

 

Nota:

  1. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctheme&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09&bul_id=Mno2WGQ3QUdmaUM3c3l0NzN0aW9tZz09
  2. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=102&bul_id=anVobldYUFZLNE5WVlRVRExkSWEyZz09&menu_id=TE5CRUZCblh4ZTZMODZIbmk2aWRRQT09
  3. https://www.starproperty.my/news/the-richest-state-/119008