DOA UNTUK NEGARA – Julai 2025
PERTAUBATAN UNTUK DOSA PERCABULAN
Dosa seksual mempunyai akar yang sangat mendalam. Akibat daripada dosa seksual bukan sahaja menjejaskan hidup kita, tetapi juga hidup anak-anak kita. Dosa seksual juga berleluasa dan roh zaman sekarang telah menjadikan kita kebal terhadapnya.
Bulan ini, ketika kita fokus bertaubat daripada dosa seksual, janganlah merasa terhukum, tertipu atau bersikap acuh tak acuh terhadap kuasanya yang mampu merosakkan dan menghancurkan keluarga rohani, negara dan warisan rohani kita.
(Jika anda mendapati bahawa anda tidak dapat mengidentifikasikan diri dengan sebahagian daripada doa-doa ini, jadikanlah ia sebagai waktu berdoa bagi kawan-kawan, ahli keluarga yang anda tahu terikat dalamnya. Rasailah kesedihan hati Tuhan terhadap isu ini. Jangan bersikap acuh tak acuh. Semasa anda membaca Alkitab bulan ini, perhatikan bagaimana Tuhan memandang dosa seksual. Jangan menghakimi sesiapa pun, tetapi berdoalah dan mintalah Tuhan menunjukkan bagaimana anda boleh berdiri di celah bagi orang tersebut.)
Fahami 2 Kebenaran Firman Tuhan
A. Keberatan Dosa Seksual – Ia adalah dosa terhadap diri kita sendiri – iaitu terhadap tubuh, akal budi, jiwa, identiti kita, dan yang paling penting, hubungan kita (1 Korintus 6:8-20).
B. Jangan tergoda untuk memperkecilkan istilah-istilah yang menggambarkan pelbagai jenis dosa seksual. Benarkan Roh Kudus menyabitkan kita, dan apabila kita mengaku dosa (homologia), kita sebutkannya seperti mana Firman Tuhan menamainya.
A. KEBERATAN DOSA SEKSUAL TERHADAP SELURUH DIRI KITA
1 Korintus 6:13-20
Kamu berkata, “ Makanan adalah untuk perut dan perut untuk makanan: tetapi kedua-duanya akan dibinasakan Allah. Tetapi tubuh bukanlah untuk percabulan, melainkan untuk Tuhan, dan Tuhan untuk tubuh..
15 Tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah anggota Kristus ? Akan kuambilkah anggota Kristus untuk menyerahkannya kepada percabulan? Sekali-kali tidak! 16 Atau tidak tahukah kamu, bahwa siapa yang mengikatkan dirinya pada perempuan cabul, menjadi satu tubuh dengan dia? Sebab, demikianlah kata nas: “Keduanya akan menjadi satu daging.” 17 Tetapi siapa yang mengikatkan dirinya pada Tuhan, menjadi satu roh dengan Dia.
18 Jauhkanlah dirimu dari percabulan ! Setiap dosa lain yang dilakukan manusia, terjadi di luar dirinya. Tetapi orang yang melakukan percabulan berdosa terhadap dirinya sendiri. 19 Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, –dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri?20 Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu!
B. JANGAN TERPEDAYA DENGAN PANDANGAN DUNIA TERHADAP DOSA SEKSUAL
UNTUK DIBEBASKAN, KITA MESTI BERSETUJU BAHAWA APA YANG TUHAN SEBUT DOSA MEMANG ADALAH DOSA. HANYA DENGAN ITU DARAH YESUS DAPAT MEMBEBASKAN KITA.
1 Yohanes 1:5-10
Dan inilah berita, yang telah kami dengar dari Dia, dan yang kami sampaikan kepada kamu: Allah adalah terang dan di dalam Dia sama sekali tidak ada kegelapan. 6 Jika kita katakan, bahwa kita beroleh persekutuan dengan Dia , namun kita hidup di dalam kegelapan, kita berdusta dan kita tidak melakukan kebenaran. 7. Tetapi jika kita hidup di dalam terang sama seperti Dia ada di dalam terang, maka kita beroleh persekutuan seorang dengan yang lain, dan darah Yesus, Anak-Nya itu, menyucikan kita dari pada segala dosa,
8 Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa , maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita. 9 Jika kita mengaku dosa kita , maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan. 10 Jika kita berkata, bahwa kita tidak ada berbuat dosa , maka kita membuat Dia menjadi pendusta dan firman-Nya tidak ada di dalam kita.
PERTAUBATAN PERIBADI
A) DOA PERSETUJUAN DENGAN ROH KUDUS ketika kita mengundang-Nya menolong kita
- Tuhan, kita mengaku bahawa kita telah memperkecilkan kesan jahat dosa seksual. Kita bersetuju dengan-Mu bahawa dosa seksual merosakkan setiap aspek dalam hidup kita — fikiran , hati, jiwa , identiti dan keluarga kita. Sekarang bukalah akal budi pemahaman saya agar saya dapat berdiri seiring dengan-Mu untuk mematahkan kuasa dosa seksual atas hidup (saya) kita, hidup anak-anak kita, dan masyarakat kita. Dalam Nama Yesus.
- Bapa Syurgawi, aku bersyukur atas segala berkat yang telah mengalir kepadaku melalui Yesus Kristus. Aku berterima kasih bahawa ketika kita bersekutu dengan Engkau, terang-Mu tinggal dalam diri kita. Maka aku yakin bahawa Engkau akan menyinari jiwaku yang gelap dengan terang-Mu.
- Aku bersyukur bahawa darah Yesus berkuasa untuk mengampuni segala dosaku dan juga menyucikan aku dari akar kejahatan. Aku sedar bahawa aku terikat kepada dosa-dosa ini dan bahawa aku tidak mampu membebaskan diri sendiri. Aku mengakui bahawa hanya Engkau yang dapat menolongku dan bahawa Yesus telah pun membayar hutang dosaku. Yesus telah menanggung semua dosaku — masa lalu, masa kini dan masa depan — apabila Dia mati bagiku di kayu salib. Aku menerima anugerah kasih kurnia yang ditawarkan kepadaku melalui kematian pengorbanan Yesus.
- Aku mengakui bahawa dosa seksual adalah dosa terhadap tubuh kita sendiri, iaitu bait Roh Kudus. Aku bersyukur bahawa Kristus telah menebus kita dengan harga darah-Nya yang mahal. Oleh itu, kita semua sangat bernilai di mata-Mu. Aku sedar bahawa dosa seksual akan menghancurkan identiti dan nilai diriku. Maka, kini kita mengasingkan diri untuk Kristus dan tidak akan membenarkan fikiran, emosi, dan tubuh kita menjadi alat kepada dosa dan kenajisan.
- Aku bersyukur kerana Engkau mengetahui segala sesuatu tentang diriku. Tolonglah aku untuk bersikap benar-benar jujur dengan-Mu. Aku tidak perlu lagi bersembunyi.
- Jika aku mengaku dosaku, Engkau setia dan adil dan akan mengampuni dosaku serta menyucikan aku daripada segala kejahatan (1 Yohanes 1:9). Bapa, saat ini aku memilih untuk bertaubat dan meninggalkan dosa-dosaku (nafsu seksual/perzinaan/ persetubuhan luar nikah/ fantasi dan keseronokan seksual dalam mental/pornografi/pelancapan/hawa nafsu liar/ hubungan seksual bebas/kebejatan moral/maksiat/ pelacuran/bersetubuh sesama jantina samada lelaki atau perempuan/ mengintai untuk kepuasan seksual/nafsu yang memalukan.
Berdoalah untuk akal budi anda dan mintalah Tuhan menunjukkan kepada kita di mana kita telah membuka pintu dosa seksual melalui pintu mata, telinga, bahkan tangan, yang telah membenarkan dosa itu meresapi pemikiran kita.
B) PERTAUBATAN UNTUK DOSA PORNOGRAFI
Tuhan, aku mengakui bahawa dosa seksual bermula dalam fikiran kita. Aku juga sedar bahawa aku telah membuka mataku membenarkan setiap imej pornografi masuk dan merosakkan fikiranku.
- Aku telah membiarkan fikiran dipenuhi dengan nafsu melalui apa yang mataku melihat, dan ini telah melahirkan percabulan dan dosa seksual. Tolonglah aku untuk menghapuskannya, ya Tuhan.
- Aku ingin dengan sengaja menyerahkan fikiranku kepada-Mu setiap hari, walaupun aku sedar bahawa internet merupakan pintu terbuka kepada pencemaran fikiranku. Lepaskan aku daripada membuang masa — sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja — dalam menonton imej dan fikiran pornografi.
- Tolong sucikan fikiranku pada tahap sedar, separa sedar dan tidak sedar. Yesus, sila perintahlah atas fikiranku, corak pemikiran dan sikapku.
- Aku mengaku penglibatanku dalam seks siber dan toleransi dengan pelbagai bentuk godaan seksual serta pornografi yang digambarkan oleh media. Aku berdoa agar Engkau menyucikan aku daripada kenajisan seksual dan curahkan Roh suci-Mu ke dalam diriku.
- Ya Tuhan, hancurkan kuasa dan manipulasi fikiran serta imej seksual atas akal budi, tubuh dan seksualitiku. Ampunilah aku dan bebaskan aku daripada semua akibat dosaku.
- Sucikan aku daripada segala kenajisan dalam roh, fikiran, kehendak, emosi dan tubuh. Sucikan mata, telinga , tangan dan organ seksualku.
Dalam Nama Yesus, Bapa, biar semua roh seksual dan nafsu tinggalkan aku sekarang juga. Yesus, datanglah dan memerintah atas tubuhku, segala keinginan jasmani, seksualitiku dan penyataannya. Tubuhku adalah bait Roh Kudus yang diam di dalamku, yang aku peroleh daripada-Mu. Aku bukan milikku sendiri; aku telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar. Oleh itu tolonglah aku memuliakan Engkau dengan tubuh, fikiran, jiwa dan rohku (1 Korintus 6:19-20).
C. DOA PERTAU BATAN UNTUK PERCABULAN DALAM KELUARGA & NEGARA
Bahagian ini memberi tumpuan kepada dosa yang telah diperturunkan kepada kita melalui keluarga kita. Kita juga dapat melihat kesannya atas negara kita. Rasailah kesedihan hati Tuhan ketika anda berdoa, dan mintalah Tuhan memberi pengertian lebih lanjut bagaimana dosa ini menajiskan tanah.
Berdoalah juga agar kita tahu bagaimana melayani mereka yang sangat terjejas oleh dosa ini. Ini bukan masa untuk menghakimi atau membenarkan diri, tetapi untuk berdiri di celah bagi mereka yang telah tertawan oleh dosa-dosa ini.
Berdoalah agar tubuh Kristus, iaitu gereja, tahu bagaimana melayani mereka ini yang terluka.
1. DOA PENYUCIAN DARIPADA KEJAHATAN GARIS KETURUNAN BERKAITAN DOSA SEKSUAL
- Sekarang aku ingin memohon pengampunan daripada-Mu atas setiap dosa seksual dan mohon agar Engkau menyucikan aku daripada akar dosa seksual yang mungkin datang daripada nenek moyangku — dari sebelah bapa dan sebelah ibuku.
- Aku mematahkan segala kutuk perzinaan, penyelewengan seksual, persetubuhan luar nikah, nafsu, sumbang mahram, rogol, pencabulan, kelahiran luar nikah, pelacuran, dan poligami dalam nama Yesus, daripada garis keturunanku hingga ke 10 generasi.
- Hari ini, aku memilih untuk mengampuni nenek moyangku atas akibat dosa seksual mereka yang telah menjejaskan ku. Tolong putuskan kuk dan kuasa kutuk generasi yang berkaitan dosa seksual daripadaku.
- Mulai sekarang, aku boleh mengambil tanggungjawab peribadi atas dosaku sendiri dan tidak akan menyalahkan orang lain lagi.
2. PERTAUBATAN DARIPADA DOSA PERZINAAN
- Matius 5:27-32
“Kamu telah mendengar firman: Jangan berzinah. 28 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya , sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya.
31 “Telah difirmankan juga: Siapa yang menceraikan isterinya harus memberi surat cerai kepadanya. 5:32 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang menceraikan isterinya kecuali karena zinah , ia menjadikan isterinya berzinah; dan siapa yang kawin dengan perempuan yang diceraikan, ia berbuat zinah.
- Malaekhi 2:13-16
Dan inilah yang kedua yang kamu lakukan: Kamu menutupi mezbah TUHAN dengan air mata, dengan tangisan dan rintihan, oleh karena Ia tidak lagi berpaling kepada persembahan dan tidak berkenan menerimanya dari tanganmu. 2:14 Dan kamu bertanya: “Oleh karena apa?” Oleh sebab TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dan isteri masa mudamu yang kepadanya engkau telah tidak setia, padahal dialah teman sekutumu dan isteri seperjanjianmu
15 Bukankah Allah yang Esa menjadikan mereka daging dan roh? Dan apakah yang dikehendaki kesatuan itu? Keturunan ilahi! Jadi jagalah dirimu! Dan janganlah orang tidak setia terhadap isteri dari masa mudanya.
16 Sebab Aku membenci perceraian , firman TUHAN, Allah Israel–juga orang yang menutupi pakaiannya dengan kekerasan, firman TUHAN semesta alam. Maka jagalah dirimu dan janganlah berkhianat!
DOA PERTAUBATAN
- Ya Allah Yang Maha Kuasa, sesungguhnya kita adalah umat yang berzina. Kita telah memungkiri perjanjian dengan-Mu apabila memandang ringan dosa perzinaan.
- Sebagai umat-Mu, kita mengaku bahawa apabila kita mendengar tentang perzinaan dan penceraian, kita tidak mengambil pendirian tegas untuk menolaknya atau membantu pasangan yang sedang menghadapi situasi ini. Sebaliknya, kita menghakimi mereka atau bersikap acuh tak acuh terhadap isu-isu ini. Kita tidak merasai kepedihan hati-Mu sedangkan perzinaan telah menyebabkan luka yang mendalam dalam keluarga, terutamanya atas generasi seterusnya. Ia telah menimbulkan ketidakpercayaan dan penolakan terhadap bapa dan ibu sehingga melahirkan roh yatim piatu.
- Kiranya sekarang Engkau bukalah hati kita untuk melihat dan bertaubat daripada dosa perzinaan, penceraian, persetubuhan luar nikah dan segala bentuk maksiat yang telah menajiskan kita dan generasi seterusnya.
- Berikanlah kita hikmat yang besar untuk memberi kaunseling dan membantu perkahwinan yang sedang melalui situasi-situasi ini.
- Kita mohon agar sewaktu kita berdoa, banyak keluarga akan diperdamaikan semula dan kutuk perzinaan, ketidaksetiaan dan penceraian dibatalkan.
3. PERTAUBATAN DARIPADA DOSA PELACURAN
- Ya Allah Yang Maha Kudus, kita mengakui dan mengaku dosa pelacuran di hadapan-Mu. Kita memohon pengampunan kerana menjual tubuh kita dan menajiskan Bait Suci-Mu. Kita memohon pengampunan-Mu kerana mencabuli tubuh orang lain dan menggunakannya untuk kepuasan sumbang dan yang mementingkan diri.
- Kita memohon pelepasan daripada roh pelacuran dan berdoa untuk penyembuhan serta pemulihan bagi mereka yang telah dipaksa atau memilih untuk terlibat dalam amalan ini. Kita juga berdoa agar mereka yang mempergunakan wanita dan lelaki untuk keuntungan kewangan disabitkan dosa mereka.
- Kita ingin tinggal di dalam-Mu, kerana kita tahu hanya Engkau sahaja yang dapat memenuhi kerinduan yang terdalam dalam hati, fikiran dan jiwa kita.
4. PERTAUBATAN DARIPADA DOSA HUBUNGAN SEJENIS
Roma 1:21-27
Sebab sekalipun mereka mengenal Allah, mereka tidak memuliakan Dia sebagai Allah atau mengucap syukur kepada-Nya. Sebaliknya pikiran mereka menjadi sia-sia dan hati mereka yang bodoh menjadi gelap. 22 Mereka berbuat seolah-olah mereka penuh hikmat, tetapi mereka telah menjadi bodoh.
24 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada keinginan hati mereka akan kecemaran, sehingga mereka saling mencemarkan tubuh mereka.
26 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang memalukan, sebab isteri-isteri mereka menggantikan persetubuhan yang wajar dengan yang tak wajar 27 Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan kemesuman, laki-laki dengan laki-laki , dan karena itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka.
Amsal 28:13 “Siapa menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung, tetapi siapa mengakuinya dan meninggalkannya akan disayangi
- Bapa, bebaskan kita daripada rasa malu dan luka akibat gaya hidup homoseksual. Aku berdoa agar Engkau menolongku ketika aku berdoa mengenai masalah ini yang kita lihat dalam gereja, keluarga dan generasi kita. Kita dapat melihat bagaimana jiwa-jiwa ini sentiasa berada dalam kekacauan batin melaluinya.
- Bapa, dengan menunduk kepada homoseksualiti/lesbianisme, kita seolah-olah mengatakan bahawa Engkau tidak tahu apa yang Engkau lakukan ketika menciptakan kita. Kita diciptakan sebagai seorang lelaki/perempuan. Kita dicipta dengan indah dan ajaib menurut gambar dan rupa Allah. Allah bukanlah pencipta kekacauan.
- Kita menutup pintu telinga kita kepada segala dusta musuh yang mengatakan bahawa seseorang itu boleh dilahirkan sebagai homoseksual dan tidak boleh dilepaskan. Kita mengisytiharkan bahawa siapa yang dibebaskan oleh Anak, dia benar-benar bebas. Kita dan orang yang kita kasihi telah dibebaskan.
- Kita menutup pintu mata kita daripada roh penggoda yang cuba menarik kita kepada hubungan sejenis. Kita bertaubat kerana memandang persetubuhan sejenis dalam cara yang tidak berkenan di hadapan-Mu. Kita bertaubat kerana bernafsu dan berfantasi terhadap sesama jantina, dan terlibat dalam apa-apa tingkah laku dengan sesama jantina yang dianggap kekejian di hadapan-Mu.
- Kita mengisytiharkan kebenaran daripada Roma 1, yang menyatakan bahawa homoseksualiti/lesbianisme adalah sesuatu yang tidak wajar. Kita meruntuhkan setiap imaginasi gaya hidup ini yang cuba meninggikan diri menentang pengenalan akan Allah. Bapa, kita bersyukur kerana Engkau mengubah cara pemikiran, suasana dan pergaulan saya.
- Kita bertaubat setiap kali dosa-dosa ini dilakukan di tanah air kita.
- Kita menolak dan meninggalkan segala pengaruh dari internet, setiap buku, semua filem, perhimpunan sosial, perarakan homoseksual, dan apa sahaja yang menyemai kejahatan ini dalam tanah dan keluarga kita dalam nama Yesus.
- Kita menolak pesta kebanggaan gay dan setiap tanda serta simbol gaya hidup ini. Kita menolak penggunaan imej pelangi yang telah diselewengkan sebagai satu bentuk perjanjian antara syaitan dan kita.
- Kita mematahkan kuasa kata-kata yang telah diucapkan oleh orang fasik untuk mengurung jiwa-jiwa yang tidak bersalah dan menarik mereka masuk ke dalam gaya hidup ini. Kita menolak bahasa dan istilah yang digunakan dalam masyarakat kita berkaitan dengan gaya hidup ini.
Kita memohon perlindungan darah Yesus ke atas fikiran kita, dan kita bersyukur kerana Engkau tidak membiarkan kita diserahkan kepada fikiran yang terkutuk. Kita mahu dibebaskan sepenuhnya dan fikiran kita diperbaharui.
Tuhan, biar gereja di Malaysia menjadi suara yang lantang menentang agenda homoseksual dan segala rancangannya, agar lelaki dan wanita lain juga dapat benar-benar dibebaskan. Namun, berikan kita belas kasihan dan hikmat-Mu untuk membantu mereka yang dipenjarakan dalam gaya hidup ini dengan penuh kasih.
Dosa-dosa ini tidak akan menjejaskan generasi kita. Kutuk ini telah dipatahkan, dan berkat akan terus mengalir ke hadapan hingga seribu generasi.
Doa untuk Memutuskan Ikatan Jiwa yang Tidak Kudus
Bapa Syurgawi,
Aku datang kepada-Mu dalam nama Yesus Kristus, Penyelamat dan Penebusku.
Terima kasih untuk kuasa darah Yesus dan otoriti yang aku miliki dalam nama-Nya.
Tuhan, aku mengakui bahawa aku telah membentuk ikatan jiwa yang tidak kudus dengan (sebut nama orang itu) — sama ada melalui keterikatan emosi, kebergantungan yang tidak sihat, hubungan seksual di luar perkahwinan, manipulasi, atau perjanjian yang tidak Engkau tetapkan.
Aku bertaubat atas segala dosa, ketidaktaatan, atau ikatan perjanjian yang tidak kudus yang telah menyebabkan ikatan jiwa ini terbentuk.
Aku membatalkan segala ikrar, janji atau persetujuan — sama ada yang diucapkan atau tidak — yang aku telah buat di luar kehendak-Mu.
Ampunilah aku, Tuhan, dan sucikanlah aku dengan darah Yesus.
Sekarang, dengan kuasa nama Yesus Kristus dan kuasa karya salib-Nya yang telah selesai,
aku memutuskan dan mematahkan setiap ikatan jiwa yang tidak kudus antara aku dan (sebut nama orang itu).
Aku mengisytiharkan bahawa setiap hubungan emosi, fizikal, rohani dan seksual yang bukan daripada-Mu telah diputuskan dalam nama Yesus!
Aku perintahkan setiap roh jahat yang telah masuk melalui ikatan jiwa yang tidak kudus ini keluar daripadaku sekarang, dalam nama Yesus.
Kamu tidak mempunyai hak yang sah lagi untuk tinggal — aku telah ditebus, disucikan dan diasingkan untuk Tuhan.
Roh Kudus, aku mengundang Engkau untuk memenuhi setiap ruang dalam diriku dimana ikatan jiwa itu wujud dahulu .
Pulihkan jiwaku (Mazmur 23:3).
Sembuhkan hatiku dan jadikan aku sempurna semula.
Bangunkan kembali identitiku di dalam-Mu dan tolonglah aku berjalan dalam kemurnian, kebebasan dan kebenaran.
5. DOA UNTUK PEMULIHAN MEREKA YANG TELAH MENGALAMI PENDERAAN SEKSUAL
- Tuhan Allah, Perlindungan kita, sukacita telah hilang daripada banyak hati disebabkan percabulan seksual dan rogol. Kita mengakui bahawa penderaan ini sedang berlaku dalam keluarga dan masyarakat kita.
- Kita memohon pengampunan kerana membiarkan roh nafsu beroperasi dengan bebas dan kerana sikap tidak peduli kita terhadapnya. Tolong bebaskan kita dan dedahkan segala perbuatan kegelapan yang memusnahkan orang-orang di tanah air kita.
- Sembuhkanlah mereka yang telah menjadi mangsa dosa ini. Sabitkan mereka yang melakukanya, supaya dibawa kepada penghukuman yang adil dan keselamatan dalam Kristus.
- Kita berdoa secara khusus agar Engkau memberi kita hikmat, kasih dan belas kasihan yang besar untuk membantu sesiapa sahaja yang kita temui supaya dipulihkan daripada penderaan seksual.
- Kita berdoa untuk penggubalan undang-undang yang melindungi dan mempertahankan mangsa penderaan seksual.
Bapa, ampunilah negara kita dan sembuhkanlah tanah kita.
Curahkan Roh-Mu dan pulihkan kebenaran dalam hati kita.
Lepaskan hikmat dan pewahyuan dalam pengenalan akan Engkau kepada rakyat di negara ini.
Naikkan panji Roh Kudus-Mu terhadap percabulan dan segala buah jahatnya dalam masyarakat kita dalam nama Yesus.
Kita perlukan darah Yesus untuk menyucikan jiwa dan tubuh kita daripada segala kenajisan akibat dosa seksual. Tolong pulihkan kita agar menjadi Pengantin Kristus yang Engkau kehendaki.
Kita mempersembahkan tubuh kita sebagai korban yang hidup, kudus dan berkenan kepada-Mu sebagai ibadah kita.
Tolong hapuskan kutuk keganasan dari tanah ini yang berpunca daripada kenajisan seksual kita.
Ajar kita merendahkan diri, menghormati dan melayani satu sama lain tanpa nafsu untuk kuasa atau otoriti di luar kehendak-Mu.
Pulihkan kembali kebaikan dan perkenanan-Mu ke atas tanah ini.
Dalam Nama Yesus, amin.