“Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!” (Yohanes 1:29)
Berpuasa dan Berdoa 40 hari dari 7 Mac hingga 15 April
Kami ingin menjemput anda untuk bersama kami di dalam 40 hari ini untuk berdoa dan berpuasa, bermeditasi dan mengisytiharkan kuasa penebusan Kristus di kayu salib untuk kehidupan kita. Tahun 2022 sememangnya tahun sejajar dengan Tuhan kerana Good Friday dan Paskah jatuh pada hari yang sama pada tahun ini.
Semoga kita melihat perjanjian Tuhan dalam Perjanjian Lama dan Baru sejajar dalam kita mengisytiharkan “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia! (ke atas Malaysia)
2 Korintus 5:18-21
5:18 Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu. 5:19 Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan- kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkan-Nya kepada kami. 5:20 Kami ialah para duta Kristus. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dihendaki-Nya. Oleh itu, demi Kristus, kami meminta kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah! 5:21 Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah.
TERDAPAT KUASA DI DALAM DARAH YESUS!
Kita mengucapkan syukur kepada Bapa kita yang telah melayakkan kita menerima sebahagian warisan orang yang salih dalam cahaya. (Kolose 1:12)
Mari Kita isytiharkan…
- MELALUI DARAH YESUS KRISTUS, SAYA TELAH DISELAMATKAN DARI KUASA KEGELAPAN DAN TELAH DIPINDAHKAN KE DALAM KERAJAAN ANAK-NYA YANG DI KASIHI
Kolose 1:13-14
Dia telah melepaskan kita daripada kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kerajaan Anak yang dikasihi-Nya.
- MELALUI DARAH KRISTUS, SAYA TELAH DITEBUSKAN DAN SEMUA DOSA SAYA TELAH DIAMPUN.
Efesus 1:7
Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya.
- MELALUI DARAH YESUS KRISTUS, HATI NURANI SAYA TELAH DIBERSIHKAN DARIPADA PERBUATAN YANG MATI SUPAYA SAYA DAPAT BERIBADAT KEPADA ALLAH YANG HIDUP.
Ibrani 9:12-14
Bukan dengan darah kambing atau anak lembu, tetapi dengan darah-Nya sendiri, Dia masuk ke dalam Tempat Yang Maha Suci, sekali untuk selama-lamanya, kerana Dia mendapatkan penebusan yang kekal. 9:13 Jika darah lembu jantan dan kambing serta abu lembu betina muda yang direnjiskan ke atas orang bernajis dapat menyucikan jasadnya secara lahiriah, 9:14 lebih-lebih lagilah darah Kristus, yang melalui Roh kekal mempersembahkan diri-Nya tanpa cela kepada Allah menyucikan hati nuranimu daripada perbuatan yang mati supaya kamu dapat beribadat kepada Allah yang hidup.
- MELALUI DARAH YESUS KRISTUS, SAYA TELAH DIPERBENAR DAN MENJADI SOLEH. SEKARANG SAYA MEMPUNYAI AKSES KE DALAM RAHMAT TUHAN
Roma 5:1-2; 9
1 Oleh yang demikian, kerana kita telah diperbenar melalui iman, kita telah berdamai dengan Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. 2 Melalui-Nya kita telah mencapai dengan iman kasih kurnia yang meliputi kita sekarang. Dan kita bersukacita dengan harapan akan kemuliaan Allah …. 9 Oleh sebab sekarang kita telah diperbenar dengan darah-Nya, lebih-lebih lagilah kita akan diselamatkan daripada kemurkaan Allah melalui-Nya.
- MELALUI DARAH YESUS KRISTUS, SAYA TELAH DISUCIKAN MENJADI KUDUS DAN TAK BERCALAH, DIBAWA KEDALAM HADIRAT TUHAN TANPA SATU KESALAHAN.
Kolose 1:22-23
22 Akan tetapi, sekarang Allah telah mendamaikan kamu dengan diri-Nya melalui kematian tubuh Anak-Nya, supaya Dia dapat memperhadapkan kamu sebagai orang suci, yang tidak bercela dan bersalah dihadapan-Nya– 23 jika kamu tetap beriman, mantap dan berdiri teguh, tidak berganjak daripada harapan Injil yang kamu dengar. Inilah Injil yang dikhabarkan kepada seluruh ciptaan di bawah langit, dan yang aku, Paulus, menjadi hambanya.
- MELALUI DARAH YESUS KRISTUS, SAYA BOLEH MENDEKATI TAKHTA TUHAN DENGAN BERANI.
Ibrani 4:16
16 Oleh itu, marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.
- SAYA DITEBUS BUKAN DENGAN PERAK ATAU EMAS TETAPI DENGAN DARAH KRISTUS YANG BERHARGA. OLEH ITU, SAYA BERNILAI DAN HIDUP SAYA SANGAT BERHARGA KEPADA TUHAN. OLEH ITU, SAYA AKAN MENGHARGAI DAN TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN HIDUP SAYA
1 Petrus 1:18-19
18 Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas 19 tetapi darah Kristus yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya.
- MELALUI DARAH YESUS KRISTUS, SAYA DALAM PERJANJIAN DENGAN TUHAN DAN LAKNAT HUKUM TAURAT TELAH DIPATAHKAN
Galatians 3:13-14
13 Kristus telah menebus kita daripada laknat hukum Taurat itu dengan menanggung laknat itu untuk kita, kerana telah tersurat: “Terlaknatlah setiap orang yang tergantung pada kayu salib.” 14 Dia menebus kita supaya berkat Abraham datang kepada bangsa asing melalui Kristus Yesus, dan kita menerima Roh yang dijanjikan itu melalui iman.
- MELALUI DARAH YESUS KRISTUS SAYA ISYTIHARKAN BAHAWA TUBUH SAYA ADALAH BAIT ROH KUDUS, DITEBUS, DIBERSIHKAN, DIKUDUSKAN. SAYA ISYTIHARKAN HANYA KRISTUS SEORANG YANG MEMPUNYAI TUNTUTAN KE ATAS SAYA.
1 Korintus 6:19-20
19 Kamu tentu tahu bahawa tubuhmu itu tempat kediaman Roh Kudus yang telah dikurniakan Allah kepadamu. Tubuhmu bukanlah milikmu, tetapi milik Allah.6:20 Allah telah membelimu dengan harga yang sudah dibayar sepenuhnya. Oleh itu, gunakanlah tubuhmu memuliakan Allah.
- OLEH ITU, IBLIS TIADA TEMPAT DI DALAM SAYA, TIADA KUASA KE ATAS SAYA.
Wahyu 12:11
11 Mereka telah menumpaskannya dengan darah Anak Domba dan dengan kata-kata kesaksian mereka, dan mereka tidak menyayangi nyawa sendiri hingga mati.
1 Korintus 15 :55-57
55 “Wahai Maut, di manakah kemenanganmu? Wahai Maut, di manakah sengatmu?”56 Sengat maut ialah dosa, manakala kuasa dosa ialah Taurat. 57 Tetapi syukurlah kepada Allah yang telah memberi kita kemenangan melalui Tuhan kita Yesus Kristus.
- SAYA ISYTIHARKAN BAHAWA SAYA SEPENUHNYA KEPUNYAAN KRISTUS JURUSELAMAT SAYA.
- DIA ADALAH TUHAN DAN MASTER SAYA DAN SAYA ISYTIHARKAN KESETIAAN DAN KETULUSAN YANG SEPENUHNYA KEPADA KRISTUS SEORANG
- TIADA DALAM SELURUH CIPTAAN YANG BOLEH MEMISAHKAN SAYA DARIPADA KASIH ALLAH MELALUI YESUS KRISTUS TUHAN SAYA. AMEN.
SAYA MEMOHON DARAH KRISTUS KE ATAS MALAYSIA.
SAYA DOA UNTUK SETIAP BANGSA (NAMAKAN BANGSA-BANGSA TERSEBUT) DI DALAM SETIAP NEGERI (KAMU BOLEH NAMAKAN NEGERI-NEGERI ITU) DI MALAYSIA UNTUK “LIHATLAH ANAK DOMBA ALLAH YANG MENGHAPUSKAN DOSA MALAYSIA.
DALAM NAMA YESUS, AMEN