40 HARI PUASA & DOA: HATI UNTUK MENGENAL ALLAH
Salam Sejahtera. Tahun ini, Puasa dan Doa 40 hari NECF (7 Ogos – 15 September) membawa panggilan yang indah untuk mengenal hati Allah. Lebih daripada bila-bila masa, kita perlu mengetahui hati Allah bukan sahaja fikiranNya atau tanganNya. Hanya bila kita mengenali hati Allah, hati kita akan mengalir sungai air kehidupan yang akan memenuhi rumah kita, gereja dan komuniti kita untuk mengharungi pergolakan dan ketidakpastian yang melanda.
Oleh itu, kami menggesa anda untuk mengambil bahagian di dalam Doa dan Puasa Nasional ini dengan:
- Menetapkan ibadah harian untuk berdoa dan berpuasa menggunakan panduan doa NECF
- Ambil bahagian dalam mezbah doa gereja anda
- Ambil bahagian dalam mezbah doa subuh MUFW (06:30am-08:00am) dan mezbah doa malam (11:00pm-12:30am) bermula 8 Ogos hingga 14 September
Semoga Tuhan memberkati Anda untuk mengenali Dia dengan lebih mendalam semasa anda mencari wajah Tuhan.
GDE Error: Error retrieving file - if necessary turn off error checking (404:Not Found)