DOA UNTUK NEGARA – Januari 2026
HARI BARU, PENGURAPAN BARU
Ayat Utama:
MEMUKUL MUNDUR PEPERANGAN DIPINTU GERBANG
Yes 28:5-6 (TB) Pada waktu itu TUHAN semesta alam akan menjadi mahkota kepermaian, dan perhiasan kepala yang indah-indah bagi sisa umat-Nya,
6 akan menjadi roh keadilan bagi orang yang duduk mengadili, dan menjadi roh kepahlawanan bagi orang yang memukul mundur peperangan ke arah pintu gerbang.
Visi untuk MUFW di 2026 ialah HARI BARU, PENGURAPAN BARU
Mengapa pengurapan yang baru?
- Untuk memecah keluar daripada cara pemikiran semasa kita supaya Tuhan dapat melakukan perkara yang baru di tengah-tengah kita; mencurahkan anggur baru ke dalam kirbat baru.
- Untuk mengundurkan pertempuran di pintu-pintu gerbang.
Kita memerlukan peralihan pola pemikiran supaya kita tidak melangkah ke tahun 2026 dengan mentaliti bisnes seperti biasa!! Kita perlukan suatu pengurapan yang akan memampukan kita keluar daripada sikap selesa dan pemikiran keagamaan.
Ketika kita melihat kegelapan melanda setiap aspek kehidupan manusia—menyasarkan kanak-kanak, keluarga, dan gereja—kita mesti menjadi semakin tekun dan tidak berhenti-henti mengejar Tuhan. Hanya Dia yang dapat melatih tangan kita untuk bertempur dan jari-jari kita untuk berperang. (Mazmur 144:1)
Bagaimanakah kita dapat mengambil kedudukan yang tidak berhenti-henti dalam 2026?”
2Tawarikh 20:17
“Dalam peperangan ini tidak usah kamu bertempur.
Hai Yehuda dan Yerusalem, tinggallah berdiri di tempatmu, dan lihatlah bagaimana TUHAN memberikan kemenangan kepadamu. Janganlah kamu takut dan terkejut.
Majulah besok menghadapi mereka, TUHAN akan menyertai kamu”
4 Arahan Tuhan memberi Raja Yosafat
- Ambillah posisi masing-masing
- Berdirilah teguh
- Jangan takut dan jangan kecut hati
- Majulah untuk menghadapi mereka
DOA
1. Marilah kita memohon Tuhan memberi kita suatu Pola Pemikiran Baru yang Berani dan Menerobosi
Tuhan, kita berdiri di hadapan-Mu pada permulaan tahun baru 2026, dan memohon suatu pengurapan baru yang dapat mematahkan pola pemikiran keagamaan yang menyebabkan kita menjadi leka atau merasa tidak berdaya.
Ya Allah Maha Kuasa, Engkau Maha Perkasa, dahsyat dalam Kekudusan, melakukan perkara-perkara ajaib. Kiranya Engkau mengurapi kita dengan kuasa dan kewibawaan, supaya kita dapat menjadi pembawa kemuliaan dan keagungan-Mu.
- Maka, kita sekarang berdoa untuk suatu perubahan pola pemikiran.
- Kita tidak mahu memuliakan-Mu dengan bibir kita sedangkan hati kita jauh daripada-Mu, dan tidak memandang Engkau dengan serius sebagaimana sepatutnya. Kita tidak mahu ajaran kita semata-mata peraturan yang diajarkan oleh manusia. (Matius 15:8–9)
- Biarlah mata kita terbuka kepada keadaan sebenar ibadah gereja kita supaya kita dapat melihat apa yang tidak memuliakan-Mu. Kita akui bahawa seringkali khotbah dan penyembahan kita kurang mendemonstrasikan kuasa Roh.
- Ya Tuhan Allah, kiranya tahun 2026 memperlihatkan suatu perubahan besar dalam ibadah kita, supaya penyembahan kita dipenuhi dengan manifestasi kuasa dan kasih-Mu, dan setiap orang akan berdiri terkagum akan Engkau!
- Datanglah, ya Tuhan, dan berikan kita kelaparan dan kehausan akan manifestasi kemuliaan-Mu.
- Berikan kita roh yang tidak berhenti-henti tekun mencari-Mu setiap hari; untuk menguduskan nama-Mu dan berdiri mengkagumi Engkau.
- Kiranya mezbah doa korporat kita dipenuhi dengan kehadiran-Mu, ketika mata kita bertumpu kepada keagungan dan kemuliaan Tuhan, dan bukan kepada apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.
- Arahkan mata kita kepada-Mu, ya Tuhan, dan jangan biarkan kita terganggu atau ditenggelami oleh keadaan persekitaran.
1. Berdiri Teguh dalam Kedudukan Kita di dalam Tuhan
Tuhan, kita tahu bahawa doa adalah lebih daripada sekadar permohonan. Doa adalah tentang mengambil dan berdiri teguh dalam kedudukan rohani yang Engkau telah berikan kepada kita melalui Tuhan Yesus Kristus.
Oleh itu, kita tidak akan melepaskan kedudukan ini dan kita mengisytiharkan bahawa:
- Melalui Kristus, Engkau telah membangkitkan kita daripada kematian bersama-sama dengan Kristus dan mendudukkan kita bersama Dia di alam sorgawi (Efesus 2:6).
- Melalui Kristus, Engkau telah melayakkan kita untuk mendapat bahagian dalam warisan umat-Mu yang kudus, dan Engkau telah menyelamatkan kita daripada kuasa kegelapan serta memindahkan kita ke dalam Kerajaan Anak yang Engkau kasihi (Kolose 1:12–13).
- Kita berdiri teguh dalam kedudukan ini kerana melalui Kristus kita telah dibebaskan daripada dosa-dosa kita oleh darah-Nya, dan kita telah dijadikan raja-raja dan imam-imam untuk melayani Allah dan Bapa kita (Wahyu 1:5–6).
- Oleh itu, kita akan sentiasa mempertahankan kedudukan ini ketika kita mengangkat tangan kepada-Mu dalam doa.
2. Memohon Keberanian dan Daya Tahan untuk Menghadapi Musuh
Oleh itu, ketika kita mengambil kedudukan kita dalam doa, kita memohon Engkau memampukan kita berdiri bersama dengan teguh dan tidak henti-henti menghadapi musuh.
- Tuhan, kiranya Engkau menolong kita pada tahun 2026 untuk sentiasa kuat dan berani, dengan mengenakan seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kita dapat berdiri teguh melawan semua strateji iblis.
- Latihlah kita untuk mempertahankan kedudukan kita, dengan mengenakan tali pinggang kebenaran dan baju zirah kebenaran Allah. Sebagai kasut, kita mengenakan kesejahteraan yang datang daripada Khabar Sukacita supaya kita siap-sedia sepenuhnya. Tambahan kesemua ini, kita mengangkat tinggi perisai iman untuk memadamkan semua anak panah berapi si jahat. Kita juga mengenakan keselamatan sebagai ketopong , dan mengambil pedang Roh, iaitu firman Allah (Efesus 6:14–19).
- Kita tidak akan membiarkan roh ketakutan dan intimidasi menguasai hati dan fikiran kita, sebaliknya kita menerima Roh yang memberi kita kuasa, kasih dan penguasaan diri (2 Timotius 1:7).
- Kita tidak akan membiarkan ketakutan atau keputusasaan menguasai fikiran kita, sebaliknya kita berkata kepada diri sendiri: “Kuatkanlah hati, jangan takut, kerana Allahmu akan datang untuk membinasakan musuh-musuhmu. Dia datang untuk menyelamatkan kamu” (Yesaya 35:4).
Tuhan, kita memuji Tuhan, yang adalah Gunung Batu kita.
Kiranya Engkau melatih tangan kita untuk bertempur dan memberi jari-jari kita kemahiran untuk berperang.
2 Engkaulah tempat perlindungan dan kubu pertahanan kita
Engkaulah kota benteng dan penyelamat kita
Engkaulah perisai dan tempat kita berlindung,
Dalam nama Yesus, Engkau akan menundukkan bangsa-bangsa ke bawah kuasa kita (Mazmur 144) Dalam Nama Yesus yang berkuasa, kita berdoa, amin.