V I S I

Larilah, katakanlah kepada pemuda itu, ‘Yerusalem akan berdiri seperti kampung tidak bertembok kerana ramainya manusia dan binatang di dalamnya.
Aku sendiri akan menjadi tembok api di sekelilingnya,’
demikianlah firman Tuhan, ‘Aku akan menjadi kemuliaan di tengah-tengahnya.’

Zakharia 2:4-5

DOA ATAS TALIAN

M I S I

Doa Kesatuan

Orang percaya di seluruh Malaysia terus bersatu.
24 jam, siang dan malam, sepanjang minggu.
Dari rumah, tempat kerja, kampus dan gereja kita.

Doa Kesepakatan

Berseru doa-doa yang sama untuk tanah kita.

Kolaborasi Mezbah Doa

Kolaborasi gereja dan kumpulan doa dari semua bahasa & denominasi di seluruh negara.

Doa Perlindungan Ke Atas Setiap Gereja

Untuk semua gereja, pelayanan & pastor di setiap tempat.

F O K U S   D O A

Bapa, terima kasih kerana telah memilih saya di dalam Kristus sebelum dunia dibentuk, sehingga saya menjadi kudus dan tidak bercela dimataMu.
Sebagai respon pada kebaikan dan belas kasihanMu, Saya menyerahkan diri ini sebagai korban yang hidup untuk hidup dalam kekudusan dan kebenaran, agar dapat menyenangkan hatiMu.
Tuhan, Saya mahu bertaubat dan tidak lagi mahu hidup menurut jalan dunia ini yang dipengaruhi nilai, idea, pendapat dan budaya dunia ini.
Tuhan, Saya tunduk kepada RohMu untuk meyakinkan dan menyucikan fikiran ini dari setiap kebanggaan diri dan pemikiran yang tidak benar dan bertentangan dengan kebenaranMu.
Tuhan, Saya bawa seluruh pemikiran dan imaginasi saya tunduk dan taat pada keTuhanan Yesus Kristus.
Tuhan, Saya mahu bertaubat dari setiap hal yang hanya berfokus kepada diri sendiri, tidak memaafkan, kepahitan, kecemburuan, ketamakan dan kesombongan dalam hati ini.
Tuhan, Saya memohon agar saya berakar dan diteguhkan di dalam kasihMu, sehingga saya hidup di dalamMu dan Engkau di dalamku. Perkasakan saya dengan kasihMu agar saya mengasihi sesamaku.
Tuhan, Saya berterima kasih buat darah Kristus melalui RohMu yang kekal dan tidak bercela, yang telah menyucikan hati ini dari sikap hati yang membawa kepada kematian, sehingga saya dapat melayaniMu.
Tuhan, Saya sekarang menjemput Engkau hadir ke dalam hati saya dan rumah ini, di saat saya menguduskan waktu ini bagiMu.

Tuhan, Saya berterima kasih buat keluargaku dan saya menyerahkan keluargaku kepadaMu.
Tuhan, Saya berdoa tiada senjata terbentuk di dunia yang dapat menganggu gugat keluargaku. Tiada rencana atau rancangan musuh yang akan memisahkan kami atau menyebabkan perpecahan didalam rumah kami. Biarlah kasih Tuhan yang menutup banyak dosa akan menjadikan kami tetap menghormati satu sama lainsehingga musuh tidak ada ruang untuk mengambil peluang didalam hidup kami. Tolong kami agar terus dapat menjaga dengan baik dan penuh kasih didalam hubungan kekeluargaan dan litupilah rumah kami agar suasana keamanan tetap terpelihara. Biarlah kemuliaanMu terus memenuhi kami, sehingga kami dapat menjadi kesaksian yang baik bagi namaMu dan setiap keluarga yang belum dijangkau akan dapat mengenali Engkau dan menerima secara peribadi dan menjadikan Engkau, Tuhan dan Juruselamat.
Tuhan, Saya berdoa agar Engkau melindungi seluruh keluargaku dari segala sakit penyakit, kemalangan dan malapetaka. Sekiranya ada yang sakit, alirkanlah kuasa perkataanMu dan biarlah kuasa kesembuhan akan membawa kesembuhan total bagi setiap peribadi.
Sekiranya ada sesuatu perkara yang membawa kepada depresi atau kemurungan, biarlah kasihMu yang sempurna akan menghilangkan seluruh ketakutan dan damai sejahteraMu yang melangkaui seluruh akal akan melindungi hati dan fikiran kami didalam Kristus Yesus.
Tuhan, selamatkan kami dari kuasa jahat. Terima kasih kerana mengarahkan malaikatMu menjaga kami dan sentiasa memimpin kami sehingga kaki kami tidak terhantuk pada batu. Terima kasih Tuhan kerana menjadi tembok yang melindungi keluarga kami. Kami merayu agar darahMu melindungi, menyucikan dan menguduskan kami. Kami menggunakan seluruh kelengkapan senjata Allah agar kami dapat berdiri teguh. Saya menyerahkan keluarga kami kepadaMu, Tuhan yang Maha Kuasa, yang akan sentiasa menjaga dan melindungi kami dari semua kuasa jahat dan penipuan iblis. Terima kasih kerana pada saat kami meletakkan kepercayaan kami kepadaMu, kami tidak akan dipermalukan.
Di dalam nama Yesus kami berdoa dan minta semua ini. Amen.

Tuhan, kami mahu membawa para gembala/pemimpin kami kepada Engkau hari ini (atau berdoa secara terperinci bagi para gembala atau pemimpin seperti yang dipimpin oleh Roh Kudus).

Berdoa bagi perlindungan Tuhan atas mereka dan keluarga mereka

Kami berterima kasih bagi mereka dan bagi ketaatan mereka untuk patuh pada panggilan Tuhan atas hidup mereka sebagai gembala bagi domba-domba di (nama gerejamu). Kami memohon agar darah Yesus atas mereka dan keluarga mereka, melindungi mereka dari kemalangan dan sakit penyakit. Kami isytiharkan atas mereka, kehadiranMu akan menjadi tembok api bagi mereka!

Lindungilah mereka dari sebarang panahan jahat musuh dengan menguatkan Iman mereka.

Berjalan dalam keintiman dan Mendengar suara Gembala yang baik

Kami berdoa agar mereka hanya mendengar suara gembala yang baik dan setiap suara dari musuh yang membawa kutuk dan kekeliruan akan didiamkan dalam nama Yesus!

Bapa, kami juga memohon agar mereka mengalami pertemuan baru secara peribadi dengan Engkau dan keintiman mereka dengan Engkau akan semakin mendalam.

Pembaharuan minda mereka

Tuhan, kami memohon agar Engkau memberi mereka kepekaan akan kehendakMu yang baik, menyenangkan dan sempurna melalui pembaharuan dalam minda mereka oleh Roh Kudus.

Keberanian dan Kebijaksanaan dalam memimpin GerejaMu

Berilah mereka keberanian dan kebijaksanaan untuk berjalan dalam kehendakMu di dalam hidup mereka, di dalam setiap pelayanan di gereja, sehingga mereka sentiasa selaras dengan kehendakMu.

Di dalam nama Yesus saya berdoa. Amin.

Pilih gereja di lokasi (Bandar) anda dan berdoa untuk pastor, pemimpin dan gereja tersebut.

Doa Perlindungan
Mazmur 91

Tuhan, saya berdoa agar Engkau meletakkan perlindungan di sekeliling dinding api bagi setiap ahli kumpulan induk, gereja-gereja, pengurus laman sesawang, ahli pentadbiran dan kumpulan teknikal, 24/7 wira pendoa, setiap persekutuan pastor-pastor, setiap rumahtangga kami dan semua yang kami ada.

  1. Saya isytiharkan agar setiap orang akan duduk dalam perlindungan Yang Mahatinggi dan menemukan ketenangan dalam naungan Yang Mahakuasa sebab Engkau mengarahkan malaikatMu untuk melindungi kami semua dari setiap bentuk kemusnahan dalam nama Yesus.
  2. Kerana Engkau akan melepaskan kami dari setiap jerat dan melindungi kami dari penyakit yang membawa kematian dan dari setiap serangan syaitan dalam nama Yesus.
  3. Terima kasih Tuhan, Engkau akan menudungi setiap peribadi dari setiap panah yang berterbangan di waktu siang dan malam dan terus menyatukan ahli kumpulan induk dinding api untuk melayani dalam satu tubuh untuk menghormati namaMu.
  4. Oh Tuhan, perkasakan setiap peribadi untuk menahan dari godaan dan mempunyai kuasa untuk menginjak singa dan ular tedung. Terima kasih Tuhan, Engkau akan menghancurkan singa yang ganas dan ular yang besar dibawah kaki kami di dalam nama Yesus. Biarlah darah Yesus membungkusi kami dari setiap senjata iblis yang mengarah kepada kami.

Tuhan berkata, “Aku akan menyelamatkan setiap yang mengasihi Aku. Aku akan melindungi setiap yang percaya dalam namaKu. Aku akan membalas mereka dengan umur yang panjang dan memberi mereka keselamatan dari padaKu.

DOA BAGI NEGARA

J A D U A L   W A K T U   D O A

Scroll to Top